Wednesday, September 7, 2011

Android :Jimat Battery+Jimat Data=Juice Defender


Sebab kan android phone murah laa ni aku rasa hampir semua orang meninggalkan family Nokia dan memilih android. Tapi masalahnya android ni kuat makan battery(actually smart phone memang kuat makan battery kecuali BB). Aku pun takdelaa reti sangat tapi aku nak kongsi jugak laa tips-tips jimat bateri hp android kome-kome tu.

1.Tutup GPS signal,WiFi bila tak guna
2.Switch network dari 3g ke 2g(bila nak maen internet baru on balik)
3.Tutup notification FB and twitter.
4.Off sync account gmail,email,contact,calender dll.
5.Kurangkan display brightness kepada paling rendah@suam2 kuku)

*Langkah-langkah ini akan menjadikan handphone anda setanding dengan Motorola E360 aku tahun 2002 :)
Gambar 1:Handphone masa form 4. Ada game lumba kereta 2d yang best gila laa time tu.


atau.

Install Juice Defender.
Apa tu?
Juice defender ni boleh control penggunaan data, wifi, processor bergantung kepada penggunaan hangpa. Aku malas nak cerita seketui-seketui aku bukan wiki so aku cerita point-point yang berguna ja eh.

1.Dia akan autostart dengan android(jadi jangan duk gatai mati kan autostart dia guna apa-apa autostart management application)

2.Ada option untuk pilih cara penggunaan kita. Aku pilih extreme. Yang ni dia disable semua data plan. Tapi yang syok tu ada whitelist. Whitelist ni korang boleh pilih aplikasi yang korang tak nak halang dari masuk internet. Contoh aplikasi dalam whitelist aku Whatsapp,Friendcaste(FB alternative),XBMC official remote control jadi aplikasi ini akan tetap berfungsi macam biasa bila ada incoming alert atau ketika aku sedang menggunakan aplikasi-aplikasi ni.

Macam mana dengan aplikasi lain?
Semua akan di blok tapi untuk enable balik data tu senang je, just drag notification icon kat atas tu dan click on Juice Defender icon so korang dah boleh guna internet untuk aplikasi lain. Faedahnya kadang-kadang game free(macam angry bird) pun guna data untuk advertisment diorang. So bila guna data mesti laa makan bateri lagi kuat, jadi kalau guna aplikasi ni takde laa android phone kita duk mereng connect je dengan mana-mana ads yang kita pun tak mau tengok.

3.Ada option untuk meng anak tirikan Data Plan bila ada WiFi.
Dengan software ni sebenarnya korang dah tak perlu nak off WiFi korang manually sebab dia akan automatically off WiFi bila takde aktiviti dan akan automatically on bila korang nak guna internet balik.Al kisahnya sistem akan check WiFi dulu sebelum connect dengan Data Plan. Takde WiFi baru connect. Jimat bandwitch jimat battery.

4.Leh setting processor usage dari paling low hingga paling tinggi dan setting akan bertindak sendiri mengikut keadaan yang sesuai. Contoh time idle dia akan guna processor paling low and time gaming dia akan guna processor paling tinggi. Default memang dah setting tapi korang boleh resetting lagi ikut kesesuaian korang.

*Result dia bateri boleh tahan sehingga 2.5 kali ganda dari biasa tanpa menjadikan android phone anda sebagai Motorola E360.

*Berdasarkan pengalaman dengan SE x8, dengan Android China tak berhasil :).

Edit 26 Januari 2012: Whatsapp, facebook dan twitter akan cuma berfungsi lepas telefon di active kan. Kira korang takkan dapat notification la kalau phone tengah idle. Harap maaf. Maklumat salah.

No comments:

Post a Comment