Saturday, December 31, 2011

Kawan Saya Jual Lagi Murah

Semalam ada dua orang customer datang rumah aku serentak untuk dua urusan berbeza. Satu untuk Xperia Play tweak dan satu lagi untuk beli komputer. Nasib semalam Jumaat so aku ada masa sebab esok tak kerja. Aku pun standby kan tools untuk dua-dua orang customer ni. Aku takde masalah dengan yang nak buat Xperia Play walaupun lama jugak laa dia terpaksa tunggu untuk siap servis. Tapi yang nak beli PC memang banyak songeh. Tapi customer kan....Dan aku akan tetap hormat tetamu yang datang rumah aku. Prinsip tetap prinsip.

Aku bagi dia test one by one komputer yang dia nak pakai dan aku pun tak paksa untuk dia beli. Dia pun test laa sampai semak bilik aku dan final nya dia tak jadi beli. Sebab screen tak menepati piawaian yang dia nak. Aku tak kisahpun. Sapa aku nak paksa orang beli produk aku. So aku pun still layan dia as my guest. Tapi dalam masa yang sama aku rasa tindakan yang ditonjolkan agak kurang adab laa....Dia cuba cerita yang kawan dia jual set yang lagi better dengan harga yang 30% lagi rendah dari aku. Aku just cakap kalau macam tu beli je laa dengan kawan dia. Dia cakap lagi kawan dia cuma ada satu unit.

Aku nak marah jugak. Satu dah buang masa aku dan semakkan bilik aku. Lepas tu masih nak kondem produk aku dengan kawan dia. Aku cuma cakap. Dulu aku ada satu kabinet kaca yang kos untuk buat dia dekat rm3000++ dan aku cuma jual dengan harga rm500. Sebab apa aku jual murah. Sebab aku bukan orang kabinet dan aku tak tau cara nak jual kabinet. Aku jugak cakap dengan dia kalau dia nak lagi murah dia boleh tengok ads dekat Mudah.my dan cari orang yang buat urgent sales. Ada yang bukan 30% tapi 50% lagi murah dari aku pun ada. Sebab apa?? Sebab seller mungkin desperate nak pakai duit dan aku tak desperate. Tapi mamat ni masih nak murah lagi. Sampai lah sekali aku pun dah tak tau macam mana nak suruh dia balik sebab aku nak layan customer satu lagi aku pun cakap laa dengan dia tentang the best price in town yang dia boleh dapat. Dan aku suruh dia cari seller yang bagi harga macam tu as dia punya guideline so takde laa seller lain halau dia sebab dia mintak murah gila.

At the end dia balik jugak and the best part customer yang buat Xperia Play tu yang beli set pc masa dia nak balik. Aku tanya customer tu "Encik taknak test dulu ke? Saya tak bagitau spec semua lagi". Dia cakap "takpe laa, saya percaya abang lagi pun saya dah dengar abang explain kat brother tu tadi tentang spec".

Orang tak hormat kita dengan kekayaan kita, tapi orang hormat kita dengan adab kita. Tak percaya?? Aku percaya :).

Thursday, December 29, 2011

Xperia Play Optimized Top 5 HD Android Game

Sebenarnya aku bukan ada masa pun nak main game.  Maksud aku game RPG yang panjang-panjang ni.  Tapi aku dah download dan try.  Agak tak mengecewakan untuk mobile phone punya game dan Xperia Play Optimized so aku boleh guna game pad untuk main game2 yang bakal disebut ni. Ada laa feel console dulu2 sikit.  Sebelum hangpa start install baik make sure memory card hangpa at least 8GB-class 4=4mb/saat.  Nak memory card murah boleh cari kat Mudah.my dalam rm30-40. Kalau kat kedai depa jual dalam rm50-60.  Kenapa class 4? Sebab class 2 agak slow(aku punya class 2 ja).  Aku mulakan list dengan game paling top.

