Monday, August 29, 2011

Pengakuan Jugak: Desprado Mencari Publisiti :)

Sini aku ada satu cerita yang aku nak kongsi. Kisah tentang manusia yang cakap kencang.

3 bulan lepas
"Aku shoot kepala orang tua tu satgi banyak benda aku nak cakap ni".
"Apahal nak gila meroyan pulak. Aku tulis ni untuk semangat kepada diri aku je. Pos yang aku tulis tu aku delete sebab taknak benda ni panjang(tapi dalam masa yang sama gunakan pos orang yang komen tu sebagai bahan bukti). So unreal.....
"Kita bako je rumah rumah banglo usang dia. kampung minded"

2.5 bulan lepas.
Satu mamat memulakan perdebatan. Direct kat FB untuk tengok apa yang nak di "shoot". Rupa-rupanya cuma sekadar mangsa fitnah. Tak dak sebarang bukti yang nyata pun cuma prasangka ja yang lebih. Maka termalulah minah tersebut. Maka selepas kalah perdebatan mulalah angkut geng satu kampung nak bergaduh pulak. Si mamat malas nak layan tapi masih pantau pergerakan minah yang suka mencarut nih.

Selepas tu minah mula menulis dengan lebih baik, lebih berbahasa dan lebih berhati-hati. Mungkin takut di tempelek kembali sampai senyap terduduk namun ada ketika minah tersebut mencarut-carut maki hamun kawan-kawan, PTPTN dan lain-lain. Lalu dapat mamat simpulkan minah ni memang jenis tak puas hati dengan semua benda dan mungkin tak reti langsung nak bersyukur dengan kehidupan. Minah ini menjadikan FB dan Blog sebagai perantara kepada ketidakpuasan hatinya. Mungkin dalam dunia realiti dia sangat penakut untuk menyelesaikan masalah dan bersifat pendiam dan dibenci raka-rakan sekeliling dan dia menggunakan online method sebagai alat untuk melepaskan geram.

Mamat itu juga membuat kajian dengan menjadi stalker(tudiaa stalker desperate gila mamat ni) kepada kawan-kawan minah tersebut dengan membuat fake account FB dan blog dan rata-rata mengatakan yang minah tersebut memang suka cari pasal kat kolej. Ok, mamat tersebut mula faham yang minah tersebut sangat desperate dan sadis dalam hidupnya dan setelah dikaji hubungan dengan saudara pun agak dingin disebabkan perangai minah ini yang suka cari pasal.

2 Bulan lepas
Hati minah mula tak tenteram bila melihat orang yang dibenci makin berbahagia dengan kehidupan sedangkan minah tersebut masih terkinja-kinja mencari kebahagian palsu untuk ditonjolkan tetapi tidak berhasil. Minah mula menggunakan ayat-ayat yang syok sendiri seperti "harta bukan boleh bawak mati","biarkan mereka dengan hidup mereka moga mendapat balasan setimpal", "we always at the winning side" sedangkan dari yang diketahui minah tersebutlah yang menumpang,berhutang, meminta-minta dan mengata orang berlebih-lebih dengan kiasan yang nyata dengan pihak mamat tadi. Manakala pihak mamat tidak pernah meminta apa-apa pun dari pihak si minah. Maka kalau diikutkan pihak si mamat lah yang layak untuk "claim" semua yang pihak minah tulis tu namun pihak si mamat faham yang si minah makin desperate dengan kesilapan yang dilakukan. Si minah desperate untuk menang.

Kenapa si minah desperate?
Kerana si minah terlalu banyak menunjukkan kata-kata seolah-olah dia memang betul dan bila berdebat dia tidak mampu mematahkan walau satu pun hujah si mamat malah mula menggunakan kekerasan selepas kalah dalam perdebatan. Si minah lupa tentang hutang, tentang jasa, tentang kebaikan pihak si mamat. Tapi orang lain tau. Orang lain kenal si minah dan si mamat malah yang tak kenal juga boleh melihat dari hujah dan bahasa minah yang langsung tak mengambarkan keadilan yang ditegakkan,tak lebih sekadar nafsu semata-mata.

1 Minggu lepas.
Si minah mula menulis blog tentang kemaafan dihari raya tapi dalam blog ada di mention kan tentang keluarga mamat yang telah berdebat dengan beliau. Kononnya tidak mahu memaafkan keluarga mamat itu siap mention(nama penuh lagi). Pada pandangan mamat itu minah tersebut mesti sangat psycho dengan kekalahan yang diterima dan tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau bukan malaikat dan tiada kuasa untuk menghukum manusia sesuka hati. Di dalam itu juga minah tersebut ada menulis yang kononnya keluarga si mamat telah menipu, jahat dll tuduhan buruk(yang tak diceritakan pun dalam perdebatan tempoh hari). Jadi dapat disimpulkan di sini yang si minah tidak lebih dari berdendam dan cuma bercakap kosong kerana kalau betul si mamat jahat dan si minah ada bukti kenapa si minah tak mampu meng "shoot" si mamat ketika perdebatan tempoh hari sedangkan itu yang diimpikan oleh si minah selama ini.  Menurut kata mamat tersebut sebelum ini juga minah tersebut pernah men tagging nama saudara yang lain untuk membaca blog beliau tentang ketidakpuasan hatinya.Kebenaran katanya. Tapi tidak mendapat respond kerana tiada siapa yang ingin campur tangan dengan masalah beliau.

Dapat kusimpulkan di sini yang minah tersebut memang sedang merana dengan kesalahan yang dicipta sendiri. Mungkin si mina terkecil hati dan berniat untuk menegur tapi bila berlebih-lebih menggunakan kata umpatan dan cacian akhirnya padah yang diterima. Harus diingat di sini yang kesakitan fizikal sebenarnya lebih indah dari jiwa yang di robek-robek,hati yang dihiris-hiris apatah lagi kalau jiwa kita kosong.

Mungkin sekarang minah tersebut sedang merana akibat kesakitan jiwa yang kronik kerana telah dibidik oleh kata-katanya sendiri 3 bulan lepas. Niat nak jadi heroin akhirnya terkubur dengan kekalahan.

Aku juga ada bertanyakan kepada si mamat beberapa soalan:

Awat hang tak tulis ja nama dia besaq-besar kat google. Hang kan ada kupon google adsense stylo apa kalau hang buh iklan kutuk dia.
Tak mau aku. Bukan dapat apa pun. Dulu aku layan dekat 2 minggu siap tolak projek lagi. Hahaha...hang nak aku habiskan kupon adsense tu untuk dia?Citt....Baik aku advertise bussiness aku kat google lagi umph..

Hang tak marah ka dia sebut-sebut nama pak hang?
Marah jugak. Tapi pikiaq-pikiaq balik kalau layan pun tak guna. Budak tak berapa cerdik. Lagi pun dah takdak apa yang nak dibuktikan. Semua orang dah tau perangai buruk dia. Kawan takdak sedara takdak. Kesian pulak bila aku pikiaq balik.

Habih tu awat hang layan dulu?
Dulu aku saja ja nak tengok point-point dia. Mana tau kot-kot ada yang betui yang kami tak sedaq. Tapi bila berdebat aku tengok banyak emosi ja. Takdak pun dalil-dalil yang umph. Memang laa ada yang tak kena tapi takdak laa teruk macam yang dia claim dan aku rasa banyak jugak benda yang disembunyikan yang kalau tak habaq depa pun tak tau yang pihak depa salah. So kat situ semuanya dah jelas dan yang lagi syok orang kampung pun join sekali kata aku kurang ajaq. Yang peliknya time puak depa tulis carut-carut perli-perli orang tak kira kurang ajaq pulak hahaha.....

Laa ni hang nak buat macam mana? Satgi dia tulih-tulih bukan-bukan lagi.
Tengoklaa....Macam biasa save page dia. Pastu simpan dalam library cantik-cantik. Nanti 20-30 tahun lagi kalau anak cucu dia kata bukan-bukan boleh aku tunjuk pos-pos merapu tu. Lagi pun makin galak dia menulis makin kesian pulak aku kat mak bapak dia. Orang kata tak reti ajaq anak tapi aku tau mak bapak dia dah bagi didikan cukup kat dia. Dah nasib depa nak buat macam mana. Lagi pun orang pun dah menyampah baca tentang luahan hati dia. Penulisan yang sangat sia-sia. Menyebarkan chi negatif kepada masyarakat. Kan bagus kalau chi tu disebarkan dalam bentuk positif. Tapi mungkin sebab remaja kot banyak ikut hati. Ikut hati mati kan?

Kesimpulan yang aku mampu buat.
Fikir dahulu sebelum berkata-kata. Kerana mulut JIWA binasa. Aku sanggup sakit badan dari sakit hati. Tetapi sebagai manusia memang kita perlu memohon ampun dan memberikan keampunan. Bukankah agama kita berkehendakkan begitu? Tetapi terpulanglah kepada individu tersebut untuk memberikan keampunanan atau pun tidak. Sempana hari raya ini saya ingin memohon ampun kepada semua hidupan di muka bumi ini. Salah silap anda insyaAllah saya cuba maafkan seikhlas hati saya. Sellamat sellamat hari rayaaaa......

