Monday, December 12, 2011

Pengembaraan PSX ku Selesai(Ini Betul2 Punya).

Selepas 2 minggu guna HTC Mozart windows phone pertama den, akhirnya aku amik keputusan untuk letgo je sebab bug lock screen tu agak mengganggu. Banyak jugak call yang aku miss sehari. Tapi windows phone 7 memang experince baru untuk aku. Secara jujurnya aku sangat selesa denga GUI wp7 lebih dari iPhone. Android apa kelas, paling lag kot hahaha.....
Cuma guna 2 minggu tapi memang best. The best GUI ever.


So apa boleh buat. Lepas letgo HTC 7 Mozart,aku ke Plaza Low Yatt cari Xperia Play The 1st Play Station Certificated Phone. The best price they can give is RM850 with 8GB mem card. Perghhhh......and the best part is it's already SOLD OUT. Tetapi akhirnya ada satu amoi yang minum air teh dalam botol 1.5l mengaku ada stock. Aku pun ikut laa ke kedai dia. Sampai je kedai dia tanya...

"Apsal you mau amik Xperia Play. Ini phone banyak problem." Lepas tu dia cakap lagi...
"Itu RM850 punya sudah habis, RM880 ada". Aku cakap ok la amik yang RM880. Lepas tu dia cakap lagi....
"Itu RM880 dah habis, RM920 ada"....Lepas tu aku pulak cakap.

"Terima kasih, saya cari kedai lain dulu laaa....."

Pergghhh....Mungkin aku buta warna. Aku rasa dia bukan amoi tapi aci.
Masa sekolah dulu aku pernah berangan nak buat PS phone. Sangat addict dengan game sampai la habis SPM aku stop main game. Aku jadi addict explore PC application pulak.Huh...

Aku pun angkat je kaki keluar Low Yatt terus ke Pertama Komplek. Perebutan parkir bermula disitu. Sampai sangkat-sangkut jugak laa kete nak cari parking. Akhirnya dengan kuasa semi Power Rangers aku berjaya jugak dapat parking dekat dengan tempat cuci kete. Huh....Im lucky that day. Masuk je Pertama tanya kedai 1st, 2nd dan 3rd. Kat kedai 3rd dia offer RM880 dengan 4GB. Aku terus accept je. Pertama pun angkat barang kat Low Yatt so takkan aku nak aspect Pertama lagi murah kot hahaha.....5 tahun dulu maybe Pertama control price tapi nowadays dah bukan. It's already history.

So beli test dan terus guna. 1st call aku dapat dari cousin aku.

After 2 days use aku unlock bootloader, root sampai brick, dan relock balik and recover guna flash tools. Maka habislah warranty :).....Takde warranty?? Aku tak kisah sangat pun. Kalau nak tunggu habis warranty baru nak test barang memang tak best laaa....Setahun kot kurang-kurang. Nafsu nak test pun dah takde.

Ohh..Lupa pulak. Lepas sampai rumah je aku terus install FPSECE 0.11, mapping hardware button dan test. Haaa...Work perfecto. This time really perfect laa...Previous blog aku ada tulis tentang legend almost perfect to play fpsece. But this one im quit sure no one can beat....Nama pun Play Station phone siap hardware button sah-sah dia otai.

Ok. Xperia Xplay r800i. Review aku tentang hardware.
CAMERA- Kalau nak dibandingkan dengan HTC 7 Mozart,8mp camera memang kalah teruk laa...Actually 5mp pun not bad tapi aku rasa sharpen dia tak mantap. Kualiti camera agak mengecewakan. Kalau nak compare dengan x10 mini pro pun aku rasa Xperia Play lagi teruk. Tapi phone ni ada front camera so boleh la buat video call.
Ayam rangka pasar malam. Aku rasa SE x10 mini pro lagi better kualiti gambar dia(untuk kategori 5mp)

TOUCH SCREEN-Macam biasa. GUI Android memang lag pun kalau nak banding dengan iPhone and wp7. So pasrah je la. Tapi tang touch tu aku rasa terlebih sensitive pulak.

