Friday, October 21, 2011

CAD: Cara Untuk Remove tanda "Produced By An Autodesk Educational Product "

Buka-buka drawing dari firm tiba-tiba ada jugak yang guna Autocad version mengaji lagi.....Baik pakai pirate je kalau camtu sebab lesen Educational mana boleh pakai untuk bidang profesional dan yang masalahnya bila plot akan ada note "Produced By An Autodesk Educational Product " kat drawing korang. Haaa....Cara-cara nak remove benda alah ni ada kat bawah:

1. Buka drawing terbabit.
2. Taip dxfout dalam ruangan command.
3. Save drawing tersebut dalam format dxf di tempat yang anda senang akses(contoh desktop).
4. Kemudian taip dxfin di ruangan command.
5. Browse fail yang anda save di langkah 3 tadi.
6. Save fail tersebut sebagai .dwg

Terima kasih kepada link INI.

Thursday, October 13, 2011

Saving Tips: Why I Choose Umobile

I am a designer and also a computer and gadget lover. I work a lots in computer design and build scope.Internet is really important in my life....I mean fastest internet. Already married with sweet girl that really not same hobby as me. That's life hahaha....

In office, my sweet home and my parents house I'll already get a high speed internet connection. In weekday i spend at least 5 hours in office and 10 hours at least at my home(per day). Because I'll already married i don't sms a lot(only use Whatsapp to sms with my wife and few friend). I just sms to certain people and to my client as well. I also not a "heavy duty" call person .Average in one day  i only use about 10-15minute to make a call.



But like other people nowadays Facebook, twitter, read blog and browsing immediately the hottest topic in my country and the universe is one of my interest. I use it a lot when driving, walking, lepak at mamak stall and so on....

So i know that i need to find service provider that can give me the coverage of internet and at the same time give me the cheapest price. Since 65% of my life already covered by high speed internet connection so i only need to cover at least 25% more. I need great value from service provider and they come Umobile package that really suit to me.RM28 for 100 minutes call,30 sms and unlimited internet(actually 500mb only after that will slowdown the download speed to 64kbps-still releven for mobile browsing). With this unique package actually already help me to save a lot. Before i switch to Umobile i'm using the Yellow Telco one(Yellow fat guys that always will follow you) and the amount of my bill is around RM80. That's include RM32 for lite internet package and another balance is for call and sms.

When Umobile already introduce this superb package i just change my postpaid to prepaid...hahaha.....It's quit annoying since i need to buy prepaid when my credit already run out but thanks to Mobile Banking for that so i can buy my top up anytime. The best part is U also covered up the internet connection along Peninsular Malaysia and Sabah,Sarawak because they already join up with Celcom network(the largest coverage area in Malaysia-also the expensive one). So that's mean if we outside the U coverage we can roaming to celcom data. It's really great. Now i can save more that RM40 per month....Not really big amount but hey...that's great what??

CHEAPEST, WIDEST, GREAT VALUE PACKAGE.....Yeahhh!!!

This is my personal review and my personal choice base on my life, surrounding and needs. I choose Umobile at this moment and already use it for one years (even their operator is quit lazy to pick up a phone). The nearest competitor is the "Yellow Fat Guys".....

Click this link for more info:
www.u.com.my

Tuesday, October 4, 2011

Kalau Pengemis Jadi Peniaga Tisu


Minggu lepas isteri dan aku mengunjungi seorang sahabat di Shah Alam. Lepak kat KFC depan "Pintu belakang" UiTM. Seronok-seronok sembang ada satu budak datang mintak sedekah. Hati aku mungkin busuk, tak rasa nak bagi langsung sebab aku dah dimogokkan dengan agen peminta sedekah ni. Walaupun takde bukti tapi hati aku mengatakan yang mereka agen. Tapi aku bukan malaikat. Mungkin tafsiran ku salah. Ntah-ntah betul-betul punya susah. Tapi kalau nak kira kebarangkalian memang tinggi laa yang budak tu agen berpandukan kes-kes yang dah dilaporkan di media dan internet.

Selepas budak tu berlalu pergi aku mula terfikir berapa pendapatan peminta sedekah jenis bawak tisu kalau di niagakan. Aku cuba ambil working hours aku. 9am-5pm dengan 1 jam rehat dan sebulan 8 hari cuti. Kalau ikut pemerhatian aku peminta sedekah jenis tisu ni akan pusing ke setiap restoren dalam jarak masa 30 minit dan akan dapat dalam 10 orang pemberi sedekah dan selalunya mereka akan ada berdekatan dengan restoren-restoren lain. Jadi maknanya:

10minit untuk restoren 1,
10minit untuk restoren 2,
dan 10 minit untuk restoren 3 dan kemudian rotate ke restoren 1 balik.

So kalau 1 restoren diorang dapat 10 pelanggan maknanya 3 restoren akan dapat 30 pelanggan dalam tempoh 30 minit. Anggapkan kos tisu rm0.10 dan mereka menjual dengan harga rm0.30. Ni bermakna dalam 30 minit mereka akan mendapat untung sebanyak 30x(rm0.30-rm0.10)=rm6. Bersamaan juga dengan RM12/jam.

