Wednesday, October 17, 2012

CAD: Change Model Background Color

If you accidentally change your Model Space Background to white and dont know how to change it back to Black or you just want to change the color of the background just use this method:

1.  In command type [OPTIONS]
2.  This box will come out:
3. Go to [DISPLAY]
4. Search [COLORS...]
5. Choose color that you want. [APPLY] and [OK]


Ref: http://forums.autodesk.com/t5/AutoCAD-2011/In-Model-Space-how-do-you-change-background-color-from-white-to/td-p/3093778

Monday, October 8, 2012

[Android] CloudAround Stream Lagu anda Dari Android

Last post aku ada tulis tentang cloud storage [Previous Post] . So lepas dah setup bagai tiba la masanya untuk menjadi pengguna bijak. So aku jumpa aplikasi ni kat Play Market. Setakat sekarang cuba cari aplikasi yang sama fungsi tak jumpa lagi kecuali Google Music. Tapi Google Music cuma support dekat US. So aku stick dengan CloudAround dulu.

Konsep dia mudah. Intall - Daftar account cloud korang - Start stream music.

1. Appereance
Simple, takde ads dan juga dah dibahagikan siap-siap mengikut Albums, Songs, Artists dan juga Playlist. Dia akan download background untuk setiap musik yang korang dengar berpandukan data dari Musik tersebut. Kalau Eminem keluar la muka Eminem. Ni korang leh check dekat setting dia. Widget not function well. Ada banyak bugs antaranya button backword - forward tak funtion(kadang-kadang), tajuk lagu tak tukar(selalu).



2. Performance
Bagi aku mantap dari PC(untuk stream la). Pilih lagu, klik macam biasa dan tak sampai 3 saat musik akan main. Dia akan main full album and then stop. Kalau korang letak dalam Playlist korang dia akan main ikut Playlist korang la sampai habis. Seminggu pakai aku jumpa bugs sekali je. Dia tak leh access account so lagu tak boleh stream.

Ada juga option untuk download lagu yang korang rasa nak simpan ke dalam phone. So bila nak holiday ke just pilih lagu yang korang nak download and boleh dengar offline macam biasa.

3. Kelebihan dan Kelemahan
Aku rasa satu je la. Takde equalizer. Pasang speaker tu sedap headphone jela tak leh nak setting equalizer. Kalau standard player (phone aku Xperia Play DiXperia2 rom) ada equalizer so bunyi memang best la. But actually takde hal sangat mengenangkan aku boleh save around 2gb storage dan juga boleh stream hampir 200 album(keep counting) dari phone aku.

Bila korang kat kawasan internet slow atau internet kawasan korang ada problem, simpanlah impian korang nak layan lagu. Situasi dia seolah-olah nak tengok Sinetron kat Astro tapi hujan lebat. Begitulah diibaratkan.


Cloud Storage dan Virtual Cloud Drive.

Bercakap tentang cloud storage ni kita ada banyak option dari iCloud, Dropbox, Google Drive, Skydrive dan lain-lain. Dari apa yang aku tengok aku ambil keputusan untuk jadi pengguna tegar Akaun Box.net, Sugarsync dan juga Dropbox. Yang lain-lain tu aku reserve dulu. Antara Sebab-sebab aku pilih cloud storage ni:

1. Box
Aku ada 2 akaun bersaiz 100gb(50gb tiap satu). Upload dan download files dia laju. Ada aplikasi yang mesra Android dan yang terbaru diorang dah releasekan untuk sync option. Sebelum ni untuk pengguna berbayar je. Kelemahan bagi aku cuma satu, tak boleh upload files lebih 100mb. So kena guna Hjsplit untuk pecahkan files kepada bahagian(part1, part2 etc.) kalau lebih 100mb. Box ni aku lebih suka guna untuk simpan musik dan gambar.

Kalau musik dengan purata lagu 256kbps dan 10 lagu per album anda akan dapat lebih kurang 500 album. untuk saiz 50gb.

Kalau gambar pulak dengan kualiti DSLR 10mp tu rasanya akan dapat store lebih kurang 10,000 keping gambar. Kalau satu tahun 5 kali bercuti dengan purata 500 keping per destinasi maksudnya. Boleh simpan 4 tahun punya gambar. Gambar-gambar mengarut tu upload kat Facebook dah la tak payah la semua nak masuk dalam cloud storage. Walaupun ada option lain untuk simpan gambar seperti picasa dll tapi dia ada limit dari sudut tertentu. Contohnya lepas upload kita tak boleh download balik resolution asal gambar kita. Yang tu korang boleh check sendiri masa nak sign in mana-mana web yang support simpan gambar.

2. Dropbox.
Kepada orang yang duk berbangga sangat dengan iCloud ketahuilah Dropbox ni lebih dulu wujud dan praktikal sampai ke hari ni. Steve Job pun pi jumpa CEO Dropbox ni untuk bincang tentang idea 5-6 bulan sebelum dia mati tu.

Dropbox akan bagi korang 2gb cloud storage dengan extra 500mb selepas selesai task-task mainan yang di beri(upload gambar, invite orang dll). So basic korang akan dapat 2.5gb. Kelebihan Dropbox paling utama(pun dah ada kat competitor lain) ialah boleh sync folder dalam pc dengan akaun Dropbox korang. Tiada bandwidth limit dan tiada size limit untuk upload files macam Box. Sebarang perubahan dekat folder pc korang dia akan tukar terus kat cloud storage korang tu. Dan aku rasa upload speed dia lebih laju dari Dropbox. Ni takde fakta, aku rasa je. Dia juga bagi option untuk korang tambah storage korang secara percuma dengan invite orang gunakan Dropbox dengan syarat Akaun, PC(mobo), dan gunakan link korang. Kalau Akaun baru tapi PC yang dah pernah install korang takkan dapat free storage tu. 1 akaun yang berjaya di bawa masuk korang akan dapat 500mb. Limit sampai 18gb untuk free storage kalau tak silap aku baca last year.

Dropbox ni aku guna untuk simpan files kerja sahaja; Document dan juga files-files photoshop dan cad(temperory only) so kadang-kadang aku terlupa bawa pen drive aku just masukkan dalam folder Dropbox dan buka dekat rumah. Dengan unifi 100-300mb tu kejap je nak download. Tak sempat ketuk ais pun dah siap.

Note: Pembetulan dari En. Pali. Maaf info kurang tepat.
"ehem. sedikit correction. steve jobs pegi jumpa founder dropbox tu way before dia mati (in 2009) utk deal nak beli dropbox tu. tp since founder dropbox tu tak nak jual, steve jobs decided utk buat cloud storage sendiri which we all know as icloud."

3. Sugarsync
Ni aku buat tambahan sebab nak guna storage. Konsep dia sama macam Dropbox cuma setting dia tak friendly sikit. Tapi masih senang. Dia juga bagi 5gb cloud storage sebagai permulaan tapi takde option untuk tambah storage dengan referral member macam Dropbox. Sugarsync ni aku guna untuk simpan files Android(.apk). Untuk data Android aku masih simpan dalam Hdd sebab game Android sekarang besar kot. Saiz banyak yang 1gb lebih.

 4. Gladinet + Box
Dengan menggunakan aplikasi Gladinet korang akan dapat browse account cloud storage korang direct dari Explorer. Aku highlight kan akaun Box sebab akaun ni paling besar storage dia. Dengan gladinet korang tak perlu nak sync folder korang dengan PC sebab korang boleh directly copy files dari Cloud storage ke pc korang bila perlu. Tak perlu nak sync dengan PC dan penuhkan HDD pc korang. Sebab tu aku guna Box.net untuk simpan lagu. So aku tak perlu semakkan pc aku dengan lagu yang aku cuma buka dengan purata 2 kali seminggu kat laptop sedangkan saiz untuk lagu sahaja dah lebih 40gb(keep counting) dan aku juga boleh stream music aku directly dari cloud ke pc macam biasa. Dengan trick ni kalau apa-apa terjadi kat HDD pc, aku cuma perlu risaukan files penting sahaja sebab files media mostly dah back up ke cloud.

Bagi aku dengan internet berkelajuan tinggi+cloud storage dapat membantu aku mengkelaskan files aku dengan lebih sistematik dan praktikal. Dengan memisahkan files media dengan kerja urusan back up akan menjadi lebih muda bila berlaku satu-satu ralat terhadap komputer kita.

Bukan apa. Kadang-kadang kita terlalu memikirkan files media kita daripada kerja. Kalau hangpa tak percaya cuba tengok antara saiz files kerja dengan hiburan mana lebih banyak.  

Note: Still cari method untuk back up movie....Letak YouTube mau dia kasi delete.

Thursday, September 13, 2012

Alah Biasalah....

Aku pernah dengar dan berbicara dengan satu makcik ni yang meluahkan perasaan tentang anak dia yang kononnya dihina sebab menumpang motor orang. Makcik ni cover kaw-kaw anak dia. Antara report yang makcik tu terima kononnya anak dia duk meronggeng dengan awek atas moto pinjam tu, lepas tu berjoli sana-sini pinjam duit orang dll.

Mula-mula aku nak lari-lari je tapi dah makcik ni bersemangat dah terkepung aku. Cerita punya cerita memang semua dia cover anak dia la. Dia cakap dengan aku.

"Biasalah anak muda naik moto dengan awek. Kalau anak makcik tak naik pun tuan motor tu pun buat cenggitu jugak."

"Biasalah anak muda pinjam-pinjam ni nanti dia dah kerja dia bayar la balik"

dan lain-lain penjelasan la sampai la telinga aku panas.

Dah la pinjam motor orang buat harta lepas tu buat taik pulak kasi jatuah maruah moto dengan tuan moto dia.

Aku cakap je la.

"Biasalah makcik, dulu saya pun dating dengan awek jugak. Naik kete bapa bagi. Bila nak pi dating duit mesti cari dulu kasi penuh, nak pinjam malu la. Dah boleh dating mesti dah pandai cari duit."