HARDWARE BUTTON-Terus terang aku tak berapa suka 4 ketul button kat bawah screen tu. Actually quit annoying lagi-lagi button search. Aku lagi suka kalau 3 je so senang nak raba dalam gelap(ini bukan mesej lucah ok). Button power dia pun agak kecil-kecil comel membuatkan aku memerlukan konsentrasi yang tinggi untuk menekan button tersebut. Aku sangat benci atas kekurangan ini.

Anolog button aku sangat jarang guna.

SLIDING HARDWARE PS BUTTON. Although this would be one of the greatest idea that gamer always dream for more than 8 years. They create and illustration from photoshop and make it look like real and spread that news to the world. Tapi untuk funtion yang umph ni they must be the price for that. Dengan size 3.8 inch screen dan ketebalan lebih kurang 18mm ini membuatkan xperia play agak berat dan mudah terslide. Aku agak yakin after 3 month sliding dia akan loose dan mungkin aku akan ikat getah untuk make sure dia tak slide time aku tengah kat site. Huh....Just want to share, actually the circle and the back button share the same function. Sama jugak dengan menu option yang ada kat hardware button and PS button. Secara kasar button direction dia agak tak sedap lagi-lagi untuk direction tenggara,timur laut,barat laut dan barat daya(tiba-tiba ja jadi subjek Kajian Tempatan). Button lain work perfecto cuma L2 dan R2 je takde so aku terpaksa map volume button sebagai L2 dan R2.

PROCESSOR. 1ghz scorpion processor. Setakat sekarang aku tak rasa nak overclock. So far so good. 

RAM .384mb ram. Pun agak ok setakat sekarang takde masalah. Tapi aku agak curious awat depa tak bagi 512mb. Like wp7 minimum requirement is 512mb and 1ghz processor. Maybe marketing untuk menamatkan riwayat hp ni secepat mungkin after sold out so diorang boleh jual yang upgradable version. Aku check dalam xda forum pun tak banyak yang berminat untuk develop unofficial rom untuk phone ni. Mungkin sebab hardware yang dah mantap so tak perlu nak modified banyak benda.

DESIGN. Kalau tengok dari depan nampak mantap tapi kalau tengok dari sisi rasa macam hp mainan pun ada sebab L1 dan R1 button yang terlalu bersinar-sinar.

BATERI. Aku rasa bateri agak mantap. At least better than iPhone laa....Aku boleh main game sampai crame tangan dan baru aku dapat warning yang bateri aku dah nak habis. Aku rasa boleh dapat lebih kurang 2 jam untuk 3D game. Nak jimat lagi tutup 3G. Kalau nak lagiiii jimat tunggu diorang buat bateri guna nuclear....Just kidding,huh....

Kenapa harga dia drop gila-gila??
Dari apa yang aku dengar dari sekeliling aku dan baca kat internet kebanyakan user sangat berharap diorang boleh main the legendary PS game tapi agak hampa kerana mereka terpaksa beli game dengan harga yang mahal dan juga tak banyak game yang compatible. Banyak jugak yang aspect boleh main PSP game dan kononnya Sony sendiri cuma berjaya jual kurang dari 600 game seantero dunia(masa aku baca hari tu la). Tentang hardware failure agak kecil kes yang aku dengar cuma katanya after 2-3 month used boleh nampak kesan calar kat bahagian slide phone dan masalah ribbon.

Tu je dulu untuk sekarang. Untuk pencinta game yang guna controller i recommend this phone :)

Update 18th Dec 2011: Aku benci dengan power button dan volume dia. Susah nak agak untuk tekan. Tak biasa kot. Tapi dah dekat sebulan dah pakai. Yang lain semua bagus. Hey, you should try Fifa 2012. Really great even I'm not a football fans.
Banyak kenangan woo benda alah ni....Money can't buy. Aku tengok je benda ni aku boleh sebut nama kawan aku satu-satu hahaha....
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment