Monday, September 12, 2011

Raya Special: Kempen Makanan

"Kami mewakili sup-sup campur hari raya ingin mengesyorkan anda untuk menikmati daging di musim perayaan ini kerna lebih sedap dan lebih menyelerakan dari kami.".

"Tahukah anda yang kami ayam bandar hanya hidup 28 hari sebelum hangpa sembelih kami? Kami dicucuk dengan pelbagai chemical untuk membuatkan kami cepat besaq. Tak sedap kan?Hangpa p makan dagin laa dagin sedap. Fresh lagi"
"Mahai kot daging kami. Sekilo sampai RM20. Ayam baru sekilo RM7. Ayam pencen lagi murah RM4 pun boleh dapat. Lagi pun makan daging banyak darah tinggi. Elok laa hangpa makan ayam jaa"

"Nak raya-raya ni makan sayuq banyak satgi hangpa senang lawas. Satgi p rumah orang tercirit pulak kan dah susah. Makan daging laa baru sembelit sikit takdak laa terabuq tengah jalan".


"Makan sayuq laa baru kuat. Tengok Popoye sebab makan sayuq yang jadi kuat. Bila jadi kuat baru boleh beraya sakan. Makan spesis burung ni satgi selsema burung laa apa laa kan susah nak raya".

Babi: Walaupun aku tau aku bukan menjadi rebutan tapi aku tetap join kempen ni sempena semangat 1 Malaysia
Unfortunately kempen hangpa semua tak jadi. Aku makan semua.....

What Goes Around Comes Around. Karma!!!


Back in 2005 masa aku tengah study kat sebuah universiti awam kat Shah Alam(cewahh ayat lapik lagi) masa tu hujan. Aku dengan kawan-kawan nak ke bazaar ramadhan kat stadium kalau tak silap. Masa drive aku nampak ada motor sebelah kiri aku dan tak jauh dari aku ada lopak yang bertakung air. Kiranya dengan kesesakan trafik aku memang tak mampu nak elak lopak air tu. 3 saat sebelum langgar lopak aku dah tergelak sebab aku tau lepas aku langgar lopak tu mesti apek yang naik motor tu kena tempias air tu.....and then...tadaaaaa...splashhhh!!!

Marah apek tu dengan aku. Dia ikut aku sampai ke stesyen minyak lepas tu dia belah. Memang rasa bersalah sangat tapi kelakar pun ada sebab apek tu pakai helmet yang boleh pusing-pusing depan belakang dan pakai singlet je kalau tak silap time tu.

Sejak dari hari tu aku tunggu balasan aku. Serius aku tunggu. Sebab aku tau mesti Tuhan akan bagi aku peluang untuk rasa perasaan apek tu. Tiap-tiap kali jumpa dengan member-member lama yang naik satu kete time tu mesti aku akan cerita topik ni. Walaupun agak lucu tapi hakikatnya aku sentiasa ingatkan diri sendiri tentang perkara tersebut supaya aku bersedia.

4 tahun kemudian...
Waktu aku drive kancil time hujan. Aircond rosak pulak tu so terpaksa laa buka tingkap separuh sebab tak nak cermin berwap(kalau ber wap tak nampak jalan laa)...Elok lepas Stesyen Komuter Sungai Besi ada treler lalu sebelah aku....Splaashhhhhh......Karma happen.

I got mine. 

Walaupun habis baju dan muka aku basah aku lega sebab aku dah dapat balasan atas perbuatan aku walaupun tak sengaja ketika tu hahaha.....Lepas tu aku pi datang dengan awek aku(bini aku sekarang).

