Friday, July 29, 2011

Malaysia Ohh Malaysia. Syabas!!

Semalam fenomena baru rakyat Malaysia. Stadium Bukit Jalil dan kedai-kedai makan seluruh Malaysia dipenuhi rakyat berbilang kaum berkumpul untuk bersorak kepada Malaysia sempena Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura. Aku tak begitu meminati bola sepak. Aku sendiri kaki bangku footsal pun aku tak main. Jadi rasanya tak layak untuk aku bercakap tentang bolasepak. Di sini aku ingin menceritakan tentang revolusi pemikaran peminat bola sepak dan rakyat Malaysia.

Kalau sebelum ini asal kalah je memang habis laa kena bambusa pemain Malaysia dan kalau menang dapat pangkat darjat habislah pemain-pemain kita tapi kali ini nampaknya kita dah makin terbuka. Banyak yang mengucapkan tahniah kepada Malaysia dan memberi kata semangat walaupun selepas tertewasnya harimau di tangan singa. Banyak juga ucapan tahniah yang diberikan kepada Singapura oleh rakyat kita sendiri. Sudah menjadi adat yang kalah dihina yang menang dijulang tetapi sifat keterbukaan kita membuatkan orang makin menghormati kita. 

Dengan tertewasnya pasukan Malaysia dan dalam masa yang sama melihat bertapa bersatunya rakyat Malaysia semalam untuk menyokong Malaysia dan dengan sifat keterbukaan kita ini baru boleh panggil 1 Malaysia. Syabas kepada skuad Harimau untuk aksi permainan yang bagus dan syabas kepada Singapura untuk kemenangan anda. Jangan risau harimau pasti bangkit kembali.

Kesimpulan aku untuk entri ini dalam satu pertandingan adatlah untuk kita menyokong kelompok kita tapi jika kekalahan yang menimpa perlulah kita terima dengan hati yang terbuka dan berusaha membaiki kelemahan tersebut. Tetapi jika kita berkeras untuk menang sedangkan sudah terang-terang dikalahkan pihak lawan akhirnya kita akan dipandang hina oleh semua orang. Kekalahan bukan sesuatu yang teruk. Tapi kehilangan maruah memang sangat teruk. Bila kita gagal mengawal emosi, musuh dengan mudah mampu menembusi benteng pertahanan kehidupan kita. Mungkin secara tak sedar kita memberi kunci Solex kepada mereka untuk menonjolkan kebodohan kita bila emosi menguasai...."Eleh cakap senang laa ingat senang nak kawai emosi?"....hehehe.....Senang ke susah ke memang kena belajar kawal kalau tak anda tanggunglah akibatnya(nanti aku kongsi entri kegagalan mengawal emosi).

"Biar kalah dengan bermaruh dari menang dengan musibah."

PS: Aku tetap benci pengamal rasuah dan pencacai politik.

Wednesday, July 27, 2011

MLM Perniaga Profesional ke Haprak?

Dua tiga minggu ni banyak sangat yang cakap kencang. Tapi selalunya takde apa pun. Bunyi je lebih. Ni aku nak cerita pengalaman dua tiga hari lepas yang aku lalui berkaitan orang cakap kencang ni.

1.MLM puncak everest.
Pakcik MLM:
Ni pakcik nak habaq mai ni, anak join pakcik anak kira duk bawah pakcik la. Yang setup bisnes ni kawan pakcik. Pakcik bawah dia. So kalau anak masuk dulu anak kira level 3 laa. Benda-benda macam ni senang naik kalau kita duk atas.
Aku:
Takpa laa pakcik saya tak minat bisnes macamni.Saya lagi suka cari duit dengan kepala dan kudrat saya. Network-network ni saya tak minat.
Pakcik MLM:
Anak jangan salah anggap. Network ni bukan bisnes MLM.Ni bisnes tolong menolong. Nak tolong orang melayu.Network tu maksud dia rangkaian(penjelasan 1st class). Anak bayang pakcik masuk RM250 seminggu dah jadi RM1500. Sapa nak bagi macamni. Bisnes ni baik punya.
Aku:
Duit tu dari mana?
Pakcik MLM:
Depa melabuq kat America. Yang tu kita tak payah amik tau depa yang uruskan. Kita masuk ja goyang kaki tunggu duit.Pakcik tak paksa anak masuk tapi kalau anak tak masuk rugilaa. Pakcik tak rugi apa-apa pun.

Yaa memang pakcik tak rugi dan pakcik tak paksa. Tapi hangpa tau dak yang pakcik ni call aku tiap-tiap minggu duk provoke aku dengan bisnes mereng dia nih. Aku nk bambu orang tua (tapi akhirnya aku bambu jugak.)

Masuk kali ni aku rasa ni bisnes MLM ke 10 beliau. Permulaan selalunya berjaya, tapi lepas system crash dia akan collapse kaw-kaw dan akan bertambah musuh. Dan tiap-tiap kali dia masuk MLM baru dia akan cakap ayat yang sama."Ini bukan MLM ini bla bla bla...sistem takkan crash". Dan seperti biasa sistem crash jugak akhirnya dan dia akan mula dari awal.

Ok ni aku nak bagi soalan laa kat korang yang dah memang kemaruk nak kaya cepat. Ni antara soalan-soalan yang aku nak tujukan kepada pengamal MLM diluar sana.

1. Bisnes ni dibuat untuk tolong orang bumiputra. Orang-orang lain tak tau ni.
Yaa ka??hangpa tau duk tender gov kat Malaysia ni kebanyakannya dimonopoli oleh  beberapa pihak saja yang menggunakan berpuluh-puluh syarikat dengan nama yang lain untuk masuk tender. Hangpa tau dak yang bertapa susahnya nak dapat tender dengan gov? Kalau ada bisnes yang tak guna akai macam ni hangpa ingat geng-geng yang duk masuk tender tu tak tau ka? Kalau betui laa senang kaya dah lama puak-puak tu masuk beratus-ratus lot sampai hangpa pun takdak ruang nak masuk. Tapi awat depa tak masuk??Mai jawab mai....

2. Korang tak payah buat apa korang goyang kaki je. Jadi sleeping partner.
Hangpa tau dak apa tu syarikat? Aku pn tak pandai sangat tapi ni aku nak habaq mai. Buka buku kemahiran hidup tingkatan 3 bab perniagaan. Baca balik page yang ada borang PNA1A. Pastu hangpa tengok syarikat ini ada berapa jenis.

