Thursday, April 26, 2012

Setahun Yang Cool Untuk Saya dan Buddy

1 April 2011. Hari pertama aku pindah rumah dengan isteri. Masa ni memang pakai duit banyak. Kebetulan isteri aku baru keje gomen, 3 bulan takdak gaji. Memang best habis. Banyak cerita best masa bulan pertama pindah tu. Antaranya ada satu hari tu duit aku dah tinggal sikit tapi belum tengah bulan lagi. Tapi yang paling penting minyak isi dulu. Isi punya isi sekali terisi ron97(RM2.90 seliter). Aduh merana....

Masa tu aku baru je keja 6 bulan sebab nak cover bisnes yang makin rugi. Sebelum tu aku kena tipu dengan supplier yang memang dah kenal lama. Bagi aku banyak jugak laa. Boleh beli 2 bijik motor cash. kena settlekan problem kedai yang tengah dalam operasi nak tutup tu dan banyak lagi benda yang melibatkan wang. Rumah kosong, katil pun takde. Ada recliner, TV kedai, rak TV dan toto mak aku bagi. Tidoq laa kami atas toto tiap-tiap malam sambil buka movie dalam laptop. Makan pulak sardin dengan teloq nak beli ikan bagai peti ais takde lagi. Tapi sedap woo...Rasa macam pelarian sikit-sikit pun ada. Masa tu makan atas coffee table(amik dari kedai jugak). Makan malam pertama kat rumah tu nasi ayam beli kat pasar malam dengan air cendol kalau tak silap. Sebab meja tu rendah aku lapikkan sofa merah untuk tinggikan kedudukan aku supaya senang nak makan. Aku kalau makan ada rutin pelik sikit. Orang yang perhati aku je tau....
Aku dah jual recliner ni kat orang Bosnia MMU sebab rumah dah sempit. Dulu recliner ni duk kat PC 17.
Dalam tempoh 2 minggu pindah tu duit makin sikit. Pinggang dah sakit-sakit tido kat atas lantai. Actually orang lain pun tido atas lantai jugak ok je tapi mungkin dah biasa tidoq atas katil kot kat rumah mak bapak dulu. Hujung minggu kami ke kedai perabot. Tengok macam-macam tapi duit takdak. Lepas tu mula cari set untuk barang rumah untuk buat ansuran. Fikir-fikir balik nanti letih nak bayar bulan-bulan. Nanti orang dah sampai Bulan aku baru kayuh sampan. Last-last sebab terpedaya dengan Bangla kedai perabot tu aku pun angkat laa set bilik tido. Aku bayar 35% yang lain buat installment setahun(bulan ni last bayar). Barang-barang lain aku tak mau beli lagi takut nanti dapur tak berasap.
24/04/2011- Makan malam pertama dekat meja makan.
Lepas tu aku start buat Ads. Apa-apa saja skill aku sumbat je kat Ads tu. 2-3 hari lepas Ads keluar dah start ada respond. Nak dijadikan cerita aku dapat satu projek buat landscape residential kat Damansara. Projek dalam 2 minggu. Nak start keje aku amik 30%. Sebahagian dari duit tu aku guna beli barang keperluan rumah yang lain standby untuk barang rumah client tu. Kebetulan aku ada team landscape yang dah selalu buat kerja sekali untuk supply pokok and workers so aku bayar lepas projek siap. Siap je keje aku beli barang-barang lain. Katil tamu, meja makan, sofa, peti ais dan lain-lain.
Site penyelamat.
Dalam tempoh tu jugak aku install internet. Kebetulan ada Unifi sekali Hypptv so aku tak perlu subscribe Astro sebab bukan ada orang tengok pun. Aku pun lebih suka download je. Senang. Aku takdak internet ni susah sikit nak hidup. Maksud aku untuk kerja. Selain hidup orang sekarang ni yang dah memang sebati dengan internet. Siap je separuh keje-keje tu untuk meraikan keletihan aku ajak wife aku p Genting tengok Kitaro 16/04/2011. Kitaro memang terbaik :).
Supervisor tolong beli.
Hari ni dah masuk setahun dah kami pindah. Berhijrah ni bagus. Dia membuatkan kita lebih matang, lebih bijak membuat keputusan dan lebih cepat belajar. Banyak benda yang aku tak suka dengan dunia luar dan aku halang benda tu dari tersebar kat dalam rumah aku walaupun hakikatnya kita ada TV, Astro(rumah aku xdak Astro), dan internet yang memang tanpa sempadan. Kat dalam rumah ni aku belajar tentang tanggunjawab sebagai ketua, hormati manusia percaya Tuhan dan qada dan qadar. Aku juga banyak tengok kesilapan-kesilapan orang disekeliling aku untuk aku jadikan ikhtibar. Kita takdak masa seumur hidup kita untuk lakukan kesilapan dan belajar dari kesilapan. Kita kena belajar dari kesilapan orang. Kadang-akdang aku dengar orang cakap, "ko tak kawin lagi ko tak tau", "ko takde anak lagi ko tak tau" dan macam-macam ungkapan yang bagi aku agak kuno. Takkan nak biarkan sesuatu perkara terjadi baru kita nak belajar? Kenapa tak belajar dari kesilapan yang orang sebelum-sebelum ni buat. Kalau kita tak belajar dari kesilapan orang terdahulu maka Sejarah memang takdak makna laa...Tak lebih sekadar untuk kenal keturunan ataupun cerita untuk mengisi masa lapang??

Pendapat dan pandangan ni memang banyak dari sumber luar. Macam-macam pendapat diutarakan kat kita tapi hati-hati dengan pendapat dan pandangan mereka kerana apa sahaja keputusan yang kita ambil akan memberi kesan kepada kita dan jika kesannya negatif kita yang akan menanggungnya. Kalau positif macam biasa. Tong tong laaa hehehe.....

Satu je aku malas. Malas tolong bini buat keje rumah. Bukan apa dia detail sangat comot sikit pun tak mau. So aku pun lepak je laa tengok Sponge Bob versi bahasa melayu. Yaa aku tau ini sangat Lahar.

Dan siapa sangka antara perkara paling ngeri kat rumah ialah bila sinki tersumbat...

2 comments:

  1. Entri yg sgt sweet bg aku..ko lalui semua tu bersama org yg ko syg.. drpd susah smp skg dh nmpk hasil. Tahniah, mat.

    p/s: sbg suami kene merajinkan diri tlg isteri di dapur. kalau dia bebel ko sumbat jelah kapas dlm telinga.

    ReplyDelete
  2. ada ketika tengok Sponge Bob lebih selamat....hehehe...

    ReplyDelete