Friday, January 20, 2012

Android: SD Booster!!Lajukan Read Speed dan Write Speed Kad Memori.

Sebelum ni aku pakai 2gb class 4, lepas tu upgrade 4gb class 4, lepas tu upgrade 8gb class 2 (time ni baru aku faham betapa pentingnya writing dan reading speed untuk phone). Tu pun sebab aku main Fifa 2012 kat Xperia Play tapi sangkut-sangkut sedangkan processor dan ram agak ok laa dan game tu pun memang 1st realease kat Xperia Play so for sure diorang optimized gila-gila.

Micro Sd ni banyak class. Ada class 2,4,6,10. Untuk pengguna Android class paling di galakkan adalah class 4 dan 6. Class 10 read dan write speed dia terlalu laju so phone selalu ralat dan akan ada problem. Pun begitu kalau kita guna 2,4,8gb kad memori mungkin tak rasa sangat kelembapan untuk aplikasi load dari kad memori tapi kalau guna 16gb dan 32gb memang terasa gila. Macam aku after boot phone atau remove kad memori terpaksa tunggu sampai 5 minit untuk semua aplikasi load semula. Dekat xda dah discuss tentang benda ni dan diorang pun dah keluarkan tweak untuk solve benda ni. Aku pun tak simpan link tu dan buat apa nak pening-pening kalau kita ada sollution yang lagi mudah.

SD Booster
Install aplikasi ni kad android phone hangpa. Seperti yang dibincangkan di xda, cache size standard ialah 128kb dan setting yang paling bagus dan praktikal adalah 2048kb. So hangpa just isi 2048 je dalam ruangan kosong tu dan resultnya ada kat bawah ni. Aku guna SD Tool untuk check.

Selepas dan sebelum. Ada peningkatan untuk read speed. Tapi write speed sama je. Tapi untuk kad memori class 2 selalunya akan ada peningkatan yang agak mendadak
Agak berkesan untuk aku. Laju sikit dia load aplikasi. Cuba laa. "Takkan cakap-cakap aje, tengok aje pun boleh"-filem SONGLAP hehehe....nak termuntah pulak bila teringat dialog tu.

No comments:

Post a Comment