Enterprise
Yang ni cuma ada satu pemilik. Owner bankrap syarikat pun bankrap dan vice versa.

Sdn Bhd
Ni kalau syarikat bankrupt owner tak bankrup. Pemilik boleh sampai 50 orang kot. Kalau tak silap laa(aku malaih nak refer balik salah tolong teguq eh).

Berhad
Ni pemilik takdak limit. Macam ASB semua tu.

Tapi pakcik ni tunjuk aku syarikat enterprise pastu duk wayang yang nak bagi aku jadi sleeping partner. Ni lawak bodo ka apa? Sepatutnya kalau nak ada sleeping partner ahli takdak limit bagai syarikat hang mestilah Berhad. Mungkin hangpa tak tipu tapi hangpa yang bodo atau hangpa yang diperbodohkan.(Ini khas untuk MLM Enterprise)

3. Duit labur kat Amerika tak payah amik peduli la kita cukup time dapat duit.
Tudiaaa...takkan sebab duit yang haram pun hangpa sapu. hangpa tau dak dengan otak aku yang bodo ni aku masih boleh buat bisnes yang tak merapu macam hangpa ni dan aku masih boleh dapat rezeki halal. Aku boleh buat kerja komputer sambil lepak-lepak dengan bini aku lepas 2 jam aku boleh dapat duit yang sama dengan gaji aku dua hari. Kalau aku buat design sehari suntuk aku boleh buat duit sama dengan gaji aku setengah bulan. Dan hangpa tau tak dalam bisnes ni ada risiko. Risiko tu bukan bermaksud hangpa tinggai duit hangpa untuk orang urus tapi hangpa yang uruskan risiko tu.

4.  Ni pakcik cakap ja kalau tak mau masuk pun takpa pakcik tak rugi.
Kalau tak rugi awat duk promote hari-hari. Aku tau tu strategi bisnes. Dari kecik pak aku dah ajaq. Tapi tukaq laa strategi lain yang umph sikit. Ni ada kat FB aku tengok mula-mula amik gambar dengan BMW pastu kawan pun dengan BMW sekali tengok nombor plat sama. Pasti ada pulak note "kami telah berjaya anda bila lagi". Epic fail.....


Ok ni plak statement-statement lawak yang aku pernah jumpa kat FB.

1.Saya mampu menjana pendapatan seperti 5 bulan gaji
*Cukup bulan : Haram ehh awat bos tak masuk gaji lagi ni....tension betui.

2.Kereta idaman saya. Saya akan miliki dalam tempoh 6 bulan.
*Dah 3 tahun dah kot. Remove laa gambaq tu.(aku awai2 dah remove tag nama aku).

3.Amik muka letak kat machine ATM(Wahh macam tak percaya duit dalam bank saya begitu banyak selepas melakukan bisnes ini)
*Bulan depan: Kereta kena tarik TERLUPA bayar sebab sibuk bisnes(cover jangan tak cover).

4.Saya lepasan universiti dan pendapatan saya mencecah 5 angka sebulan.
*"Wei bila nak bayaq hutang. Kata gaji dah 5 angka"-message kat wall beliau.


Kesian....Yaa aku bukan orang yang berjaya untuk nasihat korang. Tapi aku tau apa yang korang buat tu salah dan dah banyak kes sekeliling aku yang aku tengok keluarga bercerai berai, porak poranda, habis duit simpanan, duit nak menunaikan haji untuk masuk bisnes menipu macam ni.

Bagi aku MLM adalah satu marketing yang bagus dimana ia menggunakan medium perantara mulut ke mulut dan menggunakan konsep komisyen tetapi banyak yang mengamalkan dengan cara yang salah di mana konsep MLM sekarang lebih mirip kepada Head Hunting System bukan kepada penjualan produk yang berkualiti. Penjualan produk pula kebanyakannya hanyalah untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan untuk melakukan perniagaan jualan langsung di Malaysia. Dan kerana terlalu kejarkan profit untuk komisyen kepada ahli selalunya produk MLM dijual berkali-kali ganda lebih tinggi dari harga kos.

Islam ada ajar kita tentang perniagaan. Rasulullah adalah peniaga yang berjaya dan beliau berniaga di kala zaman jahiliah dimana ketika itu kejahatan berleluasa. Anak-anak perempuan dibunuh di depan mata. Jadi kalau anda dengar rakan anda berkata "Nak berniaga laa ni kena ikut cara depa kalau tak kita ketinggalan" hangpa pikiaq laa sendiri.

Kalau anda ikhlas berniaga mungkin anda tidak kaya tapi yang pasti anda tetap kaya di sisi Allah dan Allah berhak memberi kekayaan Nya kepada sesiapa yang dikehendaki asalkan mereka berusaha dan bertakwa kepada Nya.

Kalau kaya banyak musuh apa guna,
Kalau kaya duit haram apa guna,
Kalau kaya tapi jahil apa guna.

Allah bagi kekayaan harta dan dunia kepada manusia ada dua sebab. Satu sebab Allah sayang dan satu lagi sebab Allah benci.

Ingat cerita Karun?....Harta karun tuuu....kalau lupa sila google ya.  Kalau tak jumpa bagitau.

Tuesday, July 26, 2011

Cakap Kencang Senjata Loser. Loser kah anda?


"Hoi hang buat elok-elok noo ni kampung aku ni satgi aku panggil satu kampung turun sekeh kepala baru hang tau".
"Berani hang ganggu puak aku noo. Aku hentak kepala hang baru tau."
"Hang berani ketuk aku hang tunggu sat aku p panggil geng. Mati hang lepaih ni"

Tudiaaa.....Dah banyak kali aku dengar kes ini. Meh sini aku nak kongsi kisah benar seorang kenalan yang pernah ku lihat dengan mata kepala aku sendiri 4 tahun lepas. Kisahnya bermula begini.

4 tahun lalu:

Pada malam tersebut sahabat aku dan bapanya hendak pergi ke Alor Star untuk mengambil sahabat bapanya di sana. Aku turut serta kerana kebetulan di ajak dan aku kebosanan untuk tinggal di rumahnya dengan adik-adiknya. Sedang dalam perjalanan ibunya menelefon bapanya kerana kereta ibunya telah dihalang oleh kereta tetamu jiran dan malu untuk meminta tolong jiran untuk memindahkan kereta tersebut.Baru berjiran katanya. Maka si bapa tadi pun pulang untuk menyuruh tetamu jiran sebelah tadi memindahkan kereta tersebut.