Sebab tu kalau orang buat celaka kat aku satu aku cuma balas satu sebab aku tau kalau aku balas dua walaupun dia tak mampu balas balik tapi karma akan tunggu aku. Sebab tu jugak aku selalu tunggu orang buat celaka berkali-kali dulu baru aku start meng ilusi optik kan kepala otak mereka sampai mendidih. Aku ingat ceramah yang aku dengar dalam tv. Dia cakap lebih kurang macamni laa:

"Kalau orang tumbuk hang patah gigi geraham hang boleh tumbuk dia balik tapi bagi patah gigi geraham jugak laa kalau tak hang tindas dia. Tapi kalau hang tumbuk terpatah gigi lain dia kena laa tumbuk hang balik sampai gigi yang sama patah. Jadi kalau dua-dua duk ulang kebarangkalian gigi hangpa semua takdak laa. Jadi seeloknya bermaafan dan saling menghormati tu yang berbaik".-ayat ini diubahsuai oleh aku sebab aku dah lupa ayat dia aku ingat maksud dia ja-

So dalam hidup ni ada 3 option laa kot.
1.Memaafkan. Orang buat celaka pun korang maafkan je. Mesti Allah akan lindung ko. Salute dari aku untuk korang yang macam ni.
2. Patah gigi baru maaf. Yang ni jenis aku laa ni....Golongan ni so-so je. Tak laa bagus sangat. Ok laa.
3.Patah gigi pastu tak puas hati nak menang-menang jugak.....Haaa....Yang ni aku pun tak tau nak kata apa laa....Sangat annoying di muka bumi. Ada yang tinggal spenda pun masih nak menang. Redemption song untuk korang.Feel free and get a life.

Bak kata boss aku.

"Life is like a mirror. Whatever you wear the mirror will reflect the same thing....eh,eh turn left we are goin to Jln Tun Razak."

Post ni aku tujukan untuk Ali, Akmal, Afni, Et, Aida, Remy dan Ika(rakan bazaar ramadhan stadium Shah Alam). Yaa kami suka ke bazaar lewat-lewat sebab dapat makanan free banyak....

Sunday, September 11, 2011

Android: Aplikasi Dealshelve Untuk Deals Terbaik di Malaysia

Korang pengikut groupon, everyday,my deals atau lain-lain website yang offer best deal kat Malaysia dan korang ada android phone?? Apa kata try application ni.

Dealshelve.(search kat android market).

Aplikasi ni mengumpulkan semua website yang offer best deals kat Malaysia so korang tak perlu nak check email atau buka website one by one.

Just give a try. Mesti layan...

Thursday, September 8, 2011

TERIMA KASIH TUHAN


Masa kecik aku bukannya pandai sangat. Selalu jugak kena buli sebab lembap....haha...masa tu memang lawak. Darjah 1 aku simpan duit nak beli mainan(kepala Ultraman) pastu masuk kelas sakit perut, cikgu tanya makan ke tak. Aku cakap laa tak makan cikgu bagi duit suruh makan dia ingat aku takde duit. Aku pun pi kantin tapi tak makan aku minum je. Masuk je kelas, buka buku math sekali termuntah air oren tu kat buku(sebab tu pandai kira-kira kot hahaha)....

Kat sekolah ada satu anak orang kaya(aku selalu jual kepala Ultraman kat dia laa). Budak ni semua benda dia ada, pensil warna dia penuh ada 24 batang panjang. Luna punya. Aku punya laa geram tengok. Pensil warna aku pendek punya 12 bantang. Asal-asah 3-4 kali dah pendek gila mak aku marah tak bagi asah. Tapi colour pensil tak tajam mana syok hahaha....

So untuk menunaikan impian aku untuk memiliki pensil colour yang banyak aku pun mendapat idea. Idea terjadi bila Asyraff anak tuan rumah bagi kotak pensil Motorala baling anjing dia kat aku. Kotak pensil tu besar. So aku pun dapat idea untuk penuhkan warna colour dalam kotak pensil tu. Tapi camner? Pensil warna aku sikit je, duit pun takde nak beli tambah. Ni 1st time aku kenal Tuhan. Aku belajar tentang usaha dan tawakal.

