Monday, September 12, 2011

What Goes Around Comes Around. Karma!!!


Back in 2005 masa aku tengah study kat sebuah universiti awam kat Shah Alam(cewahh ayat lapik lagi) masa tu hujan. Aku dengan kawan-kawan nak ke bazaar ramadhan kat stadium kalau tak silap. Masa drive aku nampak ada motor sebelah kiri aku dan tak jauh dari aku ada lopak yang bertakung air. Kiranya dengan kesesakan trafik aku memang tak mampu nak elak lopak air tu. 3 saat sebelum langgar lopak aku dah tergelak sebab aku tau lepas aku langgar lopak tu mesti apek yang naik motor tu kena tempias air tu.....and then...tadaaaaa...splashhhh!!!

Marah apek tu dengan aku. Dia ikut aku sampai ke stesyen minyak lepas tu dia belah. Memang rasa bersalah sangat tapi kelakar pun ada sebab apek tu pakai helmet yang boleh pusing-pusing depan belakang dan pakai singlet je kalau tak silap time tu.

Sejak dari hari tu aku tunggu balasan aku. Serius aku tunggu. Sebab aku tau mesti Tuhan akan bagi aku peluang untuk rasa perasaan apek tu. Tiap-tiap kali jumpa dengan member-member lama yang naik satu kete time tu mesti aku akan cerita topik ni. Walaupun agak lucu tapi hakikatnya aku sentiasa ingatkan diri sendiri tentang perkara tersebut supaya aku bersedia.

4 tahun kemudian...
Waktu aku drive kancil time hujan. Aircond rosak pulak tu so terpaksa laa buka tingkap separuh sebab tak nak cermin berwap(kalau ber wap tak nampak jalan laa)...Elok lepas Stesyen Komuter Sungai Besi ada treler lalu sebelah aku....Splaashhhhhh......Karma happen.

I got mine. 

Walaupun habis baju dan muka aku basah aku lega sebab aku dah dapat balasan atas perbuatan aku walaupun tak sengaja ketika tu hahaha.....Lepas tu aku pi datang dengan awek aku(bini aku sekarang).

Sebab tu kalau orang buat celaka kat aku satu aku cuma balas satu sebab aku tau kalau aku balas dua walaupun dia tak mampu balas balik tapi karma akan tunggu aku. Sebab tu jugak aku selalu tunggu orang buat celaka berkali-kali dulu baru aku start meng ilusi optik kan kepala otak mereka sampai mendidih. Aku ingat ceramah yang aku dengar dalam tv. Dia cakap lebih kurang macamni laa:

"Kalau orang tumbuk hang patah gigi geraham hang boleh tumbuk dia balik tapi bagi patah gigi geraham jugak laa kalau tak hang tindas dia. Tapi kalau hang tumbuk terpatah gigi lain dia kena laa tumbuk hang balik sampai gigi yang sama patah. Jadi kalau dua-dua duk ulang kebarangkalian gigi hangpa semua takdak laa. Jadi seeloknya bermaafan dan saling menghormati tu yang berbaik".-ayat ini diubahsuai oleh aku sebab aku dah lupa ayat dia aku ingat maksud dia ja-

So dalam hidup ni ada 3 option laa kot.
1.Memaafkan. Orang buat celaka pun korang maafkan je. Mesti Allah akan lindung ko. Salute dari aku untuk korang yang macam ni.
2. Patah gigi baru maaf. Yang ni jenis aku laa ni....Golongan ni so-so je. Tak laa bagus sangat. Ok laa.
3.Patah gigi pastu tak puas hati nak menang-menang jugak.....Haaa....Yang ni aku pun tak tau nak kata apa laa....Sangat annoying di muka bumi. Ada yang tinggal spenda pun masih nak menang. Redemption song untuk korang.Feel free and get a life.

Bak kata boss aku.

"Life is like a mirror. Whatever you wear the mirror will reflect the same thing....eh,eh turn left we are goin to Jln Tun Razak."

Post ni aku tujukan untuk Ali, Akmal, Afni, Et, Aida, Remy dan Ika(rakan bazaar ramadhan stadium Shah Alam). Yaa kami suka ke bazaar lewat-lewat sebab dapat makanan free banyak....

No comments:

Post a Comment