Thursday, November 7, 2013

iOS, Android dan Akhirnya Kenapa Windows Phone??

Last sekali aku guna Windows Phone 2 tahun lepas. Masa tu HTC Mozart. Windows Phone 7. Tapi sebab dapat offer untuk trade in dengan Xperia Play aku decide untuk letgo lepas 2 minggu pakai. 3 minggu lepas Xperia Play aku rosak. So aku decide nak cari phone ganti dan aku dapat Lumia 710 dengan windows phone 7.8.

Aku rasa aku tak bersikap buyers kalau aku pilih windows phone sebab aku masih ada iOS dan Android device. Cuma sebagai phone aku rasa OS WP memang sangat sesuai.

Di sini aku senaraikan pro dan kontra Windows Phone 7.8(Paling latest 8) compare tu iOS dan Android.

Pro
1. Interface yang menarik dan Zen. 
Maksud Zen sendiri adalah kesempurnaan dalam simplicity. Rasanya tu konsep yang cuba disampaikan oleh OS WP. Kalau korang notis korang lebih banyak slide dari guna click button samada fizikal button mahupun touch screen button macam iOS dan Android. Semua maklumat contact korang boleh integrate kan dengan akaun social lain seperti facebook dan twitter. So dengan sekali klik dan slide korang dapat tau update tentang korang punya contact terus tanpa buka akaun yang berbeza. Untuk Android dan iOS korang perlu install applikasi tambahan lain untuk dapatkan fungsi ini yang sudah tentu aku beri impact kepada bateri dan penggunaan ram dan data phone.

Paling menarik untuk update facebook dan twitter yang di integrate sekali dengan OS WP data yang di download adalah minimum. Sesuai untuk kawasan yang coverage kurang atau pun bandwidth bulanan yang sikit. 

2. Integration antara SMS dan Facebook Chat
Korang tak perlu download aplikasi berbeza untuk facebook disebabkan OS WP sendiri dah ada integration dengan FB Chat. Semua FB Chat dan SMS akan berada dalam Messaging. Tak perlu buka banyak aplikasi dan mudah.

3. Build In Facebook dan Twitter.
Seperti yang dijelaskan di (1) FB dan Twitter disekalikan bersama di bahagian PEOPLE. Untuk notification pula korang boleh ke bahagian ME. 

4. Battery Saving
Seperti sedia maklum OS WP memang tersangat kurang aplikasi. Namun disebabkan itu dan juga aplikasi penting seperti FB dan twitter yang dah di build ini jimat data dan kurang penggunaan processor dan ram menjadikan OS WP antara yang paling tahan baterinya. Aku compare kan dengan Xperia Play 1500mah=17 jam(Penggunaan medium FB, Twitter, Email tak termasuk game), Nokia Lumia 710=1 hari setengah (Penggunaan medium FB, Twitter, Email tak termasuk game). 

5. Nokia Drive
The best GPS ever yang saya pernah guna compare tu Papago x5, Papago x9, Sygic, Waze dan Google Map. Simple, download data yang cepat untuk online atau anda boleh download terus map Malaysia untuk offline hanya 111mb sahaja. Arahan yang jelas dan tersusun tak kalut macam Google Map. 

Kontra
1. Kurang Aplikasi Yang Tersangat Mainstream
Game memang boleh consider macam takde, aplikasi per bank kan CIMB click pun takde. Aplikasi Facebook dari official Facebook pun macam hidup segan mati tak mau dan yang paling tak best aplikasi Facebook Pages pun kena install yang unofficial dan terlalu kurang option compare to android. 

2. Kurang Support Dari Xda
Tak macam Android yang ada berpuluh-puluh rom untuk di flash dan macam-macam kernal untuk dipilih. OS WP cuma ada 2-3 rom dan tak banyak beza pun lepas root dengan tak. Ada la beza sikit-sikit macam boleh install pirate app. Tapi dengan aplikasi sedia ada yang kurang macam tak bagi impact sangat pun.

3. Guna Data Yang Banyak Untuk Aplikasi Tambahan
Berbanding Android OS WP menggunakan data yang lebih banyak untuk aplikasi yang bukan build in. Sama seperti iOS. Kena ada 3g baru ok kalau E memang menyirap la. Kalau Android G pun boleh hidup untuk Fast For Facebook.

Antara Aplikasi yang pasti akan dirindui dari Android.
1. Live View Watch
Smart Watch pertama yang aku beli dari ebay dan satu-satunya Smart Watch yang aku ada. Live view buat masa sekarang cuma integrate dengan android je. Aku harap ada developers yang sanggup reverse engineering untuk bagi jam ni working untuk WP. Buat masa sekarang memang simpan dalam kotak la. Tiada lagi jam notifikasi. Kehilangan besar ni.

2. Cloud Around
Stream lagu direct dari account box. Aku ada 150gb storage kat box.com so semua koleksi musik aku letak kat situ. Maknanya aku boleh bawak semua koleksi music aku dalam phone je. Buat masa sekarang WP masih belum ada aplikasi yang seakan ni. So kena load music macam masa pakai iPhone 2g dulu. Sync, sync dan sync....

