Wednesday, October 17, 2012

CAD: Change Model Background Color

If you accidentally change your Model Space Background to white and dont know how to change it back to Black or you just want to change the color of the background just use this method:

1.  In command type [OPTIONS]
2.  This box will come out:
3. Go to [DISPLAY]
4. Search [COLORS...]
5. Choose color that you want. [APPLY] and [OK]


Ref: http://forums.autodesk.com/t5/AutoCAD-2011/In-Model-Space-how-do-you-change-background-color-from-white-to/td-p/3093778

Monday, October 8, 2012

[Android] CloudAround Stream Lagu anda Dari Android

Last post aku ada tulis tentang cloud storage [Previous Post] . So lepas dah setup bagai tiba la masanya untuk menjadi pengguna bijak. So aku jumpa aplikasi ni kat Play Market. Setakat sekarang cuba cari aplikasi yang sama fungsi tak jumpa lagi kecuali Google Music. Tapi Google Music cuma support dekat US. So aku stick dengan CloudAround dulu.

Konsep dia mudah. Intall - Daftar account cloud korang - Start stream music.

1. Appereance
Simple, takde ads dan juga dah dibahagikan siap-siap mengikut Albums, Songs, Artists dan juga Playlist. Dia akan download background untuk setiap musik yang korang dengar berpandukan data dari Musik tersebut. Kalau Eminem keluar la muka Eminem. Ni korang leh check dekat setting dia. Widget not function well. Ada banyak bugs antaranya button backword - forward tak funtion(kadang-kadang), tajuk lagu tak tukar(selalu).



2. Performance
Bagi aku mantap dari PC(untuk stream la). Pilih lagu, klik macam biasa dan tak sampai 3 saat musik akan main. Dia akan main full album and then stop. Kalau korang letak dalam Playlist korang dia akan main ikut Playlist korang la sampai habis. Seminggu pakai aku jumpa bugs sekali je. Dia tak leh access account so lagu tak boleh stream.

Ada juga option untuk download lagu yang korang rasa nak simpan ke dalam phone. So bila nak holiday ke just pilih lagu yang korang nak download and boleh dengar offline macam biasa.

3. Kelebihan dan Kelemahan
Aku rasa satu je la. Takde equalizer. Pasang speaker tu sedap headphone jela tak leh nak setting equalizer. Kalau standard player (phone aku Xperia Play DiXperia2 rom) ada equalizer so bunyi memang best la. But actually takde hal sangat mengenangkan aku boleh save around 2gb storage dan juga boleh stream hampir 200 album(keep counting) dari phone aku.

Bila korang kat kawasan internet slow atau internet kawasan korang ada problem, simpanlah impian korang nak layan lagu. Situasi dia seolah-olah nak tengok Sinetron kat Astro tapi hujan lebat. Begitulah diibaratkan.


Cloud Storage dan Virtual Cloud Drive.

Bercakap tentang cloud storage ni kita ada banyak option dari iCloud, Dropbox, Google Drive, Skydrive dan lain-lain. Dari apa yang aku tengok aku ambil keputusan untuk jadi pengguna tegar Akaun Box.net, Sugarsync dan juga Dropbox. Yang lain-lain tu aku reserve dulu. Antara Sebab-sebab aku pilih cloud storage ni:

1. Box
Aku ada 2 akaun bersaiz 100gb(50gb tiap satu). Upload dan download files dia laju. Ada aplikasi yang mesra Android dan yang terbaru diorang dah releasekan untuk sync option. Sebelum ni untuk pengguna berbayar je. Kelemahan bagi aku cuma satu, tak boleh upload files lebih 100mb. So kena guna Hjsplit untuk pecahkan files kepada bahagian(part1, part2 etc.) kalau lebih 100mb. Box ni aku lebih suka guna untuk simpan musik dan gambar.

Kalau musik dengan purata lagu 256kbps dan 10 lagu per album anda akan dapat lebih kurang 500 album. untuk saiz 50gb.

Kalau gambar pulak dengan kualiti DSLR 10mp tu rasanya akan dapat store lebih kurang 10,000 keping gambar. Kalau satu tahun 5 kali bercuti dengan purata 500 keping per destinasi maksudnya. Boleh simpan 4 tahun punya gambar. Gambar-gambar mengarut tu upload kat Facebook dah la tak payah la semua nak masuk dalam cloud storage. Walaupun ada option lain untuk simpan gambar seperti picasa dll tapi dia ada limit dari sudut tertentu. Contohnya lepas upload kita tak boleh download balik resolution asal gambar kita. Yang tu korang boleh check sendiri masa nak sign in mana-mana web yang support simpan gambar.

