Friday, March 15, 2013

DIY Case Raspberry PI Model B

Ni bukan casing aku buat. Aku jumpa kat google.

Note:
XBMC=Aplikasi Media Centre
Raspberry Pi=Pc saiz kad kredit

Sementara tunggu order Raspberry Pi nak sampai aku decide untuk buat casing sendiri memandangkan Raspberry Pi ni agak menarik untuk di DIY kan sehabis-habisnya. Sekali google rupanya dah ada orang yang dah buat prototype untuk casing DIY. Cuma kena print dan ikut arahan je macam model kertas.

Aku guna trasparent cover folio sebagai material. Syok woo. Ni gambar rajah korang boleh download pdf tu kat website link dia atau kat link bawah ni dan print dalam size A4. Jangan ubah-ubah dia dah fix tu. Selamat mencuba.

Percubaan pertama yang menghasilkan bentuk tanpa penjuru tepat.
Raspberry pi model B aku sampai sehari lepas anak pertama aku lahir. Ngam-ngam ja.

Sila click link di bawah untuk download PDF layout. Sila Print dalam A4
Punnet_net_DIY_Casing

Tak berkaitan:
Aku mula diperkenalkan dengan benda alah ni tahun lepas masa duk pulun buat Media Centre. Cikgu aka member lama @pali7x yang introduce menatang ni kat aku. Tapi masa tu aku takde sebarang TV atau LCD yang ada HDMI input(orang kata sapa takdak HDMI TV dia duk dalam gua, aku duk dalam kotak-rumah flat-) dan aku pun malas nak cari HDMI to VGA. Rasa tak umph pulak. Kepada yang dah kahwin dan konon-konon anti TV3 tu beli la menatang ni, boleh kasi custom kaw-kaw.

Refer link:
http://www.raspberrypi.org/archives/1310

Tuesday, March 12, 2013

5 Perkara Yang Hampir Pupus

Aku tak la tua sangat tapi dah suku abad. Dalam tempoh 15 tahun banyak benda yang berubah. Dunia sendiri, teknologi, cara makan, cara hidup dan lain-lain. Banyak perubahan ini membawa kebaikan kepada kita tapi dalam masa yang sama banyak benda yang aku rasa tak sepatutnya berubah antaranya adalah adat dan budaya yang aku rasa cukup indah untuk diteruskan sampai kiamat. Tapi mungkin disebabkan ia tak memberikan sebarang kepentingan material maka kita mula meninggalkan perkara-perkara ini.

1. Makan bersama sekeluarga
Selalunya dilakukan pada waktu malam lepas Maghrib bersama-sama anak dan isteri. Semua akan berkumpul satu meja, yang perempuan sibuk hidangkan lauk, yang lelaki akan akan berborak seketika sementara atau kadang-kadang tolong perempuan di dapur mengangkat air basuhan tangan, lauk dll. Anak perempuan atau isteri menjengah kira dan kanan untuk melihat keadaan meja, mungkin ada yang perlu ditambah nasinya. Sekarang ibu bapa pulang pukul 9-10 malam. Ada juga yang pulang awal tapi lebih selesa makan berasingan. Makan bertenggek depan TV ataupun yang paling mudah makan diluar. Tak perlu cuci pinggan, kemas dapur, kemas meja.

2. Solat bersama dan baca Yassin pada malam Jumaat
Sepanjang pengamatan aku ini bukan melibatkan orang yang digelar alim atau sebagainya tapi kebanyakan jiran dipersekitaran aku melakukan perkara yang sama setiap malam Jumaat sekurang-kurangnya. Malam jumaat ibarat malam berkumpul satu keluarga, malam keberkatan. Sekarang malam Jumaat lebih banyak dihabiskan dengan Midnight movie kat GSC atau keluar makan bersama keluarga.

3. Adab Melayan Tetamu
Bila datangnya tetamu dulu penghuni rumah lazimnya tak diberi keluar kecuali atas urusan penting. Kalau setakat nak jumpa kawan, lepak-lepak kedai kopi dan semua aktiviti berkaitan selalunya dibatalkan ketika tetamu datang. Tetamu akan dibahagikan mengikut group masing-masing. Anak-anak, ibu bapa dan yang berkaitan. Selalunya kaum wanita akan ke dapur menyediakan juadah untuk tetamu dan dituruti oleh tetamu wanita untuk membantu apa yang patut. Sekarang kita lebih terbuka. Lelaki dan perempuan berbincang tanpa ada sempadan, tak perlu lagi hidangkan juadah untuk tetamu. Kalau ada urusan kecil seperti untuk berjumpa kawan dan sebagainya penghuni rumah dengan senang hati meninggalkan tetamu.

4. Adab Bercakap dengan Ibu Bapa dan orang Dewasa.
Selalunya untuk perbualan biasa seseorang yang lebih muda usianya akan bercakap berhadapan dengan orang yang lebih tua. Jika mereka berada di jarak yang berbeza yang muda selalunya akan berjalan mendekati yang tua sebelum bertanyakan soalan dan bukannya menjerit atau bercakap tanpa berdepan. Seorang anak juga lazimnya menggunakan bahasa yang lembut untuk meminta tolong ibu bapanya membuat sesuatu untuknya dan bukannya nada arahan dan jeritan yang kita selalu dengar di zaman sekarang. Seorang anak juga selalunya akan memastikan arahan yang diberikan kepada ibu bapa adalah seminimum mungkin dan tidak berulang-ulang. Ia sangat berbeza dengan keadaan sekarang dimana anak-anak lebih selesa menjerit kepada ibu bapanya dari jauh untuk meminta tolong sesuatu dan tanpa segan silu mengarahkan ibu bapa mereka membuat sesuatu perkara berulang kali. Pada pandangan saya ia bukanlah sifat semulajadi tapi lebih kepada kurangnya sifat saling menghormati sesama yang lain.