3. CIMB Click
Tiada lagi kemudah transfer dan check duit. Kehilangan besar jugak ni. Tapi masih boleh di cover dengan browser. Cumanya tak syok la dan slow.

4. FPSE
Play station emulator. Mungkin aku pun dah tua. Dah bukan masa lagi handphone ada game. Hahaha.....Final Fantasy 7 pun main tak habis-habis lagi.

Within 1 year kalau tak banyak perubahan dalam dunia Windows Phone mungkin aku akan patah balik ke Android dengan syarat aku ada controller #Phonejoy yang ntah bila nak release. Apa-apa pun yang pasti bukan dari Samsung haha...

Wednesday, October 30, 2013

Selepas 3 Bulan...

3 bulan lepas aku ada tulis tentang apa yang akan terjadi 3 bulan kemudian >>KLIK SINI UNTUK POST TERSEBUT<< selepas langkah-langkah drastik yang aku ambil. Di sini mungkin aku boleh kongsikan sedikit tentang apa yang terjadi.

MASA
Aku cuma turun untuk buka booth seminggu sekali. Selebihnya aku banyak jual online dan buat delivery sekitar kawasan perumahan berhampiran tempat tinggal aku. Secara ringkasnya aku ada 80% extra masa berbanding 4 bulan sebelum ni.

EKONOMI
Disebabkan aku tak kerja hari-hari maka banyak kos yang dapat dijimatkan seperti Tol, Petrol, belanja makan tengah hari. Untuk ini sahaja aku dapat jimat sebanyak 50% dari perbelanjaan sebelum ni. Dalam seminggu aku cuma akan turun untuk buka booth di Cyberjaya pada hari Selasa. Selebihnya banyak dari jualan online. Banyak juga pelanggan dari penduduk di Taman sekitar aku. Setiap hari aku peruntukkan 1 jam untuk delivery.

BIDANG YANG DICEBURI
Dari 3 jenis kemahiran aku cuma guna 1 je buat masa sekarang. Sepatutnya dalam plan asal aku perlu gunakan ketiga-tiga kemahiran untuk cover ekonomi aku. Tapi alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan. Tapi tak bermakna aku takkan gunakan lagi 2 kemahiran tersebut. Tapi tak dinafikan plan lari sikit disebabkan kurang disiplin.

ANAK
Pagi-pagi tengok anak, buat kerja depan anak. Aku tak tau nak cakap macam mana. Boring pun ada, best pun ada. Mau tak mau anak jadi kawan baik haha.....

Yang aku dapat simpulkan di sini nak buat apa rancang je, nanti yang Maha Merancang akan adjust yang lagi baik untuk kita. Penutup bulan ni agak baik untuk aku walaupun ada episod duka dan suspen. 3 bulan lagi kita tengok apa yang jadi.

Mattin.l.Mahmud

Wednesday, July 31, 2013

Apa Nak Buat Lepas Berhenti Kerja?

Kenapa?
Lepas orang rumah aku mengandung tahun lepas aku dah nekad nak berhenti keje. Tujuannya untuk improve ekonomi keluarga dan dalam masa yang sama ada banyak masa(kalau jadi kuli orang nak duit banyak confirm takde masa asyik OT je). Sepanjang tempoh setahun tu aku cuba plan apa aku nak buat lepas berhenti keje dan dalam masa yang sama banyak juga masalah yang tidak dijangka-jangka melanda.

Halangan
Antaranya aku kena penyakit misteri. Ia membuatkan berat aku kurang dengan mendadak dan badan aku tidak boleh berfungsi seperti normal. Sendi-sendi badan aku sakit, mudah terseliuh dan tak boleh buat kerja-kerja berat. Kononnya kena santau. Secara ringkasnya aku hilang 70% kudrat. Tapi yang bagusnya bila dengan kudrat yang sikit aku jadi makin fokus dan tak terburu-buru dalam buat keputusan sebab tak mau kudrat yang sediaada terbazir.

Anak
Lepas anak pertama lahir aku decide untuk resign bulan Jun lalu. Aku harap sangat kami(isteri dan aku) boleh jaga anak sendiri taknak hantar pengasuh. Aku anggap anak tu amanah Allah untuk kami dan aku rasa macam "tak kena" pula kalau dah ada anak hantar kat orang. Tapi tak dinafikan dengan keadaan ekonomi sekarang yang memerlukan ibu bapa berkerja untuk menyara kehidupan maka anak terpaksa ditinggalkan dengan pengasuh. Namun aku harap dapat atasi "lumrah alam" terbaru ini.

Kemahiran
Diringkaskan cerita aku rasa aku ada 3 jenis kemahiran yang aku agak yakin boleh menjadi point untuk aku mencari rezeki sendiri. Aku cuba apply kan apa yang aku tau dan hasilnya aku masih belum ketahui. Mungkin amik masa 3-4 bulan untuk tengok potensi samada teori aku betul atau salah. Bagi aku sekarang yang penting aku buat apa yang aku rasa aku boleh buat.

Kenapa bukan isteri yang berhenti
Tempat aku berkerja sebelum ni semuanya ok. Gaji ok, masa kerja ok, claim ok cuma semua staff dan majikan dah berumur dan aku tau company tu dah tak lama(mungkin 5-6 tahun) lagi. Jadi aku decide untuk berhenti untuk buat bisnes full time dan orang rumah aku terus kerja kat government. Kalau apa-apa jadi kat aku terjamin sikit. Tapi kalau semuanya ok aku harap boleh lah orang rumah aku berhenti tengok anak sendiri.

