Saturday, December 31, 2011

Kawan Saya Jual Lagi Murah

Semalam ada dua orang customer datang rumah aku serentak untuk dua urusan berbeza. Satu untuk Xperia Play tweak dan satu lagi untuk beli komputer. Nasib semalam Jumaat so aku ada masa sebab esok tak kerja. Aku pun standby kan tools untuk dua-dua orang customer ni. Aku takde masalah dengan yang nak buat Xperia Play walaupun lama jugak laa dia terpaksa tunggu untuk siap servis. Tapi yang nak beli PC memang banyak songeh. Tapi customer kan....Dan aku akan tetap hormat tetamu yang datang rumah aku. Prinsip tetap prinsip.

Aku bagi dia test one by one komputer yang dia nak pakai dan aku pun tak paksa untuk dia beli. Dia pun test laa sampai semak bilik aku dan final nya dia tak jadi beli. Sebab screen tak menepati piawaian yang dia nak. Aku tak kisahpun. Sapa aku nak paksa orang beli produk aku. So aku pun still layan dia as my guest. Tapi dalam masa yang sama aku rasa tindakan yang ditonjolkan agak kurang adab laa....Dia cuba cerita yang kawan dia jual set yang lagi better dengan harga yang 30% lagi rendah dari aku. Aku just cakap kalau macam tu beli je laa dengan kawan dia. Dia cakap lagi kawan dia cuma ada satu unit.

Aku nak marah jugak. Satu dah buang masa aku dan semakkan bilik aku. Lepas tu masih nak kondem produk aku dengan kawan dia. Aku cuma cakap. Dulu aku ada satu kabinet kaca yang kos untuk buat dia dekat rm3000++ dan aku cuma jual dengan harga rm500. Sebab apa aku jual murah. Sebab aku bukan orang kabinet dan aku tak tau cara nak jual kabinet. Aku jugak cakap dengan dia kalau dia nak lagi murah dia boleh tengok ads dekat Mudah.my dan cari orang yang buat urgent sales. Ada yang bukan 30% tapi 50% lagi murah dari aku pun ada. Sebab apa?? Sebab seller mungkin desperate nak pakai duit dan aku tak desperate. Tapi mamat ni masih nak murah lagi. Sampai lah sekali aku pun dah tak tau macam mana nak suruh dia balik sebab aku nak layan customer satu lagi aku pun cakap laa dengan dia tentang the best price in town yang dia boleh dapat. Dan aku suruh dia cari seller yang bagi harga macam tu as dia punya guideline so takde laa seller lain halau dia sebab dia mintak murah gila.

At the end dia balik jugak and the best part customer yang buat Xperia Play tu yang beli set pc masa dia nak balik. Aku tanya customer tu "Encik taknak test dulu ke? Saya tak bagitau spec semua lagi". Dia cakap "takpe laa, saya percaya abang lagi pun saya dah dengar abang explain kat brother tu tadi tentang spec".

Orang tak hormat kita dengan kekayaan kita, tapi orang hormat kita dengan adab kita. Tak percaya?? Aku percaya :).

1 comment:

  1. aku percaya. salute hang sebab berjaya mengawal keadaan dan emosi (something yg aku tak dpt buat lg sampai hari ni)

    aku nak retweet.

    ReplyDelete