2. Dropbox.
Kepada orang yang duk berbangga sangat dengan iCloud ketahuilah Dropbox ni lebih dulu wujud dan praktikal sampai ke hari ni. Steve Job pun pi jumpa CEO Dropbox ni untuk bincang tentang idea 5-6 bulan sebelum dia mati tu.

Dropbox akan bagi korang 2gb cloud storage dengan extra 500mb selepas selesai task-task mainan yang di beri(upload gambar, invite orang dll). So basic korang akan dapat 2.5gb. Kelebihan Dropbox paling utama(pun dah ada kat competitor lain) ialah boleh sync folder dalam pc dengan akaun Dropbox korang. Tiada bandwidth limit dan tiada size limit untuk upload files macam Box. Sebarang perubahan dekat folder pc korang dia akan tukar terus kat cloud storage korang tu. Dan aku rasa upload speed dia lebih laju dari Dropbox. Ni takde fakta, aku rasa je. Dia juga bagi option untuk korang tambah storage korang secara percuma dengan invite orang gunakan Dropbox dengan syarat Akaun, PC(mobo), dan gunakan link korang. Kalau Akaun baru tapi PC yang dah pernah install korang takkan dapat free storage tu. 1 akaun yang berjaya di bawa masuk korang akan dapat 500mb. Limit sampai 18gb untuk free storage kalau tak silap aku baca last year.

Dropbox ni aku guna untuk simpan files kerja sahaja; Document dan juga files-files photoshop dan cad(temperory only) so kadang-kadang aku terlupa bawa pen drive aku just masukkan dalam folder Dropbox dan buka dekat rumah. Dengan unifi 100-300mb tu kejap je nak download. Tak sempat ketuk ais pun dah siap.

Note: Pembetulan dari En. Pali. Maaf info kurang tepat.
"ehem. sedikit correction. steve jobs pegi jumpa founder dropbox tu way before dia mati (in 2009) utk deal nak beli dropbox tu. tp since founder dropbox tu tak nak jual, steve jobs decided utk buat cloud storage sendiri which we all know as icloud."

3. Sugarsync
Ni aku buat tambahan sebab nak guna storage. Konsep dia sama macam Dropbox cuma setting dia tak friendly sikit. Tapi masih senang. Dia juga bagi 5gb cloud storage sebagai permulaan tapi takde option untuk tambah storage dengan referral member macam Dropbox. Sugarsync ni aku guna untuk simpan files Android(.apk). Untuk data Android aku masih simpan dalam Hdd sebab game Android sekarang besar kot. Saiz banyak yang 1gb lebih.

 4. Gladinet + Box
Dengan menggunakan aplikasi Gladinet korang akan dapat browse account cloud storage korang direct dari Explorer. Aku highlight kan akaun Box sebab akaun ni paling besar storage dia. Dengan gladinet korang tak perlu nak sync folder korang dengan PC sebab korang boleh directly copy files dari Cloud storage ke pc korang bila perlu. Tak perlu nak sync dengan PC dan penuhkan HDD pc korang. Sebab tu aku guna Box.net untuk simpan lagu. So aku tak perlu semakkan pc aku dengan lagu yang aku cuma buka dengan purata 2 kali seminggu kat laptop sedangkan saiz untuk lagu sahaja dah lebih 40gb(keep counting) dan aku juga boleh stream music aku directly dari cloud ke pc macam biasa. Dengan trick ni kalau apa-apa terjadi kat HDD pc, aku cuma perlu risaukan files penting sahaja sebab files media mostly dah back up ke cloud.

Bagi aku dengan internet berkelajuan tinggi+cloud storage dapat membantu aku mengkelaskan files aku dengan lebih sistematik dan praktikal. Dengan memisahkan files media dengan kerja urusan back up akan menjadi lebih muda bila berlaku satu-satu ralat terhadap komputer kita.

Bukan apa. Kadang-kadang kita terlalu memikirkan files media kita daripada kerja. Kalau hangpa tak percaya cuba tengok antara saiz files kerja dengan hiburan mana lebih banyak.  

Note: Still cari method untuk back up movie....Letak YouTube mau dia kasi delete.