Thursday, September 13, 2012

Alah Biasalah....

Aku pernah dengar dan berbicara dengan satu makcik ni yang meluahkan perasaan tentang anak dia yang kononnya dihina sebab menumpang motor orang. Makcik ni cover kaw-kaw anak dia. Antara report yang makcik tu terima kononnya anak dia duk meronggeng dengan awek atas moto pinjam tu, lepas tu berjoli sana-sini pinjam duit orang dll.

Mula-mula aku nak lari-lari je tapi dah makcik ni bersemangat dah terkepung aku. Cerita punya cerita memang semua dia cover anak dia la. Dia cakap dengan aku.

"Biasalah anak muda naik moto dengan awek. Kalau anak makcik tak naik pun tuan motor tu pun buat cenggitu jugak."

"Biasalah anak muda pinjam-pinjam ni nanti dia dah kerja dia bayar la balik"

dan lain-lain penjelasan la sampai la telinga aku panas.

Dah la pinjam motor orang buat harta lepas tu buat taik pulak kasi jatuah maruah moto dengan tuan moto dia.

Aku cakap je la.

"Biasalah makcik, dulu saya pun dating dengan awek jugak. Naik kete bapa bagi. Bila nak pi dating duit mesti cari dulu kasi penuh, nak pinjam malu la. Dah boleh dating mesti dah pandai cari duit."

"Sekarang ni bukan dating je yang biasa makcik. Masuk kelab malam pun biasa la, minum arak pun dah biasa. Amik dadah jenis Ice tu pun dah biasa. Tapi kalau saya tak jadi biasa pun takpelah makcik. Takut jugak dengan biasa-biasa ni. Kalau nak kira biasa sumbang mahram pun dah biasa. "

Aku pun bukan bagus sangat. Tapi tak perlu la nak cover gila-gila kalau keturunan kita ke, ipar duai kita ke buat salah. Kalau dah tau salah senyap je kalau dah tak tau nak buat apa. Tak payah la nak kata orang lain pun sama ke hapa....

"Melentur buluh biar dari rebungnya, melentur getah spedna bila-bila pun takpa....."

Wednesday, September 12, 2012

10 Nasihat Dan Penasihat

#1 Cintakan Negara.
Aku pernah dinasihat untuk cintakan negara, juangkan hingga ketitisan darah terakhir. Dan akhirnya aku dapat tau yang orang yang nasihat aku tu duk nego jual tanah Bumiputra kat oversea. Sigh!!!

#2 Cari Rezeki Halal Biar Susah Asal Berkat
Nasihat paling kerap aku terima, bezanya banyak yang nasihat aku melenting bila mufti haramkan satu-satu perkara yang menguntungkan mereka. Ada yang kata kalau camtu Cina je la kaya, Melayu jadi papa...Haaiii....

#3 Kerja Dengan Orang Islam Melayu
Disebabkan aku kerja dengan Cina banyak yang nasihat suruh aku berenti takut rezeki aku tak berkat. Sepanjang aku kerja kat sini aktiviti melobi dan merasuah dan jilat pungkoq tak pulak aku nampak seperti pengalaman aku dengan syarikat bumiputra. Ditegaskan PENGALAMAN AKU bukan melambangkan majoriti. Cuma bezanya Penasihat sarankan aku kerja di syarikat yang masa solat Jumaat pun masih perlu berkerja. Islam hapanya kok gitu omm...

#4 Anti Politik
Bila bercakap semuanya tak betul. Pemimpin parti A haprak bagai. Bila time Menteri tu datang pandai je cium tangan. Takde pulak kata-kata cercaan dan komplen itu ini melainkan senyuman manis dan muka jilat bontot. Totally shit atau orang sekarang panggil NAK HIDUP....Aku panggil penjilat pungkoq, "pengampu orang kaya" bab kata Pendekar Mustar.

#5  Hidup Berdikari
Ni pun banyak nasihat yang aku terima menceritakan pengalaman hidup berdikari. Cuma ada yang aku sumbat masuk telinga kiri dan keluarkan terus ke telinga kanan. Sebab yang nasihat aku banyak yang masih duk celah ketiak. Mungkin definasi berdikari untuk kami berbeza. Ada orang boleh basuh berak sendiri dah kira berdikari la tu.

#6 Jaga Aib Keluarga Cerita Keluarga Simpan Rapi
Ni pun nasihat yang aku kerap terima dan paling kerap aku cuba amalkan. Cuma bezanya tak semua orang mampu jaga yang ni. Lagi-lagi zaman sekarang ada FB, Twitter dan penyakit mulut tempayan yang makin menjadi-jadi. Bab ni no comment. Banyak yang Bullshit.

#7 Bisnes Dengan Rakan-rakan
Nasihat suruh beli produk MLM dan sebagainya. Suruh join itu ini katanya bagus. Yang aku hairan awat la dia tak pi buat marketing kat orang lain. Asal bisnes cari member asal bisnes cari member. Pujuk paksa pulak tu. Last-last berpusing je kat situ. Kalau silap sikit hilang kawan. Ntahla duit punya pasal apa pun boleh...

#8 Jangan Ikutkan Sangat Cakap Anak
Ni pun banyak aku dengar dari Ibu-ibu dan bapa-bapa muda masa aku baru kawin. Masa tu banyak yang nasihat aku dah ada anak dan bagitau jangan duk ikut sangat peel anak. Aku dengaq-dengaq betui jugak. Lepas tu tak sampai setahun aku tengok.....
...........
.....
Ok...Next.

#9 Cari Duit Banyak-Banyak Nanti Kaya Tak Menyusahkan Orang
Nasihat ni pun kerap aku terima. Bagus jugak ada duit banyak boleh beli macam-macam. Sebab duit ni negara pun boleh tergadai. Cumanya yang aku pelik banyak yang nasihat aku last-last duit dia banyak pun menyusahkan orang. Lagi banyak duit lagi banyak menyusahkan orang. Sepatutnya tak macam tu. Mungkin cara tak kena kot. Atau mungkin mereka rasa duit boleh beli segalanya kot. Entahlaaa....

#10 Jangan Buat Macam Orang Tu. Tak Elok.
Antara nasihat kegemaran aku. Ramai yang bila baik sikit dia maki hamun orang buat jahat macam dia suci je dari kecik. Kasi hentam kaw-kaw punya, yang jadi contoh buruk semua orang lain sedangkan hidup sendiri pun dulu boleh jadi contoh. Sebab tu aku suka cakap jangan ingat dosa-dosa silam kita terhapus semuanya kalau kita baik hari ni. Nasihat boleh tapi berpada-pada. Allah mungkin faham niat kita tapi kalau nada kita macam sombong manusia akan cakap sombong jugak. Orang melayu kata "Cakap biaq berlapik".

Kesimpulannya nasihat ni bagus. Walaupun ada yang nasihat kita tapi tak serba bikin. Ada yang dah terlambat untuk berubah, ada jugak yang dia tak sedar yang nasihat tu sesuai jugak untuk dia. Kita ni yang bagus amik je tak kira dari sapa-sapa pun yang tak bagus kena la tolak walaupun dari sapa-sapa. Pengajaran untuk aku, percakapan ni kena jaga jangan sampai riak, takbur nanti masalah pulak. Tapi kadang-kadang dah klimaks bercerita terlupa jugak lagi-lagi kalau dalam kepakaran dan kemahiran kita. Nasihat menasihati memang bagus untuk manusia yang selalu alpa macam kita.

Teringat aku kisah perempuan yang bercakap cuma guna ayat Al-Quran selama 40 tahun tu sebab takut dia tersalah cakap.