Wednesday, August 17, 2011

10 Golongan Yang Aku Akan Cuba Elak Seumur Hidup Aku.


1.Penipu yang menipu terang-terangan.
Yaa, aku rasa hampir semua orang kat dunia pernah menipu. Tapi aku cukup benci orang yang menipu terang terangan nih. Maksudnya bila dah kantoi pun nak menipu lagi. Bagi aku orang macam ni sangat annoying kerana mereka lebih banyak menyusahkan orang dengan penipuan mereka. Selalunya mereka ni terdiri dari orang yang nak berlagak pandai dan peniaga-peniaga MLM penipu piang(yang tak menipu tak payah terasa ok).

Mereka juga selalunya bersifat muka tebal dan kurangnya rasa bersalah. Selalunya mereka akan menghentikan aktiviti menipu mereka beberapa ketika bila sudah kantoi "berkali-kali. Yaaa berkali-kali"(dialog bapa Mat dalam Kampung Boy) dan akan mula menipu kembali bila ada mangsa baru.


2.Pembawa Mulut dan Penjaja Fitnah
Yang ni cukup banyak. Penuh keliling aku. Mereka suka bercakap tentang keburukan orang dan mentertawakan kelemahan orang. Hobi mereka ialah mengorek cerita dari satu individu ke individu yang lain dengan bermodalkan cerita terdahulu. Contohnya:

Cik Mon: Hey Cik Jah, I dengar you ni suka cari pasal dengan orang betul ke? I just dengar je tapi i takde la percaya sangat pun.
Cik Jah: Hey Cik Mon, meh bagitau aku sapa yang cakap macam tu? Meh aku cili mulut dia.

Maka bermulalah penumbuhan tanduk. Tanduk setan. Dua-dua baguihhh. Satu suka bawak mulut satu lagi suka sangat percaya khabar angin. Mereka selalunya suka berlagak seperti orang yang mengambil berat terhadap sesuatu isu tapi sebenarnya mereka tengah melakukan operasi mengorek maklumat dari anda untuk disebarkan bersama jemaah mereka.Kelebihan mereka ialah mampu memecahbelahkan orang lain dan tanpa rasa bersalah buat bodo je atas satu-satu perkara. Mereka juga pakar modifikasi ayat contohnya:

Cik Mon kepada cik Kiah
Kesian cik Yam tu. Kena tipu lagi dengan agen MLM tu.Haiiii.Cik Yam tu tak berapa reti sangat bab-bab niaga nih

Cik Kiah kepada cik Yam
Cik Mon cakap ko bodoh sebab kena tipu dengan agen MLM tu.

Makna lebih kurang bahasa berlainan. Terlebih sudah.




3.Mr. Perfect
Yang ni power. Mereka selalu merasakan tindakan mereka betul dan siapa yang menegur akan ditentang habis-habisan. Mereka juga akan mencari geng untuk menyokong mereka dikala dalam perjuangan menentang orang yang menegur mereka. Selalunya geng-geng mereka terdiri daripada adik-beradik, sedara-mara, kawan-kawan baik dan mat cokia yang hidup mereka suka protes. Mereka selalunya bersorak kemenangan bersama puak mereka sahaja kerana tiada orang yang ingin menyertai mereka. Mereka juga selalu berteriak dengan berkata:

"Nanti hang tau laa langit tu tinggi ka rendah"
"Kami sentiasa dipihak yang benar sebenar-benarnya"-ni macam lagu Slam sikit-
"Nak tequq aku konon, hang cermin diri hang dulu macam baguih sangat".

Untuk puak ni mereka terdiri dari 2 kategori. Pertama ialah puak yang memang pandai dalam berhujah. Hujah mereka selalunya sangat bernas tapi mungkin akibat lupa diri mereka cepat melatah akibat ditegur seseorang(banyak terjadi golongan cerdik pandai). Yang kedua pulak yang jenis bodoh sombong. Yang ni mereka cuma tahu protes dan hujah mereka agak.....hmmmm.....hmmmm......Kentut...puff..pufff....Ni yang paling banyak. Hujah mereka sangat lawak. Contohnya:

"Sebab hang tak buat kerja aku laa aku fail".
"Sebab hang bagi aku pakai kete hang yang kuat makan minyak laa duit aku habis".
"Pasai hang laa keta aku kena tarik. Hang yang ajak aku p buka posa luaq hari-hari sampai aku takdak duit nak bayaq keta.Semua salah hang". -Haaa habih laa hangpa eden tak tau.




4.Pembodek Tegar.
Ni kira kategori universal nih. Semua orang tak suka. Tapi yang lagi best tu ada orang yang tak sedar pun yang dia tu pembodek tegar. Mereka selalunya akan menjadi hyper active bila dihadapan majikan ataupun orang penting. Mereka juga suka menggunakan orang lain untuk menonjolkan diri mereka. Mereka selalunya suka berebut-rebut dalam melakukan sesuatu urusan agar mereka sentiasa nampak ke depan. Selalunya pombodek tegar dan pembawa mulut ini terdiri dari individu yang sama kerana mereka akan menggunakan teknik ini untuk menjatuhkan orang yang dirasakan pesaing mereka. Majikan selalunya menyedari tentang perangai mereka tapi selalunya diendahkan kerana majikan boleh menjadikan mereka sebagai Pak Yet(orang suruhan).

Selalunya mereka sangat bersifat pentingkan diri bila di hadapan orang biasa tapi tiba-tiba boleh menjadi sangat prihatin bila berdepan dengan orang penting. Senang je nak tengok orang-orang macam ni.Sifat-sifat tambahan mereka selalunya sembang tak jatuh.


5.Apa Pun Tak Boleh
Mereka selalunya mengeluh tentang hidup mereka dan cuma tahu mengatakan yang mereka serba serbi tak boleh. Mereka juga suka menyusahkan orang lain yang mungkin sedikit pandai dari mereka untuk menolong mereka dalam satu-satu masalah tanpa berusaha belajar untuk membuat sesuatu dengan sendiri. Mereka selalu berkata "Nak buat macam mana aku dah memang macam ni".Sebahagian mereka pula bila dibantu akan mengambil kesempatan tanpa disedari dan jika anda tak mengulurkan bantuan anda akan dilabel sebagai:

"tak berhati perut",
"macam ni la kawan bila senang sama-sama bila susah tak mau tolong",
"aku takkan mintak tolong hang lagi, kalau aku tau hang berkira tolong aku".

Mereka selalunya sukar ditegur kerana bagi mereka sesiapa yang tak membantu mereka adalah pengkhianat. Mereka juga selalu meletakkan kesilapan mereka terhadap orang lain.

"Saya tak tau ni,hari tu Abu yang buat. Saya mintak tolong dia. Rasanya Abu salah setting kot. Lagipun Abu bukan pakar sangat".


6.Pengamal Rasuah.
Pengalaman depan mata aku ada 3 kali. 2 kali dengan Encik Misai. Dia layor-layor buku saman sambil duk gertak-gertak "ni kalau saman ni rm300 ni". Aku pun cakap "takdak duit laa encik ada rm10 ja nak buat isi minyak, nak buat camna redha jela"......Buk terus muka masam buka saman. Sekali saman baru rm75. Cittt....

Yang 1 ni lagi jijik. Majlis Perbandaran **** **** .Kes ni masa kat tempat kerja lama aku dulu. Dia datang 3 orang. Pusing-pusing nursery celup-celup botol tabung uji pastu masuk office cakap ada jentik-jentik. Satu botol denda rm800. Pastu terus tanya boss aku nak settle ke nak bayar. Yang lagi syiok tu belakang dia ada 2 ekor mamat melayu yang berpeluk tubuh kemas seolah-olah apa yang mandor dia buat tu betul. Pergghhhh......Sepatutnya aku amik gambar dan report. Tapi masa tu fikir taknak campur. Sekarang kalau polis nak saman aku redha je. Selalu aku tanya je tak boleh maaf ke. Kalau dia cakap tak boleh aku angkat pen sign je la. Dulu tak la fikir sangat. Tapi korang cuba fikir duit yang korang bagi tulah nanti dia masukkan dalam poket/wallet dia pastu bercampur dengan duit dia pastu dia balik beli KFC kat anak bini dia pastu anak bini dia makan duit haram,last-last korang cuba fikir sapa yang bagi duit haram tu? Bukan korang ke? Banyak gila kredit korang. Huh....


7.Orang Yang Melindungi Kesalahan Orang Lain.
Yang ni mungkin aku pelik sikit tapi aku memang tak akan sokong sesiapa saja yang buat silap walaupun darah daging aku sebab bagi aku tak salah pun untuk terbuat silap dan tak salah jugak untuk kita mengaku kesilapan kita dan menegur kesilapan orang lain. Tapi kalau dah berkali-kali buat kesilapan yang sama tu agak melampau laa. Kesalahan yang timbul bagi aku ialah bilamana kita tak mampu tegur satu-satu perkara yang salah dan asyik menyembunyikan kesilapan sesuatu individu untuk menjaga hati individu yang lain.