Apa yang sedang terjadi?
Dah masuk sebulan aku resign. Bulan pertama banyak aku habiskan dengan anak untuk sesuaikan diri. 5-6 hari lepas aku start marketing online(jual gadget), tapi macam tak kena gaya pula orang jual barang raya aku jual gadget haha....Lepas ni kena marketing yang lain-lain juga. Aku bercadang nak cover kawasan Taman tempat aku tinggal je senang nak closed deal atau pun buat servis. Selain tu hujung-hujung minggu aku ada melawat tempat-tempat freelance lama kalau ada job.

Kita tengok apa akan jadi lepas 3 bulan....hahaha.... Kalau ada apa-apa boleh kongsi nanti aku tulis kat blog ni. Korang yang baca pun kalau rasa nak kongsi apa-apa boleh la. InsyaAllah sama-sama dapat manfaat.

Thursday, July 18, 2013

Perbalahan Takkan Selesai Jika...

Pagi tadi aku baca isu cina hina islam tu. Lepas tu macam biasa tengok komen yang panjang berjela. Ada yang macam Ustaz, Cikgu, pakar Psikologi dan mamat psycho pun ada. Semua dengan hujah masing-masing. Cuma aku yakin masalah takkan selesai jika:

1. Sering bertukar topik.
(Contoh) Tun M cadang buang kerakyatan. Orang bagi komen. Tiba-tiba ada komen menyampuk berkenaan tindakan Tun M masa tahun bila ntah tentang Nabi tak potong janggut sebab takde pisau Gillete. Topik pun bertukar tangan. Masalah tak selesai.

2. Sifat tak mahu kalah
(Contoh) Bila Mun Tatt kena pukul dan isu itu dimainkan ramai orang baik dari bangsa cina dan Melayu mula tunjuk poyo. Yang segelintir Melayu sibuk nak pukul kalau jumpa tepi jalan(ntah berani ke tak) yang cina pula sibuk duk tambah bara. Maka panas la dua-dua pihak. Masalah tak selesai.

3. Hujah Copy Paste.
Bila dah hujah pun copy paste google bulat-bulat tanpa kefahaman lepas tu ditafsir pula dengan akal logik yang tak berapa nak betul maka lagi melalut la masalah sediaada. Paling ketara isu penggunaan ayat Al-Quran. Yang diguna pakai cuma ayat yang rasa bersesuaian. Bila dibantah dah mula guna hujah melawan hukum Allah... Kesimpulannya masalah tak selesai.

Pendapat aku, kalau jumpa orang yang jenis macam ni tak kisah la dia pendidikan tinggi ke so called Alim Ulamak ke lebih baik jauhkan diri. Kalau dekat jugak maka pasti....

MASALAH TAKKAN SELESAI.....

Wednesday, May 29, 2013

Must Have Add On for XBMC: Update 11th June 2013

SuperRepo
Got all the Add on and plug in that you need.

Get it from here SUPERREPO

1channel
Stream your favorite Movies and Tv Shows directly from internet. You also can add the Movies and TV Shows to your XBMC library.



Icefilms
Alternative for 1channel. Everything work like 1channel except you cannot import the Movies and Tv Shows to the library.



Chrunchyroll Takeout
For anime lover. A lot of anime collection is in here. Working quit good but got a lil bit of lag for an older videos(not all).

If you cannot get it from SuperRepo please get it from HERE

Navi-X
Im not really sure about what it is but its work great. Searching Movies from piratebay and a lot of other source and directly play from XBMC without fancy appearance that mean fast response. One of the best thing that i found is i can directly download any video files from Navi-X directly from my XBMC. For more info you can go to Navi-X website.



XBMC Hub
A lot of tweaks, fixes and tutorial is in this Add On. For me this one is really important for maintenance of my XBMC.

If you cannot get it from SuperRepo please get it from HERE



XBMC Back Up
Im using Raspberry Pi and its always corrupted(every 3 weeks +-). So im using this method to back up all my data once a week. So if anything happen i just reflash my memory card from .img that i already create or just make a frest install and restore the setting. Its take 40 minutes to do this. 

XBMC Subtitles
Yes im not subtittles so i need this add on. Press menu button while watching your show, choose subtittles and directly download it. Teach you monkey to do that.

Youtube
This add on is come along with XBMC. I love the playlist, subscribe and watch later option. Anyway this is Youtube so no need to tell a lot. Everybody need that.

Facebook Media
Browsing picture of your Facebook account. You can read the status with the photo but cannot see or put any comment on it.

Note: Dont put a lot of Add On because it will make your head crack!!!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Update 11th June 2013:
I notice that all Movies and Tv Shows that i take from 1channel and put to my library is still working when 1channel domain is downs(letmewatchthis.ch@1channel.ch). So i decide to put all my library to my removable disc to make a back up if my Raspbmc is corrupted (panic, panic panic) .