Pagi-pagi sampai sekolah aku lalu tepi-tepi kelas tengok kat tepi-tepi longkang aku kutip pensil-pensil yang terjatuh(kat sekolah memang boleh jumpa pensil kat mana-mana,bawah pokok pun ada pensil) aku asah-asah bagi cantik balik aku masukkan dalam kotak pensil aku. 2 hari penuh hehehe.....Hina??Taklah aku tak mintak dari sapa-sapa pun.Dalam banyak-banyak pensil tu ada yang lead dia dah boleh tarik je, ada yang da reput masuk air kena hujan tapi ada gak yang masih elok. Terutama warna oren dan kuning. Siap panjang lagi. Nampak sangat budak-budak tak suka warna oren dan kuning.

Tapi cerita ni tak habis kat situ. Selang 3 hari kawan aku Huzaini jual warna pensil luna panjang 12 batang dengan harga 60sen(Harga kedai RM2.90). Aku beli dua kotak. Pastu aku masukkan dalam kotak pensil yang ada pensil yang aku kutip tu. Sekali tak muat. Aku kena buang semua pensil yang aku kutip tu pastu ganti dengan pensil baru. Pensil yang aku kutip aku letak dalam kotak luna tu.

Aku tau tu Tuhan bagi kat aku. TERIMA KASIH TUHAN

Masa darjah 2 jugak aku ada mainan Ninja Turtle. Aku letak atas meja pastu aku keluar. Aku masuk je bilik mainan tu hilang. Aku rasa sedih gila. Dah laa susah dapat. Kira masa tu aku salahkan Tuhan. Siap modified lagu Raihan lagi marah kat Tuhan. Sekali angin tiup. Jatuh mainan aku yang lain kat tingkap. Mainan tu jatuh ikut tiupan angin. Aku pun tengok kat tempat mainan aku yang hilang tu. Aku cuba letak mainan lain dan aku tiup mainan tu. Sekali terus jatuh kat dalam tong sampah sebelah meja. Dan memang mainan tu ada kat dalam tong sampah tu pun.

Aku tau tu Tuhan nak ajar aku tentang graviti. TERIMA KASIH TUHAN.

Masa darjah 5, rumah aku takde elektrik. Adik aku Nadia tanya "kalau kat rumah kita takde elektrik satu Malaysia pun takde elektrik ka?" Aku cakap "taklaa". Sekali memang satu Malaysia takde elektrik. Ada isu empangan ke apa ntah masa tu.

Aku tau tu Tuhan nak ajar aku tentang bertapa makbulnya orang yang belum ada dosa(kanak-kanak). TERIMA KASIH TUHAN.

.....
...
..

Ramadhan hari tu. Hari ke 12. Sebelum tu kaki aku dah sakit dua minggu. Malam tu aku nak p terawih konon-konon nak poyo buat sampai habis walaupun kaki sakit. Bila kaki sakit aku pun duduk tahiyat dengan leperkan kaki(sepatutnya kena tekan jari-jari kaki ke lantai). Masuk yang ke 12 aku nekad je buat tahiyat dengan cara yang betul sakit pun lantak lah. Sekali selesai terawih kaki aku sembuh. Sembuh terus. Rupanya bila aku buat tahiyat dengan cara yang betul urut-urat kaki aku yang terseliuh tu dah ditarik sebab aku tekan jari-jari aku ke lantai.

Aku tau juga tu Tuhan nak ajar aku tentang khasiat dalam solat. TERIMA KASIH TUHAN.

So kawan-kawan yang putus cinta, yang frust menonggeng, yang sedih, yang rasa hidup korang celaka, yang selalu kena buli, yang kena tindas chill out,move forward. God will always be with you. InsyaAllah. 

Hormati manusia, percaya Tuhan.

Wednesday, September 7, 2011

Android :Jimat Battery+Jimat Data=Juice Defender


Sebab kan android phone murah laa ni aku rasa hampir semua orang meninggalkan family Nokia dan memilih android. Tapi masalahnya android ni kuat makan battery(actually smart phone memang kuat makan battery kecuali BB). Aku pun takdelaa reti sangat tapi aku nak kongsi jugak laa tips-tips jimat bateri hp android kome-kome tu.