Sedarkah kita dengan melindungi satu-satu kesalahan kita akan membuatkan pesalah merasakan dirinya tidak bersalah dan akan terus mengulangi kesalahan yang sama malah mungkin lebih lagi disebabkan kesalahannya sering di cover. Sedarkah kita yang hidup mereka mungkin akan berakhir tanpa menjadi manusia. Lumrah manusia, kesilapan pasti terjadi samada sengaja atau tak tapi walau apa pun yang pasti kita kenalah belajar tanggung risiko atas kesilapan kita. Yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah dari kita sendiri.

Namun teguran pun ada cara. Jangan melampaui batas. Jangan sampai memalukan individu tertentu dan seboleh-bolehnya dilakukan secara berdua sahaja untuk mengelakkan aib. Tapi kalau dengan "Mr. Perfect" memang susah sikit lah.


8.Suka Mengeluh
Mereka mengganggap hidup merekalah yang paling malang, paling tak bertuah dan paling sukar. Mereka lupa yang Allah itu Maha Adil dan ujian yang kita terima bersesuaian dengan level kita. Keluhan mereka berbagai-bagai. Bukan setakat ahh...ahh..ahmad. Tapi mereka juga persoalkan kenapa si A hidup senang, si B senang dapat cuti, si C senang tukar kereta baru tiap-tiap tahun. Mereka lupa yang banyak lagi orang yang lebih tak bernasib baik dari mereka. Mereka lupa ada yang tak makan tak minum berhari-hari. Mereka lupa ada yang berusaha tapi sampai mati tak berjaya. Selalunya mereka akan mengeluh sampai tension. Lepas tension mereka tido. Bangun tido sambung mengeluh lagi. Boleh sakit mental wooo...Ini baru semak.



9.Cakap Kencang
Puak ni aku ada mention dalam post terdahulu. Memang buang masa layan diorang. Bila bercakap semua kepak dibuka, jaga-jaga jangan merenung mata. Dunia ini kita yang punyaaaa Samseng-samseng-samsung-samseng.Haa Ahli Fiqir satu kali. Kalau cakap tentang diri sendiri berpandukan pengalaman diri sendiri aku consider laa jugak. Tapi kalau nak cerita korang tu power sebab Pak Long korang Master Chef ,Abang Long korang Ip Man, Pakcik korang Bruce Lee, Tok Long korang Parameswara sudah-sudah laaa....Buat malu je. Serius. Nak contoh, baca entri lama aku. >>>Cakap Kencang Senjata Loser


10.Orang MLM-Kalut Punya
Samada yang sah atau tak. Yang berdaftar atau tak. Yang haram atau tak. Serius aku takut jumpa diorang nih(yang taksub laa). Asal kenduri nak cerita tentang produk, asal jumpa kat supermarket, kat toilet, kat kedai makan, kat kenduri arwah.....Dah laa ala-ala paksa. Mereka adalah satu-satunya golongan yang mampu membuatkan aku kata "saya tak berminat langsung, minta maaf ye, kalau boleh kaya macam ni pun saya takmau".


Tapi kalau yang santai relak-relak bagi brief pun dengan ilmiah aku ok je. Aku cuma anti yang kalut-kalut nih. Memang ke laut .

"Bang bang 2 minit je bang...."

Hakikatnya memang aku tak mampu elak lah golongan macam ni. Memang mereka ditakdirkan ada je bersama kita untuk menjadi ujian kepada kita. Kita pun bukan sempurna sangat nak kata orang semua tak kena. Mungkin orang pun merasakan benda yang sama jugak dengan kita. So aku tak suka golongan-golongan ni dan aku akan cuba pastikan aku tak berkelakuan seperti mereka. Tapi aku pun cuma manusia kadang-kadang pun alpa. Kalau satu hari aku lupa diri dipersilakan kawan-kawanku semua untuk betulkan aku. Kalau tersedar time kena soal dengan Munkar dan Nakir dah tak guna dah.


Munkar Nakeer: “Apa agama kamu?”
Jiwa Islam: “Islam.”
Munkar Nakeer: “Siapa Tuhan kamu?”
Jiwa Islam: “Allah.”
Munkar Nakeer: “Siapa nabi kamu?"
Jiwa Islam: “Muhammad.”
Munkar Nakeer: “Bagaimana kamu mengetahui semua ini?”
Believing soul: “Aku membaca kitab Allah (i.e. the Quran) dan aku percaya.”

P/S: Aku p NSK pakai kain pelekat dengan pagoda takde satu agen pun datang promote barang kat aku. Bahagianya dunia.



Sunday, August 14, 2011

Marketing Sanggap


Pihak A:Hello, encik ada buat servis blablabla...?Kita nak guna servis encik. Boleh datang office saya untuk bincang.
Aku : Baiklah. Kita jumpa hari Sabtu depan.

Sekali sampai je kat office diorang rupa-rupanya diorang adalah satu agen yang menjadi orang tengah untuk menghubungkan peniaga kepada peniaga lain. Ohhh.....Aku terasa sungguh tertipu. Yaaa itu adalah strategi marketing mereka. Samalah seperti agen insuran dll tapi korang rasa marketing macam tu bagus ke? Serius aku mula pelik dengan cara bangsa aku berniaga. Mereka terlalu taksub mengejar duit sampaikan tidak fokus atas kepentingan produk dan servis. Yang difikirkan cuma adalah duit,duit dan duit. Haiyoooo....

Yaa, aku pun perlukan duit. Habis je keje aku pun start work on client sendiri punya job. Tak mahal pun nilai kerja aku. RM 35 punya job pun aku sapu asal rezeki halal. Yaa memang untung tak banyak tapi aku puas. Aku tak perlu tipu client dan aku faham akan kerja yang aku lakukan. Subcon? Hoooo....kalau satu-satu kerja tu aku tak fasih aku takkan gunakan subcon sebab aku tak suka pening kepala dan aku juga tak suka amik kerja yang aku langsung tak reti buat.

Tapi diorang nih memang power. Memang peniaga sejati. Diorang dengan rasa tak bersalah memberikan maklumat yang salah kepada pelanggan yang kurang cerdik dan beria-ria mengatakan diorang terbaik dan sesuai untuk memajukan bisnes. Bila ditanyakan tentang bisnes plan yang diorang akan cover untuk ahli panel diorang cuma menunjukkan satu laman web bodoh yang dia(makcik yang handle aku tu) pun tak tau alamat laman web tu siap terpaksa tanya orang sebelah lagi.Hoooo.....Apakah..???

Aku juga ada bertanyakan apa benefit yang aku akan dapat kalau berdaftar? Sebab dah alang-alang tertipu untuk datang ke sini aku rasa aku ada hak untuk bertanyakan lebih walaupun aku tak rasa berminat langsung nak join. Dan dia cuma jawab yang aku akan dapat call 15sen/min dan jugak telefon cokia-bukan nokia sebagai hadiah percuma lepas bayar yuran pendaftara rm300. Pakej yang ditawarkana sama sekali seperti pakej yang kita mampu dapat percuma dengan mendaftar di Groupon dll website yang berkonsepkan idea sebegini dengan nila PERCUMA. Sentap mak nok.....

Untuk marketing bisnes?Memang out laa...Korang still kena keep on doing your own marketing sebab diorang cuma akan put your name on their list yang tak fofular tu. Cuma mungkin ahli-ahli boleh cari korang dalam reference. Sama je konsep cam Yellow Pages. So better i'll use mudah.my or lelong.com.my as my online marketing strategy along with FB and Twitter. Free lagi.

Yaa masing-masing bisnes masing-masing cara. So korang nak cari makan camtu ikut suka korang laa kan apa hak aku untuk protes. Tapi aku cuma ingin mengingatkan tentang marketing strategi sanggap korang tu yang langsung tak sesuai. Bila korang ajak orang macam aku ni ke office korang dengan panggilan telefon dan sms yang tidak dijelaskan niat sebenar. Korang dah merugikan masa, tenaga, duit untuk orang-orang macam aku dan korang boleh membuatkan orang benci dengan aktivis korang walaupun pada hakikatnya user boleh dapat benefit telefon dengan kadar yang agak ok(ok je sama macam plan telefon lain cuma plan ni dia bukan bagi Blackberry, dia bagi BlackCurry kot).

Yang paling best bila aku bagitau yang diorang dah rugikan masa aku dia boleh pulak cakap yang diorang pun rugi masa datang sini hari sabtu untuk kerja. Hadoiii.....This is your bussiness. Doesnt matter laa kalau korang rugi masa pun. Tapi apa hak korang untuk rugikan masa orang lain. Serius aku nak bagitau yang marketing strategy korang memang sanggap.

So untuk kawan-kawan. Beringat lah. Sekarang ni orang sanggup buat apa saja untuk duit. Tapi satu je diorang tak sanggup. Tak sanggup belajar.Belajar bagi pandai. Bagi boleh bersaing dengan orang kulit lain. Belajar menipu nak pulak. Taksub kaya cepat tapi bodoh.