Friday, May 10, 2013

Kelebihan Cloud Storage

Kebanyakan dari kita mula menyimpan data-data dalam bentuk digital seperti pen drive, external hard disk dll. Antara data yang kita simpan adalah bil-bil, dokumen kerja, fail video dan musik, gambar percutian dll.

Berdasarkan pengalaman, saya cuma menggunakan 10% dari external hard disk untuk menyimpan hasil-hasil kerja saya manakala ruang selebihnya saya gunakan untuk simpanan fail video, musik, gambar dan aplikasi komputer dan game.

Dapat saya ringkaskan di sini dari jumlah keseluruhan:

Video dan musik = 70%
Gambar = 10%
Aplikasi komputer dll = 10%
Kerja dan dokumen penting 10%

Seperti yang sedia maklum kita mempunyai banyak perkhidmatan cloud storage berbayar yang memberikan storage yang besar kepada kita tetapi ramai dari kita termasuk saya tak begitu berminat untuk membayar servis yang ditawarkan kecuali jika ianya PERCUMA. Seperti yang kita sedia maklum untuk perkhidmatan percuma selalunya akan ditetapkan limit seperti 5gb-10gb dan ini kelihatan seperti langsung tidak bersesuaian dengan kadar yang kita perlukan.

Setelah mengalami masalah kehilangan sumber back up berkali-kali di atas sebab hard disk gagal berfungsi (rosak). Saya mula asingkan data-data mengikut kepentingan ke cloud storage. Antara yang saya lakukan ialah:

1. Box.com
Pertengahan 2010 sesiapa yang mengaktifkan aplikasi Box di Android phone Sony Ericson akan menerima 50gb free storage. Saya aktifkan 3 phone jadi saya mempunyai 150gb storage dengan akaun yang berbeza. Untuk makluman kita boleh link kan folder dari satu akaun ke akaun yang lain jadi saya boleh manfaatkan ruang 150gb storage itu sepenuhnya.

Untuk Box.com saya gunakan untuk sync data kerja semasa saya, ebook, fail musik dan gambar. Bagi saya 150gb sudah memadai untuk 5 tahun lagi. (Fail kerja semua adalah di compile menjadi pdf atau format dokumen, tiada sebarang fail .dwg, pdf, ai skp dll kecuali fail kerja semasa). Untuk akaun Box tidak berbayar pengguna hanya dibenarkan meng upload 200mb untuk satu fail. Jika terdapat fail yang lebih dari saiz tersebut anda boleh split kan file ke beberapa bahagian menggunakan Winrar atau lain-lain aplikasi.

Untuk sync fail dari Box.com ke komputer anda boleh meng install aplikasi Box for windows dan memilih folder yang anda ingin untuk sync dari Box dan PC anda. Antara alternative lain ialah Gladinet.

Gladinet boleh digunakan untuk meng akses semua fail dari Box(dll akaun) terus ke PC anda melalui cloud drive. Tidak seperti Box for Windows yang akan meng sync apa jua folder yang anda telah tetapkan Gladinet membolehkan anda memilih fail yang anda ingini dan upload /download secara manual(untuk free akaun).

Jika anda pengguna Android phone anda boleh meng install Cloud Around dari Google Play Market dan log in ke akaun Box anda. Cloud Around akan melakukan scan ke atas folder musik yang anda ingini dan anda boleh terus stream lagu di akaun Box anda (buat playlist, pilih penyanyi, album dll).

Jika anda pengguna PC anda juga boleh stream lagu dari akaun BOX anda terus menggunakan Gladinet (Gladinet bertindak seperti local disk dalam PC anda) tapi sila gunakan player yang simple seperti Billy. Jika menggunakan player biasa(winamp dan windows media player, iTunes) disebabkan player cuba mendownload data dari fail musik(durasi lagu, penyanyi dll) membuatkan player akan stuck seketika sehinggalah data diperolehi sepenuhnya.

2. XBMC untuk PC, iOS, Android dan Raspberry Pi - International Movie, Tv Show dan Musik

XBMC adalah aplikasi Media Centre yang mempunyai banyak add on menarik yang membolehkan pengguna men stream hampir semua International Movie, Tv Shows, Anime dan Musik melalui add on seperti 1channel, Chruncyroll, Icefilm, Youtube, National Geographic dan banyak lagi. Dengan ini pengguna tidak lagi perlu men download Movie dan Tv Shows kegemaran mereka lagi kerana semuanya ada di library yang boleh di akses terus dari XBMC melaui add on yang disediakan KECUALI untuk rancangan-rancangan dan filem tempatan. Yang ni kena buat macam biasa :).

Saya gunakan Raspberry Pi untuk XBMC disebabkan saiznya yang kecil dan mudah untuk disembunyikan dibelakang TV(Bersaiz kotak business card sahaja).

3. Dropbox
Untuk back up fail-fail lain yang boleh dikategorikan sebagai TEMP anda boleh menggunakan akaun Dropbox. Walaupun Dropbox lebih praktikal dari Box tapi disebabkan saiz simpanan Dropbox cuma memberi 2.2gb kepada free user dan tambahan 0.5gb untuk setiap recommend friend yang berjaya. Untuk sync kerja dengan teammate saya syorkan anda gunakan Dropbox. Antara kelebihana utama Dropbox ialah tiada limit saiz untuk satu-satu fail.