Kerana mengejar masa bapanya memandu agak laju dan setibanya di kawasan perumahan tersebut kebetulan tetamu jiran sudah di luar jadi bapanya dengan nada yang agak kepenatan meminta tuan punya kereta memindahkan kereta tersebut. Tetapi mungkin kerana salah anggap si anak jiran tiba-tiba melenting dan marah.

"Nak gaduh ka, nak gaduh ka hisshh aku orang tua ni."

Tiba-tiba si anak jiran tadi terus melulu ke arah bapa sahabat dan dihalang oleh saudaranya yang masih waras. Pun begitu ada juga saudaranya yang sama naik angin yang tiba-tiba keluar dari rumah tanpa hujung pangkal cerita terus meluru untuk bergaduh.

Sahabat aku pula selepas melihat bapanya di tengking terus berkata "Cakap elok-elok tak boleh ke? Ni bapak saya". Maka kelihatan anak jiran itu lagi bertambah marah dan melepaskan tumbukan kepada sahabat aku tadi dan sahabat aku bertindak melindungi bapanya. 2 orang dan dikeliling hampir 10 orang. Tapi seperti yang kita sedia maklum banyak yang bunyi yang bertindak cuma sedikit sampai kan ada yang terpukul kawan sendiri ketika cuba bergelut dengan 2 orang tadi.

Dalam tak sampai 5 minit datang pula sepupu jiran tadi, turun kereta terus berkata kepada sahabat aku "Hang jangan duk tunjuk terer ni kampung aku yang punya". Sahabat aku dengan sinis menjawab "Kalau kampung hang awat? Ada masalah ka?" Si bapa menelefon polis dan dalam tempoh 5 minit polis tiba ditempat kejadian. Setelah berbincang dengan polis dan meminta khidmat nasihat polis mengarahkan kedua-dua pihak melakukan laporan polis.

Dalam perjalanan ke balai pula bapanya telah menghubungi samseng upahan dan juga orang-orang kuatnya. Si samseng di arahkan ke balai polis dan orang-orangnya di arahkan melihat persekitaran rumah bimbang kalau-kalau ada apa berlaku kerana ketika itu ibu dan adiknya tidak turut serta ke balai polis. Setibanya di balai kedua-dua pihak membuat laporan di mana si anak membuat laporan mengatakan beliau diserang selepas berlaku pertelingkahan dan beliau bertindak mempertahankan diri dan si anak jiran pula melakukan laporan yang berkaitan dan mungkin memandangkan banyak yang menyebelahinya beliau dengan lagak dan berani membuat muka samseng. Ohh...sahabat aku dan bapanya ke balai dengan 1 kereta manakala jirannya ke balai dengan 4 biji kereta yang dipenuhi masing-masing gaya ala-ala body builder.


Selepas itu kedua-dua pihak di panggil masuk ke bilik pegawai polis untuk soal siasat. Anak jiran dan sahabat aku dipanggil manakala yang lain berkumpul di luar pintu pegawai. Yang geng anak jiran ni siap berpeluk tubuh sambil menunggu di luar dan yang si sahabat ini pula ditinggalkan oleh bapanya yang pergi mengambil orang di Alor Star. Pun begitu samseng yang diupahnya rupanya sudah ada di luar bersedia untuk melindungi sahabat aku jika ada apa-apa yang berlaku.

10 orang dengan 2 orang. Ngeri bukan? Namun di sini lah segalanya bermula. Dialognya seperti ini:

Polis: 
Ni macam mana ni nak settle ke nak buat kes? Kamu boleh tarik balik report kalau kamu nak?
Si Anak Jiran(AJ): 
Teruskan.Saya ikut je saya tak takut.
Sahabat(S) : 
Ohhh....macamni laa encik. Saya diserang dengan bapa saya ketika meminta beliau untuk memindahkan kenderaan.
AJ: 
Dia tinggi suara dengan saya encik tu yang saya serang tu.
S: 
Yaa...Dalam undang-undang ada ke mengatakan tinggi suara boleh dipukul. Tapi setahu saya kalau kita diserang dengan 1st body contact saya berhak untuk mempertahankan diri saya dan yang penyerang adalah bersalah.
AJ: 
Ko cakap banyak ko tunggu kat luar nanti.
S: 
Saya rasa mudarat ni encik kalau saya hentikan je kes ini setakat ini. Takut ada gangguan dan ugutan pulak selepas ni. Kalau saya buka kes ini boleh encik?
Polis : Boleh.Terpulanglah kepada encik.

Si sahabat aku ni pun menelefon bapanya untuk memberitahu niat nya dan bapa bersetuju. Kemudia dia pun memberitahu polis tersebut yang mereka akan membawa kes ini ke mahkamah. Maka ketika itu geng body builder si anak jiran mula berkurangan.Mungkin menghitung wang untuk membayar wang ikat jamin. Si sahabat tersenyum.

S:
Saya rasa saya proceed laa dengan report ni sebab dalam undang-undang saya rasa saya tak salah. Bab-bab tinggi suara apa semua tu rasanya takde laa ikut undang-undang sangat pun. Tapi bab parking kereta block jalan orang dan menyerang fizikal sudah pasti satu kesalahan dan kesalahan tersebut dilakukan oleh mereka. Jadi saya rasa memang confirm saya menang.
Polis :
Kalau diikutkan laporan yang diterima lebih kurang macam tu laa. Ni kamu-kamu(bercakap dengan geng body builder kat luar) nak tunggu sini ke nak keluar dulu? Kes ni nak dibawa ke mahkamah. Saya rasa baik kamu tungguk kat luar kalau tak kamu semua saya masuk dalam lokap nanti.


Maka geng body builder berkuranglah lagi tinggal 3 orang. Salah seorang itu adalah yang mengatakan "kampung ini kampung aku tadi".

Selepas itu si bapa pun sampai dan bersalamanlah dengan gelak tawa bersama anggota polis tadi. Maka si bapa bertanya kepada polis bagaimana dengan kes ini. Si polis berkata "anak encik nak guna peguam nak buka kes katanya". Tiba-tiba mamat "kampung ini kampung aku tadi"(KIKA) bersuara.