Apa guna kaya tapi bodoh?
Sebab bila korang kaya orang akan tipu korang balik sebab korang bodoh. Haaiiiii......

Ni antara tips-tips yang korang boleh gunapakai bila dapat panggilan dari pelanggan yang mencurigakan.

1-Tanya syarikat individu orang yang call korang tuh.
2-Google nombor telefon orang tersebut untuk menyemak aktiviti online di internet.
3-Semak masa panggilan/sms yang dibuat. Kalau satu-satu panggilan diterima selepas waktu berkerja itu menukjukkan yang pelanggan korang bukan dari golongan profesional. Selalunya golongan profesional takkan melakukan urusniaga selepas office hour.
4- Test tanya detail tentang kerja yang dia nak suruh korang buat. Contoh kalau dia nak suruh buat pelan arkitek at least dia tau scale atau material. Kalau tak tau langsung ni mesti ada yang tak kena.

Kesimpulannya hari sabtu aku hari tu memang tak best. Hahaha....Syukur alhamdulillah untuk pengalaman yang best.

Thursday, August 11, 2011

Susah Dapat Kerja?


"Aku dah hantar resume kat semua tempat, dah mintak tolong kawan-kawan roger kalau ada kerja kosong tapi sampai la aku masih penanam anggur" katanya sambil bermain ps3 dengan penuh perasaan.


"Aku bukan tak mau kerja tapi aku rasa tak berbaloi la belajaq amik archi sekali nak p kerja kt fast food. Macam tak kena ja tu yang aku tak kerja lagi tu".

Ok. Agak-agak apa yang korang nak buat kalau situasi korang macam ni. Yaaa....rezeki memang di tangan Tuhan. Tapi jangan lupa yang Tuhan pun takkan ubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tak mengubah nasib mereka.Yaaa.....memang Tuhan yang tentukan takdir kita. Percaya rukun iman ke-6?-Qada dan Qadar?

Yaa...aku pun mungkin tak layak untuk bercakap tentang kerja. Sepanjang aku hidup syukur aku mudah untuk dapat kerja. 3 kali interview 2 kali dapat. Yelah kerja macam aku pencacai je mesti la mudah tapi apa-apa pun syukur ke hadrat Ilahi. Tapi bagi aku sebenarnya ruang yang ditinggalkan untuk pekerjaan di Malaysia ini sangat banyak. Bayangkan warga asing boleh menjana pendapatan sehingga RM3k dengan bekerja sebagai "Sabariah tukang kasut" kat tepi lorong Chow Kitt, boleh beli kereta kancil cash bawak pekerja kontrak, boleh hantar duit Juta-Juta rupiah dekat kampung.....
.......................
...........
....
Ok laa duit juta-juta rupiah tu tak banyak pun.

Jadi sebenarnya apa yang membuatkan ramai yang menganggur nih?? Pada pandangan aku.

1.Terlalu Memilih(Ni yang standard)
Aku taknak hurai panjang bab ni tapi kenapa nak terlalu memilih? Kenapa tak kerja je dulu lepas tu dalam tempoh tu cuba cari kerja lain yang korang rasa sesuai dengan korang. Lagi berbaloi. Leh dapat duit sambil cari kerja. Ataupun mungkin cuma satu ayat yang boleh mengkelaskan korang nih. PEMALAS.

2.Mencari Kerja Mengikut Laluan Mainstream Yang Confirm Jammed
Yaaa....asal cari kerja je Jobstreet, jobseekers, dalam paper dll. Ni semua adalah laluan mainstream so maksudnya banyak gila orang baca dan akan tertarik dengan offer job tu dan ini membuatkan harapan korang makin tipis sebab korang kena bersaing dengan orang-ramai yang lain tuh. Tu tak kira golongan kaki bodek, kaki ampu, kaki kabel TNB, kaki sogok dll. Hoooo.....Puak tu kalau time interview gagap pun boleh dapat keje.

So apa kata korang tebas je hutan buat denai baru. Korang buat konsep muka tak malu. Cari alamat tempat kerja yang korang rasa sesuai dengan kelayakan korang then hantar resume terus kat depan muka bos dia. Mana tau kot-kot dia berminat. Kalau tak pun korang boleh offer untuk buat freelance job ke, book untuk interview bila ada kekosongan ke. Tak stylo ke??

3.Terlalu Percaya Dengan Abang Long(Kabel)
Yaaa...ko mengaji tinggi sampai cucur atap. Ko dapat pointer 3.5++ pastu ko call orang tanya "hey ko ada kabel tak?" Apa tuuuu? Yaaa....Kalau ko mengaji tinggi-tinggi dan faham semua yang cikgu ko mengajar actually you already can use your own feet untuk berjalan, bergerak. Kenapa nak pakai kabel-kabel TNB bagai? Sebenarnya korang yang takut untuk berhadapan dengan diri korang dan mungkin korang cuma anggap ilmu yang korang belajar tu tak lebih sekadar sijil. Kalau bakar sijil tu korang boleh hidup?

Kadang-kadang kabel yang korang harapkan tu pun bukannya CEO pun. Even bila dapat keje sekali pun korang rasa puas ke? Korang belajar tinggi-tinggi letih repeat paper last-last korang mintak tolong kabel untuk dapat keje. Yang tu terpulanglah kan tapi aku serius tak puas. Masa interview kat satu sektor kerajaan pun aku penah je cakap aku baca Harakah sebab dia cuma tanya aku "ko baca paper apa hari-hari?". Aku belajar bagai nak rak kot. Fail subjek core sampai 3 kali, sekali orang tanya aku soalan tu je. So i rather leave that job. Ya mungkin kalau dia tanya aku soalan aku tak boleh jawab pun tapi aku lagi sanggup terlopong dan balik rumah untuk fikirkan jawapan untuk soalan tu dari dia tanya aku soalan pakcik-pakcik kedai kopi. Tu yang menjadikan ratio interview aku 2:3 hahaha

4.Demand
Yaa....Yang ni sebenarnya memang hak kita untuk minta apa yang kita rasa perlu untuk kerja kat situ tetapi janganlah over sangat Martopo. At least korang rasa sesuai dengan masa korang dan skop kerja korang dah cukup laa. Kalau korang nak ikut piawaian senior-senioir ataupun otai-otai korang kenala jadi otai dulu. Kalau setakat dapat A dalam assignment tapi haram tak pernah buat keje pun sape nak bagi korang jadi jambu?

5.Susah Nak Bagi Komitmen Kerja Kerana Masalah Peribadi
Yang ni pun aku rasa banyak. Ada yang bini sakit, mak sakit, adik sakit dll. Tapi aku tak rasa korang takkan dapat kerja dalam bidang korang cuma harapan tu tipis sikit la. Tapi jangan risau selagi ada harapan pasti boleh punya. Korang boleh apply kerja dekat mana-mana syarikat dan bagitau dia komitmen korang. So untuk bagi adil maybe korang boleh offer dia untuk bekerja dari rumah melalui internet dan untuk membuatkan dia lagi teruja korang just amik gaji 50%-70% dari gaji asal dah ok. Untuk membuatkan dia bertambah yakin lagi mungkin korang boleh mintak tempoh percubaan sebulan dua ke dan cakap dengan dia kalau saya tak perform Encik boleh terminate saya bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan tu.

Kenapa aku katakan perkara ini releven?

Korang rasa kerani kat office swasta atau kerajaan tu kerja dia 10 jam solid ke? Aku rasa tak. Masa bekerja dia maybe dalam 2 jam je yang lain tu berborak bersembang buat keje lambat-lambat dll. So kalau korang buat konsep macam ni maybe korang boleh cari 2-3 syarikat lagi untuk buatkan income korang lebih banyak dari orang yang bekerja 9-5 sehari dan dalam masa yang sama korang boleh jalankan komitmen korang yang lain tu.Syarikat pun akan untung sebab bayar korang ciput dari full time workers. Sapa tau. Try je. Aku pun penah je jadi designer dari rumah untuk 2 tahun. Syiok wooo....

"Aku tak keje pun ada aku menyusahkan orang?"
Yaaa...memang menyusahkan. Mak bapak ko susah hati, adik beradik ko menyampah tengok muka ko yang duk pau duit mak bapak hari-hari, kawan-kawan ko takut jumpa ko asal keluar je diorang kena keluar duit dan yang lagi best ko menyusahkan diri ko sendiri sebab ko apa pun tak boleh.

Kalau anda masih tak kerja dan tak pandai cari duit sendiri(meniaga ke). Keluarlah p cari kerja. Jangan duk berangan lagi. Tak guna muka handsome macam Usher tapi otak macam rusa.

Usher?...
Justin Bieber?....


Wednesday, August 10, 2011

Mana ada halal, semua haram.Haram eehhh??


