Wednesday, October 30, 2013

Selepas 3 Bulan...

3 bulan lepas aku ada tulis tentang apa yang akan terjadi 3 bulan kemudian >>KLIK SINI UNTUK POST TERSEBUT<< selepas langkah-langkah drastik yang aku ambil. Di sini mungkin aku boleh kongsikan sedikit tentang apa yang terjadi.

MASA
Aku cuma turun untuk buka booth seminggu sekali. Selebihnya aku banyak jual online dan buat delivery sekitar kawasan perumahan berhampiran tempat tinggal aku. Secara ringkasnya aku ada 80% extra masa berbanding 4 bulan sebelum ni.

EKONOMI
Disebabkan aku tak kerja hari-hari maka banyak kos yang dapat dijimatkan seperti Tol, Petrol, belanja makan tengah hari. Untuk ini sahaja aku dapat jimat sebanyak 50% dari perbelanjaan sebelum ni. Dalam seminggu aku cuma akan turun untuk buka booth di Cyberjaya pada hari Selasa. Selebihnya banyak dari jualan online. Banyak juga pelanggan dari penduduk di Taman sekitar aku. Setiap hari aku peruntukkan 1 jam untuk delivery.

BIDANG YANG DICEBURI
Dari 3 jenis kemahiran aku cuma guna 1 je buat masa sekarang. Sepatutnya dalam plan asal aku perlu gunakan ketiga-tiga kemahiran untuk cover ekonomi aku. Tapi alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan. Tapi tak bermakna aku takkan gunakan lagi 2 kemahiran tersebut. Tapi tak dinafikan plan lari sikit disebabkan kurang disiplin.

ANAK
Pagi-pagi tengok anak, buat kerja depan anak. Aku tak tau nak cakap macam mana. Boring pun ada, best pun ada. Mau tak mau anak jadi kawan baik haha.....

Yang aku dapat simpulkan di sini nak buat apa rancang je, nanti yang Maha Merancang akan adjust yang lagi baik untuk kita. Penutup bulan ni agak baik untuk aku walaupun ada episod duka dan suspen. 3 bulan lagi kita tengok apa yang jadi.

Mattin.l.Mahmud