"Sekarang ni bukan dating je yang biasa makcik. Masuk kelab malam pun biasa la, minum arak pun dah biasa. Amik dadah jenis Ice tu pun dah biasa. Tapi kalau saya tak jadi biasa pun takpelah makcik. Takut jugak dengan biasa-biasa ni. Kalau nak kira biasa sumbang mahram pun dah biasa. "

Aku pun bukan bagus sangat. Tapi tak perlu la nak cover gila-gila kalau keturunan kita ke, ipar duai kita ke buat salah. Kalau dah tau salah senyap je kalau dah tak tau nak buat apa. Tak payah la nak kata orang lain pun sama ke hapa....

"Melentur buluh biar dari rebungnya, melentur getah spedna bila-bila pun takpa....."

Wednesday, September 12, 2012

10 Nasihat Dan Penasihat

#1 Cintakan Negara.
Aku pernah dinasihat untuk cintakan negara, juangkan hingga ketitisan darah terakhir. Dan akhirnya aku dapat tau yang orang yang nasihat aku tu duk nego jual tanah Bumiputra kat oversea. Sigh!!!

#2 Cari Rezeki Halal Biar Susah Asal Berkat
Nasihat paling kerap aku terima, bezanya banyak yang nasihat aku melenting bila mufti haramkan satu-satu perkara yang menguntungkan mereka. Ada yang kata kalau camtu Cina je la kaya, Melayu jadi papa...Haaiii....

#3 Kerja Dengan Orang Islam Melayu
Disebabkan aku kerja dengan Cina banyak yang nasihat suruh aku berenti takut rezeki aku tak berkat. Sepanjang aku kerja kat sini aktiviti melobi dan merasuah dan jilat pungkoq tak pulak aku nampak seperti pengalaman aku dengan syarikat bumiputra. Ditegaskan PENGALAMAN AKU bukan melambangkan majoriti. Cuma bezanya Penasihat sarankan aku kerja di syarikat yang masa solat Jumaat pun masih perlu berkerja. Islam hapanya kok gitu omm...

#4 Anti Politik
Bila bercakap semuanya tak betul. Pemimpin parti A haprak bagai. Bila time Menteri tu datang pandai je cium tangan. Takde pulak kata-kata cercaan dan komplen itu ini melainkan senyuman manis dan muka jilat bontot. Totally shit atau orang sekarang panggil NAK HIDUP....Aku panggil penjilat pungkoq, "pengampu orang kaya" bab kata Pendekar Mustar.

#5  Hidup Berdikari
Ni pun banyak nasihat yang aku terima menceritakan pengalaman hidup berdikari. Cuma ada yang aku sumbat masuk telinga kiri dan keluarkan terus ke telinga kanan. Sebab yang nasihat aku banyak yang masih duk celah ketiak. Mungkin definasi berdikari untuk kami berbeza. Ada orang boleh basuh berak sendiri dah kira berdikari la tu.

#6 Jaga Aib Keluarga Cerita Keluarga Simpan Rapi
Ni pun nasihat yang aku kerap terima dan paling kerap aku cuba amalkan. Cuma bezanya tak semua orang mampu jaga yang ni. Lagi-lagi zaman sekarang ada FB, Twitter dan penyakit mulut tempayan yang makin menjadi-jadi. Bab ni no comment. Banyak yang Bullshit.

#7 Bisnes Dengan Rakan-rakan
Nasihat suruh beli produk MLM dan sebagainya. Suruh join itu ini katanya bagus. Yang aku hairan awat la dia tak pi buat marketing kat orang lain. Asal bisnes cari member asal bisnes cari member. Pujuk paksa pulak tu. Last-last berpusing je kat situ. Kalau silap sikit hilang kawan. Ntahla duit punya pasal apa pun boleh...

#8 Jangan Ikutkan Sangat Cakap Anak
Ni pun banyak aku dengar dari Ibu-ibu dan bapa-bapa muda masa aku baru kawin. Masa tu banyak yang nasihat aku dah ada anak dan bagitau jangan duk ikut sangat peel anak. Aku dengaq-dengaq betui jugak. Lepas tu tak sampai setahun aku tengok.....
...........
.....
Ok...Next.

#9 Cari Duit Banyak-Banyak Nanti Kaya Tak Menyusahkan Orang
Nasihat ni pun kerap aku terima. Bagus jugak ada duit banyak boleh beli macam-macam. Sebab duit ni negara pun boleh tergadai. Cumanya yang aku pelik banyak yang nasihat aku last-last duit dia banyak pun menyusahkan orang. Lagi banyak duit lagi banyak menyusahkan orang. Sepatutnya tak macam tu. Mungkin cara tak kena kot. Atau mungkin mereka rasa duit boleh beli segalanya kot. Entahlaaa....

#10 Jangan Buat Macam Orang Tu. Tak Elok.
Antara nasihat kegemaran aku. Ramai yang bila baik sikit dia maki hamun orang buat jahat macam dia suci je dari kecik. Kasi hentam kaw-kaw punya, yang jadi contoh buruk semua orang lain sedangkan hidup sendiri pun dulu boleh jadi contoh. Sebab tu aku suka cakap jangan ingat dosa-dosa silam kita terhapus semuanya kalau kita baik hari ni. Nasihat boleh tapi berpada-pada. Allah mungkin faham niat kita tapi kalau nada kita macam sombong manusia akan cakap sombong jugak. Orang melayu kata "Cakap biaq berlapik".

Kesimpulannya nasihat ni bagus. Walaupun ada yang nasihat kita tapi tak serba bikin. Ada yang dah terlambat untuk berubah, ada jugak yang dia tak sedar yang nasihat tu sesuai jugak untuk dia. Kita ni yang bagus amik je tak kira dari sapa-sapa pun yang tak bagus kena la tolak walaupun dari sapa-sapa. Pengajaran untuk aku, percakapan ni kena jaga jangan sampai riak, takbur nanti masalah pulak. Tapi kadang-kadang dah klimaks bercerita terlupa jugak lagi-lagi kalau dalam kepakaran dan kemahiran kita. Nasihat menasihati memang bagus untuk manusia yang selalu alpa macam kita.

Teringat aku kisah perempuan yang bercakap cuma guna ayat Al-Quran selama 40 tahun tu sebab takut dia tersalah cakap.

Monday, August 27, 2012

[Android] Othello Sleek Multiplayer Game

Gambar 1: Dalam english depa panggi Reversi

13 tahun dulu masa UPSR aku cukup gila main game ni kat game TV. Aku ajak adik-adik aku main tapi depa tak mau. Lepas tu aku cari kat kedai board game dia tak jumpa. Lama-lama lupa camtu je la....

Hari tu main cari-cari kat Play Market terjumpa game ni. Ada pulak versi multiplayer blueetooth. Apa lagi terus download. Boleh gak main boring-boring dengan orang terdekat bila p mana-mana. Try laa.... Senang dan menarik.

Susah sikit dari dam haji senang sikit dari chess.

Ni link dia. Othello Sleek

Friday, August 24, 2012

Yang Salahnya Orang, Kita Tak Salah.

Dah nak pilihanraya macam-macam bunyi yang kita duk dengar. Korupsi sana korupsi sana, salah tadbir sana sini. Penyelewengan, kaki bodek, kaki ligan projek blablabla.... Baik dari pihak pemerintah mahupun pembangkang. Antara isu yang paling aku benci dengar adalah isi orang susah/miskin.

Bila bercakap, bercerita seolah macam ketua Pengurus zakat. Semua orang nak di maki hamunnya sedangkan cuma bayar zakat fitrah setahun sekali. Habis orang-orang yang mengurus di herdik di maki, dikatakan tak reti berkerja dll. Mungkin diorang memang penyiasat tersohor yang melihat segala aktiviti dari CCTV rahsia.

Bila aku lihat ke luar, sekeliling rumah pengkritik hebat sendiri rasanya masih ada yang bumbungnya berlubang tak bertutup, ada yang hidup seorang diri tanpa anak isteri di sisi menghabiskan sisa-sisa hidup, bekerja kais pagi kais petang. Kenapa perlu tunggu menteri? Tunggu pejabat zakat? Tunggu parti politik usung cek gergasi dengan media untuk masuk TV?

Awat hang tak pi tolong??

Perbanyakkan kuah dalam makanan dan agih-agihkan sesama jiran. Jangan duk politik sangat sampai jadi bodo. Duk harap semua orang buat sedangkan tanggungjawab kita dengan masyarakat pun lupa. Baik siapa pun pemerintah hangpa, depa bukan Tuhan, depa masih manusia.

Aku teringat kisah yang aku baca kat buku Salasilah 25 Nabi dan rasul.

Bila orang kafir bertanya:
"Kenapa dijadikan Nabi dari manusia yang makan, minum sama seperti kami, kenapa bukan Malaikat?"

Allah berfirman:
"Kalau Aku jadikan dari Malaikat kamu akan bertanya kenapa bukan dari manusia, senang untuk kami faham kerana gerak gerinya sama seperti kami."

Teringat kisah ni aku terbayang politik Malaysia. Sama sungguh...

Note: Aku tak ingat ayat betui tapi maksud dia lebih kurang lagu ni la..

[Android] Fast For Facebook Beta

Note: This application still in Beta stage, so for sure you will find a lot of bugs.


Nowadays everybody use the unlimited internet package for their mobile. In Malaysia we can get it as low as rm28/month but please remember not all area cover up that speed even you already subscribe it. As an alternative you also need to learn how to use application that don't take a lot of your bandwidth in area that don't have a good coverage. Remember:

No good coverage=Slow downloading speed=fail to load.

So as alternative for Facebook you can use this application(still in beta mode). Lightest speed, nice appearance(look alike Windows 7). Normally if i not in a good coverage area i will use opera Mini Next but the look is ugly enough, its like you see Facebook on Wiki version but at least you still got alternative for that. If i use Official Facebook for Android or Friendcaster for sure it take forever to load the data.