"Sistem diperkenalkan untuk bantu sesama islam, melayu…dan memang patut pun tolong org melayu sbb ramai org melayu yg susah…Sistem ni memang ada syarikat dan berdaftar di SSM.
Takde paksaan pun dalam sistem..nak join kena faham kriteria atau konsepnyer..saya faham..dan takde rasa salah pun dalam sistem ni…ramai yang telah dibantu dalam mnyelesaikan hutang kad kredit ( kad kredit ni pun riba , rata2 pakai kad kredit kan).So far ramai yang dah dibantu…
mungkin ada sistem lain yang takde berdaftar..yang itu kenalah cek yek..takut..tipu…"

"salam…ade ke bisnes leh jln kalo goyang kaki je..come on laa geng.. Islam sendiri menggunakan konsep mlm dalam berdakwah untuk mengembangkannya. so, utk ....(MLM skim) ni that’s no matter kalo kite nk buat sistem reverse 2 up. jgn la jumud sangat kepala otak tu..aku salute bisnes mlm n affiliate yg ade upline n downline ni.coz tak selfish.. saling tolong menoling..bukala minda korang yg bz body nk tgk salah org jerr..salah sendiri.. cek la weii.. byk lagi dosa2 besar yg korang lebih baik p fokus..tu yg dok berzina kat luar tu.. korang tak amik hal org yg cari rezeki.. korang amik hal.. tu la org melayu.. penuh hasad dengki jee tau…tolong org tak nak..tau nak jahanamkannn bisnes org…sedor diri la weii.. bangsa melayu dah jauh ketinggalann support la sket..jgn main dok hentam org jee.. wat keje tak baguslaa..rezeki sana sni dok haramlaahhyg anak haram ramai2 dok buat tu.. korang tak tegah..insap la weii!!

-Tulisan warna merah ni aku copy kat ruangan komen salah satu blog popular Malaysia-

Semua bangsa susah. Bangsa lain pun bukan dia tatang anak dia sangat,semua bagi anak macam kita. Tapi kenapa kita susah?? Sebab kita PENAKUT. Aku sendiri pun penakut.Ok ,fine 2 tahun lepas aku dah cukup berani. Aku sangat optimis dan waktu nak kawin bisnes aku collapse. Aku ada skill dalam bidang komputer dan lanskap.Sekarang dalam tempoh sebulan aku memperuntukkan 15% waktu berkerja untuk buat bisnes sebab 85% lagi adalah untuk kerja tetap dan untuk 15% tu aku mampu build up 30%-200% dari gaji aku. Kenapa aku tak berhenti kerja? Bukankah teori tu dah cukup kuat untuk membuatkan aku berhenti dan concentrate untuk bisnes? Yaaa jawapannya mudah. Sebab aku PENAKUT. Aku ada tanggungan, keluarga. Aku takut kalau aku berhenti aku tak mampu jaga diri dan tanggungan aku. Jadi agak-agak sapa yang tindas diri aku?Adakah kerana bermajikan kan bangsa lain atau aku sendiri? Kalau aku susah? Salah aku atau orang lain?

Ok dah macam tu kenapa aku tak buat bisnes yang lagha tapi kononnya mudah buat duit nih yang risiko ala-ala 0% ni sebab sekarang memang halal haram bercampur?

Kalau korang rasa dah bercampur ikut suka korang laa tapi korang tau tak kat kiri kanan korang tu ada malaikat yang duk catit kerja korang. Yang si kanan baru niat dah catit yang kiri tunggu buat kerja baru catit.Ok laa korang terpaksa masuk disko tengok pompuan joget-joget pakai baju seksi meksi pastu orang hidang arak dan korang boleh pilih untuk tolak arak tu. Jadi kenapa nak ambik??Ohhhh sebab korang dah masuk disko so sama je laa eh? Tak minum pun korang masuk disko jugak tetap salah ehh tu yang main bedal je tu tonggang jugak arak tu kan?

Yaaa aku tau yang sekarang ni semua kita pinjam bank.Bank ada unsur riba. Dan masih ada golongan yang tak langsung pinjam bank sebab taknak unsur riba tapi kelangsungan hidup mereka agak terhad. Tapi masih ada rezeki melimpah riuh kepada mereka dan ada diantara mereka yang Tuhan bahagiakan dengan kekayaan dunia dan akhirat kerana mereka memilih jalan yang diredhai Allah. Aku salute mereka. Tapi adakah kerana kita hidup dengan riba maka kita perlu menerima semua unsur-unsur lain yang ditegah dalam Islam? Aku rasa lagi baik kalau kita cuba buang sikit-sikit. Nanti anak-anak kita, cucu-cicit-piut buang sorang sikit lama-lama habis lah insyaAllah.

"Tu kalau kurang,kalau generasi ko buat tambah lagi nanti macam mana?"

Masa Allah turunkan Nabi tu dari manusia ada segelintir manusia berkata kenapa tak jadikan Nabi dari malaikat?Manusia kan sama macam kami makan minum mandi dll.

Allah berfirman Kalau Dia jadi kan Nabi dari malaikat maka susah untuk kamu berhubung dan kamu akan berkata pula "kenapa tak jadikan Nabi seperti manusia maka senang untuk kami berhubung". Dan bila Allah jadikan nabi seperti manusia soalan pertama tadi akan di ulang. Korang nak jadi macam puak ni ke??

Jumud?
Janganlah dikatakan orang yang berpendapat bahawa apa yang korang lakukan tu salah sebagai jumud,kemut,bengap. Bukankah itu sendiri melambangkan kejumudan(tudiaa term) korang dalam menangani orang yang cuba memprotes bisnes korang. Kenapa perlu melatah? Adakah kerana korang tak mampu menjawab kritikan tersebut disebabkan "orang atas" korang tak sediakan jawapan tersebut sepertimana korang di ajar untuk membidas orang yang mengatakan bisnes korang ni MLM penipu?

Kalau korang peniaga profesional korang takkan persoal kan soal tolong bangsa, tolong agama, tolong pakcik,makcik, adik-beradik, sedara dalam bisnes korang. Lagi mau mintak support-support lagi. Paksa pulak tu. Dengan tindakan korang sendiri orang pun dah boleh menilai yang korang ni sebenarnya peniaga desprate nak kaya cepat bukannya peniaga berkualiti yang ada produk hebat pun. Dari support korang aku lagi sanggup support pakcik yang jual nasi lemak sedap depan rumah aku tu supaya dia ada kedai besar.

Situasi A
A:"Weh hang hisap dadah haram"
B:"Hang minum arak pun haram jugak lagi nak teguq aku"
Kesimpulan dua-dua haram

Situasi B
A:Weh hang hisap dadah haram
B:Hang minum arak pun haram. Jom la kita cuba berhenti
A:Jom. Hari-hari mesti kurang 30% kot-kot boleh berhenti
B:Ok, kita cuba jom.
Kesimpulan, ok la dari tak cuba langsung

Situasi C
A:Weh hang hisap dadah haram
B:Baik aku terus berhenti laaa.....

Kesimpulan, ni yang terbaik.

Islam gunakan konsep MLM dalam berdakwah???hadoiii......yang ni semua orang boleh jawab kot. 

Fisabilillah-perjuangan semata-mata kerana Allah
Korang punya perjuangan tu kira fisabilillah tak agak-agak?Ya konsep sama tapi perjuangan jauh berbeza. Tak sesuai la buat contoh (pada pandangan aku laa).

Dengki??

Hadoiii.....Nih link lama. Meh tunjuk tengok Gunung Everest hangpa.
http://sayaorangnatoi.blogspot.com/2011/07/11-mlm-perniaga-profesional-ke-haprak.html

Kesimpulan:
Ya aku pun bukan sempurna tapi tak salahkan kita cuba untuk jadi lebih baik. Baiki diri kita dan orang sekeliling. Kita bukan malaikat yang dijadikan dari cahaya. Kita manusia dan kita dijadikan dari tanah yang kotor. Dalam sejarah kejadian manusia masa malaikat kutip tanah kat bumi tu bumi pun taknak. Dia takut manusia buat kejahatan dan dia akan duduk di neraka jahanam bersama manusia. Dengan dosa yang aku buat kat dunia ni aku pun tak tau destinasi aku lepas balik ke alam barzakh. Kalau aku buat ibadah 1000 tahun pun aku pun tak pasti yang Allah akan pilih aku untuk ke syurgaNya. Tapi kalau api dapur pun aku takut terkena tangan ni kan pulak api neraka. Tapi siapa aku nak tentukan destinasi aku? Allah lebih mengetahui.

Tinggal terus? Slow-slow? Dah selesa, tak boleh tinggal, terima seadanya?

Ni Majlis Fatwa Indonesia yang menyatakan MLM tu halal. Meh baca.
http://www.gudangmlm.com/bisnis-mlm-halal.html

Hidup korang, korang yang tentukan. Hidup aku, aku tentukan.
Atas izin Tuan Tanah kita.

Salam.

Bonus Raya. Kenapa Marah?


Yaaa.....lagi 20 hari nak raya. Yaa orang gomen kita dah dapat bonus setengah bulan gaji. Orang yang tak gomen apa mau buat?? Hahaha...poning kan??