#1 FIFA 2012 - 1.6GB [ Sport ]

Aku bukan minat sangat pun game bola tapi game ni boleh buat aku addict jugak laaa....Mula-mula main agak susah sebab nak kena control guna analog button.  Tapi yang best tu movement player nampak smooth dan game play yang agak real.  Sesuatu yang aku tak jangka untuk mobile game dan EA Fifa sebab aku sentiasa ingat yang PES lagi better.  Kalau nak dibandingkan PES 2012 dengan FIFA 2012 aku rasa FIFA 2012 10x lagi best.  Tapi dari sudut size game ni paling besar(untuk mobile) pernah aku download. 1.6GB space needed for this game.  Gila besaq.....

#2 Dead Space- 250MB [ Action ]


Game ni agak mental.  Aku pun tak tau apa mission dia tapi memang psycho habis.  Weapon dia pun agak mantap.  Game ni berlanskapkan space ship dan alien.  Must have ni.  Free je kat kat web Sony Ericson.  Graphic dan effect memang mantap habis.

#3 9MM - 1.25GB [Action, Open World ] #18 ke atas sahaja.


GTA alike.  Actually GTA 3 pun dah arrive kat android sempena 10 tahun anniversary diorang [ 450MB ] tapi aku decide untuk delete je GTA 3 sebab graphic dan gameplay game ni yang lagi best siap ada unsur-unsur Matrix lagi.  Standard laa GTA 3 dah 10 tahun kot.  Gameplay dia nak bercakap pun kena tekan button tertentu klu tak mission fail.  Untuk peminat GTA try laaa.....

#4 Modern Combat 3:  Fallen Nation - 1.4GB [ One Person Shooter ]

Sequence yang semua orang dah tau rasanya.  Dari zaman iPhone lagi game ni dah top.  Graphic memang mantap dan detail.  Gameplay lebih kurang yang sebelum ni tapi kalau ikut sesetengah review yang aku baca diorang cakap game ni 10 kali lagi best dari MC 2.  Maybe sebab game ni main kat Town MC 2 main kat hutan.  Jalan cerita agak mantap.  Biasalah America mesti laa hebat.  Arnold sorang-sorang je boleh tumbang satu Militeri #Commando.  Secara jujurnya guna touch screen lagi mudah dari guna analog button untuk game ni.

#5 Blood And Glory - 260MB [ Fighting ]

Satu lagi free game yang mantap.  Game ni boleh search je kat Android Market untuk download.  Ala-ala Gladiator.  Gameplay yang agak mudah, tak terlalu banyak movement.  Ni betul-betul phone game.  Boleh geng dengan Angry Bird.

Sebenarnya banyak lagi yang umph tapi ni je yang aku try dulu.  Memory card aku pun dah nak penuh tinggal 1GB lagi.  Apa yang aku notice game-game ni bukan setakat graphic yang jadi tarikan tapi gameplay jugak bagi impact yang kuat.  Karektor lebih responsive dan movement lebih real.  Ada juga game yang graphic cun habis tapi gameplay tak berapa gempak.  Contoh cam gam Bruce Lee Dragon Warrior.  Aku rasa tahun depan mungkin akan jadi tahun yang agak teruk untuk iOS.  Android bergerak terlalu pantas!!!

I love my Xperia Play.....And my wife too :) .....

Bini sebelah gadget bawah bantai....Mannn....Tak laa teruk sangat kan ? ....Adios...

Monday, December 19, 2011

Kerja. Tak Suka Berhenti je....

Dua tiga menjak ni aku tengok isu tangga gaji orang gomen makin menjadi-jadi didebatkan. Ada yang kata tak adil la, nak mogok la dan blablabla.....Kecoh. Terlebih dahulu aku nak mintak maaf laa kalau ada yang terasa hati tapi ni pandangan peribadi aku laa. Kalau salah-salah laaa.

Bagi aku kerja ni satu ibadah dan juga satu proses kelangsungan hidup. Dalam berkerja akan takkan aniaya diri aku dan aku juga takkan benarkan diri aku teraniaya walaupun kadang-kadang terkena juga bila buat projek kecik-kecik. Aku bukan staff gomen. Aku tak pernah rasa semangat pun nak mintak keje gomen kecuali sekali je kat Cyberjaya sebab rumah aku dekat dengan situ. Lepas tu aku tak mintak dah. Kenapa?? Sepanjang aku berurusan dengan pejabat kerajaan banyak birokrasi yang aku dapat tengok dan aku tak rasa aku boleh belajar banyak benda dengan gomen nih. Aku dengan birokrasi ni aku kalah. Kalah teruk hahahaa....