4. Offline Back Up Masih Perlu
Untuk lebih berjaga-jaga offline Back Up masih perlu. Tapi cukuplah sekadar fail-fail yang benar-benar penting. Dalam kes saya, saya cuma perlukan sekitar 200gb untuk back up data. Movie, Tv Show saya stream untuk Musik, Gambar, Komik semuanya saya simpan di cloud storage.

Yang pasti internet kena laju. Sekurang-kurangnya 2Mbps.

Cuma berkongsi pendapat.

Friday, March 15, 2013

DIY Case Raspberry PI Model B

Ni bukan casing aku buat. Aku jumpa kat google.

Note:
XBMC=Aplikasi Media Centre
Raspberry Pi=Pc saiz kad kredit

Sementara tunggu order Raspberry Pi nak sampai aku decide untuk buat casing sendiri memandangkan Raspberry Pi ni agak menarik untuk di DIY kan sehabis-habisnya. Sekali google rupanya dah ada orang yang dah buat prototype untuk casing DIY. Cuma kena print dan ikut arahan je macam model kertas.

Aku guna trasparent cover folio sebagai material. Syok woo. Ni gambar rajah korang boleh download pdf tu kat website link dia atau kat link bawah ni dan print dalam size A4. Jangan ubah-ubah dia dah fix tu. Selamat mencuba.

Percubaan pertama yang menghasilkan bentuk tanpa penjuru tepat.
Raspberry pi model B aku sampai sehari lepas anak pertama aku lahir. Ngam-ngam ja.

Sila click link di bawah untuk download PDF layout. Sila Print dalam A4
Punnet_net_DIY_Casing

Tak berkaitan:
Aku mula diperkenalkan dengan benda alah ni tahun lepas masa duk pulun buat Media Centre. Cikgu aka member lama @pali7x yang introduce menatang ni kat aku. Tapi masa tu aku takde sebarang TV atau LCD yang ada HDMI input(orang kata sapa takdak HDMI TV dia duk dalam gua, aku duk dalam kotak-rumah flat-) dan aku pun malas nak cari HDMI to VGA. Rasa tak umph pulak. Kepada yang dah kahwin dan konon-konon anti TV3 tu beli la menatang ni, boleh kasi custom kaw-kaw.

Refer link:
http://www.raspberrypi.org/archives/1310

Tuesday, March 12, 2013

5 Perkara Yang Hampir Pupus

Aku tak la tua sangat tapi dah suku abad. Dalam tempoh 15 tahun banyak benda yang berubah. Dunia sendiri, teknologi, cara makan, cara hidup dan lain-lain. Banyak perubahan ini membawa kebaikan kepada kita tapi dalam masa yang sama banyak benda yang aku rasa tak sepatutnya berubah antaranya adalah adat dan budaya yang aku rasa cukup indah untuk diteruskan sampai kiamat. Tapi mungkin disebabkan ia tak memberikan sebarang kepentingan material maka kita mula meninggalkan perkara-perkara ini.

1. Makan bersama sekeluarga
Selalunya dilakukan pada waktu malam lepas Maghrib bersama-sama anak dan isteri. Semua akan berkumpul satu meja, yang perempuan sibuk hidangkan lauk, yang lelaki akan akan berborak seketika sementara atau kadang-kadang tolong perempuan di dapur mengangkat air basuhan tangan, lauk dll. Anak perempuan atau isteri menjengah kira dan kanan untuk melihat keadaan meja, mungkin ada yang perlu ditambah nasinya. Sekarang ibu bapa pulang pukul 9-10 malam. Ada juga yang pulang awal tapi lebih selesa makan berasingan. Makan bertenggek depan TV ataupun yang paling mudah makan diluar. Tak perlu cuci pinggan, kemas dapur, kemas meja.

2. Solat bersama dan baca Yassin pada malam Jumaat
Sepanjang pengamatan aku ini bukan melibatkan orang yang digelar alim atau sebagainya tapi kebanyakan jiran dipersekitaran aku melakukan perkara yang sama setiap malam Jumaat sekurang-kurangnya. Malam jumaat ibarat malam berkumpul satu keluarga, malam keberkatan. Sekarang malam Jumaat lebih banyak dihabiskan dengan Midnight movie kat GSC atau keluar makan bersama keluarga.

3. Adab Melayan Tetamu
Bila datangnya tetamu dulu penghuni rumah lazimnya tak diberi keluar kecuali atas urusan penting. Kalau setakat nak jumpa kawan, lepak-lepak kedai kopi dan semua aktiviti berkaitan selalunya dibatalkan ketika tetamu datang. Tetamu akan dibahagikan mengikut group masing-masing. Anak-anak, ibu bapa dan yang berkaitan. Selalunya kaum wanita akan ke dapur menyediakan juadah untuk tetamu dan dituruti oleh tetamu wanita untuk membantu apa yang patut. Sekarang kita lebih terbuka. Lelaki dan perempuan berbincang tanpa ada sempadan, tak perlu lagi hidangkan juadah untuk tetamu. Kalau ada urusan kecil seperti untuk berjumpa kawan dan sebagainya penghuni rumah dengan senang hati meninggalkan tetamu.