As for speed i can say that:
1- Opera Mini Next
2- Fast for Facebook
3- Official Facebook for Android

If the application already stable i will say bye-bye to Friendcaster.

Thursday, August 16, 2012

PSxperia vs FPSE

Lepas FPSE release driver opengl untuk aplikasi diorang aku mula berhijrah balik ke FPSE dari PSxperia. Mana taknya graphic mantap kot. Fungsi driver opengl ni dia render semua objek 3d dalam game yang korang main. Hasilnya graphic berkilat-kilat.

Gambar 1 : Yang kiri tu PSxperia yang kanan tu FPSE 0.11.29 with Opengl.
Pun begitu ada beberapa kekurangan jugak FPSE(opengl driver) ni berbanding PSxperia dan begitulah sebaliknya.

Aku gunakan Play Station Phone Xperia Play dengan game Grand Turismo sebagai contoh.

1. Dengan speed processor biasa (1ghz) tanpa overclock anda cuma akan dapat FPS dalam 35.
2. Bunyi masa kat menu tu memang kucar-kacir. Masa main game cuma dengar bunyi engine. Bunyi lagu tak dengar pun.

Sollution yang ada takat sekarang.
1. Overclock processor sampai 1.4ghz dengan Setcpu atau apa-apa je la yang korang guna.
2. Install Chainfire 3D dekat Google Play. Pergi ke option "Default OpenGL Setting" dan tick kotak "Reduce Texture Quality".

Dengan cara ni korang akan dapat 60fps tanpa frame skip time race. Tapi kat game menu still akan dapat dalam 32-45 camtu. Untuk bunyi make sure korang tick setting "AUDIO-SPUSYNC" kat FPSE setting. Bunyi dia kira ok la sikit. Antara game lain yang aku test adalah:

1. Metal Gear Solid: Bugs dikesan korang tak nampak nombor codec cuma nampak 00000 je.
2. Front Mission 3. Terbaek. Kadang-kadang je FPS bawah 60. Fighting scene memang terbaik.

Gambar 2: Cuba tengok kat kiri kanan tu. Tu lah bugs dia. Screen jadi bertindih. Tapi ni cuma dekat menu utama dengan time nak start race.
Pun begitu ada jugak game yang tak function dengan FPSE openGL ni. Untuk yang tak function aku lebih selesa stick dengan PSxperia dari FPSE tanpa openGL driver sebab PSxperia tak banyak bugs baik dari segi bunyi, graphic dan juga FPS.

Orang cakap nowadays game "Good graphic bad gameplay" but for this one sure "Good graphic good gameplay". 

Sunday, July 29, 2012

Pembeli Negatif Mungkin Stalker Anda

Puasa ni teringat cerita tahun lepas. Ada orang nak beli barang melalui ads yang aku letak kat mudah.my. Tak mahal pun RM38 je. Nak jadikan cerita dia mesej aku tanya macam mana nak beli. Aku pun bagitau la bank in ke Akaun company(bukan akaun personal) lepas duit masuk aku akan pos barang. Syarikat aku pun berdaftar, walaupun aku dah takde kedai lagi. Tiba-tiba dia reply dengan ayat

"Dari dalam perut ke menipu?"

Aku menyirap jugak. Tapi dah kenangkan nama company taknak la aku buat tahi sebab badigol yang tak reti urusan jual beli online nih. Aku offer kat dia untuk send barang direct kat rumah dia lepas tu baru dia bayar untuk prove kan yang company bukan menipu. Alih-alih dia cakap takpe, tak jadi beli. Aku offer lagi. Aku cakap angkat barang dulu bayar tahun depan pun takpe. Memang saje nak pancing pun. Setakat RM38 aku tak kesah pun kalau kena kencing dengan mamat ni. Janji aku dapat jumpa dia kasi bambu seround aku dah puas hati dah.

Sekali terus senyap. Cek punya cek rupanya dia pun buat servis yang sama kat kawasan aku. Mungkin selama ni dia sorang buat tiba-tiba ada pulak orang kacau daun. Begitulah manusia yang aku gelarkan innaley kurukek.

Selamat berbuka.

Thursday, July 26, 2012

Alasan dan Paksaan

Kita manusia. Tiada mukjizat. Nak dapat karomah (orang kita panggil keramat) pun belum tentu kalau solat 5 waktu pun tak cukup. Masakan boleh lakukan segala. Maka banyaklah perkara yang di luar kekuasaan kita. Mungkin tu salah satu sebab cabang ilmu tu terbahagi dua. Akli dan nakli. Akli sebagai ilmu yang berpandukan pengetahuan kita dan nakli ilmu yang telah di ajar oleh Tuhan dan Nabi untuk kita turuti walaupun mungkin kita kurang fahami. Bukan bererti mengikut membuta tuli tapi mungkin tahap ilmu masih belum mencapai tahap ilmu kita ketika ini. Macam larangan makan babi la, masa tahun 1997 camtu baru aku dengar yang babi ni kuman dia takkan mati walaupun atas suhu 1000 darjah celsius. Masa dulu mana orang tau lagi.

Tapi aku suka peribahasa orang putih "Sky is the limit". Dalam lagi Malique ft Lah- Cuba lagi pun ada diterjemahkan lirik ni dengan ayat "Mereka tanya sampai mana, Nampak langit ahh, Sampai sana". Kekadang kita usaha. Fikirkan boleh memanjang dan matikan alasan-alasan negatif selagi mampu. Tapi kalau dah memang tiada anasir positif langsung dari apa yang kita nak lakukan tak boleh jugak. Contoh kalau nak berhenti keje ,nak meniaga tapi tak tau apa yang nak diniagakan, golongan sasaran, sasaran pendapatan, pun tak boleh jugak. Tapi selalunya kita cuma tau limit kita melalu paksaan. Cuba kena kejar anjing tengok sampai bila tahap kita nak give up dan bagi anjing gigit peha kita. Selalunya mental give up dulu sebelum fizikal tapi disebabkan semunya dibawah kawalan mental makan fizikal pun turut terhenti.

Masa kecik aku banyak belajar dari kawan-kawan yang dari keluarga susah tentang hidup. Keluarga aku pun tak senang sangat, sederhana ja tapi yang ni pure punya susah. Mereka tiada pilihan untuk buat alasan. Pilihan yang ada cuma harungi segala dugaan dengan redha ataupun secara paksaan.

Ahmad(bukan nama betui) pukul 6.30am pagi dah bertolah dari rumah. Aku tau ramai budak sekarang pun yang siap tunggu bas untuk ke sekolah time ni. Tapi Ahmad jalan kaki 2km. Kalau hujan lebat bapak dia tak hantar memang tak p sekolah la. Kasut sekolah dia tapak belakang haus, dia lapik dengan cebisan kotak tu, y koyak tak payah cerita la. Lagi-lagi time tu tengah trend main Ais krim soda buatan malaysia yang pijak2 kaki tu. Terkoyak, dia relax je jahit, siap bawak benang dengan jarum p sekolah. Bila jahit pun asyik tus dia taruk gam gajah yang lebih kelas punya. Dah macam kasut saintis dah penuh dengan eksperimen.

Baju sekolah kuning. Nipis dan besar sikit. Katanya abang dia punya. Aku pun pakai abang aku punya baju sekolah jugak tapi yang ni rasanya mau dah berapa generasi. Tapi dia smart. P sekolah pakai bedak kat muka. Dia sapu sendiri. Dia tengok mak dia buat kat abang dia masa kecik sebelum mak dia meninggal. Bag sekolah jenis sandang tepi. Zip dah rosak, dia guna pin untuk tutup bag bagi buku tak terkeluar. Tu pun beg kakak dia punya. Dia selalu tukar bag. Tapi semua yang jenis camni la. Bekas-bekas abang@kakak dia yang dah rosak, dia modified asal boleh. Masa tu zaman bag swan semua ada roda, bag boleh jadi besar. Tapi Ahmad relax je.

Time rehat kami makan tepi longkang. Ahmad bawak bekal. Aku bawak nasi lemak 30sen. Air beli kat kantin 10sen. Kadang-kadang aku belanja Ahmad kadang dia belanja aku, tu pun kalau dia jumpa duit terjatuh kat padang atau tepi-tepi longkang.

Bila besarm teringat balik cerita Ahmad baru aku perasan.

1. Ahmad tak pernah sedih dengan kesusahan hidup dia, tapi sentiasa berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan

2. Ahmad tak pernah pau aku atau kawan-kawan lain. Dia hidup dengan apa yang dia ada sahaja. Malah kami yang selalu mintak tolong dia untuk ajar trick jahit kasut terkoyak :).

3. Ahmad tak pernah sedih atas kesusahan keluarga dia. Malah dia bangga dapat guna bag recycle yang dah kira tahap tak boleh pakai dah dari kakak-kakak dan abang-abang dia.

Dah lebih 15 tahun aku tak dengar cerita tentang ahmad. Tapi aku tak perlu tau pun sebab sekarang mungkin dia dah pakai Merc, ada rumah banglo dan anak-anak yang cerdik.

Ahmad tiada pilihan, jadi dia tak perlu banyak alasan.....



Thursday, May 17, 2012

[Android, Xperia Play] Counter Strike Portable


Aku bukan peminat tegar CS ni. Dulu masa kt kolej je main kejap lepas tension. Tu pun main dengan bots. 2-3 bulan lepas kecoh kat forum-forum yang cs dah keluar untuk smart phone. Aku tengok kat video gambar cam hampeh lagi time tu. Nampak orang je. Semalam lepas siap dwg saja belek-belek sekali dah keluar y beta.

Yang pasti game ni guna server. Tak boleh main offline walaupun dengan bots.
Tak boleh beli senjata dan bom
Xperia play optimized
Graphic cantik macam pc jugak.

Cakap banyak pun tak guna. Korang try la.

Info lanjut kat original link dia kat SINI

Wednesday, May 9, 2012

Senyum Seindah Suria

Sapa ingat lagu Jay-jay? Lagu senyum yang lirik dia lebih kurang "Senyum kepada semua, senyumanmu amatlah berharga"...

