Monday, April 30, 2012

Mana Hak Kami? Gulingkan Superman!!

"Everybody want to give an opinion but they don't even have any idea about their opinion."-Lois Lane, The Adventures of Superman ep 1 season 2.

Dalam episod ni hampir 20% penduduk Metropolis benci dengan Superman selepas peristiwa Superman tak selamatkan Lex Luther dari jatuh bangunan. Mereka menyangka Lex adalah orang yang banyak membantu ekonomi dan struktur Metropolis tanpa mengetahui Lex juga adalah dalang kepada kejahatan di bandar tersebut.

Selepas melakukan sedikit kajian Clark Kane(CK) dan Lois Lane bersama dengan Cheff yang sangat fanatik kepada Elvis Presly  telah menemui artikel berbaur hasutan secara simbolik yang di tulis oleh bekas isteri Lex Luther yang dinikahi sebelum Lex menjadi orang ternama. Artikel itu mengajak penduduk Metropolis membenci Superman dan menyalahkan "The Man of Steel" kerana tak menyelematkan Lex.

Siapa Superman?? Hero anda?? Penyelamat Bumi dan dengan sedikit kesilapan beliau di hukum seluruhnya....

Kat Malaysia kita tak layan Superhero. Kita berpijak pada realiti. Tapi malangnya kita banyak sangat "KALAULAH SAYA....". Lagi banyak "IKUTLAH SAYA"....

Apa yang pasti semua orang pasti setuju dengan kata-kata Lois Lane.

"Everybody want to give an opinion but they don't even have any idea about their opinion."

"Who died make you a King?"....

Best Gaming Rom For Xperia Play r800i

After flashing the ICS ROM(BETA) on my Xperia Play i found a lot of bug's and decide to re-flash the Gingerbread ROM. I flashing the Dixperia but also got a Force Restart bug's that really annoying when using a GPS or make a phone call. So I start searching on XDA's forum for the best custom ROM for gaming, performance, battery saver ROM and it's come the JokaWild ROM. The commenter claim that this ROM is fast and bug free. What i do is:

1-Reflash the .62 stock rom.
2-Install Doom's Kernel v13
3-Put JokaWild ROM (to my 32gb Kingston memory card) and install using CWM that come with Doom's Kernel
4-Root using Super One Click.

This ROM use some of Xperia S appearance and claim that we can flash the Xperia S Theme that can be found in XDA's  forum(don't try yet). 

Pro:
1. ROM itself already had been tweak to boot up on 1.4ghz with smartassv2 so no need to use Set Cpu anymore. Still can install if you need it.
2. Already applied memory card tweak (change to 2048kb)
3. Already applied some RAM tweak(but i still install supercharged v6 u9rc8.2).
4. Remove a lot of bloatware but still keep the important thing in Xperia Play like launcher and Timescape.
5. Bug's free....In my experience for 2 days, don't found any bug's yet.
6. Quit fast in gaming. I don't need to OC(use 1024mhz with smartassv2) to play Fifa 2012.
7. Battery life is better that stock ROM.
8. Brightness adjust on notification bar.
9. Bravia engine fix and working.

Contra.
1. Timescape force close for Facebook.
2. That's all....
3. Like usual, Blood and Glory always force close....

I don't do any benchmark test yet. Will update if i doing that. 

Reference : JokaWild ROM Xda Thread

Minum ayaq panaih memang syok...


Thursday, April 26, 2012

ICS Xperia Play



Apa korang fikir dengan ICS??

Setelah berhijrah dari iOS ke Android dan ke WP7 aku memang sangat teruja dengan WP7. Sangat zen. Tapi sebab tak banyak yang aku boleh buat aku pun letgo HTC Mozart 7 dan angkat SE Xperia Play. Tapi aku still tertarik dengan interface WP7. Bila tengok ICS punya review aku rasa memang macam ada harapan je nih.

Lepas 5 bulan (selalu lepas 3 hari aku mesti dah masuk custom rom) setelah root sahaja dan guna stock rom yang di modified  sahaja tanpa sebarang cubaan untuk install custom rom akhirnya.....

Who died make you a King??? ICS ICS...