Lepas bisnes kecil-kecilan rugi aku start berkerja di sektor swasta. Sambil tu buat-buat jugak kerja luar nak cari duit lebih. Kat sini tak dak laa kenaikan 10% ka 40% ka tapi tiap-tiap tahun ada laa imbuhan. Kat sini takdak pembentangan bagai sebab staff dalam office pun 4 orang je. Yang aku nak cerita kat sini adalah tentang perjanjian antara aku dan syarikat.

Masa mula-mula interview aku tanya tentang gaji, tentang cuti dan tentang EPF. Tapi aku tak tanya pun tentang Bonus, cuti sakit, cuti emergency. Sebab apa aku tak tanya?? Aku malas....Segan pun ada, baru-baru nak kerja dah mintak macam-macam. Tapi sampai ke sudah aku tak pernah ungkit tentang bonus, cuti sakit, cuti emergency dan blablabla...Sebab apa? Sebab dalam perjanjian takdak tulis pun dan aku pun main setuju je sign agreement tu dulu. So apa salah majikan aku kalau depa tak bagi??

Tapi Alhamdulillah majikan aku bagi jugak semua-semua tu. Tiap-tiap tahun ada bonus,kalau MC aku boleh claim kos klinik, EL tak diberitahu tapi kalau betul-betul ada EL cuti aku tak dipotong pun. Kadang-kadang kerani ada jugak wayang-wayang suruh aku tipu claim. Aku cakap "saya hak orang saya tak mau, tapi saya punya hak saya mau laa".

Kat sini jugak ada part time designer. Aku tak pernah peduli berapa banyak bos aku nak bagi kat dia dan kalau bos bagi lebih pun apa hak aku nak dengki bagai. Memang hak dia. Kena sedar laa yang kita ni kuli bukan bos. Jadi aku amik keputusan tak sibuk tentang kerja,gaji dan masalah orang lain tapi jangan ingat aku tak peduli langsung. Aku amik tau untuk reference je laa....

Tapi satu hari nanti kalau ada apa-apa yang aku tak puas hati dengan syarikat aku pasti cakap dan kalau tak dapat penyelesaian aku berhenti jelaa...Takkan nak suruh bos aku berhenti kot.

Nota kaki: Bab kerja tak perform tu aku rasa mana-mana syarikat pun akan berhentikan korang kalau korang tak perform tapi selalunya masih atas budi bicara dan setahu aku gomen terlalu tinggi "budi bicaranya". Ingat senang gomen nak buang orang. Kalau gomen aniaya workers mesti tak sampai 1 hari pembangkang dah naikkan isu. Dari sudut positifnya bagus jugak sebab takde laa pekerja gomen ni selesa sangat rehat-rehat sambil menundakan kerja yang tak siap (bukan semua,tapi hampir semua). Mungkin ada sedikit peningkatan dalam sektor gov bila ada sedikit "stress" di bius ke minda mereka. Wassalam.

Monday, December 12, 2011

Pengembaraan PSX ku Selesai(Ini Betul2 Punya).

Selepas 2 minggu guna HTC Mozart windows phone pertama den, akhirnya aku amik keputusan untuk letgo je sebab bug lock screen tu agak mengganggu. Banyak jugak call yang aku miss sehari. Tapi windows phone 7 memang experince baru untuk aku. Secara jujurnya aku sangat selesa denga GUI wp7 lebih dari iPhone. Android apa kelas, paling lag kot hahaha.....
Cuma guna 2 minggu tapi memang best. The best GUI ever.


So apa boleh buat. Lepas letgo HTC 7 Mozart,aku ke Plaza Low Yatt cari Xperia Play The 1st Play Station Certificated Phone. The best price they can give is RM850 with 8GB mem card. Perghhhh......and the best part is it's already SOLD OUT. Tetapi akhirnya ada satu amoi yang minum air teh dalam botol 1.5l mengaku ada stock. Aku pun ikut laa ke kedai dia. Sampai je kedai dia tanya...