Bila kita kena senyum? Kenapa perlu senyum? Bagi aku selain dari sedekah yang paling senang senyum juga boleh menjadi pengubat hati dan jiwa dikala kita dalam kesusahan. Senyum adalah satu cara komunikasi yang unik. Ia boleh membuatkan diri kita dan juga orang yang melihat merasa senang(bergantung kepada cara senyum).

Senyum membuatkan orang yang memakai kemaja dan tali leher lebih mesra dengan mamak mapley.

Senyum juga boleh membuatkan jiran anda mengenali anda tanpa sebarang bicara

Senyum juga boleh menyembunyikan segala kesusahan anda dari diketahui oleh orang lain supaya tak banyak orang yang lebih banyak bercakap dari bergerak hadir dalam hidup anda.

Senyum adalah satu jenis penipuan tanpa kata-kata dan tak memberikan sebarang dosa kecuali senyum yang berniat untuk menyakitkan hati orang.

Senyum sentiasa membuatkan hati anda rasa tenang ketika sesi temuduga atau yang berkaitan selain dari genggam penumbuk dan kira sampai 10 macam yang tertulis dalam buku kemahiran hidup sekolah menengah.

Saya pernah jumpa orang yang memang muka dia pun jenis senyum. Rasa-rasa memang fizikal asal kot. Saya sendiri panggil dia Kak Senyum. Tapi selalu jugak jumpa orang yang muka ketat. Muka ala-ala "dalam dunia ni masalah aku paling berat". Masing-masing ada cara untuk hidup. Ada orang memang ada cara. Tapi ramai orang berlagak ada cara. Hati-hati dengan dunia banyak yang caca merba, termasuk kita mungkin.

Rugi la tak belajar senyum.

"Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna"


Raihan-Senyum
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Thursday, May 3, 2012

[SE Xperia Play] PSXperia Change Disc Tutorial


Game to play= Final Fantasy 7
Platform= SE Xperia Play r800i Android 2.3.4. JokaWild final rom
FPSE= Bad sound but good FPS and can change disc
PSXPeria=Good sound good FPS but can't change disc

Objective is to have great FF7 performance and change cd method.

The idea
1. Play FF7 in PSXperia untill it ask to change a disc.
2. Copy the PSXPeria mem card to FPSE and continue play from previous save, change disc 2 and save.
3. Copy back the memory card to PSXperia Disc 2.

What to do?
1. Read this forum for more information Xda 

2. Copy FPSE memory card to "/save" folder from the game we want to cross the saved game.>>>(com.emulator.fpse/memcards/slot1.mcd in data/data .). Back up fpse and you can find the files in FPSEbackup in your memory card.
3. Delete the original filew from PSXperia, called 0.raw or 1.raw.
4. Rename the FPSE .mcd file to "0.raw"
5. Start your game. Choose New Game if you select autosave when quit in the previous game.

Vice versa. Thats all.


FPSE , PSXperia bergabung meletup. Ahh....

Edit 16th August 2012:
1. Fpse memory card save all data in one memory card (slot1.mcd or slot2). Eg: Metal Slug and Grand Turismo is in the SAME memory card.
2. Psxperia save one game in one memory card. Eg: Metal slug and Grand Turismo is in the DIFFERENT memory card.
3. That's mean if you change the memory card from PSxperia to FPSE you will lost the other save game in FPSE.
4. So the best way to change memory card from PSxperia to FPSE it to save it in memory card slot2.mcd and then open the save game in FPSE and save it in memory card 1.

Wednesday, May 2, 2012

Apa Tu Masa Depan?? Benarkah ia wujud??

Dikala dinihari kadang-kadang aku mula pelik melihat orang yang tak habis-habis meluahkan pendapat yang merasakan mereka benar sebenar-benarnya. Macam Al-Quran mungkin. Dan ada segelintir tak habis-habis mengucapkan rasa bersyukur lepas dapat kerja kerajaan. "Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana membantu hambamu ini". Kekadang kurasakan ucapannya kurang sempurna? Bukankah sepatutnya bersyukur kepada Ilahi dan terima kasih kepada Pak Long@Pak Ngah@Pak Cik yang membantu saya mendapatkan kerja tanpa perlu bersusah payah seperti orang yang lain kerana mereka berpangkat. Kenapa disembunyikan??

Ahh perkara remah buat apa nak diberitahu.....Mungkin Ahmad penoreh getah dari Kodiang juga hadir ke temuduga di Putrajaya. Mungkin perlu kumpul duit dahulu dan batalkan niat nak beli Converse Jack Parcell di Pacific Alor Star dan gunakan wang tu untuk pergi ke temuduga mana tahu untung-untung ada rezeki berkerja di aircond, boleh pakai kemaja . Tapi Ahmad lupa. Dia takdak Pak Long. Tapi takpa Ahmad usaha lagi. Tapi tangganya kena daki tingggggiiiiiiiiiiiiiiii....Macam tangga Batu Cave mungkin.

Yang "bersyukur kehadrat Ilahi" baru masuk dah dapat keistimewaan Menteri. Ya lah Pak Long kan ada di sini menanti anak buah kesayangan melihat dari cermin setiap hari. Ahh itu kan rezeki masing-masing kenapa perlu banyak berbunyi. Persetanlah kamu semua wahai makhluk berhasad kiri. Hidup kenalah berdikari, berusaha sendiri baru boleh maju kata pekerja baru yang "Pak Long nya melihat dari cermin setiap hari.

Ku lihat pulak di kiri. Hidup mereka memberi pengaruh kepada orang lain untuk kemahuan sendiri. Dikatakan pendidikan untuk mengajar orang berfikir. Tapi yang kulihat pembelajaran yang lebih dasyat. Yang boleh dilihat dalam buku-buku sejarah. Sebelum tektonik bumi berubah mungkin. Sebelum lembing dan beliung dicipta mungkin. Yang pasti ia tak semesra kartun Flinstone. Flinstone cuma fantasi. Mereka mempercayai rantai dan siratan makanan seperti kita. Dikatakan siapa yang besar, yang kuat akan menang dan yang lemah akan mati. Mungkin mereka lupa yang bumi Tuhan luas. Mereka lupa yang manusia lahirnya tiada sayap tapi ada yang sudah "terbang" dengan Firefly sebelum boleh bercakap. Mereka percaya yang harimau bintang adalah hidupan paling pantas di daratan sedangkan mereka memacu Mitsubishi Lancer Evo 7 melebihi 2 kali kelajuan yang ditetapkan kerajaan sedangkan harimau bintang masih mematuhi had laju speed trap. Yaa kerajaan tidak adil apa perlunya mengikut undang-undang tak munasabah. Kan kita Demokrasi. Maka yang mengajinya tidak habis juga boleh bercakap tinggi walaupun kata-katanya sendiri tidak dimengerti empunya diri. Percayalah kita setinggi-tingginya kepada ilmu halusinasi turun temurun tanpa sempat menghayati erti hidup secara sendiri. Muhasabah diri?? Tu cerita petang-petang cerita orang tua-tua yang menunggu usia nak mati. Kenapa perlu muhasabah diri? Kan lebih baik diri ini dijajah biar sebati seperti orang Itali walaupun kulitnya mengelupas dan hampir mati rindukan jatidiri yang dah lama diam menyepi.

Ku lihat ke kanan. Mereka sibuk berjuang. Ada yang dengan slogan Reformasi, Bebaskan Kami. Ada antara mereka yang faham. Yang fasih tentang apa yang dijuangkan. Ideologi manusia pasti bercanggah dan kita bukan Tuhan untuk menentukan kebenaran dengan mata kasar dan akal fikiran. Ingatkah kita kisah Khidir dan Musa. Khidir melubangi perahu, membunuh anak kecil dan membaiki rumah yang hampir robah. Nabi Musa tertanya-tanya dengan perbuatan yang "dilarang" tersebut tetapi dilarang sehinggalah Khidir sendiri yang memberitahu tentang ilmunya yang dikurnia Tuhan...... Namun masih ramai yang dikudakan hidup dan mati. Masuk tokan jalan-masuk tokan jalan. Tar nya masih belum kering. Amaran!! Dilarang lalu. Namun tetap dirempuh kononnya tahap keyakinan tinggi. Bila tayar meletup terus minta simpati. Mungkin sudah lupa keyakinan tadi atau mungkin baru tersedar dari simptom lupa diri. Mereka dijanjikan kesenangan berkali-kali, berguni-guni macam sinetron dan masih mengangkat bendera setinggi-tinggi pohon kelapa yang kita pernah lihat di kampung-kampung ada yang sudah condong tapi masih hijau memberi erti kepada makhluk bergelar manusia yang segelintirnya telah busuk ketika muda. Bukankah sepatutunya ranum?? Itukan takdir. Terimalah seadanya. Congan kata Melayu selamanya....Jangan dibuang ia turun temurun kita. Tapi maaf. Bagiku ia sudah tiada.

Rasulullah dilindungi awan mendung tiap kali berjalan, menjadi kekasih Allah dan mengetahui saat kematian baginda hampir tiba. Sungguh berbeza dengan kita. Namun disediakan segala strategi untuk hidup, untuk perang, untuk berumah tangga. Kenapa tak diserahkan semuanya bulat-bulat kepada Allah? Kerana itulah hidup. Lupakah kita dengan rukun iman. Aku pun terlupa kadang kala. Kena menyanyi macam kanak-kanak ribena baru ingat. Moga diampunkan yang Esa. Yang ke-6. Percaya kepada Qada dan Qadar.  Kenapa perlu adanya Qadar?. Aku bukan orang agama tapi aku tau hukum alam. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Aku rasa yang tak tahu ilmu alam juga tahu lagu "Tanya sama pokok, apa sebab goyang". Akademi Fantasia, mestilah tau kalau tak AMAREKA lah kamu.