KIKA : 
Tak payah la bawak ke mahkamah hal kecik je ni.kita settle sini sudah laa.
Si Anak : 
Saya ok. Tapi kalau nak settle saya nak semua orang yang terlibat pukul bapa saya tadi datang salam danminta maaf dekat dia.
Si Bapa : 
Saya tak pernah pukul anak saya sampai berdarah dan hari ini ada orang yang pukul sampai berdarah. Saya nak darah anak saya di bayar.
Si Anak : 
Saya pun tak pernah tengok orang pukul bapa saya seumur hidup. Kalau bapa saya ampun saya ok la kalau dia cakap tak saya bawak kes ni.
Polis : 
Ok, macamana ni?
KIKA: 
Oklaa encik kita minta maaf laa. Lagipun mak dia sakit nanti kalau apa-apa jadi kat mak dia bila dia masuk lokap macam mana? Saya pun tak nak panjang-panjang.
Si Anak: 
Saya ok je tapi make sure semua yang sepak bapa saya tadi datang bersalam dan mintak maaf kalau tak saya bawak ke atas. Mintak maaf laa.
Si Bapa : 
Saya dah call lawyer tadi untuk buka file. Kalau nak settle mintak pihak encik untuk bayar segala kos guaman tadi sekarang.

Maka si KIKA pun bersetuju dan menyuruh semua geng body builder bersalam dengan si bapa dan menyerahkan duit sebanyak RM300 untuk urusan guaman. Dan kemudia baliklah geng KAMPUNG INI AKU YANG PUNYA tersebut dengan seribu kemarahan. Dan katanya selang seminggu kemudia mereka berpindah ke tempat lain.

Dalam cerita ini ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran aku dan bertanya kepada sahabat aku.

Soalan 1:
Awat hang kes kecik pun nak panggil lawyer?
Hahaha...Sebenaqnya tak panggil pun. Aku trick depa ja. Aku nak tengok depa betui-betui berani ka dak? Pastu time aku call pak aku pun cuma trick ja tu. Nak gempaq depa. Tapi kalau depa tak takut takpa sebab memang ada peguam pun.hehe...

Soalan 2:
Pastu awat pak hang mintak duit?
Tu pak aku saja ja nak psycho depa. Sebab selalu orang peronguih macam tu depa keja tak baguih pun so depa bukan ada duit. Bila tak dak duit depa cabut laa. Kalau depa duk situ jugak satgi orang mintak duit depa. Orang macamtu bukan ada otak. Depa suka bergaduh ja.

Soalan 3:
Pak hang buat apa dengan duit tu?
Dia bayaq kat samseng tadi hahaha.....Walaupun samseng tu tak buat apa pun. Dia just prepare ja takut depa main loqlaq.

Soalan 4:
Awat pak hang ada contact dgn geng tak elok?
Hahaha..la ni bukan susah pun nak cari orang jahat. Tunjuk duit ja dapat la tapi bukan dia ada guna pun. Kita kena tau cara buat baik dan cara buat jahat tapi kita jangan buat jahat tak elok. Amik tau sudah laa.


Kesimpulan yang aku dapat dari cerita ni. Kalau kita cakap hebat pun tapi apa pun kita tak mampu buat tak guna juga. Macam aku sebagai melayu la bercakap tentang Malaysia ni tanah air aku tetapi aku masih berkerja bertuankan bangsa asing. Masakan aku boleh mengaku yang aku tuan kepada Malaysia walaupun hakikatnya nenek moyong aku yang meneroka Malaysia. Jika hendak menjadi tuan kita perlulah betul-betul berfikiran dan bertindak seperti seorang ketua bukan sekadar omong kosong sahaja. Kalau tak matilah kita dengan angan-angan.

Banyak yang sanggup mati untuk kita? Betul ke? Siapa kita?
Aku tengok dalam kes ini sendiri pun sedih. Kerana mereka lah si anak jiran tadi jadi bersemangat kerana menyangka dia akan di back up habis-habisan tetapi akhirnya tinggal mereka bertiga sahaja sedangkan ketika itu keadaan dah makin keruh dan akhirnya mereka pulang dengan kekalahan dan kekecewaan yang teruk malah akhirnya terpaksa keluar dari kampung sendiri.

Teringat kata-kata sahabat aku. "Kalau dunia ni kau yang punya kampung ini kau punya kenapa masih perlu berkerja lebih masa berhutang bank, beli barang kedai runcit kena bayar? "

Hentikanlah angan-angan kembalilah ke pangkal jalan. When you doing a bad thing actually you already alone.

"Kampung ini kampung kau? Who cares?"

Friday, July 22, 2011

Ikhlas

"Kalau hangpa tolong aku tak ikhlaih selama ni takpa laa aku pun tak mau hangpa tolong aku".
"Bagi cek besaq2 nak dapat nama la tu nak masuk majalah gila glamour bukan ikhlaih pun dia tu".
"Sedekah kat Masjid saja tak mau lipat duit dia nak tunjuk kat orang la tu yang dia bagi banyak. Kalau tak ikhlaih bukan Allah terima pun"

Ni antara ayat-ayat yang aku kerap dengar dalam kehidupan aku. Ada ketika aku dengar dari orang golongan rendah. Ada ketika juga aku dengar dari orang dari golongan tinggi dan berpendidikan. Yaaaa Allah tidak akan MENILAI satu-satu perbuatan yang dilakukan dengan dasar untuk menunjuk-nunjuk. Yaaa Allah juga benci orang yang suka riak dan takbur dalam melakukan sesuatu kebaikan.

Bukankah kerja Allah untuk mengukur keikhlasan hamba Nya?Anda rasa jika kita beribadah 500 tahun sekali pun tanpa izin Nya adakah syurga akan menjadi destinasi kita? Kalau tak buat ibadah apatah lagi. Tapi semuanya adalah atas kehendak Nya. Pernah kita dengar anak yang menjaga ibu-bapanya yang menjadi babi kerana melarang anaknya memeluk islam? Pernah kita dengar kisah Nabi Ibrahim yang dibakar di dalam api tapi dengan "relax" boleh berjalan keluar? Kan menentang hukum manusia tu tapi semuanya pastu terjadi dengan kehendak Allah.

