Tuesday, October 4, 2011

Antara Keperluan dan Kehendak


Dunia kita sungguh unik. Zaman sekarang ramai yang suka menidakkan hak seseorang individu. Sama ada sedar atau tak sedar dan bagi aku ramai juga yang keliru dengan maksud kehendak dan keperluan. Kalau dilihat dunia sekelilingku seolah-olah kehendak lebih penting dari keperluan. Haa....Apa tu keperluan dan kehendak?

Keperluan
Kalau ikut buku kemahiran hidup tingkatan...(aku dah lupa) keperluan adalah perkara yang perlu ada pada setiap manusia untuk terus hidup. Keperluan asas terdiri daripada tempat tinggal, udara, makanan dan pakaian. Dan bagi aku antara keperluan lain yang perlu untuk zaman sekarang ni (at least untuk aku) ialah handphone, kenderaan bermotor(kereta/motor), internet, komputer at least dual core processor(untuk buat drawing) dll...

Kehendak
Kehendak adalah perkara yang menjadikan hidup manusia bertambah baik dan selesa. Contohnya rumah banglo, kereta mewah, handphone 1ghz processor, katil empire grade A(support tulang belakang) dll.....

Macam budak-budak kan?Cerita tentang benda asas hahahaha....Please remember 1 thing mate. Age doesn't make you matured. Its how you think.

Kereta
Keperluan. Tapi tak semestinya kalau gaji hang kecik hang kena beli kereta yang sama dengan sebulan gaji hang. Tak juga membolehkan hang berhutang duit member-member atau tak makan seminggu sebab hang nak beli sport rim kereta baru. Kalau hang ada anak bini makanya perlulah hang cukupkan dulu barang rumah hang sebelum beli sport rim lain.

Handphone
Keperluan. Tapi tak laa sampai hang kena beli handphone yang hang tak mampu beli sampai kena pau orang lain. Kalau hang nak main FB atau twitter handphone rm250 pun boleh support. So jangan laa duk merayu-rayu pau orang kata hang perlukan handphone canggih sebab nak tunggu email client, FB, twitter dll. Kalau hang nak yang canggih jugak hang cari laa duit beli sendiri.

Makanan
Ni keperluan asas. Sangat penting tapi tak laa sampai hang boleh order mak hang ikut suka hati suruh dia masak ikut sedap kepala hang ja. Lain laa kalau hang tu baguih, rajin dan berguna jiwa dan raga so takdak laa nampak jijik sangat. Ni kalau asyik menyusahkan mak bapak lepas tu nak demand-demand pulak....hadoii....Syukur laa mate syukur.....

Hiburan
Ni kehendak. So tak payah nak pening-pening kepala kalau minggu ni tak boleh nak p clubbing dengan member, tak boleh pi memancing tak boleh masuk kafe siber, karaoke dll. Kehendak je kot. So jangan laa sampai menyusahkan orang lain pinjam sana sini. Kalau nak jugak boleh. Tapi usaha laa cari sendiri.

Judi dan Arak
Ni kehendak dan ni haram. So tolong laa jangan libatkan orang lain dengan aktiviti haram anda. Mangsa-mangsa pau juga tolong fahamkan keadaan ini. Haram tetap haram. Sekian harap maklum.

Aku rasa yang ni dulu kot aku tulis. Kadang-kadang aku sedih tengok persekitaran aku. Sayangkan anak, sayangkan kawan, sayangkan kekasih, sayangkan abang adik sampai tak dapat nak bezakan yang mana kehendak yang mana keperluan. Sedar tak kita bila kita terlalu layankan kehendak seseorang manusia, manusia tu akan mudah lupa diri, lupa asal asul, malas. Sedar tak yang kita mendorong dia untuk menjadi lebih teruk, lebih tak guna dan lebih haprak dari sebelumnya. Dan jika kita sentiasa menyembunyikan kesilapan sesuatu individu sebenarnya kita bukan membantu tapi kita seolah-olah memanjangkan lagi tempoh zaman gelap mereka.

Manusia ada hak untuk menanggung kesilapan yang dilakukan sendiri,
Manusia ada hak untuk belajar apa yang tidak difahami/tak pernah dilakukan,
Tolong jangan rampas hak manusia dengan terlalu melayan kehendak mereka. Anda mungkin akan menyebabkan mereka hilang keperluan asas kerana terlalu kejarkan kehendak mereka.

They deserve to get their life. Please....  


Guna KEPERLUAN untuk kejar KEHENDAK. Jangan gadaikan.

No comments:

Post a Comment