4. Adab Bercakap dengan Ibu Bapa dan orang Dewasa.
Selalunya untuk perbualan biasa seseorang yang lebih muda usianya akan bercakap berhadapan dengan orang yang lebih tua. Jika mereka berada di jarak yang berbeza yang muda selalunya akan berjalan mendekati yang tua sebelum bertanyakan soalan dan bukannya menjerit atau bercakap tanpa berdepan. Seorang anak juga lazimnya menggunakan bahasa yang lembut untuk meminta tolong ibu bapanya membuat sesuatu untuknya dan bukannya nada arahan dan jeritan yang kita selalu dengar di zaman sekarang. Seorang anak juga selalunya akan memastikan arahan yang diberikan kepada ibu bapa adalah seminimum mungkin dan tidak berulang-ulang. Ia sangat berbeza dengan keadaan sekarang dimana anak-anak lebih selesa menjerit kepada ibu bapanya dari jauh untuk meminta tolong sesuatu dan tanpa segan silu mengarahkan ibu bapa mereka membuat sesuatu perkara berulang kali. Pada pandangan saya ia bukanlah sifat semulajadi tapi lebih kepada kurangnya sifat saling menghormati sesama yang lain.

5. Ucapan bila berjumpa dan berpisah.
Ucapan salam sering kedengaran bila seseorang berjumpa dengan yang lain. Namun ucapan itu digantikan dengan "eh, ko sihat" dan ucapan untuk berpisah lebih kepada "bye". Amalan bersalaman juga mula ditinggalkan dan digantikan dengan lambaian tangan ala Bill Clinton dan isteri.

Sebenarnya banyak lagi tapi cukuplah yang ni. Tulis banyak-banyak kena batang hidung sendiri juga tapi itu lah hakikatnya. Tak guna cara hidup yang kononnya moden tapi fikiran kolot. Berjemurlah tengah panas hari-hari pun takdenya nak jadi Negro.

Monday, March 11, 2013

Sony Ericson Live View- Jam Android

Jam ni akan sync data dengan Android phone korang dengan bluetooth.
Sample jam ni sampai 2 minggu lepas. Aku 1st jumpa jam ni kat review Sony Ericson, Youtube masa 2010. Sekarang Sony dah release SmartWatch aka Liveview 2. Jam ni boleh sync hampir semua notification yang korang dapat kat Android phone korang macam FB, Twitter, SMS, Call record, MMS, waktu azan, email dll. Korang juga boleh control music, snap gambar dan lain-lain funtion yang korang boleh install plugin dia dari Google Play.

Untuk memastikan jam ni terus sync dengan Android phone korang pastikan jarak phone dengan korang tak lebih 3 meter. Walaupun diorang claim boleh sampai 10 meter tapi sepanjang aku test asal lebih 3 meter je disconnection akan berlaku.

Masalah dan Penyelesaian:

Masalah utama jam ni adalah connection selalu terputus. Ia membuatkan jam ni sangat tak praktikal sampailah team Xda cuba cari penyelesaian dengan beberapa step yang korang boleh refer dekat SINI. Lepas apply semua step ni at least Liveview korang akan working 5 kali ganda lebih baik.

Selain tu ada developer yang dah reverse engineering Liveview app dan namakan sebagai Open Liveview(OLV). Ni pun korang boleh try. Sepanjang aku guna OLV aku rasa masalah disconnection kurang terjadi dari original Liveview application.

Untuk tambahan korang boleh install Minfree Manager application kat Google Play lepas tu set secondary server tu jadi "6".

Kelebihan:
Aku rasa yang paling bagus adalah masa driving atau tengah makan. Bila ada notification korang just tengok jam korang and decide samada nak terus respond atau pun hold dahulu tanpa perlu keluarkan phone korang dari poket ataupun matikan GPS korang.

Pro dan Kontra Official Liveview application(1.0.A.0.2.1) dan OLV(1.0.3.1beta) :
Pro
1- Official Liveview punya graphic lagi cun dari OLV yang black and white sahaja
2- Offficial Liveview ada RSS feed so boleh baca RSS direct dari jam Liveview korang. OLV takde.
3- Official Liveview punya music remote ada tulis nama artis dan tajuk lagu OLV belum ada lagi.
4- Official Liveview ada plugin OLV belum ada lagi(bakal ada katanya).

Kontra
1- Tiap kali ada notification OLV skrin akan blinking dan vibrate, official Liveview cuma vibrate je.
2- OLV lebih stable dari Official liveview. Mungkin sebab graphic kurang so tak banyak hantar data. Ntah la aku bukan programmer. 


Review Official Liveview dari Youtube:


Harga Liveview lebih kurang rm180-rm250. Ni takde clone, semua original.

Ostrich Pillow - Bantal Mengulat.

Bantal burung unta.
Sample Ostrich pillow aku dah sampai. Bantal ni aku jumpa kat projek Kickstarter. Konsep awal adalah untuk korang tidur sekejap masa lunch time dalam 20 minit dan diorang claim akan meningkatkan produktiviti kerja sebanyak 30%. Yang aku punya ni clone OEM bantal ni je.

