Wednesday, February 27, 2013

Untungnya Jadi Manusia

3 hari lepas isteri aku ada jumpa anak burung yang baru lahir kat sekolah tempat dia kerja.Terjatuh dari sarang. Tinggi sarangya pakai tangga pun tak sampai. Kalau dibiar kena makan kucing mungkin, kena pijak budak-budak tadika pun mungkin. Jadi dia bawak balik. Orang kata mesti mati punya. Tapi dia kata MUNGKIN mati tapi kalau dibiarkan PASTI mati. Balik lah burung tu sambil duduk dalam akuarium Gundam yang aku dah tak pakai tu.

1st day bising. Kami bagi makan roti suria. Pastu bagi minum susu. Aku tanya member kat FB diorang cakap burung tak minum susu. Tapi dah duduk rumah aku redha je laa hehehhee....Aku selalu dengar lagu Jentayu by Nora, beberapa kali juga aku post status update FB dan Twitter dengan rangkap lagu ni. Bukan apa, menarik. Betapa hebatnya seekor burung jentayu. Burung je kot, tapi banyak effort. Tak macam manusia sekarang. Lebih suka memusnah dari membina. Ada setengahnya punggung sendiri pun masih tak berbasuh mengharap ehsan, simpati manusia sampai lupa akal kurnia Yang Esa untuk berfikir usaha, bukan alasan semata.

Berbalik ke burung pipit tadi. Setelah hari kedua masih diberi makan benda yang sama cicipan yang didengar makin perlahan. Mungkin sudah dapat merasa yang Izrael makin dekat dengannya. Masih tak mampu berjalan tapi sudah pandai berdiri menggunakan siku tangan. Pagi tadi mata pun baru je boleh dibuka untuk melihat dunia. Siapa sangka petang dah di panggil balik ke sana.

Kalau tak pun life cycle burung memang pendek. Mereka pantang buat silap. Asal silap langkah terus mati. Tak macam manusia, boleh buat silap berkali-kali. Buat jahat berkali-kali dan sang Pencipta masih mahu memberi ruang untuk menebus kesilapan yang dilakukan. Kalau seekor burung di beri peluang untuk jadi seorang manusia mungkin ia takkan menghabiskan masa macam kita dengan mengumpat, mengata dan mencerca sesama sendiri. Itu tak kena ini tak kena sampai lupa apa yang perlu dikerjakan. Siang malam merungut tentang hidup menagih simpati dalam senyap. Tapi malangnya bukan dari Pencipta tapi dari manusia.

Bila sakit tak habis-habis dipujanya bomoh-bomoh merasuk bagai. Keluar singa, keluar harimau tok nenek katanya. Maka percayalah mereka lebih dari percayanya seorang hamba kepada Tuhan. Ohh, lupa pulak Tuhan mana boleh nampak tapi aircond Haier 2 kuasa kuda tetap diyakini kuasa kesejukannya lebih dari 1 kuasa kuda walaupun tak nampak mata anginnya. Untungkan jadi manusia. Bersyukurlah....Salam Maulidur Rasul.