Ingatkah kita peristiwa memindahkan hajaratul aswad. kabilah-kabilah bercanggah dan Nabi menyelesaikan dengan memberikan ketua bagi tiap kabilah memegang seluruh tepi kain serban baginda dimana di atasnya diletakkan batu Hajaratul Aswad. Ianya cuba di adili se adil mungkin. Bukan sebahagian bertongkat dagu dan sebahagian berzikir. Namun tidak juga dikatakan yang satu kepada satu adalah adil. Berpandu situasi dan keadaan selepas dihitung fikir.

Alam sentiasa rahsia untuk kita kerana cebisan akal kita gagal berfungsi dengan stabil mungkin selepas dilonggak ideologi kapitalis yang menebal lebih dari kitab Injil. Ini cerita kanak-kanak yang pasti lepas mumayyiz namun tak perlu jadi ustaz atau tok guru untuk dimengerti. Ia cerita kita untuk kita atau mungkin cerita aku untuk aku.

Ku lihat pula diri sendiri. Ohh sungguh comot, tak mandi dan belum bangun dari katil sambil menaip dan menghirup madu lemon hasil tangan sendiri. Banyak benar yang tak kena dengan diri ku ini. Tapi masih menaip kononnya untuk berkongsi. Bangunlah. Jangan omong kosong di katil empuk lagi. Matahari dah tinggi. Kejarlah hidup untuk mati. Biar jasadmu berbudi sebelum pergi.

Bumi masih berpaksi pada laluan orbit namun ada kala ia juga lari. Mungkin latihan sementara menunggu Tiupan Kedua Penunggu Sepi. Yang pasti tiada juri, ia hakiki untuk yang mempercayai.

Apakah ini masa depan?? Qada dan Qadar. Percayalah. Ianya Ada.....

Sentuhlah daun. Berterima kasih lah kepadanya kerana dipilih menjadi wakil pembekal udara segar untuk anda. Selamat pagi dunia.

Percaya Kepada Allah
Percaya Kepada Malaikat
Percaya Kepada Kitab
Percaya Kepada Rasul
Percaya Kepada Hari Kiamat
Percaya Kepada Qada dan Qadar.

Monday, April 30, 2012

Mana Hak Kami? Gulingkan Superman!!

"Everybody want to give an opinion but they don't even have any idea about their opinion."-Lois Lane, The Adventures of Superman ep 1 season 2.

Dalam episod ni hampir 20% penduduk Metropolis benci dengan Superman selepas peristiwa Superman tak selamatkan Lex Luther dari jatuh bangunan. Mereka menyangka Lex adalah orang yang banyak membantu ekonomi dan struktur Metropolis tanpa mengetahui Lex juga adalah dalang kepada kejahatan di bandar tersebut.

Selepas melakukan sedikit kajian Clark Kane(CK) dan Lois Lane bersama dengan Cheff yang sangat fanatik kepada Elvis Presly  telah menemui artikel berbaur hasutan secara simbolik yang di tulis oleh bekas isteri Lex Luther yang dinikahi sebelum Lex menjadi orang ternama. Artikel itu mengajak penduduk Metropolis membenci Superman dan menyalahkan "The Man of Steel" kerana tak menyelematkan Lex.

Siapa Superman?? Hero anda?? Penyelamat Bumi dan dengan sedikit kesilapan beliau di hukum seluruhnya....

Kat Malaysia kita tak layan Superhero. Kita berpijak pada realiti. Tapi malangnya kita banyak sangat "KALAULAH SAYA....". Lagi banyak "IKUTLAH SAYA"....

Apa yang pasti semua orang pasti setuju dengan kata-kata Lois Lane.

"Everybody want to give an opinion but they don't even have any idea about their opinion."

"Who died make you a King?"....

Best Gaming Rom For Xperia Play r800i

After flashing the ICS ROM(BETA) on my Xperia Play i found a lot of bug's and decide to re-flash the Gingerbread ROM. I flashing the Dixperia but also got a Force Restart bug's that really annoying when using a GPS or make a phone call. So I start searching on XDA's forum for the best custom ROM for gaming, performance, battery saver ROM and it's come the JokaWild ROM. The commenter claim that this ROM is fast and bug free. What i do is:

1-Reflash the .62 stock rom.
2-Install Doom's Kernel v13
3-Put JokaWild ROM (to my 32gb Kingston memory card) and install using CWM that come with Doom's Kernel
4-Root using Super One Click.

This ROM use some of Xperia S appearance and claim that we can flash the Xperia S Theme that can be found in XDA's  forum(don't try yet). 

Pro:
1. ROM itself already had been tweak to boot up on 1.4ghz with smartassv2 so no need to use Set Cpu anymore. Still can install if you need it.
2. Already applied memory card tweak (change to 2048kb)
3. Already applied some RAM tweak(but i still install supercharged v6 u9rc8.2).
4. Remove a lot of bloatware but still keep the important thing in Xperia Play like launcher and Timescape.
5. Bug's free....In my experience for 2 days, don't found any bug's yet.
6. Quit fast in gaming. I don't need to OC(use 1024mhz with smartassv2) to play Fifa 2012.
7. Battery life is better that stock ROM.
8. Brightness adjust on notification bar.
9. Bravia engine fix and working.

Contra.
1. Timescape force close for Facebook.
2. That's all....
3. Like usual, Blood and Glory always force close....

I don't do any benchmark test yet. Will update if i doing that. 

Reference : JokaWild ROM Xda Thread

Minum ayaq panaih memang syok...


Thursday, April 26, 2012

ICS Xperia Play



Apa korang fikir dengan ICS??

Setelah berhijrah dari iOS ke Android dan ke WP7 aku memang sangat teruja dengan WP7. Sangat zen. Tapi sebab tak banyak yang aku boleh buat aku pun letgo HTC Mozart 7 dan angkat SE Xperia Play. Tapi aku still tertarik dengan interface WP7. Bila tengok ICS punya review aku rasa memang macam ada harapan je nih.

Lepas 5 bulan (selalu lepas 3 hari aku mesti dah masuk custom rom) setelah root sahaja dan guna stock rom yang di modified  sahaja tanpa sebarang cubaan untuk install custom rom akhirnya.....

Who died make you a King??? ICS ICS...

Sony dah keluarkan Beta yang almost can work for a daily usage untuk SE Xperia Play dan disebabkan pengaruh-pengaruh luar seperti:

-Adreno graphic driver baru
-FPSE yang boleh work dengan touch pad untuk ICS only
-Interface yang agak mirip dengan WP7 walaupun tak cukup zen.

Aku pun flash jela untuk kali pertamanya. Flash kernal lepas tu flash y beta kejap je. Tak lama lepas tu aku flash yang custom. Disebabkan aku pakai Umobile yang memerlukan GSM dan CDMA network the best ICS rom yang sesuai untuk aku ialah JJAco's HYBRID ROM 4.2 .Memandangkan benda ni pun di custom kan dari beta aku cuma tulis tentang pro dan kontra dah la.

PRO
-Improve graphic. Boleh notice time main Fifa 2012.
-Bravia engine. Ni bagi video and gambar jadi lagi cantik.
-Notification bar yang cool. Ada widget. Stock rom memang xdak notification widget. Kalau nak, install Xperia S Theme kat Xda thread tu.
-Ada option untuk Force GPU rendering.
-Default browser yang mantap.
-Interface yang lebih smooth dari Gingerbread.
-Touchpad working on FPSE
-Gmail new look
-Gallery yang simple dan tak annoying. Yaa 3D Gallery sangat annoying.
-Youtube HD
-Dial pad yang terus search nama orang.
-ICS camera with Panorama.
-Extra space on internal(440mb) and system rom(100mb free from 327mb)

CONTRA:
-Supercharged V6 not working 100%
-Ada banyak game yang tak boleh main sebab developer belum buat game tu ICS ready untuk Xperia Play sebab rom ni baru Beta.
-Battery hunger....Tak perlu kata apa-apa
-PSXperia mode not working. No more PSOne game on PS Pocket. Sesetengah game PSOne running lebih baik dan smooth dari FPSE eg; Driver, Grand Turismo 1, Resident Evil

Kesimpulan:
Kalau hangpa bukan kaki game@kaki game zaman PS cuma@nak improvement on speed and interface boleh laa test rom nih. Kalau kaki game better stick dengan 2.3.4 lepas tu tweak kaw-kaw. Katanya yang paling best ialah version .38 untuk gaming.

Setahun Yang Cool Untuk Saya dan Buddy

1 April 2011. Hari pertama aku pindah rumah dengan isteri. Masa ni memang pakai duit banyak. Kebetulan isteri aku baru keje gomen, 3 bulan takdak gaji. Memang best habis. Banyak cerita best masa bulan pertama pindah tu. Antaranya ada satu hari tu duit aku dah tinggal sikit tapi belum tengah bulan lagi. Tapi yang paling penting minyak isi dulu. Isi punya isi sekali terisi ron97(RM2.90 seliter). Aduh merana....