Tentang keikhlasan mungkin kita sendiri tak pasti. Contohnya sebulan sebelum arwah tok wan aku meninggal dia ada dengan aku ketika hendak menunaikan solat jumaat. Ketika itu diberikan 50sen kepada aku dan diarahkan aku untuk bersedekah ke tabung masjid. Masa tu aku sudah tingkatan 4 dan memang secara peribadi aku sendiri memasukkan duit(kadang-kadang) ke dalam tabung masjid. Tetapi selepas kejadian tok wan aku tadi dan selepas ketiadaannya aku merasa seolah-olah tanggungjawab aku untuk bersedekah setiap minggu mengenangkan pesanan tok wan aku tadi. Dan yang lebih menarik tiap-tiap kali lepas sedekah mesti rezeki aku murah sehinggakan ada satu ketika aku bersedekah untuk mengharap imbuhan dari Allah dan selepas peristiwa itu aku hentikan aktiviti tersebut kerana takut dengan perasaan mengharapkan balasan untuk perbuatan aku. Takut tak ikhlas. Dan selepas 3 minggu aku lakukan kembali dan aku dah tak kisah tentang apa yang dalam hati aku sebab tiap-tiap kali aku tak sedekah ada perasaan gundah gulana dalam hati aku.

"Bukankah perbuatan yang mengharapkan balasan adalah tidak ikhlas?"

"Jadi tindakan aku bersedekah di masjid itu adakah tidak ikhlas kerana aku mengikut apa yang di pesan oleh arwah tok wan?"

"Adakah tidak ikhlas aku bersedekah dengan mengharap imbuhan berlebih-lebih dari Allah walaupun itu janji Allah sedangkan definasi ikhlas adalah memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan?"

"Sedekah aku untuk mengelakkan perasaan gundah gulana. Adakah aku ikhlas??" 

Apakah itu ikhlas yang sebenar?
Mungkin kita sendiri tak mampu mengukur tahap keikhlasan kita melainkan Allah swt.

Di sini aku inginkan kongsikan cerita yang aku dengar dari kecil. Kisahnya tentang seorang pemuda yang benggang dengan penyembahan satu pokok besar di kampungnya yang dijadikan berhala. Maka suatu hari dia dengan nekad berniat untuk "MEMUSNAHKAN BERHALA YANG DISEMBAH" orang yang menyekutukan Allah.

Jadi hari pertama pergilah beliau dengan kapak dan di tengah perjalanan di halangnya beliau oleh seseorang dan orang itu berkata "relax,hang balik dulu tidoq tengok bawah bantai hang esok". Maka lelaki ini pun pulang dan tidur. Keesokannya di lihat di bawah bantalnya ada emas(duit macam tu laa aku dah lupa). Maka dengan radangnya beliau pergi lagi untuk "MEMUSNAHKAN BERHALA YANG DISEMBAH" itu tadi. Dan kejadian yang sama berulang sehingga 3 kali.

Di kali ke-4(kalau tak silap) lelaki itu bangun dan melihat bawah bantalnya tiada apa-apa yang ditinggalkan. Maka bergegaslah lelaki itu dengan perasaan marah kerana tidak mendapat imbuhan dan dia pun memusnahkan POKOK BERHALA yang disembah tadi.

Perbuatan yang sama tetapi niat telah berubah. Dari niat untuk MEMUSNAHKAN BERHALA kepada niat untuk MEMUSNAHKAN BERHALA KERANA TIDAK MENDAPAT IMBUHAN. Jadi apakah imbuhan yang akan diterimanya kelak? Allah lebih mengetahui.

Kesimpulannya mulakan apa-apa pun dengan niat. Tapi macam ikhlas tadi bolehkah kita faham niat kita?? Allah lebih mengetahui.

Digsby Aplikasi Multi Social Network Terbaik

Pop up notification. Klik desktop semua hilang.Sangat biskut.

Ok just straight to the point.
Bukan semua tapi aku percaya hampir 80% pengguna internet yang berkerja suka bermain FB, Twitter, YM, semak email dll. Jadi kalau anda asyik menggunakan aplikasi ini satu persatu bila kerja nak jalan?

Yaaa....Tak dinafikan bagi aku media seperti chatting dan email sangat penting ketika berkerja kerana ada ketika kita perlu "meminjam"(tudiaa meminjam satu kali) bahan rujukan dari rakan-rakan kita dan platform paling mudah adalah melalui email dan cara berhubung paling senang adalah melalui FB. Tapi kalau tetingkap FB dan email je yang asyik terpampang mana workspace untuk berkerjanya??

Inilah pentingnya Digsby dalam kehidupan aku. Antara sebab-sebabnya:
Konsep yang sangat menarik dimana semua aplikasi disembunyikan kecuali bila ada aktiviti dimana notification bubble akan muncul dan kita boleh memberi respon terus kepada teman-teman IM dan Social Network dan membolehkan kita menyemak email dengan pantas.

"Untuk pengguna yang tak suka menyemakkan komputer dengan tetingkap-tetingkap di desktop aplikasi ini sangat sesuai untuk anda." -Pengguna tegar Digsby sejak 2007(aku la tu).

Yang ini aku ambil dari website Digsby(terjemah menggunakan google translate dan sedikit pengubahsuaian)

Instant Messenger

  1. Satu senarai buddy gabungan untuk semua AIM, MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, Jabber, Facebook Chat.
  2. Menguruskan pelbagai perbualan dengan tingkap perbualan. Anda boleh menyeret tab ke tingkap mereka sendiri untuk perbualan yang penting.
  3. Menamakan semula hubungan dengan nama gelaran jadi anda tidak perlu ingat nama IM rakan anda  seperti Mawar Berduri
  4. Jika salah satu daripada rakan-rakan anda mempunyai lebih daripada satu akaun IM anda boleh menggabungkan mereka ke dalam akaun yang sama untuk mengelakkan kekeliruan dan "duplicate data".
  5. Membalas Chat kawan-kawan anda melalui tetingkap IM(pop up notification).
  6. Infobox yang membolehkan anda menyemak mesej status dan profil semua orang hanya dengan menggerakkan tetikus anda ke bawah senarai.
  7. Menukar status anda tidak pernah menjadi semudah itu. hanya satu klik kanan dalam senarai buddy!
  8. Multitasking sementara anda berbual. Mengecilkan tetingkap IM dan anda lihat popup baru IM. Terbaik dari semua, anda boleh memberikan jawapan tepat dari popup dan kembali kepada apa yang anda lakukan.
  9. Log sejarah perbualan dan mencari maklumat yang anda perlukan dengan search-enabled log watchlist.