1.Tutup GPS signal,WiFi bila tak guna
2.Switch network dari 3g ke 2g(bila nak maen internet baru on balik)
3.Tutup notification FB and twitter.
4.Off sync account gmail,email,contact,calender dll.
5.Kurangkan display brightness kepada paling rendah@suam2 kuku)

*Langkah-langkah ini akan menjadikan handphone anda setanding dengan Motorola E360 aku tahun 2002 :)
Gambar 1:Handphone masa form 4. Ada game lumba kereta 2d yang best gila laa time tu.


atau.

Install Juice Defender.
Apa tu?
Juice defender ni boleh control penggunaan data, wifi, processor bergantung kepada penggunaan hangpa. Aku malas nak cerita seketui-seketui aku bukan wiki so aku cerita point-point yang berguna ja eh.

1.Dia akan autostart dengan android(jadi jangan duk gatai mati kan autostart dia guna apa-apa autostart management application)

2.Ada option untuk pilih cara penggunaan kita. Aku pilih extreme. Yang ni dia disable semua data plan. Tapi yang syok tu ada whitelist. Whitelist ni korang boleh pilih aplikasi yang korang tak nak halang dari masuk internet. Contoh aplikasi dalam whitelist aku Whatsapp,Friendcaste(FB alternative),XBMC official remote control jadi aplikasi ini akan tetap berfungsi macam biasa bila ada incoming alert atau ketika aku sedang menggunakan aplikasi-aplikasi ni.

Macam mana dengan aplikasi lain?
Semua akan di blok tapi untuk enable balik data tu senang je, just drag notification icon kat atas tu dan click on Juice Defender icon so korang dah boleh guna internet untuk aplikasi lain. Faedahnya kadang-kadang game free(macam angry bird) pun guna data untuk advertisment diorang. So bila guna data mesti laa makan bateri lagi kuat, jadi kalau guna aplikasi ni takde laa android phone kita duk mereng connect je dengan mana-mana ads yang kita pun tak mau tengok.

3.Ada option untuk meng anak tirikan Data Plan bila ada WiFi.
Dengan software ni sebenarnya korang dah tak perlu nak off WiFi korang manually sebab dia akan automatically off WiFi bila takde aktiviti dan akan automatically on bila korang nak guna internet balik.Al kisahnya sistem akan check WiFi dulu sebelum connect dengan Data Plan. Takde WiFi baru connect. Jimat bandwitch jimat battery.

4.Leh setting processor usage dari paling low hingga paling tinggi dan setting akan bertindak sendiri mengikut keadaan yang sesuai. Contoh time idle dia akan guna processor paling low and time gaming dia akan guna processor paling tinggi. Default memang dah setting tapi korang boleh resetting lagi ikut kesesuaian korang.

*Result dia bateri boleh tahan sehingga 2.5 kali ganda dari biasa tanpa menjadikan android phone anda sebagai Motorola E360.

*Berdasarkan pengalaman dengan SE x8, dengan Android China tak berhasil :).

Edit 26 Januari 2012: Whatsapp, facebook dan twitter akan cuma berfungsi lepas telefon di active kan. Kira korang takkan dapat notification la kalau phone tengah idle. Harap maaf. Maklumat salah.

Tuesday, September 6, 2011

Blog Entry Poster

Kadang-kadang menyampah jugak nak mengadap browser je untuk taip blog. So aku pun taip laa kat Ubuntu Software Centre dan terjumpalah benda alah ni.Simple tools. Click, Write and Post :).
Yang kurengnya takde option untuk letak gambar,kasi tulisan warna-warni tapi untuk tulisan bold,italic dan tambah link ada.
Memang sangat simple dan sesuai untuk penulis blog yang main blog macam main Twitter(tak sesuai la untuk aku hehe...)
This is My 1st post using this thing. Kalau hangpa guna Ubuntu pi search kat Ubuntu software centre cepat kot-kot laa berkenan.
Adios....