Masa tu aku baru je keja 6 bulan sebab nak cover bisnes yang makin rugi. Sebelum tu aku kena tipu dengan supplier yang memang dah kenal lama. Bagi aku banyak jugak laa. Boleh beli 2 bijik motor cash. kena settlekan problem kedai yang tengah dalam operasi nak tutup tu dan banyak lagi benda yang melibatkan wang. Rumah kosong, katil pun takde. Ada recliner, TV kedai, rak TV dan toto mak aku bagi. Tidoq laa kami atas toto tiap-tiap malam sambil buka movie dalam laptop. Makan pulak sardin dengan teloq nak beli ikan bagai peti ais takde lagi. Tapi sedap woo...Rasa macam pelarian sikit-sikit pun ada. Masa tu makan atas coffee table(amik dari kedai jugak). Makan malam pertama kat rumah tu nasi ayam beli kat pasar malam dengan air cendol kalau tak silap. Sebab meja tu rendah aku lapikkan sofa merah untuk tinggikan kedudukan aku supaya senang nak makan. Aku kalau makan ada rutin pelik sikit. Orang yang perhati aku je tau....
Aku dah jual recliner ni kat orang Bosnia MMU sebab rumah dah sempit. Dulu recliner ni duk kat PC 17.
Dalam tempoh 2 minggu pindah tu duit makin sikit. Pinggang dah sakit-sakit tido kat atas lantai. Actually orang lain pun tido atas lantai jugak ok je tapi mungkin dah biasa tidoq atas katil kot kat rumah mak bapak dulu. Hujung minggu kami ke kedai perabot. Tengok macam-macam tapi duit takdak. Lepas tu mula cari set untuk barang rumah untuk buat ansuran. Fikir-fikir balik nanti letih nak bayar bulan-bulan. Nanti orang dah sampai Bulan aku baru kayuh sampan. Last-last sebab terpedaya dengan Bangla kedai perabot tu aku pun angkat laa set bilik tido. Aku bayar 35% yang lain buat installment setahun(bulan ni last bayar). Barang-barang lain aku tak mau beli lagi takut nanti dapur tak berasap.
24/04/2011- Makan malam pertama dekat meja makan.
Lepas tu aku start buat Ads. Apa-apa saja skill aku sumbat je kat Ads tu. 2-3 hari lepas Ads keluar dah start ada respond. Nak dijadikan cerita aku dapat satu projek buat landscape residential kat Damansara. Projek dalam 2 minggu. Nak start keje aku amik 30%. Sebahagian dari duit tu aku guna beli barang keperluan rumah yang lain standby untuk barang rumah client tu. Kebetulan aku ada team landscape yang dah selalu buat kerja sekali untuk supply pokok and workers so aku bayar lepas projek siap. Siap je keje aku beli barang-barang lain. Katil tamu, meja makan, sofa, peti ais dan lain-lain.
Site penyelamat.
Dalam tempoh tu jugak aku install internet. Kebetulan ada Unifi sekali Hypptv so aku tak perlu subscribe Astro sebab bukan ada orang tengok pun. Aku pun lebih suka download je. Senang. Aku takdak internet ni susah sikit nak hidup. Maksud aku untuk kerja. Selain hidup orang sekarang ni yang dah memang sebati dengan internet. Siap je separuh keje-keje tu untuk meraikan keletihan aku ajak wife aku p Genting tengok Kitaro 16/04/2011. Kitaro memang terbaik :).
Supervisor tolong beli.
Hari ni dah masuk setahun dah kami pindah. Berhijrah ni bagus. Dia membuatkan kita lebih matang, lebih bijak membuat keputusan dan lebih cepat belajar. Banyak benda yang aku tak suka dengan dunia luar dan aku halang benda tu dari tersebar kat dalam rumah aku walaupun hakikatnya kita ada TV, Astro(rumah aku xdak Astro), dan internet yang memang tanpa sempadan. Kat dalam rumah ni aku belajar tentang tanggunjawab sebagai ketua, hormati manusia percaya Tuhan dan qada dan qadar. Aku juga banyak tengok kesilapan-kesilapan orang disekeliling aku untuk aku jadikan ikhtibar. Kita takdak masa seumur hidup kita untuk lakukan kesilapan dan belajar dari kesilapan. Kita kena belajar dari kesilapan orang. Kadang-akdang aku dengar orang cakap, "ko tak kawin lagi ko tak tau", "ko takde anak lagi ko tak tau" dan macam-macam ungkapan yang bagi aku agak kuno. Takkan nak biarkan sesuatu perkara terjadi baru kita nak belajar? Kenapa tak belajar dari kesilapan yang orang sebelum-sebelum ni buat. Kalau kita tak belajar dari kesilapan orang terdahulu maka Sejarah memang takdak makna laa...Tak lebih sekadar untuk kenal keturunan ataupun cerita untuk mengisi masa lapang??

Pendapat dan pandangan ni memang banyak dari sumber luar. Macam-macam pendapat diutarakan kat kita tapi hati-hati dengan pendapat dan pandangan mereka kerana apa sahaja keputusan yang kita ambil akan memberi kesan kepada kita dan jika kesannya negatif kita yang akan menanggungnya. Kalau positif macam biasa. Tong tong laaa hehehe.....

Satu je aku malas. Malas tolong bini buat keje rumah. Bukan apa dia detail sangat comot sikit pun tak mau. So aku pun lepak je laa tengok Sponge Bob versi bahasa melayu. Yaa aku tau ini sangat Lahar.

Dan siapa sangka antara perkara paling ngeri kat rumah ialah bila sinki tersumbat...

Friday, March 2, 2012

Speed Up Your Android Device



Phone detail:
Xperia Play r800i(root + busybox), 1ghz single core, 32gb Kingston mem card class 4, 160app+game+, Data always on, 90mb free internal space.

Problem: After install a bunch off application the phone start slow down and lag when playing game.

My solution.(First root your device and install Busybox)

1. SPEED UP MEMORY CARD
Speed Up Memory Card reading and writing speed. For me the best setting is 1024kb instant of 2048. Standard setting is 128kb. Refer THIS post to setup the application. You can test your read and write speed using SD Tools

2. V6 SUPERCHARGER
Install v6 supercharge v9 script. Use setting no 8 and no 17. Refer to XDA post to learn about v6 supercharge. Don't use any ram manager along with this tweak.

3. REMOVE BLOATWARE
Remove bloatware(unwanted default application. I delete almost everything but it's depend on you). I use Titanium Back up to do that.

4. SETUP YOUR AUTORUN APP
Install Autorun Manager Pro, choose Advanced Mode and untick the unwanted receiver. Accept for importance app like What's App, Facebook, Twitter, Email. Normally i untick the ads., billing and widget receiver.

5. OVERCLOCK
Overclock when playing game using SetCpu. To make this overclock mode appear you need to install custom kernal. Like for my Xplay I use Doom Kernal v11. Normally when playing Fifa 2012 I overclock it around 30% from default speed. This method is not recommended since it can shorten you processor lifespan. Some of the device need to unlock bootloader 1st before overclock. This is the tutorial to unlock bootloader for SE Xperia

6. REMOVE TASK KILLER
Please remove any task killer if you already install like Advanced Task Killer or FMR if you use android 2.3 above. It can free the ram but not practical(can notice that. You can read this in XDA forum).

7. ADJUST SYNC SETTING
Choose the best synchronize setting for your email, social network and others. For me i only sync my working Email and just check manually for other mail. Also for Twitter, Google+ and Facebook no need to ON notification for everything. Just choose the one that you need to use.

8. MOVE APP TO SD CARD
Move application to SD card using link2sd. I don't use 2nd partition because it's quit messy when i need to set up my device.

9. SETTING OFF ALL ANIMATION.
It's does'nt make your phone look like s***.

10. SPECIAL TWEAK
For Xperia Play you can install Xperia tweak and install the ENABLE GPU UI RENDERING . Another tweak i found in xda. The founder claim that this app can solve the lag problem too. HERE is the link.

Android is not an iPhone so you always need to know how to tweak your phone. Jangan biarkan android anda kena hempuk ke lantai

Monday, February 20, 2012

Makan, Main dan Bergaduh. 3 kata.

Wa aini, I lubbiyou, aku cinta padamu 3 kata paling bermakna tapi jarangnya disebut....

Ni KRU punya 3 kata. Aku pun pernah dapat 3 kata jugak. Tapi bukan macam lagu KRU ni tapi tentang makan, main dan bergaduh. Dirungkai kan dalam satu kata aku panggil ni Hidup.

Nak makan, makan betui-betui, nak main, main betui-betui, nak bergaduh, gaduh betui-betui. Mungkin dah sebati kot dengan kata-kata ni hidup aku pun bercorakkan perkataan ni jelaa. Dalam 3 perkataan ni sebenarnya terdapat 3 perbuatan yang baik dan buruk. Tapi point dia sebenarnya terletak di perkataan "betui". Maksud dia segala yang hang lakukan hang kena buat betui-betui dan bertanggungjawab atas perbuatan hang. Kalau hang nak bertumbuk silakan tapi hang perlu bertanggungjawab kalau ada apa-apa yang berlaku. Kalau nak tolong orang pun tolong sampai habis macam tu jugak dengan main.

Kiranya kalau difikirkan betui-betui tu end up dia hang akan pilih buat benda yang baguih-baguih je laa disebabkan kalau hang amik jalan untuk buat benda negatif masalah yang bakal timbul banyak. Tu lah gunanya ayat "betui-betui" tu.

Masa kecik aku pernah tolong Ustazah depan rumah beli ubat sakit gigi pukul 2.15. Aku sampai rumah pukul 2.40. Elok sampai je aku kena rotan dengan bapak aku. Semua disebabkan aku melanggar undang-undang dilarang keluar rumah dari pukul 2-5pm. Time ni kena baca buku. Walaupun untuk buat benda baik tapi salah tetap salah. Dapat laa 3 rotan kat tapak tangan. Sejak dari hari tu aku tau tak semua benda baik balasannya baik untuk ketika tu tapi tak salah pun buat baik sebab Tuhan kan Maha Adil.

3 bulan lepas bos aku cerita tentang novel kanak-kanak popular Who Moved My Cheese? Dalam cerita ni ada 3 ekor tikus yang stock makanan depa dah nak habis. Tikus Muda, Tikus Pertengahan dan Tikus Tua. Si Tua berkata "Hangpa pi la keluaq cari cheese, aku dah tua cukup laa cheese ni untuk aku makan sampai mati." 2 ekor tikus ni keluaq laa. Cari punya cari tak jumpa tempat cheese baru. Yang Tikus Pertengahan ni give up pastu patah balik tempat lama manakala Tikus Muda ni terus cari lagi. Yang Pertengahan tu bila dia rasa cheese nak habis dia keluaq balik dan patah balik dan keluaq balik sampai ke sudah. End up dia Si Muda ni jumpa longgokan cheese baru dan jadi port baru dia. Si Tua mati dan Si Pertengahan terus berpusing-pusing.