E-mel
  1. Menguruskan Hotmail, Gmail, Yahoo Mail, AOL / AIM Mail, IMAP, dan POP kanan dari digsby.
  2. Dapatkan pemberitahuan pop timbul apabila e-mel baru tiba. Mengklik popup membawa anda hak untuk mesej dengan auto-login ke dalam akaun webmail.
  3. Infobox e-mel memberikan anda gambaran mesej yang belum dibaca anda dengan hanya satu klik
  4. Melaksanakan tindakan seperti "Tanda sebagai Dibaca" atau "Report Spam" hak dari Infobox e-mel.
  5. Hantar e-mel kepada rakan-rakan anda betul-betul dari tetingkap IM. E-mel dihantar terus dari mana-mana akaun digsby adalah pengesanan untuk anda.
Rangkaian Sosial
  1. Tinggal up to date dengan segala yang berlaku ke atas akaun Facebook, Twitter, MySpace dan LinkedIn anda.
  2. Menerima pemberitahuan acara-acara seperti permintaan rakan mesej, baru, kumpulan menjemput, dll.
  3. Infobox rangkaian sosial yang memberikan anda masa yang sebenar yang NewsFeed rakan-rakan anda sehingga. Semua yang dari gambar baru, kemaskini status, hari lahir yang akan datang adalah hanya satu klik sahaja.
  4. Tetapkan Facebook, Twitter dan LinkedIn status hak dari Digsby.
Peribadikan
  1. Customize digsby dengan kulit permohonan untuk memberikan melihat peribadi dan rasa.
  2. Tukar cara perbualan anda melihat dengan tema - segala-galanya dari tingkap AIM-gaya mudah untuk gelembung perbualan 3D.
  3. Lengkapkan kawalan ke atas susun atur teman-teman dalam senarai buddy. Mengubah segala-galanya dari saiz ikon buddy sama ada atau tidak untuk menunjukkan potongan mesej lawan mereka.
  4. Susun senarai rakan anda bagaimana yang pernah anda mahu! Anda boleh mengatur teman-teman secara manual, dengan status, oleh perkhidmatan, dengan nama atau saiz log ke tempat orang-orang anda berkomunikasi dengan kebanyakan di atas. Anda juga boleh memilih kaedah sorting menengah.
  5. Sistem pemberitahuan disesuaikan membolehkan anda memilih acara yang anda ingin diberitahu tentang dan bagaimana.
Lain-lain
  1. Digsby menawarkan penyegerakan lengkap antara komputer dan pemasangan. Segala-galanya daripada kulit anda memilih untuk mesej status anda yang telah ditetapkan mengikut anda dari tempat ke tempat.
  2. Anda boleh meletakkan widget pada laman web blog anda, atau profil rangkaian sosial supaya anda boleh berbual dengan pelawat kanan dari digsby.
  3. Menguruskan pelbagai pemindahan fail serentak dari satu pemindahan pengurus mudah. 
 Nota kaki: Aku tujukan artikel ni untuk kawan-kawan designer landscape ap118 aku.

Kesilapan


"Tak aih mana ada aku buat.Takdak pun hangpa jangan tuduh aku. Tipu aihh."

Haaa...Pernah dengar orang yang buat kesilapan dan tak mengaku atau berdiam diri sahaja atas kesilapannya? Pasti kan? Kita manusia pasti ada melakukan kesilapan samada kecil ataupun besar dan memang lumrah manusia melakukan kesilapan. Kerana dengan kesilapan ia akan mengajar kita menjadi lebih matang untuk membuat keputusan dan bertindak di dalam hidup ini.

"Tidak mengaku kesilapan diri akibat ego atau sifat penakut yang akhirnya memudaratkan semua pihak pada pandangan aku inilah kesilapan sebenar."

Kenapa kita lari dari memikul tanggungjawab kita jika kesilapan itu datangnya dari kita? Sedarkah kita berapa banyak orang yang mungkin kita telah susahkan dengan kesilapan kita? Banyak orang yang lagaknya hero, cakapnya hebat, jalannya ganteng tapi apa guna jika takut mengaku tentang kesilapan diri? Tak salah untuk mengaku kebodohan diri tapi lebih salah jika kita menyembunyikan kebodohan yang akhirnya akan terbongkar jua dan menyusahkan banyak pihak. Mayat gajah masakan boleh disembunyi. Lambat laun akan berbau juga.

Mengaku salah atas kesilapan diri tidak bermakna kita "loser". Ia akan membuatkan orang sekeliling lebih hormat terhadap anda dan akan lebih bersedia memberi peluang kedua,ketiga dan mungkin keempat kepada anda. Siapa tahu? Tetapi jika kesilapan itu sentiasa cuba ditutup dan akhirnya diketahui dari orang lain pasti akan lebih parah. "Mungkin tiada siapa lagi yang akan percaya kepada anda selepas ini."

Apa kebaikan mengaku kesalahan?

Contoh 1: Anda bergaduh dengan sahabat anda.
Secara psikologinya sahabat dan anda sudah pasti akan mencari kesilapan masing-masing dan perbalahan selalunya akan terjadi bila rakan-rakan yang negatif mula menyumbat bara terhadap anda dan sahabat tadi. Akhirnya anda akan berjumpa untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jadi apa yang anda boleh lakukan?
Mengaku kesilapan anda. Dengan cara ini sahabat anda mungkin tiada apa yang perlu dicakapkan lagi dan ketika inilah anda menegur tentang kesilapan yang dilakukan olehnya. Mungkin keadaan akan lebih baik. Sebab bagi aku dan rasanya kebanyakan manusia di muka bumi ini "yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul walaupun salah dan betul itu sangat subjektif untuk dibincangkan."

Tetapi yang selalu kita lihat banyak yang cakapnya macam air terjun tapi tak berani berdepan. Belakang berlebih-lebih bunyinya, banyak kiasnya. Hari-hari anda boleh lihat, di Facebook di Blog masing-masing lagaknya hebat seperti panglima memegang panji-panji perang di garis hadapan. Masing-masing nak jadi pendekar tujuh petala langit tetapi apa yang mampu dilakukan??Naaaaa.....