5. Ucapan bila berjumpa dan berpisah.
Ucapan salam sering kedengaran bila seseorang berjumpa dengan yang lain. Namun ucapan itu digantikan dengan "eh, ko sihat" dan ucapan untuk berpisah lebih kepada "bye". Amalan bersalaman juga mula ditinggalkan dan digantikan dengan lambaian tangan ala Bill Clinton dan isteri.

Sebenarnya banyak lagi tapi cukuplah yang ni. Tulis banyak-banyak kena batang hidung sendiri juga tapi itu lah hakikatnya. Tak guna cara hidup yang kononnya moden tapi fikiran kolot. Berjemurlah tengah panas hari-hari pun takdenya nak jadi Negro.

Monday, March 11, 2013

Sony Ericson Live View- Jam Android

Jam ni akan sync data dengan Android phone korang dengan bluetooth.
Sample jam ni sampai 2 minggu lepas. Aku 1st jumpa jam ni kat review Sony Ericson, Youtube masa 2010. Sekarang Sony dah release SmartWatch aka Liveview 2. Jam ni boleh sync hampir semua notification yang korang dapat kat Android phone korang macam FB, Twitter, SMS, Call record, MMS, waktu azan, email dll. Korang juga boleh control music, snap gambar dan lain-lain funtion yang korang boleh install plugin dia dari Google Play.

Untuk memastikan jam ni terus sync dengan Android phone korang pastikan jarak phone dengan korang tak lebih 3 meter. Walaupun diorang claim boleh sampai 10 meter tapi sepanjang aku test asal lebih 3 meter je disconnection akan berlaku.

Masalah dan Penyelesaian:

Masalah utama jam ni adalah connection selalu terputus. Ia membuatkan jam ni sangat tak praktikal sampailah team Xda cuba cari penyelesaian dengan beberapa step yang korang boleh refer dekat SINI. Lepas apply semua step ni at least Liveview korang akan working 5 kali ganda lebih baik.

Selain tu ada developer yang dah reverse engineering Liveview app dan namakan sebagai Open Liveview(OLV). Ni pun korang boleh try. Sepanjang aku guna OLV aku rasa masalah disconnection kurang terjadi dari original Liveview application.

Untuk tambahan korang boleh install Minfree Manager application kat Google Play lepas tu set secondary server tu jadi "6".

Kelebihan:
Aku rasa yang paling bagus adalah masa driving atau tengah makan. Bila ada notification korang just tengok jam korang and decide samada nak terus respond atau pun hold dahulu tanpa perlu keluarkan phone korang dari poket ataupun matikan GPS korang.

Pro dan Kontra Official Liveview application(1.0.A.0.2.1) dan OLV(1.0.3.1beta) :
Pro
1- Official Liveview punya graphic lagi cun dari OLV yang black and white sahaja
2- Offficial Liveview ada RSS feed so boleh baca RSS direct dari jam Liveview korang. OLV takde.
3- Official Liveview punya music remote ada tulis nama artis dan tajuk lagu OLV belum ada lagi.
4- Official Liveview ada plugin OLV belum ada lagi(bakal ada katanya).

Kontra
1- Tiap kali ada notification OLV skrin akan blinking dan vibrate, official Liveview cuma vibrate je.
2- OLV lebih stable dari Official liveview. Mungkin sebab graphic kurang so tak banyak hantar data. Ntah la aku bukan programmer. 


Review Official Liveview dari Youtube:


Harga Liveview lebih kurang rm180-rm250. Ni takde clone, semua original.

Ostrich Pillow - Bantal Mengulat.

Bantal burung unta.
Sample Ostrich pillow aku dah sampai. Bantal ni aku jumpa kat projek Kickstarter. Konsep awal adalah untuk korang tidur sekejap masa lunch time dalam 20 minit dan diorang claim akan meningkatkan produktiviti kerja sebanyak 30%. Yang aku punya ni clone OEM bantal ni je.

Sampai je aku test la material dia lembut. Nak compare dengan original aku tak tau la tapi bagi aku dah cukup empuk. Kalau nak gambarkan tu dia macam kita gumpal-gumpal selimut buat bantal macam tu la lembut dia. Bila korang sarung kat kepala mula-mula rasa kekok tapi lama-lama selesa. Yang paling menarik adalah neck support dia agak superb. Kira kalau tido duduk pun tak sakit tengkok la.

Posisi tidur paling famous masa cikgu mengajar.
Sesuai untuk travellers, backpackers, dalam keretapi, kapal terbang dan juga orang yang selalu tido kat studio(macam aku masa mengaji dulu) atau kerja lebih masa kat office. Kalau korang tak kisah orang tengok korang lain macam sebab korang nak tidur aku suggest bantal ni.

Review Youtube:

Harga clone Ostrich Pillow RM69-RM99 kalau lebih tu baik beli yang ori.