Minitube 1.5


Pernah tak korang mengalami sindrom yang membuatkan korang rasa nak layan youtube je time tu. Bukan movie atau drama Jepang yang korang download tapi Youtube. Pastu syok-syok layan Youtube tu penah tak korang rasa cam nak baring-baring sambil tengok Youtube tu sampai korang terlena? Jika jawapannya yaa(dah macam Smart Shop pulak) korang boleh cuma benda alah ni.

Minitube- Standalone Youtube Player

Aku ringkaskan terus ye cerita dia.

1.Korang tak perlu buka browser untuk main Youtube sebab dia standalone player.
2.Korang boleh search dan susun files yang korang nak tengok tu supaya dia terus continually main lepas satu video habis. Contoh aku tengok Hero Part 1, Hero Part 2, Hero Part 3 so dia akan main ikut turutan.
3.Korang boleh download video yang korang minat directly guna plugin download dalam aplikasi ni.

Untuk version windows kena bayar tapi korang leh download yang trial. Korang cuma kena rajin tekan cancel kat pop up notification tu nanti lepas 1 minit video dimainkan.Tu je.Untuk Linux punya version FOC. Hehehe....Untung woo pakai linux.

Take a look kat website dia:
http://flavio.tordini.org/minitube

Sedar Diri Boleh??Kalau Tak Mampu Jangan Amik Hak Orang.

Minggu lepas aku pi beraya kat satu rumah apartment. Aku pun nampak la satu lot parking yang kosong. Jadi aku pun apa lagi terus masuk laa lot parking tu. Elok masuk je aku nampak ada 2 mamat mundar mandir kat tepi apartment tu sambil tengok-tengok kete aku dengan pandangan ala-ala nak tegur aku seolah-olah aku buat silap. Yaa aku tau dia nak cakap yang parking tu parking dia. Aku saja tak matikan enjin sambil suruh wife aku buat panggilan tanya kedudukan rumah tetamu tu. Elok wife aku confirm je aku pun matikan enjin kete. Aku suruh wife dan penumpang lain turun dulu pastu baru aku turun.Disebabkan mamat 2 orang ni masih jeling-jeling kat aku jadi aku pun buat laa lagak-lagak orang kampung(aku memang orang kampung pun) tanya soalan bodoh kat dia:

Aku:
Saya parking sini boleh ke?
Mamat 1:
Lama ke? Nanti ada kete nak parking sini
Aku:
Kejap je dalam 30 minit nak ziarah orang
Mamat 1:
Kalau kejap takpelaa kalau lama tak boleh.
Mamat 2:
...Lama ke dia nak parking tu?
Mamat 1:
Dia kata kejap je.
Mamat 2:
Kalau kejap xpe laa.
Aku:
Terima kasih yee...

Aku pun berlalu pergi. Tapi dalam hati aku tertanya-tanya kenapa orang-orang macam ni ada kat dunia ni. Dulu masa belajar lanskap aku ada belajar tentang jenis-jenis rumah.

1.Rumah flat.
Rumah ni sangat asas dan tiada fasiliti tambahan. Kalau melebihi 5 tingkat perlu di sediakan lif(sebab tu banyak yang buat 4 tingkat je). Lot parking pulak di buat untuk kegunaan bersama. Maksudnya takde cop-cop parking dan nisbah parking kalau tak silap aku 1:2. Maknanya 500 rumah=1000 parking la.

2.Rumah Apartment Mewah
Terdapat fasiliti seperti kolam renang,gimnasium, court tennis dll. Lot parking khas disediakan. Maknanya tiap-tiap owner ada parking yang ditanda khas dengan no plat kete diorang lagi. Tiap-tiap owner selalunya diberi 2 parking.

Jadi kalau rasa nak ada parking sendiri kenapa tak beli apartment mewah? Beli rumah teres ke, banglo ke?