Tak puas hati dengan boss?-bawa berbincang
Tak puas hati dengan sahabat?-bawa berbincang
Tak puas hati dengan cikgu?-bawa berbincang

Kalau dah tak boleh baru lah berperang. Ni banyak yang sibuk nak berperang tapi pedang pun masih belum di asah. kan akhirnya menyusahkan diri.

Lain orang lain kepalanya dan ini adalah pandangan peribadi aku.

"Aku pun bukan sempurna tapi aku tahu dosa dan pahala ku Tuhan saja,Tuhan saja yang tahu."- Butterfingers-Tentang Tentang.

Wednesday, July 20, 2011

Keturunan Hebat!!

Makam Hang Jebat

"Hang jangan main-main dengan aku. Aku keturunan bangsawan/panglima/wali-wali mulut aku masin. Sekali aku sebut satgi teruih sia-sia hidup hang"

Tudiaaaaa......aku seringkali mendengar dialog-dialog seperti ini di dalam drama melayu mahupun masyarakat sekeliling aku. Betul ke seperti yang di dakwa mereka??Naaa.....Ya mungkin aku masih belum cukup matang untuk bercakap tentang warisan jadi di sini aku cuma menulis berpandukan pendapat aku dan sebab-sebab aku berpendapat begini.

Masa aku 8 tahun mak aku beli kaset Raihan vs Hijjaz kat Pekan Rabu. Salah satu lagu dalam album itu ialah Iman Adalah Mutiara. Dan salah satu bait lirik dalam lagu ini ialah;

"Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa, ia tak dapat dijual beli ia tiada di tepian pantai"

Aku juga ingat kisah Nabi Noh dengan anaknya dimana anak Nabi Noh tidak mahu mengikut Baginda meski pun air telah naik sehingga ke parah bukit. Malah anak baginda sempat berkata "tidak mengapa aku boleh bergantung pada puncak bukit aku tidak mahu mengikut kau".(lebih kurang begini lah).

Kita juga pasti ingat kisah Anak Adam Qabil dan Habil di mana Qabil telah membunuh Habil disebabkan iri hati dan dengki kerana tidak dapat berkahwin dengan gadis idaman kerana korbannya tidak diterima Allah.

Mereka adalah anak-anak Nabi tetapi kenapa mereka boleh tersesat? Betulkah semuanya boleh diwarisi melalui keturunan? Begitu juga dengan harta. Walau segunung mana pun harta yang ditinggal pasti habis juga jika diwariskan pada yang tak pandai menjaga. Bak kata pepatah "bukit pun bila ditarah habis juga". Tapi pernah kah anda dengar pepatah ini;

"Belakang parang kalau di asah pasti tajam".

Aku percaya kekayaan yang "hakiki" adalah ilmu dan iman. Dengan adanya ilmu sudah pastu semuanya di tangan anda. Dengan adanya iman pastu Allah sentiasa memelihara anda. Bukan begitu? Maaflah kalau tersalah kata cuma sekadar pandangan peribadi sahaja.

Apa guna kalau kau keturunan Jebat tapi tak pandai berkeris dan bersilat,
Apa guna keturunan kau para wali sedangkan kau tak mampu buat yang wajib,
Apa guna kalau keturunan kau cerdik pandai kalau kau cuma balaci,
Apa guna?....mai cakap kat aku tengok apa guna?

Tuesday, July 19, 2011

Terima Seadanya

Kredit untuk alaf 21.

Haaa....ayat paling popular kat muka bumi Malaysia ini baik dari kaum apa sekalipun. Adakah "statement" ini boleh diguna pakai?

Pada pandangan aku tidak sepenuhnya. Memang manusia ada kelebihan dan kekurangan tetapi adakah betul tindakan kita untuk mengajak orang untuk menerima kekurangan kita dengan konsep "terima seadanya"? Sebagai manusia ada kekurangan yang kita boleh atasi dan ada yang kekal bersama-sama kita sehingga ke akhir hayat seperti cacat anggota badan dan sebagainya. Namun begitu adakah ini alasan kita supaya orang menerima kita seadanya tanpa kita sendiri berusaha untuk menambah baik diri sendiri. Hari Ahad lepas aku menonton Wallace and Grommit dimana mereka menceritakan tentang seorang jurutera yang kehilangan tangannya mula membuat tangan palsu yang menggunakan mesin(ala-ala cerita I-Robot) dan walaupun keputusannya kurang memuaskan dan kajian masih diteruskan namun ia satu bukti dimana kita tidak patut menyerah semuanya kepada takdir dan mengajak orang untuk "terima seadanya".

Antara contoh lain. Jika pasangan anda kuat mencarut adakah anda akan menerima dia seadanya ataupun anda cuba mengubah keburukan tersebut? Mana satu lebih baik? Sekarang mungkin semua orang akan berkata "aku mestilah terima dia dan akan cuba mengubah segala keburukannya" tetapi sedarkah kita yang selalunya orang sekeliling kita cuma menerima tetapi tidak sama sekali cuba mengubah mahupun mendidik orang yang mereka "terima seadanya" ini ke arah yang lebih baik dan antara ayat-ayat dalam dunia realiti yang anda akan dengar ialah;

"Biasalah, dia memang macam tu bro, aku terima je dia seadanya".

Kita manusia dan kita pasti silap dan tugas manusia itu sendiri adalah menegur manusia yang lain. Dalam islam tegur sendiri ada 3 cara.Pertama dengan hati, kedua dengan kata-kata dan ketiga dengan perbuatan. Jadi jika kita tidak menjalankan tanggungjawab dan sekadar "terima seadanya" apa guna kita hidup sebagai manusia??


Kesimpulannya bagi aku "terima seadanya" dan pikullah tanggungjawab untuk mengubah keburukan kita dan manusia di sekeliling kita setakat yang termampu. Bukan sekadar "terima seadanya" sahaja.

XBMC Sekali Lagi Untuk Ubuntu 11.04

Semalam setelah berhempas pulas "google" mencari penyelesaian tentang cara untuk memasukkan XBMC(Media Centre) ke dalam PC lama aku yang menggunakan sistem operasi Ubuntu 11.04 akhirnya berjaya juga. Di sini aku tidak ingin bercerita tentang cara untuk menyelesaikan masalah untuk memasukkan aplikasi ini tapi aku lebih berminat untuk bercerita tentang idea dan konsep yang aku inginkan untuk sesebuah Media Centre.