"Haram eh bos aku tak bagi bonus pun. Company lain semua dapat bonus".
"Aku dah keja lama kot awat aku dapat bonus sama macam budak praktikal ja. Tension aku. Dia menganak tiri kan aku. Vodus, vodus, vodus".
"Hang tak bagi bonus raya kat aku jadi aku rembat projek hang bagi member aku padan muka hang"

Tak laa selalu tapi ada jugak orang yang cakap macamni....Masing-masing punya pendapat la kan. Tapi bagi aku kalau kita tak dapat bonus bagai kenapa nak salahkan majikan? Ok cuba korang ingat balik masa mula-mula minta kerja apa korang cakap dengan bos?

Orang Kerajaan:
"Saya akan memberikan yang terbaik jika saya dilantik berkerja di sini."-Ni untuk yang tak pakai kabel.
"Saya akan memberikan khidmat yang terbaik dan sentiasa belajar dari senior dan sanggup melakukan apa sahaja yang bersesuaian jika diterima berkerja di sini(bersama Pak Long, Pakcik dan Paksu)". Ni kabel kuat punya.

Orang Swasta:
"Jika diterima berkerja saya sanggup berkerja lebih masa dan sanggup belajar untuk berjaya".
"Saya akan membantu syarikat untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja jika diterima".

Tapi ada tak hangpa cakap macam ni?
"Tiap-tiap tahun ada bonus ka?"
"Kalau saya tak mau kerja lebih masa boleh, sebab bini saya mengandung".
"Raya haji, raya cina, raya india semua ada dapat bonus tak? Saya nak balik kampung. Kalau ada bonus saya mau laa kerja dekat sini".

Haaa....memang gila la kan awal-awal dah demand kan? Tapi sebenarnya bagi aku bila kita memohon satu-satu kerja sebenarnya kita memperdagangkan kelebihan kita dan kita ada hak untuk demand sesetengah part dan majikan juga ada hak untuk memilih kita atau tidak. Tapi selalunya yang terjadi disebabkan desakan untuk mendapat kerja kita ketepikan hak kita dan lebih mengutamakan untuk "asai dapat sudah la".

Yaa aku suka konsep ni. Dengan ekonomi sekarang janganlah memilih sangat untuk kerja. Yang mana ada sapu je dulu dan dalam masa yang sama mula cari kerja yang lebih sesuai tapi apa yang aku rasa tak sesuai tu bilamana orang-orang macam ni dah dapat kerja. Bila dah diterima tiba-tiba je banyak bunyi. Minta itu ini dan isu yang aku nak highlight kan kat sini adalah bonus.

Bila tak dapat bonus je mula maki hamun bos. Cakap bos korang takde hati perut, tak berperi-kemanusiaan, kejam, firaun. Hadoiii.....Selalunya sebelum diterima berkerja kita akan diberi offer letter dan juga satu perjanjian antara pekerja dan syarikat yang selalunya akan menerangkan tentang cuti, cuti sakit, bonus, epf, pencen dll jadi bagi aku sebelum kita menandatangani kita perlulah melihat kepada perjanjian yang telah tertulis tersebut dahulu. Macam tempat kerja aku bonus tak dijelaskan so maknanya aku tak boleh lah marah majikan kalau tak diberi bonus. Macam juga bonus raya memang tak tertulis pun tapi bila raya majikan bagi je. Kalau tak bagi takkan aku nak marah dia kot sebab bukan salah dia.

Kadang-kadang betullah kata bidalan tu "dah bagi betis nak peha". Lepas tu lebih suka menyalahkan orang lain bila sesuatu kekurangan dari diri kita. Apa ni? Kalau tak suka kerja tu kenapa tak berhenti je? Pergi la cari kerja lain jangan banyak bunyi. Oooo....susah nak dapat kerja? Kalau macamtu ada satu option lagi. Ni terbaik punya. Pergi la slow talk dengan bos korang. Mungkin korang dah 4 tahun kerja tak naik gaji ke dan korang rasa perlu untuk mintak extra atas kerja korang. Lagi baik dari duk menceceh kat FB, Twitter dan Blog pastu dapat respond pun sama juga dari orang yang sama spesis macam korang buat apa?

Kentut.
Ni gelaran yang aku bagi untuk orang yang cakap lebih. Panas di dalam busuk diluar. Orang macam ni bagi aku tak membantu apa-apa pun kat masyarakat. Mereka cuma memberi semangat kepada orang yang suka cabaran dan menjadi racun kepada orang yang lemah semangat. Komplain, komplain, komplain tapi habuk pun tarak.

Yaa kita semua sedar yang ekonomi makin merosot kos sara hidup makin tinggi dan pendapatan kita mungkin tak cukup untuk menampung sekeluarga(untuk orang yang dah ada cahaya mata khasnya). Jika majikan tak mampu berikan apa yang kita inginkan just go ahead find a new employee jangan duk komplain je beb. Kalau tak pun pergi keluar perah otak sikit doing some extra work out there. Buat bisnes kecik-kecik ke or maybe boleh buat part time kat mana-mana.

"Hang tak lalu apa yang kami lalu, hang mana tau apa kami rasa"
"Hang cakap pandai laa, hang buat tengok".

Mungkin lah kot. Korang je yang paling susah dalam dunia ni orang lain tak. Korang je yang dapat ujian tahap wali-wali yang berat tak sama macam kami manusia biasa yang diuji sedikit-sedikit je. Korang tau tak orang paling kaya dalam dunia pun ada masalah jugak. Yaa masalah dia tak sama macam korang kan??Korang punya lagi teruk kan?  Hmm....Kalau korang rasa macam tu aku tinggalkan entri kat bawah ni untuk korang baca.

Untuk majikan juga bertimbangrasalah sikit. Mungkin ada benarnya apa yang di ketengahkan oleh pekerja anda. Dengan sedikit imbuhan dan ganjaran mungkin dapat membuatkan pekerja anda lebih produktif dan bersemangat untuk memberi khidmat kepada syarikat. Bila kerja semua orang happy baru syiok baru takde pressure.

"Hang nak apa?"
Aku nak 240hour/month aku balik. One day i will take it back. For sure.

"Awat hang tak amik la ni?"
Belum masa sesuai (sebab aku penakut).

Salam.


http://sayaorangnatoi.blogspot.com/2011/07/1-bab-satu-ujian-yang-mematangkan.html

Monday, August 8, 2011

Prasangka, Pendapat dan Poyo.

"Tudia,riak. Tunggu masa laa tu nak jatuh.Tuhan tak suka orang riak."
"Berlagak, baru popular sikit dah tunjuk poyo. Nanti Tuhan tarik balik baru hang tau"

-komen-komen kat laman web Youtube untuk satu video vlogger yang diubahsuai tanpa mengubah maksud-

Yaa....Mamat tu agak best ada style dan juga telah menang award. Tapi setahu aku sebelum menang award pun dia dah memang upload video macam tu. Selebriti Youtube laa katakan. Kalau korang tak buat lagak seleb ingat ada orang nak tengok ke? Dalam kamera orang taknak tengok normal act, orang lagi suka tengok act yang terlebih normal tapi tak laa sampai over acting. Contoh cerita Sinetron tu, asal jahat je mesti mata jegil-jegil pastu tengok kamera sambil senyum-senyum minta penyepak. Korang ingat kalau kat dunia betul orang jahat nak buat macam tu ke? Mungkinlah kot kan mana kita tau, tapi aku tak rasa ya.

Persoalannya komen yang aku baca itu adakah lebih kepada prasangka buruk atau perasaan iri hati? Aku pun bukan siapa-siapa untuk menilai tentang niat manusia tetapi cara dan tingkah laku yang cuba ditonjolkan bagi aku sangat tidak matang dan lebih berbaur negatif dari positif. Seperti yang aku katakan tadi sebelum beliau menang award memang tingkah lakunya sebegitu rupa dan selepas menang award pun beliau masih cuba mengekalkan attitude yang sama. Sapa tak bangga kalau menang award so maybe laa akan ada sedikit shock atau over excited. Normal laa....Korang pernah menang lumba lari/sukan/pertandingan? Lepas menang apa korang buat? Takkan buat relax je kot? Kalau selalu menang macam Dato Siti tu mungkin laa korang senyap tapi kalau jarang-jarang sekali? Kalau korang tak pernah menang pun korang cuba tengok orang yang pernah menang? Ada yang terjerit-jerit, nangis, peluk beria-ria, nyanyi lagu dengan suara sumbang bukankah tu semua aksi-aksi yang over?

Jadi kenapa muncul komen-komen seperti ini?

Pada pandangan aku mungkin mereka menginginkan masyarakat memandang mereka dan idea mereka lebih bagus dari orang yang dipuja dan kurangnya rasa hormat terhadap satu sama lain. Hai kawan, kita kan manusia dan manusia tu dijadikan pelbagai bangsa yang di dalamnya terdapat pelbagai karektor. Jadi sudah tentulah cara berfikir setiap orang juga adalah berbeza.

Tetapi adakah dengan berbezanya pendapat kita boleh mengketegorikan orang yang pendapatnya berlainan dengan kita sebagai salah, sesat dan label negatif lain?