Hari ni banyak orang yang fikirannya separuh-separuh malah jantinanya pun separuh-separuh. Sekejap nak sekejap taknak, sekejap tolong sekejap tak mau, sekejap boleh sekejap tak. Mungkin mereka lebih kerap di ajar "cukup laa tu jangan paksa-paksa makan nanti muntah" dari "kalau nak makan-makan betui-betui biaq sampai muntah".

Was-was itu mainan setan.
Kas-kas itu penyedap kedai mamak
Bip-bop-bip-bop itu jantung David Teoh- Raja Lawak 6 ep 2

Wednesday, February 15, 2012

Cara Untuk Install FPSE(PSOne Emu) Android Phone.

FPSE ni adalah application untuk membolehkan game PSOne dimainkan di smart phone. FPSECE ni dah lama. 1st time aku test masa tahun 2008 kat HTC Dopod processor rasanya 400mhz je kot dengan 2gb mem card dan 64mb ram. Lepas tu aku test kat SE Xperia x1, HTC Legend dan yang latest SE Xperia Play.

Setengah orang cakap "Old time game, bad graphic good game play, Nowadays game, good graphic bad game play." Hahaha....Maybe sebab faktor usia juga kot. We don't have time to explore all newest game and we just said that new age game play is bad.

Requirement untuk install FPSE kat Android.
1. Android phone 600mhz processor ke atas.
2. Memory card(Untuk copy game dalam ni)

Cara-cara install dan setting. 
1. Mula-mula beli, download dan install FPSE kat Android Market ATAU klik kat SINI  dan install apk tersebut. Macam mana nak install apk? Tanya Google.

2. *Download scph1001.bin(google kat internet ATAUklik kat SINI 

3. *Copy files scph1001.bin kat dalam memori kad.

4. Buka aplikasi FPSE kat android phone anda.

5. Klik menu dan pilih SETTING-GAMEPAD-ASSIGN HW KEYS FOR PAD 1-(Assign button yang korang nak dengan hardware korang). Contohnya korang nak BACK button jadi O atau X ). Kalau korang taknak guna hardware button dan cuma nak guna on screen button untuk gamepad abaikan je no.5 nih, terus baca yang bawah. Untuk SE Xperia Play assign semua native Play Station button korang dengan gamepad option tu. Untuk L2 dan R2 boleh gunakan volume DOWN dan UP.

6. Klik menu lagi dan pilih SETTING-GAMEPAD-OVERLAYPAD-SET OR UNSET BUTTON-(Tick semua kotak yang korang nak button dia display kat screen). Untuk SE Xperia Play untick semua kotak untuk bagi screen tu clear dari sebarang button sebab korang akan control guna native Play Station hardware button.

7. Klik MISC-SAVE CONFIG AS DEFAULT untuk save semua setting kat atas ni.

Ok dah siap setting. Sekarang nak convert game pulak. Untuk download game PS1 korang boleh cari kat EMUPARADISE.ME. Download laa game apa yang korang nak. Aku suggest download TEKKEN3 atau DRIVER dulu. Sebab Tekkan atau driver confirm working untuk processor 600mhz ke atas laa.

Cara-cara convert game:
1. Download POCKET ISO 3.2 dan buka aplikasi ini.
Klik 3 kotak kat atas ni. Aku baca dalam xda forum dia boleh tolong make better sound quality.


2. Klik SELECT ISO dan pilih game yang korang nak convert( Format ISO, IMG, BIN ) .Kalau korang punya game tu format lain pandai-pandai laa cari converter macam POWERISO dll.

3. Lepas tu klik 3 kotak macam dalam gambar ni dan klik ANALYSE ISO. Bila dah siap klik PROCESS ISO. Game yang siap di convert akan ada sekali dalam folder asal game tu dengan extension .ZNZ dan .ZNZ.table. Copy dua files ni masuk memori kad.
Resident Evil file asal dan file yang dah di convert .ZNZ dan .ZNZ.table.


4. Pastu buka FPSE kat Android Phone korang dan load game yang korang copy kat atas tadi tu.
Screenshot Final Fantasy VII.

*Yang version 0.10 ke bawah kena ada bios(scph1001.bin) tapi aku tengok yang baru ni macam tak payah je.Version 0.11.11 ni agak major update. Banyak yang dah diubah termasuk on screen game pad yang cool.

Selamat bermain wahai orang-orang lanjut usia.

Thursday, February 9, 2012

Hang Bila Nak Belanja Aku Makan??....Al-Fatihah

Masa sekolah dulu aku ada sorang kawan. Cukup laa aku namakan dia Zack(bukan nama sebenar). Tak laa rapat pun tapi berkawan laa....Mak dia jual nasi lemak bungkus. Hari-hari dia bawak p sekolah. Selalu jugak laa aku beli nasi lemak kat dia. Lepas dia tak jual nasi lemak dah jarang dah bertegur. Kalau berjumpa je baru tegur. Kira bukan satu kepala, satu geng laa ni.....Lepas tu sedar tak sedar dah habis sekolah. Masing-masing bawak haluan ada yang kerja ada yang sambung mengaji. Lepas tu aku dah lost contact dengan mamat ni.

4 tahun lepas tu masa tengah sibuk siapkan final project lepas makan malam mata dah rabak ingat nak tido se round dua kononnya tengah malam nak sambung laa buat drawing yang tak pernah siap tu. Maka berjayalah misi aku untuk menidurkan diri. Masa tengah tido tu aku mimpi jumpa Zack. Yang peliknya aku jumpa dia kat kantin sekolah rendah....Nama pun mimpi macam-macam boleh ubah hahaha...Dalam mimpi tu aku jumpa kawan-kawan semua lepak kat kantin sambil makan-makan borak-borak. Tiba-tiba aku jumpa kawan aku ni dan rasa nak tegur. Aku pun lepak laa sekali kat situ. Lepak punya lepak dia tanya aku,

Hang bila nak belanja aku makan?

Aku pun cakap jom laa aku belanja. Pastu dia bangun aku pun ikutlaa aku ingat dia nak amik makanan kat kaunter sekali dia p ke arah store. Aku pun tanya laa "hang tadi kata nak makan"? Dia cakap dengan aku,

Hang amik laa makanan bawak kat sini. Aku tunggu?

Lepas tu aku terjaga. Sekali dah pukul 2 pagi. Gila ahh berapa jam lagi nak submission. Pastu aku tengok handphone, ada SMS dari bekas member satu kelas,Syam. Dalam message tu tulis,

Salam, ada berita tak syok ni Zack dah meninggal lepas maghrib tadi langgar belakang lori.
Mata aku terus segar. Buat kopi, pastu sedekah al-fatihah kat arwah sambil sambung buat drawing yang tak siap tu. Mungkin tu maksud belanja makan yang dia sebut dalam mimpi tu kot. Wallahu a'lam.

Moga rohnya dicucuri rahmat.Al-Fatihah....

Thursday, February 2, 2012

Zakat Pendapatan.

Ni aku baca kat blog kat bawah tu pastu aku taip balik ikut apa yang aku faham. Senang nak buat reference nanti kalau kaya. So takdak laa dok amik hak orang miskin nanti....

Hasil pendapatan ada 2. Pendapatan secara akad(gaji tetap, berkerja tetap) dan Pendapatan perniagaan/servis. Kedua-dua pendapatan wajib dikeluarkan zakat kalau cukup haul(harga 85gram emas) setelah ditolak perbelanjaan harian, hutang dan keperluan asas yang lain. Kiranya tolak segala bil-bil dan keperluan rumah...Duit melancong semua jangan campur sekali pulak. Kadar yang dikenakan pulak 2.5% dari PENDAPATAN BERSIH. Kalau pening baca note asal kt bawah ni.

"Langkah-langkah mengeluarkan zakat gaji atau pendapatan

1. Hitungkan jumlah gaji atau pendapatan selama setahun.
2. Kemudian tolak kos dan belanja berikut;
a) Belanja keperluan asasi
b) Hutang-hutang kepada orang lain
c) Cukai kerajaan dihitung

2. Setelah itu, pastikan jumlah yang tinggal mencukupi nisab atau tidak?

3. Jika didapati mencukupi nisab, keluarkan zakat dengan kadar 2.5% dari jumlah pendapatan bersih setelah ditolak kos-kos tadi.

4. Nilai zakat itu boleh dibayar sekaligus untuk setahun atau boleh juga dibayar mengikut bulanan setelah nilai zakat itu dibahagikan dengan 12 bulan."

Kesimpulan:
Gaji sebulan - Belanja asas - cukai x 12 x 2.5%
Side income setahun - Kos perniagaan termasuk gaji anda x 2.5%

Kalau PENDAPATAN BERSIH tak sampai harga 85gram emas tak perlu bayar zakat. Sekarang 1gram=RM150+-. 85gram=RM 12,750.00+-

Kalau pendapatan RM2000 dengan pendapatan bersih RM500. Setahun bersamaan dengan RM6000. So tak perlu laa bayar zakat. Rugi laa tak boleh bayar zakat. So kena laa cari PENDAPATAN BERSIH RM1000/month sekurang-kurangnya baru berpeluang nak bayar zakat pendapatan. Boleh buat simpanan hari Barzakh....

Kalau PENDAPATAN BERSIH=RM12000. Jumlah zakat=RM12000 x 2.5%=RM300.

Yang pasti hasil pendapatan kena halal.

Rujukan:
http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/06/zakat-gaji-dan-pendapatan.html
http://blog.e-zakat.com.my/?p=426

Friday, January 20, 2012

Adalah OK Untuk Menjadi Amatur

Last 3 month aku ada buat design untuk satu kedai di plaza komputer popular Malaysia. Sebelum buat design semua benda dah explain dan diceritakan dengan baik satu persatu. Aku siap cerita tentang masalah dengan management yang bakal dihadapi lagi sebab aku pernah buat design kat salah sebuah kedai kat situ dulu. Seperti biasa Mereka selalu merasakan duit boleh selesaikan segala-galanya. Dan di situlah huru-hara bermula.