Sony dah keluarkan Beta yang almost can work for a daily usage untuk SE Xperia Play dan disebabkan pengaruh-pengaruh luar seperti:

-Adreno graphic driver baru
-FPSE yang boleh work dengan touch pad untuk ICS only
-Interface yang agak mirip dengan WP7 walaupun tak cukup zen.

Aku pun flash jela untuk kali pertamanya. Flash kernal lepas tu flash y beta kejap je. Tak lama lepas tu aku flash yang custom. Disebabkan aku pakai Umobile yang memerlukan GSM dan CDMA network the best ICS rom yang sesuai untuk aku ialah JJAco's HYBRID ROM 4.2 .Memandangkan benda ni pun di custom kan dari beta aku cuma tulis tentang pro dan kontra dah la.

PRO
-Improve graphic. Boleh notice time main Fifa 2012.
-Bravia engine. Ni bagi video and gambar jadi lagi cantik.
-Notification bar yang cool. Ada widget. Stock rom memang xdak notification widget. Kalau nak, install Xperia S Theme kat Xda thread tu.
-Ada option untuk Force GPU rendering.
-Default browser yang mantap.
-Interface yang lebih smooth dari Gingerbread.
-Touchpad working on FPSE
-Gmail new look
-Gallery yang simple dan tak annoying. Yaa 3D Gallery sangat annoying.
-Youtube HD
-Dial pad yang terus search nama orang.
-ICS camera with Panorama.
-Extra space on internal(440mb) and system rom(100mb free from 327mb)

CONTRA:
-Supercharged V6 not working 100%
-Ada banyak game yang tak boleh main sebab developer belum buat game tu ICS ready untuk Xperia Play sebab rom ni baru Beta.
-Battery hunger....Tak perlu kata apa-apa
-PSXperia mode not working. No more PSOne game on PS Pocket. Sesetengah game PSOne running lebih baik dan smooth dari FPSE eg; Driver, Grand Turismo 1, Resident Evil

Kesimpulan:
Kalau hangpa bukan kaki game@kaki game zaman PS cuma@nak improvement on speed and interface boleh laa test rom nih. Kalau kaki game better stick dengan 2.3.4 lepas tu tweak kaw-kaw. Katanya yang paling best ialah version .38 untuk gaming.

Setahun Yang Cool Untuk Saya dan Buddy

1 April 2011. Hari pertama aku pindah rumah dengan isteri. Masa ni memang pakai duit banyak. Kebetulan isteri aku baru keje gomen, 3 bulan takdak gaji. Memang best habis. Banyak cerita best masa bulan pertama pindah tu. Antaranya ada satu hari tu duit aku dah tinggal sikit tapi belum tengah bulan lagi. Tapi yang paling penting minyak isi dulu. Isi punya isi sekali terisi ron97(RM2.90 seliter). Aduh merana....