Pada aku tiada salahnya untuk berbeza pendapat dan fahaman asalkan apa yang kita pegang tu difahami dan dijiwai dengan akal dan hati bukan sekadar mengikut arus. Tapi bagi aku yang salah adalah bilamana sesuatu pendapat atau fahaman yang dijuangkan tanpa kefahaman yang jelas dan itu yang banyak terjadi disekeliling aku. Bila terlalu fanatik mulalah menyangkal segala yang bertentangan pendapat dengan puak mereka atau empunya diri.

Aku pun sering bercanggah pendapat dengan orang lain dan ada ketika aku rasa apa yang dihujahkan mereka lebih bernas dan releven dari  fahaman aku dan aku berubah ke arah fahaman mereka. Salahkah aku? Mungkin sesetengah kamu berkata ya "apa laa takdak pendirian macam lalang". Tapi bagi aku selagi sesuatu perkara memberi kebaikan dan boleh membawa sudut positif pasti aku akan terima walaupun dari musuh atau orang yang dibenci. Tetapi kalau satu-satu hujah yang aku rasa tidak relevan dan tidak patut aku ikut pasti aku takkan berganjak dengan apa yang aku pegang selama ini.

Pokok pangkalnya ilmu. Jangan sekadar berprasangka buruk terhadap seseorang disebabkan kita tidak mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengannya. Kalaupun ada unsur-unsur yang bagi korang kurang sesuai dalam perbuatan sesuatu individu apa kata cuba cari ruang untuk berhujah atau menegur dengan nada yang lebih rasional. Yaaa semua orang mampu menjadi tukang komen dan pengkritik.

Si bayi hanya perlu menangis untuk menunjukkan perasaan tidak selesa, si monyet hanya perlu memekik "aaak aaak", ayam, kucing dan kambing pun sama. Adakah kita pun sekadar mampu memberik komen dan kritikan kosong?

Sudah pasti lah korang mampu mengkritik lebih hebat, lebih pandai, lebih matang dari haiwan-haiwan dan bayi belum mumayiz ni sebab korang manusia yang bagus lagi stylo kan? Aku pun tak rasa yang korang akan bagi komen ala-ala monyet,itik dan kambing ni.

Sesiapa pun layak untuk komen orang lain walaupun diri sendiri tak sempurna. Takkan perlu tunggu malaikat turun dari langit untuk tegur kita? Bukankah manusia tu dah dipesan untuk saling mengingati? Tetapi sesuatu teguran perlulah lebih ke arah positif dan ada tata susilanya. Bila kita melakukan sesuatu teguran tanpa mengikut batasan tu yang akhirnya akan membawa bahana kepada kita.

Tegurlah dengan ilmu bukan dengan nafsu.(Aku pun kadang-kadang menyimpang). Dunia sekarang semua orang main cash tapi jangan lupa Tuhan pun bayar cash jugak. Ada otakkan? Think Mc Fly think...

Selamat tido untuk aku.....zzzzzzZZZzz...

Friday, August 5, 2011

Pencipta Television: Terima Kasih

Hari-hari aku tengok tv (lagi-lagi lepas ada UNIFI). Kalau tak tengok channel TV pun aku tengok movie kat XBMC aku. Agak-agak siapa yang aku kena berterima kasih untuk teknologi yang sangat evergreen nih. Jadi aku start meng GOOGLE untuk mencari siapa pereka television.

Katanya idea ini bermula pada 1880an dimana terdapat beberapa tokoh yang terlibat di dalam sejarah. Aku google punya google antara tokoh yang timbul di awal pembikinan TV ialah Uncle Ferdinand Braun. Beliau merupakan orang yang mencipta tiub sinar katod(cathode ray oscilloscope) di mana fungsinya adalah sebagai alat untuk menerima dan menghantar signal dan merupakan komponen asas kepada semua penerima signal.

Pada 1902 hingga 1907 juga Aurthor Korn(Bukan Jonathan Davis,Korn) telah berjaya mencipta litar isyarat untuk pemancaran imej dimana litar ini membolehkan beliau menghantar imej pegun merentas sempadan melalui telefon (ala-ala sistem braille).Kejayaan Korn ini memberikan satu sinar baru kepada perkembangan teknologi TV.

1.0 Tiub sinar katod
Pada tahun 1907, Boris Rosing mencadangkan menggunakan tiub sinar katod(yang Braun buat tadi) untuk menerima imej, dan pada tahun berikutnya Alan Campbell-Swinton juga mencadangkan penggunaan tiub sinar katod, bagi penghantaran dan menerima signal.

Vladimir K. Zworykin (1889-1982). Seorang bekas murid Rosing, dia telah menghasilkan satu kaedah yang amat praktikal iaitu memperluaskan alur elektron supaya corak cahaya / gelap akan menghasilkan imej yang baik. Pada tahun 1923, beliau telah paten kan iconoscope (yang akan menjadi kamera televisyen), dan pada tahun 1924, beliau
paten kan pula (tiub televisyen). Kedua-dua ciptaan bergantung kepada aliran elektron bagi kedua-dua imbasan dan mewujudkan imej pada skrin pendarfluor(ala-ala macam projektor la). Menjelang tahun 1938, selepas menambah sel-sel foto yang baru dan lebih sensitif, Zworykin menunjukkan model praktikal pertama.(model ini yang mengantikan teknologi asal yang dibuat oleh Baird dengan sistem elektronik sepenuhnya. Cerita Baird ada kat bawah nanti).

Satu lagi 'bapa' televisyen dari Amerika ialah Philo T. Farnsworth (1906-1971). Beliau adalah orang pertama yang mencadangkan bahawa gambar boleh dihantar melalui elektronik. Dia datang dengan reka bentuk asas pada tahun 1922 dan membincangkan idea-idea dengan guru sekolah tinggi. 


Dan yang paling berjaya adalah John Logie Baird (1888-1946). Beliau merupakan orang pertama yang berjaya menghasilkan tv yang berfungsi dan juga siaran tv berwarna pertama sepenuhnya. Pada 1927, Baird pun dengan machonya memancarkan isyarat TV jarak jauh pertama antara London dan Central Hotel,Glasgow(705 km=Lebih kurang dari Johor ke Kedah). Dengan cubaan ini Baird telah berjaya memecahkan rekod stesyen AT&T  Bell Labs di New York yang berlangsung sebulan sebelum demonstrasi Braid nih dan selepas itu bermulalah dunia TV secara meluas. Seperti siaran lumba kuda,tinju, Charlie Chaplin yang legend habis dll.


Sebenarnya banyak lagi tokoh yang terlibat dalam memberi sumbangan sebelum terciptanya tv seperti yang kita lihat hari ini dan idea asalnya bukanlah untuk menjadikan ia sebagai sebuah tv tapi semuanya bermula dengan idea penghantaran signal. Dari menggunakan cara manual kepada cara elektron dan kemudian bermulalah revolusi untuk menghantar imej pegun pula melalui talian telefon yang pada ketika itu dikatakan menjadi satu fenomena tergempar dunia. Dan dengan idea tulah baru bermulanya idea yang lagi best untuk menghantar video bergerak menggunakan pemancar dan untuk dilihat diseluruh dunia seperti yang kita dapat lihat pada hari ini. Tanpa mereka mungkin Astro takkan pernah wujud.
Mereka berkerja sama dan mewariskan kajian mereka untuk disambung oleh generasi akan datang. Siapa mereka dan siapa kita? Aku tayar pancit pun p kedai tayar apa cerita :).

Tuesday, August 2, 2011

Aplikasi Android:10 Terbaik Untuk Aku.

Semua orang dah tau apa tu Android dan apa tu Android phone. Disebabkan perkembangan Android sangat laju kat sini aku nak tinggalkan sedikit bench mark untuk diri aku di masa akan datang. Aku senaraikan 10 aplikasi yang aku rasakan terbaik untuk aku di sini.

Pulse, MultiIM+,Offical XBMC Remote Control, Tweetdeck, Whatsapp, Mango Comic Reader, Opera Mini Browser, Dolphin Mini Browser, 4shared, Bloggerdroid, Advanced Task Killer.

10.Advanced Task Killer

"ATK is pretty simple. Open this tool and take a look at the running applications list? Uncheck some apps you don't want to kill (such as Advanced Task Killer and some system apps) Tap the button 'Kill selected apps', it will kill all applications checked."-Description from appbrain.

Masalah Android ni kebanyakan aplikasi akan di "background" kan jadi penggunaan memori ram tinggi. Bila ram tinggi maka "lag" la smart phone korang. Dengan adanya ATK ni korang boleh kill aplikasi yang korang taknak running on background tanpa perlu restart phone korang.More ram mean more speed.

9. Offical XBMC Remote Control

Ini adalah alat kawalan untuk XBMC(media centre)  korang. Kalau korang tak berapa nak faham boleh refer LINK BIRU NI.Mungkin korang nak tau aku apa beza guna remote control dengan smart phone as remote control? Ok aplikasi ni membuatkan korang ada option untuk membuatkan movie korang "pause" sendiri bila korang dapat call, dan ada jugak option untuk view message korang kat XBMC korang jadi tak perlu tengok handphone lagi ketika menonton.