Sampai je aku test la material dia lembut. Nak compare dengan original aku tak tau la tapi bagi aku dah cukup empuk. Kalau nak gambarkan tu dia macam kita gumpal-gumpal selimut buat bantal macam tu la lembut dia. Bila korang sarung kat kepala mula-mula rasa kekok tapi lama-lama selesa. Yang paling menarik adalah neck support dia agak superb. Kira kalau tido duduk pun tak sakit tengkok la.

Posisi tidur paling famous masa cikgu mengajar.
Sesuai untuk travellers, backpackers, dalam keretapi, kapal terbang dan juga orang yang selalu tido kat studio(macam aku masa mengaji dulu) atau kerja lebih masa kat office. Kalau korang tak kisah orang tengok korang lain macam sebab korang nak tidur aku suggest bantal ni.

Review Youtube:

Harga clone Ostrich Pillow RM69-RM99 kalau lebih tu baik beli yang ori.

Wednesday, February 27, 2013

Untungnya Jadi Manusia

3 hari lepas isteri aku ada jumpa anak burung yang baru lahir kat sekolah tempat dia kerja.Terjatuh dari sarang. Tinggi sarangya pakai tangga pun tak sampai. Kalau dibiar kena makan kucing mungkin, kena pijak budak-budak tadika pun mungkin. Jadi dia bawak balik. Orang kata mesti mati punya. Tapi dia kata MUNGKIN mati tapi kalau dibiarkan PASTI mati. Balik lah burung tu sambil duduk dalam akuarium Gundam yang aku dah tak pakai tu.

1st day bising. Kami bagi makan roti suria. Pastu bagi minum susu. Aku tanya member kat FB diorang cakap burung tak minum susu. Tapi dah duduk rumah aku redha je laa hehehhee....Aku selalu dengar lagu Jentayu by Nora, beberapa kali juga aku post status update FB dan Twitter dengan rangkap lagu ni. Bukan apa, menarik. Betapa hebatnya seekor burung jentayu. Burung je kot, tapi banyak effort. Tak macam manusia sekarang. Lebih suka memusnah dari membina. Ada setengahnya punggung sendiri pun masih tak berbasuh mengharap ehsan, simpati manusia sampai lupa akal kurnia Yang Esa untuk berfikir usaha, bukan alasan semata.

Berbalik ke burung pipit tadi. Setelah hari kedua masih diberi makan benda yang sama cicipan yang didengar makin perlahan. Mungkin sudah dapat merasa yang Izrael makin dekat dengannya. Masih tak mampu berjalan tapi sudah pandai berdiri menggunakan siku tangan. Pagi tadi mata pun baru je boleh dibuka untuk melihat dunia. Siapa sangka petang dah di panggil balik ke sana.

Kalau tak pun life cycle burung memang pendek. Mereka pantang buat silap. Asal silap langkah terus mati. Tak macam manusia, boleh buat silap berkali-kali. Buat jahat berkali-kali dan sang Pencipta masih mahu memberi ruang untuk menebus kesilapan yang dilakukan. Kalau seekor burung di beri peluang untuk jadi seorang manusia mungkin ia takkan menghabiskan masa macam kita dengan mengumpat, mengata dan mencerca sesama sendiri. Itu tak kena ini tak kena sampai lupa apa yang perlu dikerjakan. Siang malam merungut tentang hidup menagih simpati dalam senyap. Tapi malangnya bukan dari Pencipta tapi dari manusia.

Bila sakit tak habis-habis dipujanya bomoh-bomoh merasuk bagai. Keluar singa, keluar harimau tok nenek katanya. Maka percayalah mereka lebih dari percayanya seorang hamba kepada Tuhan. Ohh, lupa pulak Tuhan mana boleh nampak tapi aircond Haier 2 kuasa kuda tetap diyakini kuasa kesejukannya lebih dari 1 kuasa kuda walaupun tak nampak mata anginnya. Untungkan jadi manusia. Bersyukurlah....Salam Maulidur Rasul.

Thursday, January 3, 2013

Cara Mengatasi Pening Kepala Setiap Bulan.

Secara tak sedar kebanyakan faktor masalah dalam hidup kita adalah disebabkan masalah pengurusan baik dari segi masa, ekonomi dan lain-lain. Ada yang susah betui ada yang sebenaqnya tak payah pun. Antara yang tak payah tapi kita duk buat payah ialah:


#1 Bayar Bil Wajib

Bil ni lambat ke cepat kena bayar juga. Selalunya kita suka lengah-lengahkan dan last sekali terguna duit bil. Dah pening kepala. Dah mimpi-mimpi ngeri malam-malam tak boleh lena.

Kebaikan: Walaupun duit tinggal sikit tapi hati tenang sebab semua dah settle dari duit banyak tapi semua tak settle lagi.


#2 Bertolak Awal ke Tempat Kerja

Kadang-kadang kita rasa nak bagi elok-elok ja sampai office pukul 0900 tapi kalau jam atau ada masalah kat jalan dah buat kita terlewat. Bila lewat dah suspen takut boss marah. Bila boss betul-betul marah, masam muka dah takde mood nak keje. Bila takde mood nak keje masa rasa panjang je nak pukul 5 dan berterusan lah hari-hari moody. Biar sampai awal 10 minit tapi mood ceria satu hari. Permulaan pagi adalah penentu mood anda.

