Tuesday, October 4, 2011

Kalau Pengemis Jadi Peniaga Tisu


Minggu lepas isteri dan aku mengunjungi seorang sahabat di Shah Alam. Lepak kat KFC depan "Pintu belakang" UiTM. Seronok-seronok sembang ada satu budak datang mintak sedekah. Hati aku mungkin busuk, tak rasa nak bagi langsung sebab aku dah dimogokkan dengan agen peminta sedekah ni. Walaupun takde bukti tapi hati aku mengatakan yang mereka agen. Tapi aku bukan malaikat. Mungkin tafsiran ku salah. Ntah-ntah betul-betul punya susah. Tapi kalau nak kira kebarangkalian memang tinggi laa yang budak tu agen berpandukan kes-kes yang dah dilaporkan di media dan internet.

Selepas budak tu berlalu pergi aku mula terfikir berapa pendapatan peminta sedekah jenis bawak tisu kalau di niagakan. Aku cuba ambil working hours aku. 9am-5pm dengan 1 jam rehat dan sebulan 8 hari cuti. Kalau ikut pemerhatian aku peminta sedekah jenis tisu ni akan pusing ke setiap restoren dalam jarak masa 30 minit dan akan dapat dalam 10 orang pemberi sedekah dan selalunya mereka akan ada berdekatan dengan restoren-restoren lain. Jadi maknanya:

10minit untuk restoren 1,
10minit untuk restoren 2,
dan 10 minit untuk restoren 3 dan kemudian rotate ke restoren 1 balik.

So kalau 1 restoren diorang dapat 10 pelanggan maknanya 3 restoren akan dapat 30 pelanggan dalam tempoh 30 minit. Anggapkan kos tisu rm0.10 dan mereka menjual dengan harga rm0.30. Ni bermakna dalam 30 minit mereka akan mendapat untung sebanyak 30x(rm0.30-rm0.10)=rm6. Bersamaan juga dengan RM12/jam.

Jadi kalau mereka berkerja ikut office hour aku maknanya pendapatan mereka lebih kurang rm12x(8jam-1jam rehat)=rm84. Jadi sebulan bersamaan rm84x(30hari-8hari cuti)=rm1848.....Tu kira average je tak kira peak hour dengan kerja lebih masa lagi.

Jadi kenapa perlu mintak sedekah, meminta-minta gunakan trick bersedekah dan dapat tisu? Untuk aku yang kuat berpeluh ketika makan ni kalau diorang datang dan cakap,

"Bang tisu bang.30sen sebungkus.". Confirm aku beli 3. Sebulan boleh dapat gaji arkitek tu kalau rajin dan cergas. Gaji halal hasil usaha sendiri dan tak perlu meminta-minta. Baru power.

Walaubagaimanapun kita cuma bercakap yang menanggungnya mereka. Mungkin mereka ada jawapan untuk tindakan mereka siapa tahu......

Nota kaki: Calculation tu cuma gambaran jangan amik serius pulak. Tu takde kira transport, pembantu, juru akaun, buku lejar bagai ye harap maklum.

4 comments:

  1. situasi meminta tu mmg x dapt dielak dah sekarang...
    yg penting nya bersedekah biar lah dgn niat yg ikhlas..==))..
    kadang2 kt x bole jg terlalu menilai kehidupan org ln...sbb nasib setiap org x sama..

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan Wawa.Tapi Tuhan Maha Adil.Dia takkan ubah hidup sesuatu kaum kalau kaum tu tak cuba untuk berubah.Pengalaman dan kesilapan adalah guru terbaik tapi kita xde cukup masa untuk melakukan kesilapan seumur hidup kita.So learn from others is better :).

    ReplyDelete
  3. bg aku la kan, semua bergantung pada niat kita sendiri. kalau rasa nk sedekah bg ja, xnak sudah. biaq p la kalau pemintak sedekah tu penipu atau betoi2 susah. janji ikhlas.

    ReplyDelete
  4. niat tu kita dgn tuhan.tp hubungan kita dgn manusia?menolong secara membabi buta pn salah sebenarnya....tp terpulang pd cara seseorang individu berfikir laa mon.ada org dia jalan dia tgk depan ja.ada org sambil tgk dpn dia jeling kiri kanan.y tgk dpn akan nmpk dpn jelah.y jeling kiri kanan akan nmpk sekeliling.hubungan y plg susah hubungan dgn manusia laa :)

    ReplyDelete