Thursday, November 7, 2013

iOS, Android dan Akhirnya Kenapa Windows Phone??

Last sekali aku guna Windows Phone 2 tahun lepas. Masa tu HTC Mozart. Windows Phone 7. Tapi sebab dapat offer untuk trade in dengan Xperia Play aku decide untuk letgo lepas 2 minggu pakai. 3 minggu lepas Xperia Play aku rosak. So aku decide nak cari phone ganti dan aku dapat Lumia 710 dengan windows phone 7.8.

Aku rasa aku tak bersikap buyers kalau aku pilih windows phone sebab aku masih ada iOS dan Android device. Cuma sebagai phone aku rasa OS WP memang sangat sesuai.

Di sini aku senaraikan pro dan kontra Windows Phone 7.8(Paling latest 8) compare tu iOS dan Android.

Pro
1. Interface yang menarik dan Zen. 
Maksud Zen sendiri adalah kesempurnaan dalam simplicity. Rasanya tu konsep yang cuba disampaikan oleh OS WP. Kalau korang notis korang lebih banyak slide dari guna click button samada fizikal button mahupun touch screen button macam iOS dan Android. Semua maklumat contact korang boleh integrate kan dengan akaun social lain seperti facebook dan twitter. So dengan sekali klik dan slide korang dapat tau update tentang korang punya contact terus tanpa buka akaun yang berbeza. Untuk Android dan iOS korang perlu install applikasi tambahan lain untuk dapatkan fungsi ini yang sudah tentu aku beri impact kepada bateri dan penggunaan ram dan data phone.

Paling menarik untuk update facebook dan twitter yang di integrate sekali dengan OS WP data yang di download adalah minimum. Sesuai untuk kawasan yang coverage kurang atau pun bandwidth bulanan yang sikit. 

2. Integration antara SMS dan Facebook Chat
Korang tak perlu download aplikasi berbeza untuk facebook disebabkan OS WP sendiri dah ada integration dengan FB Chat. Semua FB Chat dan SMS akan berada dalam Messaging. Tak perlu buka banyak aplikasi dan mudah.

3. Build In Facebook dan Twitter.
Seperti yang dijelaskan di (1) FB dan Twitter disekalikan bersama di bahagian PEOPLE. Untuk notification pula korang boleh ke bahagian ME. 

4. Battery Saving
Seperti sedia maklum OS WP memang tersangat kurang aplikasi. Namun disebabkan itu dan juga aplikasi penting seperti FB dan twitter yang dah di build ini jimat data dan kurang penggunaan processor dan ram menjadikan OS WP antara yang paling tahan baterinya. Aku compare kan dengan Xperia Play 1500mah=17 jam(Penggunaan medium FB, Twitter, Email tak termasuk game), Nokia Lumia 710=1 hari setengah (Penggunaan medium FB, Twitter, Email tak termasuk game). 

5. Nokia Drive
The best GPS ever yang saya pernah guna compare tu Papago x5, Papago x9, Sygic, Waze dan Google Map. Simple, download data yang cepat untuk online atau anda boleh download terus map Malaysia untuk offline hanya 111mb sahaja. Arahan yang jelas dan tersusun tak kalut macam Google Map. 

Kontra
1. Kurang Aplikasi Yang Tersangat Mainstream
Game memang boleh consider macam takde, aplikasi per bank kan CIMB click pun takde. Aplikasi Facebook dari official Facebook pun macam hidup segan mati tak mau dan yang paling tak best aplikasi Facebook Pages pun kena install yang unofficial dan terlalu kurang option compare to android. 

2. Kurang Support Dari Xda
Tak macam Android yang ada berpuluh-puluh rom untuk di flash dan macam-macam kernal untuk dipilih. OS WP cuma ada 2-3 rom dan tak banyak beza pun lepas root dengan tak. Ada la beza sikit-sikit macam boleh install pirate app. Tapi dengan aplikasi sedia ada yang kurang macam tak bagi impact sangat pun.

3. Guna Data Yang Banyak Untuk Aplikasi Tambahan
Berbanding Android OS WP menggunakan data yang lebih banyak untuk aplikasi yang bukan build in. Sama seperti iOS. Kena ada 3g baru ok kalau E memang menyirap la. Kalau Android G pun boleh hidup untuk Fast For Facebook.

Antara Aplikasi yang pasti akan dirindui dari Android.
1. Live View Watch
Smart Watch pertama yang aku beli dari ebay dan satu-satunya Smart Watch yang aku ada. Live view buat masa sekarang cuma integrate dengan android je. Aku harap ada developers yang sanggup reverse engineering untuk bagi jam ni working untuk WP. Buat masa sekarang memang simpan dalam kotak la. Tiada lagi jam notifikasi. Kehilangan besar ni.

2. Cloud Around
Stream lagu direct dari account box. Aku ada 150gb storage kat box.com so semua koleksi musik aku letak kat situ. Maknanya aku boleh bawak semua koleksi music aku dalam phone je. Buat masa sekarang WP masih belum ada aplikasi yang seakan ni. So kena load music macam masa pakai iPhone 2g dulu. Sync, sync dan sync....

3. CIMB Click
Tiada lagi kemudah transfer dan check duit. Kehilangan besar jugak ni. Tapi masih boleh di cover dengan browser. Cumanya tak syok la dan slow.

4. FPSE
Play station emulator. Mungkin aku pun dah tua. Dah bukan masa lagi handphone ada game. Hahaha.....Final Fantasy 7 pun main tak habis-habis lagi.

Within 1 year kalau tak banyak perubahan dalam dunia Windows Phone mungkin aku akan patah balik ke Android dengan syarat aku ada controller #Phonejoy yang ntah bila nak release. Apa-apa pun yang pasti bukan dari Samsung haha...