Tuesday, September 6, 2011

Sedar Diri Boleh??Kalau Tak Mampu Jangan Amik Hak Orang.

Minggu lepas aku pi beraya kat satu rumah apartment. Aku pun nampak la satu lot parking yang kosong. Jadi aku pun apa lagi terus masuk laa lot parking tu. Elok masuk je aku nampak ada 2 mamat mundar mandir kat tepi apartment tu sambil tengok-tengok kete aku dengan pandangan ala-ala nak tegur aku seolah-olah aku buat silap. Yaa aku tau dia nak cakap yang parking tu parking dia. Aku saja tak matikan enjin sambil suruh wife aku buat panggilan tanya kedudukan rumah tetamu tu. Elok wife aku confirm je aku pun matikan enjin kete. Aku suruh wife dan penumpang lain turun dulu pastu baru aku turun.Disebabkan mamat 2 orang ni masih jeling-jeling kat aku jadi aku pun buat laa lagak-lagak orang kampung(aku memang orang kampung pun) tanya soalan bodoh kat dia:

Aku:
Saya parking sini boleh ke?
Mamat 1:
Lama ke? Nanti ada kete nak parking sini
Aku:
Kejap je dalam 30 minit nak ziarah orang
Mamat 1:
Kalau kejap takpelaa kalau lama tak boleh.
Mamat 2:
...Lama ke dia nak parking tu?
Mamat 1:
Dia kata kejap je.
Mamat 2:
Kalau kejap xpe laa.
Aku:
Terima kasih yee...

Aku pun berlalu pergi. Tapi dalam hati aku tertanya-tanya kenapa orang-orang macam ni ada kat dunia ni. Dulu masa belajar lanskap aku ada belajar tentang jenis-jenis rumah.

1.Rumah flat.
Rumah ni sangat asas dan tiada fasiliti tambahan. Kalau melebihi 5 tingkat perlu di sediakan lif(sebab tu banyak yang buat 4 tingkat je). Lot parking pulak di buat untuk kegunaan bersama. Maksudnya takde cop-cop parking dan nisbah parking kalau tak silap aku 1:2. Maknanya 500 rumah=1000 parking la.

2.Rumah Apartment Mewah
Terdapat fasiliti seperti kolam renang,gimnasium, court tennis dll. Lot parking khas disediakan. Maknanya tiap-tiap owner ada parking yang ditanda khas dengan no plat kete diorang lagi. Tiap-tiap owner selalunya diberi 2 parking.

Jadi kalau rasa nak ada parking sendiri kenapa tak beli apartment mewah? Beli rumah teres ke, banglo ke?

Gambar 1: Tak pun beli kete kecik camni leh selit-selit parking.

Yaa aku faham. Kat KL ni serba serbi susah serba serbi kena berebut tapi kenapa sampai nak amik hak orang? Kenapa perlu tindas orang lain untuk kesenangan kita?

Mintak maaf kalau ada yang terasa. Aku sendiri pun tinggal di flat. Flat kos rendah. Takde lot parking sendiri. Tapi tempat aku parking banyak so takde masalah. Aku masih boleh parking kete depan rumah aku. Mak mertua aku pun tinggal flat. Bila ziarah parking takde aku parking belakang kete orang tinggalkan kete tanpa tarik handbrake. Keesokan harinya kadang-kadang aku tengok orang tolak kete aku bini aku untuk diorang alihkan kete diorang. Kalau kebetulan aku pun nak keluar kami tolak kete sama-sama sambil bertegur sapa, senyum dan mula berkenalan.

Walaupun kat kotaraya ni banyak dugaan banyak halangan tapi tak semestinya kita kena amik hak orang, kena makan rasuah, kena buat bisnes haram. Tak salah pun kita hidup susah tapi kita tak amik hak orang dari kita hidup mewah tapi hasil titik pilih orang lain. Aku pernah tengok orang bahagiakan seluruh keluarga dengan RM1000 sahaja dan aku juga pernah tengok orang yang menyusahkan semua orang dengan BERPULUH PULUH RIBU RM.

Meh aku nak kongsi sikit tentang bapak aku. Masa kecil banyak persoalan yang ditinggalkan dalam kepala aku. Yang aku dapat jawapan bila aku dah besar. Masa kecil keluarga kami bukanlah satu keluarga yang mewah. Semuanya sederhana. Tapi kami tak di ajar dengan hidup sederhana. Kami di ajar dengan hidup susah.

Ni antara moment yang aku boleh kongsi.

1995, Ketika aku 9 Tahun ada kutip derma sekolah untuk hari kantin(kalau tak silap aku). Jadi aku kena mintak kebenaran ibu bapa untuk join kutip derma tu. Sapa yang kutip derma paling tinggi akan dapat basikal. Maka aku pun tanya lah bapak aku mintak permission untuk kutip derma tu. Bapak aku cakap. TAK BOLEH. Kalau nak jugak dia nak beli pemetik api nak suruh aku jual dari rumah ke rumah. Aku pun tak bersetuju maka takde lah aku ikut aktiviti kutip derma tu. Agak kecewa laa sebab bapa aku tak sporting. Nak tau apa impak untuk aku??