"Apsal you mau amik Xperia Play. Ini phone banyak problem." Lepas tu dia cakap lagi...
"Itu RM850 punya sudah habis, RM880 ada". Aku cakap ok la amik yang RM880. Lepas tu dia cakap lagi....
"Itu RM880 dah habis, RM920 ada"....Lepas tu aku pulak cakap.

"Terima kasih, saya cari kedai lain dulu laaa....."

Pergghhh....Mungkin aku buta warna. Aku rasa dia bukan amoi tapi aci.
Masa sekolah dulu aku pernah berangan nak buat PS phone. Sangat addict dengan game sampai la habis SPM aku stop main game. Aku jadi addict explore PC application pulak.Huh...

Aku pun angkat je kaki keluar Low Yatt terus ke Pertama Komplek. Perebutan parkir bermula disitu. Sampai sangkat-sangkut jugak laa kete nak cari parking. Akhirnya dengan kuasa semi Power Rangers aku berjaya jugak dapat parking dekat dengan tempat cuci kete. Huh....Im lucky that day. Masuk je Pertama tanya kedai 1st, 2nd dan 3rd. Kat kedai 3rd dia offer RM880 dengan 4GB. Aku terus accept je. Pertama pun angkat barang kat Low Yatt so takkan aku nak aspect Pertama lagi murah kot hahaha.....5 tahun dulu maybe Pertama control price tapi nowadays dah bukan. It's already history.

So beli test dan terus guna. 1st call aku dapat dari cousin aku.

After 2 days use aku unlock bootloader, root sampai brick, dan relock balik and recover guna flash tools. Maka habislah warranty :).....Takde warranty?? Aku tak kisah sangat pun. Kalau nak tunggu habis warranty baru nak test barang memang tak best laaa....Setahun kot kurang-kurang. Nafsu nak test pun dah takde.

Ohh..Lupa pulak. Lepas sampai rumah je aku terus install FPSECE 0.11, mapping hardware button dan test. Haaa...Work perfecto. This time really perfect laa...Previous blog aku ada tulis tentang legend almost perfect to play fpsece. But this one im quit sure no one can beat....Nama pun Play Station phone siap hardware button sah-sah dia otai.

Ok. Xperia Xplay r800i. Review aku tentang hardware.
CAMERA- Kalau nak dibandingkan dengan HTC 7 Mozart,8mp camera memang kalah teruk laa...Actually 5mp pun not bad tapi aku rasa sharpen dia tak mantap. Kualiti camera agak mengecewakan. Kalau nak compare dengan x10 mini pro pun aku rasa Xperia Play lagi teruk. Tapi phone ni ada front camera so boleh la buat video call.
Ayam rangka pasar malam. Aku rasa SE x10 mini pro lagi better kualiti gambar dia(untuk kategori 5mp)

TOUCH SCREEN-Macam biasa. GUI Android memang lag pun kalau nak banding dengan iPhone and wp7. So pasrah je la. Tapi tang touch tu aku rasa terlebih sensitive pulak.

HARDWARE BUTTON-Terus terang aku tak berapa suka 4 ketul button kat bawah screen tu. Actually quit annoying lagi-lagi button search. Aku lagi suka kalau 3 je so senang nak raba dalam gelap(ini bukan mesej lucah ok). Button power dia pun agak kecil-kecil comel membuatkan aku memerlukan konsentrasi yang tinggi untuk menekan button tersebut. Aku sangat benci atas kekurangan ini.

Anolog button aku sangat jarang guna.

SLIDING HARDWARE PS BUTTON. Although this would be one of the greatest idea that gamer always dream for more than 8 years. They create and illustration from photoshop and make it look like real and spread that news to the world. Tapi untuk funtion yang umph ni they must be the price for that. Dengan size 3.8 inch screen dan ketebalan lebih kurang 18mm ini membuatkan xperia play agak berat dan mudah terslide. Aku agak yakin after 3 month sliding dia akan loose dan mungkin aku akan ikat getah untuk make sure dia tak slide time aku tengah kat site. Huh....Just want to share, actually the circle and the back button share the same function. Sama jugak dengan menu option yang ada kat hardware button and PS button. Secara kasar button direction dia agak tak sedap lagi-lagi untuk direction tenggara,timur laut,barat laut dan barat daya(tiba-tiba ja jadi subjek Kajian Tempatan). Button lain work perfecto cuma L2 dan R2 je takde so aku terpaksa map volume button sebagai L2 dan R2.

