Monday, December 19, 2011

Kerja. Tak Suka Berhenti je....

Dua tiga menjak ni aku tengok isu tangga gaji orang gomen makin menjadi-jadi didebatkan. Ada yang kata tak adil la, nak mogok la dan blablabla.....Kecoh. Terlebih dahulu aku nak mintak maaf laa kalau ada yang terasa hati tapi ni pandangan peribadi aku laa. Kalau salah-salah laaa.

Bagi aku kerja ni satu ibadah dan juga satu proses kelangsungan hidup. Dalam berkerja akan takkan aniaya diri aku dan aku juga takkan benarkan diri aku teraniaya walaupun kadang-kadang terkena juga bila buat projek kecik-kecik. Aku bukan staff gomen. Aku tak pernah rasa semangat pun nak mintak keje gomen kecuali sekali je kat Cyberjaya sebab rumah aku dekat dengan situ. Lepas tu aku tak mintak dah. Kenapa?? Sepanjang aku berurusan dengan pejabat kerajaan banyak birokrasi yang aku dapat tengok dan aku tak rasa aku boleh belajar banyak benda dengan gomen nih. Aku dengan birokrasi ni aku kalah. Kalah teruk hahahaa....


Lepas bisnes kecil-kecilan rugi aku start berkerja di sektor swasta. Sambil tu buat-buat jugak kerja luar nak cari duit lebih. Kat sini tak dak laa kenaikan 10% ka 40% ka tapi tiap-tiap tahun ada laa imbuhan. Kat sini takdak pembentangan bagai sebab staff dalam office pun 4 orang je. Yang aku nak cerita kat sini adalah tentang perjanjian antara aku dan syarikat.

Masa mula-mula interview aku tanya tentang gaji, tentang cuti dan tentang EPF. Tapi aku tak tanya pun tentang Bonus, cuti sakit, cuti emergency. Sebab apa aku tak tanya?? Aku malas....Segan pun ada, baru-baru nak kerja dah mintak macam-macam. Tapi sampai ke sudah aku tak pernah ungkit tentang bonus, cuti sakit, cuti emergency dan blablabla...Sebab apa? Sebab dalam perjanjian takdak tulis pun dan aku pun main setuju je sign agreement tu dulu. So apa salah majikan aku kalau depa tak bagi??

Tapi Alhamdulillah majikan aku bagi jugak semua-semua tu. Tiap-tiap tahun ada bonus,kalau MC aku boleh claim kos klinik, EL tak diberitahu tapi kalau betul-betul ada EL cuti aku tak dipotong pun. Kadang-kadang kerani ada jugak wayang-wayang suruh aku tipu claim. Aku cakap "saya hak orang saya tak mau, tapi saya punya hak saya mau laa".

Kat sini jugak ada part time designer. Aku tak pernah peduli berapa banyak bos aku nak bagi kat dia dan kalau bos bagi lebih pun apa hak aku nak dengki bagai. Memang hak dia. Kena sedar laa yang kita ni kuli bukan bos. Jadi aku amik keputusan tak sibuk tentang kerja,gaji dan masalah orang lain tapi jangan ingat aku tak peduli langsung. Aku amik tau untuk reference je laa....

Tapi satu hari nanti kalau ada apa-apa yang aku tak puas hati dengan syarikat aku pasti cakap dan kalau tak dapat penyelesaian aku berhenti jelaa...Takkan nak suruh bos aku berhenti kot.

Nota kaki: Bab kerja tak perform tu aku rasa mana-mana syarikat pun akan berhentikan korang kalau korang tak perform tapi selalunya masih atas budi bicara dan setahu aku gomen terlalu tinggi "budi bicaranya". Ingat senang gomen nak buang orang. Kalau gomen aniaya workers mesti tak sampai 1 hari pembangkang dah naikkan isu. Dari sudut positifnya bagus jugak sebab takde laa pekerja gomen ni selesa sangat rehat-rehat sambil menundakan kerja yang tak siap (bukan semua,tapi hampir semua). Mungkin ada sedikit peningkatan dalam sektor gov bila ada sedikit "stress" di bius ke minda mereka. Wassalam.

No comments:

Post a Comment