Gambar 1: Tak pun beli kete kecik camni leh selit-selit parking.

Yaa aku faham. Kat KL ni serba serbi susah serba serbi kena berebut tapi kenapa sampai nak amik hak orang? Kenapa perlu tindas orang lain untuk kesenangan kita?

Mintak maaf kalau ada yang terasa. Aku sendiri pun tinggal di flat. Flat kos rendah. Takde lot parking sendiri. Tapi tempat aku parking banyak so takde masalah. Aku masih boleh parking kete depan rumah aku. Mak mertua aku pun tinggal flat. Bila ziarah parking takde aku parking belakang kete orang tinggalkan kete tanpa tarik handbrake. Keesokan harinya kadang-kadang aku tengok orang tolak kete aku bini aku untuk diorang alihkan kete diorang. Kalau kebetulan aku pun nak keluar kami tolak kete sama-sama sambil bertegur sapa, senyum dan mula berkenalan.

Walaupun kat kotaraya ni banyak dugaan banyak halangan tapi tak semestinya kita kena amik hak orang, kena makan rasuah, kena buat bisnes haram. Tak salah pun kita hidup susah tapi kita tak amik hak orang dari kita hidup mewah tapi hasil titik pilih orang lain. Aku pernah tengok orang bahagiakan seluruh keluarga dengan RM1000 sahaja dan aku juga pernah tengok orang yang menyusahkan semua orang dengan BERPULUH PULUH RIBU RM.

Meh aku nak kongsi sikit tentang bapak aku. Masa kecil banyak persoalan yang ditinggalkan dalam kepala aku. Yang aku dapat jawapan bila aku dah besar. Masa kecil keluarga kami bukanlah satu keluarga yang mewah. Semuanya sederhana. Tapi kami tak di ajar dengan hidup sederhana. Kami di ajar dengan hidup susah.

Ni antara moment yang aku boleh kongsi.

1995, Ketika aku 9 Tahun ada kutip derma sekolah untuk hari kantin(kalau tak silap aku). Jadi aku kena mintak kebenaran ibu bapa untuk join kutip derma tu. Sapa yang kutip derma paling tinggi akan dapat basikal. Maka aku pun tanya lah bapak aku mintak permission untuk kutip derma tu. Bapak aku cakap. TAK BOLEH. Kalau nak jugak dia nak beli pemetik api nak suruh aku jual dari rumah ke rumah. Aku pun tak bersetuju maka takde lah aku ikut aktiviti kutip derma tu. Agak kecewa laa sebab bapa aku tak sporting. Nak tau apa impak untuk aku??

Berniaga walaupun untung 10sen lagi mulia dari meminta-minta walaupun jumlahnya beratus-ratus ringgit. Yaa aku tau ramai orang yang kononnya faham memberi lebih baik dari menerima tapi betulkah kita benar-benar faham? Kenapa perlu meminta-minta untuk benda yang tak perlu(hari kantin) kenapa tak berusaha sendiri? Lainlah kalau keadaan betul-betul mendesak. Yaa aku setuju. Semangat meminta-minta membuatkan kita makin lemah, kemut, jumut. Aku sendiri pun masa di arah untuk jual lighter aku rasa hina sedangkan sudah tentulah aktiviti tu lebih mulia dari aku mintak derma.
Gambar 2: Takkan dia mintak sedekah kot?? Sihat je tengok.
1996, Pukul 2 pagi bapak aku ajak sahur kat luar. Masa tu kami dah tido. Ok untuk pengumuman bapak aku kawin 2. So dia berkerja agak keras la untuk isteri-isteri dan anak-anak. Masa tu aku tertanya-tanya kenapa perlu kejut untuk sahur kat luar? Kan boleh sahur je kat rumah lauk pun ada lagi. So aku dengan abang aku pun p laa bersahur dekat 1 kedai mamak dekat dengan Istana(kalau tak silap). Aku amik lauk udang besar. Sekor RM3. So sebab lauk tu mahal aku dapat udang tu je lah.....Menyesal pulak pilih udang besar time tu. Air macam biasa. Sirap.