Tiap-tiap kali buat kerja walaupun semurah rm300 aku tetap bagi T&C dekat customer. Sebab takut-takut ada benda yang dia tak puas hati kemudian. Designer keje dia tak nampak sangat dari sudut fizikal dan mungkin sesetengah orang fikir yang semua benda mudah je nak buat. Nak render pun kadang-kadang amik masa ber jam woo....Hahaha...Kalau taknak faham takde masalah sebab selalu designer akan explain semuanya kat hangpa. Kalau rasa tak setuju jangan laa upah dia untuk design. Don't make life complicated.

Lepas siap keje aku ikut contract dan dah extra redo berkali-kali dia suruh redo lagi. Aku cakap boleh je tapi settle kan payment dulu. Lepas settle payment baru aku redo. Sekali dia sound tepek aku, "Haiyoooo i only work with you this time. Next time sure i will find another guy". Aku pun cakap je laaa "Ok, no problem. Thank you.". Sekarang tengah menunggu payment lepas tu buat redo dan settle.

Walaupun saya amatur tapi undang-undang saya yang buat. Maka perlulah anda yang profesional mengkritik undang-undang saya sebelum kerja dijalankan. Kerja boleh kawtim T&C pun boleh kawtim tapi kena laa faham. Kalau faham T&C sure takdak hal punya. Banyak yang faham, tapi ada segelintir yang tak faham. Customer not always right, everybody have their right. Unless you are desperate.

Note: Pernah dapat call dari somebody mintak aku servis barang dia FOC. Dia dapat nombor contact dekat mudah.my (portal membeli belah online no.1 di Malaysia). Aku pun check la balik ads tu mana tau aku ada letak harga servis RM0.00.

Prasangka Yang Bawa Celaka

Bila bertemu rakan-rakan kadang ada yang mengeluh yang hidupnya berbagai-bagai dugaan. Dihina, dicerca sana sini. Katanya itu adalah ujian dan dugaan dan dia akan tempuhi dengan hati yang lapang.

"Mat, aku pun tak tau laa awat banyak sangat orang duk buat celaka dengan hidup aku. Duk bercakap tentang aku. Aku pelik lah Mat."

Aku pun naik kesian dengar apa yang diluahkan. Tapi sapa aku nak mengadili. Lagi pun aku cuma dengar cerita satu pihak. Aku pun simpanlah sebagai pengajaran untuk anak cucu aku. Bak kata pepatah cina "Kita takdak masa untuk buat kesilapan seumur hidup kita jadi belajarlah dari kesilapan orang lain"- aku baca yang translate laa aku mana reti cakap cina.

Cerita-cerita punya sadis sekali ternampak belang....

"Aku bukan apa Mat, aku rasa dia duk buat khianat kat aku, dia tu memang hati busuk. Dia dengki dengan aku laa tu maklumlah gaji aku lagi tinggi dari dia. Aku ni kesian kat dia tapi tu laa dia duk kat belakang aku ntah apa dia buat. Aku rasa dia duk provok aku kat belakang nak suruh orang boikot aku. Sebab tu orang pakat tak suka aku tu".

Aku tanya, "Ada bukti? Ke ko pakai teka je ni? Ada benda jadi depan mata ko ke?"

Dia jawab, "Aku agak laa, sape lagi Mat? Aku tanya orang semua ok. Aku sembang dengan orang lain tentang ni diorang pun cakap mungkin jugak."

Berprasangkan buruk tu dah salah. Tapi ada ketika prasangka ni perlu untuk membuatkan kita berjaga-jaga. Tapi menyebarkan prasangka buruk kita terhadap orang lain tanpa bukti adalah salah. Kalau berbukti pun kalau bertujuan untuk mengaibkan individu pun tetap salah. Tapi kalau untuk memberi amaran kepada orang lain tentang kejahatan dan kezaliman seseorang tu tak salah. Tapi selalunya orang jahat tak perlu pun orang bagitau dia jahat, orang sekeliling pun dah tau.

Banyak masyarakat kita suka menyebarkan prasangka buruk kononnya untuk memperingati satu sama lain tapi sedarkah kita dengan menyebarkan prasangka yang tak berasas boleh membuatkan satu-satu khabar angin menjadi fitnah. Tau apa hukum fitnah? Kalau hukum manusia ni habis kuat kena Pulau je laa, orang jauhkan diri dan takut nak dekat. Tapi dari hukum Tuhan?? Aku pun kadang-kadang terjerumus. Selalunya aku cuma bercerita tentang prasangka ni dengan isteri aku je dan aku juga dah bagitau segala rahsia perbincangan cukuplah untuk kami berdua sebagai pengajaran.

Aku juga rasa tak wajar kita judge satu-satu pihak sekadar dengan prasangka kita. Tak macam lawak ke? Belum buat salah dah sabit hukum dah macam Minority Report. Tapi kalau seseorang individu memang ada rekod-rekod yang membimbangkan adalah wajar untuk kita berwaspada tapi tak perlulah memburuk-burukkan suspek kepada orang lain cukup lah sebagai peringatan kepada kita.

Antara punca kebencian masyarakat kepada kita bukan hanya disebabkan perbuatan tapi juga percakapan, budi bahasa dan lain-lain. Kalau kita boleh bercerita buruk tentang orang lain tanpa bukti yang sahih orang lain pun mampu buat perkara yang sama untuk kita. Jagalah lidah. Kita manusia kan ada akal. At least cuba buktikan yang Charles Darwin salah dalam teori revolusi manusia dia tu.

Nota: Aku boleh sembang dengan @pali7x @gelorabiru berjam-jam tentang minat kami tanpa perlu mengumpat sapa-sapa....Ok...Aku jujur. Ada laa sikit mengumpat @gelorabiru hahahaha.....Hidup orang Utara :)

Android: Senarai Koleksi Game Xperia Play Optimized

Aku cuma senaraikan optimized game yang aku ada dan yang keluar dekat Xperia Play Launcher. Ada sesetengah game yang tak keluar dekat Xperia Play Launcher tapi still optimized macam 9mm. Aku baca review depa kata developer lupa nk set hahaha....

Android Game:
1-Backstab HD
2-Brother In Arm 2 Free+HD [Free]
3-Blood and Glory [Free]
4-Bruce Lee [Free]
5-Cyberlords- Archology FREE [Free]
6-Dead Space [Free]
7-Dead On Arrival [Free]
8-Diversion [Free]
9-Dungeon Defenders: Second Wave [Free]
10-Evac HD [Free]
11-Experiment 13 [Free]
12-Fast 5 HD
13-Fifa 2012 [Free]-Delete ja Fifa 2010 tu. Confirm tak main dah.
14-FPSE
15-Galaxy On Fire 2 [Free]
16-GTA 3
17-GunsNGlory WW2 [Free]
18-Need For Speed Hot Pursuit [Free]
19-Let's Golf 3d HD [Free]
20-Modern Combat 3
21-Millionaire City [Free]
22-Modern Combat 2 HD
23-Monopoly
24-N.O.V.A 2
25.NFL 2012 [Free]
26-PES 2012
27-Pocket Legends [Free]
28-Tom Clancy's Rainbow Six
29-Reckless Getaway
30-Samurai II: Vengeance
31-Shadow Guardian HD
32-ShadowGun
33-Sleepy Jack
34-Sonic CD
35-Splinter Cell Conviction
36-Star Battalion [Free]
37-Star Legends [Free]
38-The Sims 3 [Free]
39-Tiger Woods 12
30-Trialx2
31-Turkey [Free]
32-Back Breaker 2: Vengeance

PlayStation Pocket (Old PSX Game:Create Using PSXPERIA)

1-Street Fighter Alpha 3
2-Front Mission 3
3-Smack Down 2
4-Grand Turismo 2: Disc 2
5-Driver 1
6-Resident Evil 3: Nemisis
7-Crash bandicoot [NCUA94900_1_1.zpak/apk]

Note: Nanti kena upload ni simpan. Hard Disk aku dah penuh. Nasib pokcik guno Unifi. Legoo dado pokcik!!!

Android: SD Booster!!Lajukan Read Speed dan Write Speed Kad Memori.

Sebelum ni aku pakai 2gb class 4, lepas tu upgrade 4gb class 4, lepas tu upgrade 8gb class 2 (time ni baru aku faham betapa pentingnya writing dan reading speed untuk phone). Tu pun sebab aku main Fifa 2012 kat Xperia Play tapi sangkut-sangkut sedangkan processor dan ram agak ok laa dan game tu pun memang 1st realease kat Xperia Play so for sure diorang optimized gila-gila.

Micro Sd ni banyak class. Ada class 2,4,6,10. Untuk pengguna Android class paling di galakkan adalah class 4 dan 6. Class 10 read dan write speed dia terlalu laju so phone selalu ralat dan akan ada problem. Pun begitu kalau kita guna 2,4,8gb kad memori mungkin tak rasa sangat kelembapan untuk aplikasi load dari kad memori tapi kalau guna 16gb dan 32gb memang terasa gila. Macam aku after boot phone atau remove kad memori terpaksa tunggu sampai 5 minit untuk semua aplikasi load semula. Dekat xda dah discuss tentang benda ni dan diorang pun dah keluarkan tweak untuk solve benda ni. Aku pun tak simpan link tu dan buat apa nak pening-pening kalau kita ada sollution yang lagi mudah.

SD Booster
Install aplikasi ni kad android phone hangpa. Seperti yang dibincangkan di xda, cache size standard ialah 128kb dan setting yang paling bagus dan praktikal adalah 2048kb. So hangpa just isi 2048 je dalam ruangan kosong tu dan resultnya ada kat bawah ni. Aku guna SD Tool untuk check.

Selepas dan sebelum. Ada peningkatan untuk read speed. Tapi write speed sama je. Tapi untuk kad memori class 2 selalunya akan ada peningkatan yang agak mendadak
Agak berkesan untuk aku. Laju sikit dia load aplikasi. Cuba laa. "Takkan cakap-cakap aje, tengok aje pun boleh"-filem SONGLAP hehehe....nak termuntah pulak bila teringat dialog tu.