Jadi kalau mereka berkerja ikut office hour aku maknanya pendapatan mereka lebih kurang rm12x(8jam-1jam rehat)=rm84. Jadi sebulan bersamaan rm84x(30hari-8hari cuti)=rm1848.....Tu kira average je tak kira peak hour dengan kerja lebih masa lagi.

Jadi kenapa perlu mintak sedekah, meminta-minta gunakan trick bersedekah dan dapat tisu? Untuk aku yang kuat berpeluh ketika makan ni kalau diorang datang dan cakap,

"Bang tisu bang.30sen sebungkus.". Confirm aku beli 3. Sebulan boleh dapat gaji arkitek tu kalau rajin dan cergas. Gaji halal hasil usaha sendiri dan tak perlu meminta-minta. Baru power.

Walaubagaimanapun kita cuma bercakap yang menanggungnya mereka. Mungkin mereka ada jawapan untuk tindakan mereka siapa tahu......

Nota kaki: Calculation tu cuma gambaran jangan amik serius pulak. Tu takde kira transport, pembantu, juru akaun, buku lejar bagai ye harap maklum.

Antara Keperluan dan Kehendak


Dunia kita sungguh unik. Zaman sekarang ramai yang suka menidakkan hak seseorang individu. Sama ada sedar atau tak sedar dan bagi aku ramai juga yang keliru dengan maksud kehendak dan keperluan. Kalau dilihat dunia sekelilingku seolah-olah kehendak lebih penting dari keperluan. Haa....Apa tu keperluan dan kehendak?

Keperluan
Kalau ikut buku kemahiran hidup tingkatan...(aku dah lupa) keperluan adalah perkara yang perlu ada pada setiap manusia untuk terus hidup. Keperluan asas terdiri daripada tempat tinggal, udara, makanan dan pakaian. Dan bagi aku antara keperluan lain yang perlu untuk zaman sekarang ni (at least untuk aku) ialah handphone, kenderaan bermotor(kereta/motor), internet, komputer at least dual core processor(untuk buat drawing) dll...

Kehendak
Kehendak adalah perkara yang menjadikan hidup manusia bertambah baik dan selesa. Contohnya rumah banglo, kereta mewah, handphone 1ghz processor, katil empire grade A(support tulang belakang) dll.....

Macam budak-budak kan?Cerita tentang benda asas hahahaha....Please remember 1 thing mate. Age doesn't make you matured. Its how you think.

Kereta
Keperluan. Tapi tak semestinya kalau gaji hang kecik hang kena beli kereta yang sama dengan sebulan gaji hang. Tak juga membolehkan hang berhutang duit member-member atau tak makan seminggu sebab hang nak beli sport rim kereta baru. Kalau hang ada anak bini makanya perlulah hang cukupkan dulu barang rumah hang sebelum beli sport rim lain.

Handphone
Keperluan. Tapi tak laa sampai hang kena beli handphone yang hang tak mampu beli sampai kena pau orang lain. Kalau hang nak main FB atau twitter handphone rm250 pun boleh support. So jangan laa duk merayu-rayu pau orang kata hang perlukan handphone canggih sebab nak tunggu email client, FB, twitter dll. Kalau hang nak yang canggih jugak hang cari laa duit beli sendiri.

Makanan
Ni keperluan asas. Sangat penting tapi tak laa sampai hang boleh order mak hang ikut suka hati suruh dia masak ikut sedap kepala hang ja. Lain laa kalau hang tu baguih, rajin dan berguna jiwa dan raga so takdak laa nampak jijik sangat. Ni kalau asyik menyusahkan mak bapak lepas tu nak demand-demand pulak....hadoii....Syukur laa mate syukur.....

Hiburan
Ni kehendak. So tak payah nak pening-pening kepala kalau minggu ni tak boleh nak p clubbing dengan member, tak boleh pi memancing tak boleh masuk kafe siber, karaoke dll. Kehendak je kot. So jangan laa sampai menyusahkan orang lain pinjam sana sini. Kalau nak jugak boleh. Tapi usaha laa cari sendiri.

Judi dan Arak
Ni kehendak dan ni haram. So tolong laa jangan libatkan orang lain dengan aktiviti haram anda. Mangsa-mangsa pau juga tolong fahamkan keadaan ini. Haram tetap haram. Sekian harap maklum.

Aku rasa yang ni dulu kot aku tulis. Kadang-kadang aku sedih tengok persekitaran aku. Sayangkan anak, sayangkan kawan, sayangkan kekasih, sayangkan abang adik sampai tak dapat nak bezakan yang mana kehendak yang mana keperluan. Sedar tak kita bila kita terlalu layankan kehendak seseorang manusia, manusia tu akan mudah lupa diri, lupa asal asul, malas. Sedar tak yang kita mendorong dia untuk menjadi lebih teruk, lebih tak guna dan lebih haprak dari sebelumnya. Dan jika kita sentiasa menyembunyikan kesilapan sesuatu individu sebenarnya kita bukan membantu tapi kita seolah-olah memanjangkan lagi tempoh zaman gelap mereka.