Sekarang aku dah keje, ada satu bini, anak takde lagi. Siang keje jadi kuli, malam buat keje sendiri. Masa memang tak banyak sangat tapi duit pun tak laa banyak tapi alhamdulillah cukup makan laki bini. Cuba bayangkan bapak aku ada 2 bini dan 6 orang anak(ketika tu) terpaksa kerja dengan orang dan juga kerja sendiri jugak untuk cari duit. Masa siang memang tak banyak, kalau ada pun semua digunakan untuk mencari rezeki tambahan. Tapi sapa cakap tu alasan untuk bapak aku tak jalankan tanggungjawab dia dengan keluarga?? So pertukarannya adalah dengan gantikan waktu siang dengan waktu TENGAH MALAM. Tu usaha yang aku nampak dari bapak aku dan aku masih ingat. Walau pun dah berkali-kali kami sekeluarga makan kat tempat yang sedap yang ada bintang-bintang bercuti kat tempat yang mahal yang gaji aku pun tak mampu bayar duit penginapan tapi sahur udang RM3 kat kedai mamak cokia paling aku ingat sampai mati. Apa yang aku dapat? Sebenarnya takde alasan pun untuk kita tak menjalankan tanggungjawab kita walau apa pun dugaan dan halangan yang kita lalui. Hidup Nekad Mati Muda bak kata beliau.

1997, Air Coke satu tin bancuh dengan air gula untuk 6 orang minum. Cerita bermula bapak aku balik kerja malam bawak air coke 1 tin. Kami kebetulan tengok tv kat ruang tamu. So bila bapak aku masuk semua mata kira mengadap ke air tin jelaa. Mintak??Hoo...mintak maaf laa sapa berani minta dengan bapak aku. Tapi mungkin dah tengok kami semua muka penuh harapan dan air tin tu pulak cuma satu sebenarnya bapak aku ada 2 option.

Option pertama
Buka je air tin tu dan minum serba sikit.

Option kedua
Modified air tu jadi banyak dan minum puas-puas.

Dan bapak aku ambik option yang orang semua takkan amik. Option kedua. Dia suruh amik ais dan bekas air besar dengan gula. Pastu dituangkan air coke tu dalam bekas tu dia bancuh dengan gula. Perghh....Dapat satu bekas. Nak tau rasa dia??? Haram tak sedap. Rasa air gula je dan sedikit bau coke. Tapi air tu habis jugak. Tak sedap pun puas jugak. Aku tak tau apa yang buatkan pak aku amik keputusan tu. Mungkin dia tak cukup duit, atau mungkin juga dia malas nak keluar p kedai beli air tin lagi. Tapi setahu aku bapak aku ni jenis susah sendiri senang ramai-ramai.

Bila dah besar macam-macam air aku minum(air haram tak laa), memang banyak yang sedap yang manis. Tapi aku suka beli coke Tesco sebab dia ada rasa macam air gula.

Benda simple tapi memang ada impak untuk aku.Satu golongan yang amik hak orang untuk kesenangan sendiri dan satu lagi golongan yang menongkah arus untuk kesenangan mengikut kemampuan sendiri.

Aku rela ukur baju dibadan sendiri,
kalau nak baju body fit p gimnasium kasi tough sikit,
jangan sarung baju pastu tarik nafas tahan perut nak bagi nampak kurus,
pun jangan suruh mirror-mirror on a wall kata hang tough kalau hakikatnya hang buncit.

Tapi aku boleh cakap je laa.....Badan korang hak korang laa kan....Hidup ni tak lah sekejam yang disangka. Berprasangka baik insyaAllah habuannya baik tapi jangan lupa WASPADA. Celaka ada di mana-mana. Pernah main chess?? Pernahkan?? Kadang-kadang Pawn pun boleh bunuh Queen....