Masa tu aku baru je keja 6 bulan sebab nak cover bisnes yang makin rugi. Sebelum tu aku kena tipu dengan supplier yang memang dah kenal lama. Bagi aku banyak jugak laa. Boleh beli 2 bijik motor cash. kena settlekan problem kedai yang tengah dalam operasi nak tutup tu dan banyak lagi benda yang melibatkan wang. Rumah kosong, katil pun takde. Ada recliner, TV kedai, rak TV dan toto mak aku bagi. Tidoq laa kami atas toto tiap-tiap malam sambil buka movie dalam laptop. Makan pulak sardin dengan teloq nak beli ikan bagai peti ais takde lagi. Tapi sedap woo...Rasa macam pelarian sikit-sikit pun ada. Masa tu makan atas coffee table(amik dari kedai jugak). Makan malam pertama kat rumah tu nasi ayam beli kat pasar malam dengan air cendol kalau tak silap. Sebab meja tu rendah aku lapikkan sofa merah untuk tinggikan kedudukan aku supaya senang nak makan. Aku kalau makan ada rutin pelik sikit. Orang yang perhati aku je tau....
Aku dah jual recliner ni kat orang Bosnia MMU sebab rumah dah sempit. Dulu recliner ni duk kat PC 17.
Dalam tempoh 2 minggu pindah tu duit makin sikit. Pinggang dah sakit-sakit tido kat atas lantai. Actually orang lain pun tido atas lantai jugak ok je tapi mungkin dah biasa tidoq atas katil kot kat rumah mak bapak dulu. Hujung minggu kami ke kedai perabot. Tengok macam-macam tapi duit takdak. Lepas tu mula cari set untuk barang rumah untuk buat ansuran. Fikir-fikir balik nanti letih nak bayar bulan-bulan. Nanti orang dah sampai Bulan aku baru kayuh sampan. Last-last sebab terpedaya dengan Bangla kedai perabot tu aku pun angkat laa set bilik tido. Aku bayar 35% yang lain buat installment setahun(bulan ni last bayar). Barang-barang lain aku tak mau beli lagi takut nanti dapur tak berasap.
24/04/2011- Makan malam pertama dekat meja makan.
Lepas tu aku start buat Ads. Apa-apa saja skill aku sumbat je kat Ads tu. 2-3 hari lepas Ads keluar dah start ada respond. Nak dijadikan cerita aku dapat satu projek buat landscape residential kat Damansara. Projek dalam 2 minggu. Nak start keje aku amik 30%. Sebahagian dari duit tu aku guna beli barang keperluan rumah yang lain standby untuk barang rumah client tu. Kebetulan aku ada team landscape yang dah selalu buat kerja sekali untuk supply pokok and workers so aku bayar lepas projek siap. Siap je keje aku beli barang-barang lain. Katil tamu, meja makan, sofa, peti ais dan lain-lain.
Site penyelamat.
Dalam tempoh tu jugak aku install internet. Kebetulan ada Unifi sekali Hypptv so aku tak perlu subscribe Astro sebab bukan ada orang tengok pun. Aku pun lebih suka download je. Senang. Aku takdak internet ni susah sikit nak hidup. Maksud aku untuk kerja. Selain hidup orang sekarang ni yang dah memang sebati dengan internet. Siap je separuh keje-keje tu untuk meraikan keletihan aku ajak wife aku p Genting tengok Kitaro 16/04/2011. Kitaro memang terbaik :).
Supervisor tolong beli.
Hari ni dah masuk setahun dah kami pindah. Berhijrah ni bagus. Dia membuatkan kita lebih matang, lebih bijak membuat keputusan dan lebih cepat belajar. Banyak benda yang aku tak suka dengan dunia luar dan aku halang benda tu dari tersebar kat dalam rumah aku walaupun hakikatnya kita ada TV, Astro(rumah aku xdak Astro), dan internet yang memang tanpa sempadan. Kat dalam rumah ni aku belajar tentang tanggunjawab sebagai ketua, hormati manusia percaya Tuhan dan qada dan qadar. Aku juga banyak tengok kesilapan-kesilapan orang disekeliling aku untuk aku jadikan ikhtibar. Kita takdak masa seumur hidup kita untuk lakukan kesilapan dan belajar dari kesilapan. Kita kena belajar dari kesilapan orang. Kadang-akdang aku dengar orang cakap, "ko tak kawin lagi ko tak tau", "ko takde anak lagi ko tak tau" dan macam-macam ungkapan yang bagi aku agak kuno. Takkan nak biarkan sesuatu perkara terjadi baru kita nak belajar? Kenapa tak belajar dari kesilapan yang orang sebelum-sebelum ni buat. Kalau kita tak belajar dari kesilapan orang terdahulu maka Sejarah memang takdak makna laa...Tak lebih sekadar untuk kenal keturunan ataupun cerita untuk mengisi masa lapang??

Pendapat dan pandangan ni memang banyak dari sumber luar. Macam-macam pendapat diutarakan kat kita tapi hati-hati dengan pendapat dan pandangan mereka kerana apa sahaja keputusan yang kita ambil akan memberi kesan kepada kita dan jika kesannya negatif kita yang akan menanggungnya. Kalau positif macam biasa. Tong tong laaa hehehe.....

Satu je aku malas. Malas tolong bini buat keje rumah. Bukan apa dia detail sangat comot sikit pun tak mau. So aku pun lepak je laa tengok Sponge Bob versi bahasa melayu. Yaa aku tau ini sangat Lahar.

Dan siapa sangka antara perkara paling ngeri kat rumah ialah bila sinki tersumbat...