PROCESSOR. 1ghz scorpion processor. Setakat sekarang aku tak rasa nak overclock. So far so good. 

RAM .384mb ram. Pun agak ok setakat sekarang takde masalah. Tapi aku agak curious awat depa tak bagi 512mb. Like wp7 minimum requirement is 512mb and 1ghz processor. Maybe marketing untuk menamatkan riwayat hp ni secepat mungkin after sold out so diorang boleh jual yang upgradable version. Aku check dalam xda forum pun tak banyak yang berminat untuk develop unofficial rom untuk phone ni. Mungkin sebab hardware yang dah mantap so tak perlu nak modified banyak benda.

DESIGN. Kalau tengok dari depan nampak mantap tapi kalau tengok dari sisi rasa macam hp mainan pun ada sebab L1 dan R1 button yang terlalu bersinar-sinar.

BATERI. Aku rasa bateri agak mantap. At least better than iPhone laa....Aku boleh main game sampai crame tangan dan baru aku dapat warning yang bateri aku dah nak habis. Aku rasa boleh dapat lebih kurang 2 jam untuk 3D game. Nak jimat lagi tutup 3G. Kalau nak lagiiii jimat tunggu diorang buat bateri guna nuclear....Just kidding,huh....

Kenapa harga dia drop gila-gila??
Dari apa yang aku dengar dari sekeliling aku dan baca kat internet kebanyakan user sangat berharap diorang boleh main the legendary PS game tapi agak hampa kerana mereka terpaksa beli game dengan harga yang mahal dan juga tak banyak game yang compatible. Banyak jugak yang aspect boleh main PSP game dan kononnya Sony sendiri cuma berjaya jual kurang dari 600 game seantero dunia(masa aku baca hari tu la). Tentang hardware failure agak kecil kes yang aku dengar cuma katanya after 2-3 month used boleh nampak kesan calar kat bahagian slide phone dan masalah ribbon.

Tu je dulu untuk sekarang. Untuk pencinta game yang guna controller i recommend this phone :)

Update 18th Dec 2011: Aku benci dengan power button dan volume dia. Susah nak agak untuk tekan. Tak biasa kot. Tapi dah dekat sebulan dah pakai. Yang lain semua bagus. Hey, you should try Fifa 2012. Really great even I'm not a football fans.
Banyak kenangan woo benda alah ni....Money can't buy. Aku tengok je benda ni aku boleh sebut nama kawan aku satu-satu hahaha....
posted from Bloggeroid

Thursday, December 8, 2011

Bloggeroid: Aplikasi Blogspot Android

Lepas je aku berubah alih dari iPhone ke android 1 tahun++ lepas memang takdak satu aplikasi blogspot pun yang boleh lawan iPhone punya aplikasi. Kalau masa pakai iPhone dulu dalam toilet pun boleh tulis blog tapi dengan android langsung xdak mood. Mungkin sebab interface bloggerdroid/blogaway sangat tak menarik dan basic. Windows Phone 7 aku tak jumpa pun aplikasi blogspot.

2 hari lepas aku test la lagi cari blogspot punya aplikasi dan aku jumpa aplikasi ni BLOGGEROID . Agak menarik walaupun agak basic. Cakap banyak pun tak guna. Post yang aku post sekarang ni menggunakan sepenuhnya aplikasi BLOGGEROID


Ni screenshot BLOGGEROID yang aku amik direct masa aku menaip. Dalam aplikasi ni kita boleh masukkan gambar(tapi tak boleh adjust kedudukan macam kat website Blogspot ).



Tadaaaa....Aku nak maen game. So kepada pengguna android yang nak berblogging menggunakan blogspot i recommend this ★★★★★.

posted from Bloggeroid