Manusia ada hak untuk menanggung kesilapan yang dilakukan sendiri,
Manusia ada hak untuk belajar apa yang tidak difahami/tak pernah dilakukan,
Tolong jangan rampas hak manusia dengan terlalu melayan kehendak mereka. Anda mungkin akan menyebabkan mereka hilang keperluan asas kerana terlalu kejarkan kehendak mereka.

They deserve to get their life. Please....  


Guna KEPERLUAN untuk kejar KEHENDAK. Jangan gadaikan.

Terima Kasih Orang Politik.



Aku singgah satu kampung baru-baru ni. Sibuk bercerita bab politik. Macam-macam isu yang keluar. Dah macam parlimen. Hebat.....Tiba-tiba ada isu tentang tanah yang nak dibangunkan. Nak jadikan kilang katanya. Tapi tuannya bukan dari orang aku, bukan juga orang mereka tetapi orang asing katanya. Orang mata sepet. Kecoh pakcik ni bercerita kononnya ini adalah pencerobohan alaf baru untuk merampas hak-hak orang aku dan orang mereka.

"Kami bangkang, kami tentang...Ini hak kami maka jangan ada siapa-siapa berani merampas apa yang hak."

Bersemangat, macho. Memang handsome gesture lah Pakcik. Memang semangat. Patriolotik habis. Tapi cukupkah perjuangan kita dengan sekadar teriakan sumbang? Cukupkah perjuangan kita dengan membangkang semua kemajuan oleh bangsa lain? Adakah itu yang dinamakan perjuangan?

Kepada Pakcik Macho.....
Anak-anak muda perlukan peluang pekerjaan yang baik. Mereka perlukan tempat tinggal dan pendapatan yang bagus untuk menyara hidup mereka. Mereka perlukan pemimpin. Pemimpin yang mampu memberikan mereka kemudahan untuk mereka mengecapi kemudahan asas dan keselesaan. Aku juga orang sama kulit, sama bahasa, sama budaya dengan pakcik. Aku juga bangga kalau orang-orang aku yang memimpin aku. Jauh lebih dari orang asing. Tapi aku juga tak sanggup dipimpin oleh orang aku kiranya jalan yang dipimpin membuatkan aku tersembam, tersungkur jatuh menghadap bumi.

Aku berkerja di sektor swasta. Aku satu-satunya melayu dalam pejabat. Tiap-tiap minggu ada sahaja topik kurang enak mereka terhadap bangsa aku. Kenapa semua tu terjadi?? Yaa semuanya sebab politik kotor dan jijik. Kerana politik mereka bermata sepet masih mengganggap bangsa aku bangsa menadah. Mereka masih mengganggap semuanya kami dapat miliki dengan mudah. Mereka masih percaya yang bangsa aku dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan untuk pembelajaran, pekerjaan, ladang, kebun...blablabla.....dan tiap-tiap kali di perlekehkan aku terpaksa jelaskan....

"I still need to pay my PTPTN same as other races in Malaysia. I also don't have any properties, i need to work like other races to find a food. Working with government?? Government tender?? Is not as what you heard in media. Actually I'm as Malay also don't get this opportunities. We still need to compete with other races. It just a propaganda."

Aku tak salahkan diorang untuk semua tu. Politik kotor bangsa aku yang menciptakan semua propoganda bangang ni supaya bangsa aku mudah dihina. Mereka mengatakan kononnya hak bumiputra masih terbela. Kononnya peluang pekerjaan dan tender-tender kerajaan diberi keutamaan kepada bumiputra sedangkan merakalah yang mengambil semua ruang yang wujud.

"Aku dah kerja 3 tahun dengan kerajaan.Kontrak. Budak perempuan tu baru masuk je 6 bulan dah dapat tetap.Oooo...rupanya pakcik dia pengarah kat sana patutlaa..."


"ABC Sdn Bhd menang tender tu....Sape-sape menang pun sama. Nanti orang sama jugak yang buat. Tu semua pak Menteri dah sapu. Drama je tender tuh....."


"Website 1 Malaysia dibuat dengan sangat bergaya untuk kegunaan rakyat Malaysia menelan belanja 1.4 juta??....Pen kilometrico rm80 sebatang?? "

Terima kasih politik bangsa ku. Hangpa buat orang kata bangsa aku macam sampah.....Sudah-sudah laa...Jangan tunggu politik ubah hidup kita. Kita yang ubah hidup kita. Let's move...

Tapi tak dinafikan dengan kekuatan politik barulah satu-satu negara tu akan maju. So dengan keadaan yang kucar-kacir ni pilih la yang terbaik, yang mampu bertahan tapi kalau ada option yang lebih baik berhijrahlah. Masalahnya masih adakah pilihan untuk kita? Tepuk dada macam gorila, tanya selera.....

Kalau ada tanah banyak kalau taknak orang lain amik p usahakan,
Kalau ada ruang kerja banyak tapi tak suka pendatang asing penuhkan korang p mintak dulu...
Kalau ada pengganggur,takde keje sangat konon sebab mat bangla dan mat indon dah sapu keje p jual karpet, p buat rumah.....Jangan asyik nak salahkan orang.