8.Pulse
Bertapa membazirnya masa anda di dalam toilet tanpa berbuat apa. Bertapa ruginya masa anda baring kat atas katil tunggu mata nak lelap tanpa berbuat apa. Sebab tu aku pilih baca blog. Blog kawan-kawan ke, blog topik-topik best ke. Jadi aku pilih Pulse.

Kelebihan Pulse:
-Boleh add blog yang korang subscribe guna gmail id.
-Auto update news(optional,internet required)
-Appearance cantik
-Ada FB link. So leh baca apa yang kawan FB korang shared kat FB wall diorang.
-User friendly. Ada night mode dan day mode.(Aku selalu night mode je sebab jimat tenaga).
-Share option. Untuk share dengan rakan FB atau Twitter.

Kelemahan:
-Perlukan internet connection. Takde function "download for offline use" mcm sesetengah aplikasi rss reader.

7.MultiIM+
 Ya mungkin ramai yang ghairah dengan Meebo. Tapi aku still suka yang ni sebab .
-Dia ada Skype chat Meebo takde.
-Mode terus login selepas exit sehingga masa yang ditetapkan.  Jimat batteri dan cuma running services je kat background.
-Ada lite mode utk faster speed and lite internet connection

6.Tweetdeck

Terbaik dari ladang. Facebook dan twitter "together-gether". Boleh update status dalam 1 masa. Tweetdeck juga support tweet yang panjang. Yang aku paling suka kita boleh pilih time utk synchronize direct message, mention,post wall dll. So kita boleh setting untuk jimat bateri dan dalam masa yang sama aktif bersosial.

7.Whatsapp

Aplikasi yang rasanya semua orang ada. SMS is fun again :). Chat account id anda adalah nombor telefon anda. Cukup mudah. Sesiapa yang ada nombor phone anda dan ada whatsapp boleh terus detect anda sebagai whatsapp buddy diorang. Ada group chat, personal, hantar files,gambar dll. Juga boleh update status anda. Contoh, "takdak mood jangan whatsapp aku".

6.Mango Comic Reader

Selain dari baca blog baca comic pun best jugak. Ada beribu komik dalam ni tapi aku baca yang old skool je. Yang menjadikan dia best ialah library yang banyak dan tak lag untuk android device yang low(contoh macam ipad china aku yang jadi remote control XBMC tu).

5.Opera Mini Browser

Browser untuk smartphone yang memang best. Dia boleh compress habis semua images guna server Opera. Bila semua images dah compress maknanya satu-satu page tu mampu load dengan laju sebab download data yang minima. Bila download data minima sama laa juga dengan saving bandwitch dan kredit anda. Ok anda internet unlimited, ok anda subscribe yang bandwitch besar tapi coverage anda bagus ke boleh dapat internet laju sepanjang masa? Kalau tak boleh cuba opera mini. Kalau nak yang lebih kurang best dia cuba yang bawah ni.

4.Dolphin Mini Browser.

Ada certain-certain website yang Opera Mini tak mampu detect samada aplikasi tersebut dibuka melalui mobile browser ataupun computer browser contohnya blogspot. Jadi untuk browse blog(selain dari blog yang aku subscribe) aku guna dolphin mini browser.Banyak function yang boleh digunakan seperti shortcut guna gesture dll. Korang boleh cuba mesti layan.Kalau korang gila flash korang guna Skyfire(aku tak gila hehehe)

3.4shared

Aplikasi ni aku guna untuk search dan simpan certain files apk ataupun apa-apa files so lepas flash rom aku terus download kat sini kalau files tu takde dalam sd card.Kadang-kadang kawan minta tolong install aplikasi macam android aku so aku just download dari 4shared aku melalui android diorang. Lebih kurang macam tu laa fungsinya.

2.Bloggerdroid (Tak laa bagus sangat tapi ni je yang ada)
Simple Blogger client.

You can:
-create/view/edit/delete blog posts
-post comments to published blog posts
-upload picture(s) and video(s)
-select size and quality of pictures uploaded
-set publish date/time
-publish as draft
-share pictures, videos, YouTube clips, links etc.

* Ads - Airpush, MobFox and AdMob
* Blogger-droid signature

Client for blogger.com (blogspot.com).

1.Papago x5
Sebab utama aku pakai smartphone adalah A-GPS. Tanpa GPS aku memang mampu sesat lagi menyesatkan. Untuk ni aku rasa aku tak perlu explain panjang semua orang dah tau apa tu PAPAGO.

Adakah robot akan menguasai kita satu hari nanti? Kalau ya siapa yang nak charge robot tu nanti bila diorang habis bateri?

Selamat berbuka dan selamat berterawih.

Monday, August 1, 2011

Kenapa Masakan Mak Aku Sedap??


"Masakan ibu adalah masakan paling sedap di dunia"
"Mak masak sedap betui, petang ni jom p KFC"

Haaa...tudia....Adakah kata-kata di atas cuma sebagai pembodek kepada ibu-ibu ataupun memang ada dalil yang membuktikan masakan ibu sedap? Yaa aku sampai ke hari ni aku tak jumpa lagi sebarang dalil-dalil releven yang mengatakan masakan ibu tu sedap tapi aku ada cerita yang aku ingin berkongsi tentang masakan ibu.

Masa aku kecik, aku dibesarkan oleh Tok Wan dan Opah aku sehingga aku 6 tahun.Selepas itu aku dibesarkan oleh mak-bapak aku. Masa kecil keluarga aku bukanlah senang sangat. Tapi parent aku tak pernah didik kami untuk menadah tangan apatah lagi buat muka tak malu minta-minta kat orang. Akibatnya aku sampai sekarang orang bagi pun kadang-kadang aku tolak. Berbalik bab makan tadi. Aku selalu diarahkan oleh mak aku untuk beli 2 kati ikan termenung(ikan kembung). Masa tu nak makan ayam dengan daging pun susah. Selalu pak bawak kami balik rumah tok wan dan opah sebab tok wan aku nelayan so boleh makan lauk sedap-sedap. Al- Fatihah untuk mereka. Ketika itu lah aku mula diperkenalkan di sekolah dengan teori "Masakan mak paling sedap di dunia". Masa tu kepala hotak kecik aku ni mula bertelagah.

"Masakan masakan mak paling sedap sedangkan aku lagi suka makan KFC??"

Tapi kalau difikirkan balik betul apa aku cakap. Banyak orang yang happy gila kalau parent dia kata "today we going to eat outside".....Kalau masakan mak kita sedap awat kita tak kecewa?? Rugi laa tak boleh makan masakan paling sedap di dunia???

Ok, dun get me wrong. Aku cuma nk cerita apa yang aku lalui dan bertapa hipokritnya orang yang mengatakan masakan mak depa sedap tanpa dalil. Yaa di sini aku nak keluarkan teori bodoh aku kenapa aku cakap masakan mak aku sedap??

Of course sebagai remaja hingusan yang tak berapa banyak duit KFC tu dah habis sedap laa ketika tu. Masa aku form 3@4 aku jual coki-coki kat sekolah. Untung dekat rm15 jugak laa sehari. Tiap-tiap minggu pi KFC. Masa tu rasa bahagia laa dah laa duit cari sendiri pastu boleh makan sedap-sedap memang nikmat habis. Bila masuk Universiti lagi nikmat. Tiap-tiap malam makan kat luar. Koteaw paling sedap tempat makan paling sedap semua aku try. Masa ni aku dapat result untuk mengatakan masakan mak aku memang power. Korang bayangkan aku makan masakan mak aku dari darjah 1 sampai aku habis sekolah menengah aku tak pernah jemu dan rasa nak termuntah walaupun lauk tak sedap. Tapi kat restoren walaupun sedap macam mana pun lepas berulang 7 kali seminggu mesti perut aku dah lemau tekak aku dah loya dan aku kena tukar restoran lain. Rasa nak muntah.......

Mungkin perasaan aku tak sama dengan kalian tapi serius tu yang aku rasakan. Masa dekat Universiti aku jual nasi lemak, pastu tiap-tiap bulan ada job untuk buat dokumen tender so masa tu agak ada duit sikit. Tapi serius aku jemu makan luar. Kadang-kadang aku masak sendiri kat rumah dengan member aku,Atok. Walaupun telur yang aku masak tu hangit tapi aku rasa macam lagi sedap dari makan kat kedai yang sama 7 kali seminggu. Mungkin aku masak telur tu dengan perasaan ikhlas dan kasih sayang yang menebal kot. Perghh....

So tiap-tiap kali nak balik rumah aku akan pastikan perut aku tidak dipenuhi anasir-anasir luar sebab setibanya dirumah aku mesti buka tudung saji dan makan apa sahaja yang ada kat rumah aku(kalau mak aku masak laa). Kalau orang gaji masak aku rasa macam "7 kali seminggu" jugak.

So...Untuk puasa ni aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kat mak aku kerana melahirkan aku di kampung yang hebat dan menyusahkan dia dari dalam perut, dah laa aku paling berat sekali. Masakan mak aku mungkin bukan paling sedap dalam dunia tapi aku boleh makan sampai aku mati tanpa jemu

Jadi apa alasan anda yang mengatakan masakan mak anda lagi power dari mak aku?? :). Cuba habaq mai??