Kebaikan: Boleh boast up semangat kerja ke 200% dan berjangkit-jangkit sampai balik rumah. Keberangkalian dapat satu hari yang ceria sangat tinggi


#3 Kerja Biar Perlahan Jangan Tangguh.

Kadang-kadang kita rasa takde mood nak buat kerja baik dekat rumah mahupun pejabat. Tapi aku rasa cara yang paling baik kalau dah "baloq liat" sangat cuba jangan tangguhkan kerja tu tapi buat sikit-sikit/ At least siap 30% dari tak buat langsung. Esok siap lagi 30%. 3 hari siap la semua. Kadang-kadang kita tangguh sampai berbulan sebab kononnya nak buat "one shoot" last-last habuk pun tadak.

Kebaikan: Kerja confirm siap. Lambat atau cepat je.

#4 Buat Wish List Tahunan dan Jadual Bulanan.

Tiap-tiap tahun mesti semua ada azam baru. Tapi disebabkan semua dalam kepala jadi bila sibuk menguruskan hidup seharian azam pun hilang bersama nazam lebaran. Aku rasa antara cara yang sesuai adalah keluarkan azam tu atas kertas atau print jadi gambar so hari-hari boleh nampak. Belakang gambar tu tulis bila target perlu dilunaskan. Kalau tak dapat 10 pun at least dapat 3 jadi la dari semua nak kena usung ke tahun depan.

Kebaikan: Tiada yang lebih gembira bila boleh reward diri sendiri. Boleh tingkatkan semangat untuk hidup ni.

#5 Servis Kenderaan Tepat Pada Waktu

Ni aku paling liat. Tapi impak memang teruk. Elok dari nak repair rm50 dah jadi rm500. Ada hal je terus hantar tak payah nak tunggu apa-apa komponen tercabut dulu. Kalau takde duit cuba ke workshop tanya kos dulu. Elok dapat gaji terus kasi settle.

Kebaikan: Bayangkan kereta anda duk dalam workshop tak keluar lagi. Nak ke perasaan camtu?

#6 Tak Perlu Sempurna Untuk Mencuba

Kalau ada rasa nak buat apa-apa benda baru, just research apa patut bagi penuh ilmu di dada lepas tu buat je terus. Jangan tunggu masa, tempat, ketika dan bla-bla-bla. Kadang-kadang kita tunggu masa sempurna sampai 5-6 tahun sedangkan kalau kita mencuba dan gagal 10 kali pun dan berjaya kali ke 11 mungkin cuma perlukan 3 tahun. Lebih baik gagal dari tak buat apa-apa.

Kebaikan: Gagal juga boleh bantu anda untuk jatuh dengan slumber dan bangun terus. So kalau jatuh tak la tergolek dog.  Hidup takde risiko langsung tak syok la.

#7 Banyak Membaca

Tak kira la baca apa pun tapi dengan membaca akan membuat minda kita lebih terbuka dan dunia kita lebih luas. Secara tak langsung dapat membantu kita menyelesaikan masalah-masalah kita. Kalau tak kita rasa dalam dunia ni kita sorang je la ada masalah. Kalau anda tak minat membaca tu lagi bagus. Boleh baca time malam sebelum tido. Mesti cepat mengantuk dan dapat tido nyenyak.

Kebaikan: Boast up self confidence dan lebih teliti dengan keadaan sekeliling.

#8 Makan Malam Awal.

Kalau boleh makan pukul 0600. So malam korang dah free. Kalau start tengok movie pukul 0800 pun pukul 1000 dah habis. Bini korang boleh kemas apa patut dan siapkan keperluan esok. Kalau pukul 0830 baru makan pukul 0900 baru siap dia nak cuci pinggan lagi nak seterika baju lagi, lipat kain bla-bla....Bila berkeluarga masa bersama keluarga tu yang penting. Tak payah la nak gadai semua masa keluarga untuk OT cari duit lebih. Money cant buy happiness.

Kebaikan: Lepas makan badan ada masa untuk bakar kalori lagi sebelum kita tidur. Boleh la control berat badan. Tapi masa memang jimat sebab selalunya pukul 0600 kalau tak makan memang kita lepak kosong je tengok tv atau main FB.

#9 Reload Touch n Go

Kira je purata perbelanjaan tol tiap-tiap bulan dan relod siap-siap. Cuba bayangkan kalau tol anda rm1.30. Tiap-tiap hari keluar not rm2 dapat baki syiling 70sen. Nak letak dalam poket berat. Letak tempat syiling. Bila brek syiling terbang jatuh bawah seat. Kalau sehari hilang 20sen sebulan dah rm6. Setahun rm72. Boleh belanja 8 orang tengok wayang.

#10 Share Apa Yang Baik Dengan Orang Lain

Ni la sebab aku tulis post ni. Bila kita share kita kena buat. Kalau tak buat nanti kena chop cakap tak serupa bikin. Bila kita buat benda yang bawa kebaikan kat diri sendiri confirm la takkan bawa masalah. So kurang la sikit pening kepala.

Ni cuma pendapat aku je. Mungkin tak sesuai untuk sesetengah orang. Tapi pokok pangkalnya macam mak bapak kita selalu cakap, "jaga solat". Semua bermula dari situ.