Berniaga walaupun untung 10sen lagi mulia dari meminta-minta walaupun jumlahnya beratus-ratus ringgit. Yaa aku tau ramai orang yang kononnya faham memberi lebih baik dari menerima tapi betulkah kita benar-benar faham? Kenapa perlu meminta-minta untuk benda yang tak perlu(hari kantin) kenapa tak berusaha sendiri? Lainlah kalau keadaan betul-betul mendesak. Yaa aku setuju. Semangat meminta-minta membuatkan kita makin lemah, kemut, jumut. Aku sendiri pun masa di arah untuk jual lighter aku rasa hina sedangkan sudah tentulah aktiviti tu lebih mulia dari aku mintak derma.
Gambar 2: Takkan dia mintak sedekah kot?? Sihat je tengok.
1996, Pukul 2 pagi bapak aku ajak sahur kat luar. Masa tu kami dah tido. Ok untuk pengumuman bapak aku kawin 2. So dia berkerja agak keras la untuk isteri-isteri dan anak-anak. Masa tu aku tertanya-tanya kenapa perlu kejut untuk sahur kat luar? Kan boleh sahur je kat rumah lauk pun ada lagi. So aku dengan abang aku pun p laa bersahur dekat 1 kedai mamak dekat dengan Istana(kalau tak silap). Aku amik lauk udang besar. Sekor RM3. So sebab lauk tu mahal aku dapat udang tu je lah.....Menyesal pulak pilih udang besar time tu. Air macam biasa. Sirap.

Sekarang aku dah keje, ada satu bini, anak takde lagi. Siang keje jadi kuli, malam buat keje sendiri. Masa memang tak banyak sangat tapi duit pun tak laa banyak tapi alhamdulillah cukup makan laki bini. Cuba bayangkan bapak aku ada 2 bini dan 6 orang anak(ketika tu) terpaksa kerja dengan orang dan juga kerja sendiri jugak untuk cari duit. Masa siang memang tak banyak, kalau ada pun semua digunakan untuk mencari rezeki tambahan. Tapi sapa cakap tu alasan untuk bapak aku tak jalankan tanggungjawab dia dengan keluarga?? So pertukarannya adalah dengan gantikan waktu siang dengan waktu TENGAH MALAM. Tu usaha yang aku nampak dari bapak aku dan aku masih ingat. Walau pun dah berkali-kali kami sekeluarga makan kat tempat yang sedap yang ada bintang-bintang bercuti kat tempat yang mahal yang gaji aku pun tak mampu bayar duit penginapan tapi sahur udang RM3 kat kedai mamak cokia paling aku ingat sampai mati. Apa yang aku dapat? Sebenarnya takde alasan pun untuk kita tak menjalankan tanggungjawab kita walau apa pun dugaan dan halangan yang kita lalui. Hidup Nekad Mati Muda bak kata beliau.

1997, Air Coke satu tin bancuh dengan air gula untuk 6 orang minum. Cerita bermula bapak aku balik kerja malam bawak air coke 1 tin. Kami kebetulan tengok tv kat ruang tamu. So bila bapak aku masuk semua mata kira mengadap ke air tin jelaa. Mintak??Hoo...mintak maaf laa sapa berani minta dengan bapak aku. Tapi mungkin dah tengok kami semua muka penuh harapan dan air tin tu pulak cuma satu sebenarnya bapak aku ada 2 option.

Option pertama
Buka je air tin tu dan minum serba sikit.

Option kedua
Modified air tu jadi banyak dan minum puas-puas.

Dan bapak aku ambik option yang orang semua takkan amik. Option kedua. Dia suruh amik ais dan bekas air besar dengan gula. Pastu dituangkan air coke tu dalam bekas tu dia bancuh dengan gula. Perghh....Dapat satu bekas. Nak tau rasa dia??? Haram tak sedap. Rasa air gula je dan sedikit bau coke. Tapi air tu habis jugak. Tak sedap pun puas jugak. Aku tak tau apa yang buatkan pak aku amik keputusan tu. Mungkin dia tak cukup duit, atau mungkin juga dia malas nak keluar p kedai beli air tin lagi. Tapi setahu aku bapak aku ni jenis susah sendiri senang ramai-ramai.

Bila dah besar macam-macam air aku minum(air haram tak laa), memang banyak yang sedap yang manis. Tapi aku suka beli coke Tesco sebab dia ada rasa macam air gula.

Benda simple tapi memang ada impak untuk aku.Satu golongan yang amik hak orang untuk kesenangan sendiri dan satu lagi golongan yang menongkah arus untuk kesenangan mengikut kemampuan sendiri.

Aku rela ukur baju dibadan sendiri,
kalau nak baju body fit p gimnasium kasi tough sikit,
jangan sarung baju pastu tarik nafas tahan perut nak bagi nampak kurus,
pun jangan suruh mirror-mirror on a wall kata hang tough kalau hakikatnya hang buncit.

Tapi aku boleh cakap je laa.....Badan korang hak korang laa kan....Hidup ni tak lah sekejam yang disangka. Berprasangka baik insyaAllah habuannya baik tapi jangan lupa WASPADA. Celaka ada di mana-mana. Pernah main chess?? Pernahkan?? Kadang-kadang Pawn pun boleh bunuh Queen....

No comments:

Post a Comment