Bagi aku elemen yang paling penting dalam Media Centre ialah akses mudah ke Youtube, akses ke koleksi video,musik,browser,social networking dan juga rss feed. Dan tak lupa yang paling penting ialah aku tidak sesekali menggunakan elemen keyboard tradisi untuk mengawal Media Centre tersebut sebab aku dah terlalu jemu menghadap keyboard dan mouse dalam kehidupan aku sehari-hari sebagai designer dan juga computer specialised

Jadi apa alternatif yang paling sesuai untuk menggantikan keyboard dan mouse?

Aku memilih telefon bimbit. Menggunakan aplikasi Offical XBMC Remote for Android dan sedikit pengubahsuaian menu di XBMC Media Centre.

Kenapa aku tidak memilih Window Media Centre?
Haaaa...Persoalan yang bagus. Aku ada 1 cpu lama yang memang aku tidak akan sama sekali gunakan untuk bidang kerja aku.(Processor Pentium 4:2.0, ddrram 512mb dan Nvidia fx5500) dan memandangkan kondisi barang masih ok aku rasa lebih baik aku "terjemahkan" roh baru ke dalam komputer ini.

1. Ubuntu lebih ringan dari W7
Ubuntu tidak memerlukan antivirus dan "security holes" semua tu macam W7 dan lebih ringan bergantung kepada aturan yang kita boleh tetapkan sendiri.

2.Percuma
Pasti akan ada yang berkata kepada aku W7 pun percuma....hehehe....Takkan semua nak "Jack Sparrow" kot. Kalau dah ada alternatif yang percuma kenapa tak gunakan sahaja.

3.Cara "install" yang mudah
Ubuntu tak seperti W7 dimana selepas anda "install" anda perlu menambah lain-lain aplikasi secara manual kecuali anda "slipstream" sebahagian aplikasi dalam fail W7 anda. Selesai sahaja "install" Ubuntu 11.04 anda akan dapat:
-Driver auto detect(sepanjang penggunaan aku hampir 98% driver di "install" sendiri oleh sistem)
-Gwibber(Multi social networking seperti digsby)
-Evolution(untuk email)
-Multi chat application(dah lupa nama dia)
-Open office, mozilla browser dll.

4.XBMC adalah open source jika dibandingkan dengan W7 Media Centre. Jadi perkembangannya pasti lebih cepat kerana banyak lah "kakitangan" mereka yang memerah otak untuk memastikan aplikasi ini sehebat mungkin. Tak faham? Ok perbandingan yang paling ketara adalah android OS dan iOS. Android OS bergerak seperti "bullet train" sedangkan iOS bergerak seperti KTM anda pun dapat lihat evolusinya bukan?

5.Kelainan
Ya, dengan adanya kelainan membuatkan orang tak akan mengganggap ia sebuah pc jadi sudah tentu cuma aku yang akan mengendalikannya(ohh sungguh bahasa baku). Dan yang paling penting "im not breaking the law"....breaking the law breaking the law hey hey.....

Kesimpulannya definasi Media Centre untuk aku ialah sebuah media perantara yang menggunakan internet berkelajuan tinggi yang mampu mengakses Youtube, CNN news dll channel online dengan mudah dan juga menjadi library bagi koleksi-koleksi video, gambar dan audio aku yang aku boleh kawal melalui remote/telefon bimbit.

Kalau ada kelapangan aku update lagi dengan video review.

"Remote control tested using 2.2 android on Xperia x8, Xperia x10, W88650(China android tablet), Samsung Galaxy S"

edit: Kalau control dengan android phone ada menu untuk pause kan video bila ada incoming call.

Monday, July 18, 2011

Pi Mai Pi Mai Tang Tu


Pi Mai Pi Mai Tang Tu(PMPMTT) adalah sitkom paling lama bertahan di Malaysia. Lebih 18 tahun bersiaran sebelum diberhentikan selepas Pak Usu meninggal dunia. Dan baru-baru ini dikejutkan pula dengan pemergian Allahyarham Pak Uda pula.

Secara peribadi aku memang peminat tegar siri sitkom ni. Mungkin disebabkan persekitaran dan penceritaan yang sangat sinonim dengan kehidupan aku sebagai orang kampung melayu. Di kala aku menaip sekarang pun sebenarnya aku tengah menonton PMPMTT di "Media Centre Ubuntu" aku. Banyak babak-babak dalam sitkom ini yang aku secara peribadi gunakan dalam kehidupan seharian aku.

Contohnya pantun "kajang pak malau kajang berlipat" yang selalu dipantunkan oleh Budin. Memang boleh dikatakan antara perangsang aku untuk berpantun pun adalah dari Budin hahaha.....Tu belum loghat Kelantan Wan Ismail Golok lagi.Mat Over, Lucy, Ravi, Ana aku rasa memang sitkom ni betul-betul mampu mencerminkan kepelbagaian masyarakat di Malaysia.

Banyak rakan-rakan aku yang tak berminat dengan sitkom tempatan. Mungkin disebabkan jalan cerita yang bagi mereka tidak menarik ataupun kualiti dan mutu sitkom tempatan yang rendah tapi bagi aku sitkom ini sudah cukup sempurna untuk mencerminkan kehidupan dan mengajar aku tentang asam garam orang Malaysia. Dengan arus kemodenan dan sifat "kebandaran" sesetengah dari kita yang lupa daratan aku tak hairan kalau masyarakat sekarang rendah moralnya, budi bahasa dan pekerti sebab kita lebih suka mengkaji perkembangan masyarakat luar dari asal usul kita sendiri.

Bila sudah khatam asal-usulnya tak salah mengkaji dunia.

Kartun Untuk Kanak-Kanak.Betul ke?

Kredit untuk http://www.cartoonloka.com

Sebelum ini aku ada menulis tentang kartun dan aku biarkan persoalan itu ditinggalkan tanpa jawapan.Perghh...Hari ini aku sambung balik tentang topik kartun.

1. Adakah kartun hanya untuk kanak-kanak?
Pada pandangan aku kartun sesuai untuk semua golongan umur dan walaupun kartun ini kebanyakannya dipersembahkan dalam bentuk humor dan unik tetapi banyak ikhtibar dan pengajaran yang sentiasa diselitkan di dalam kartun-kartun yang dihasilkan oleh genius-genius dewasa untuk kelompok kanak-kanak khususnya. Dan di dalam kartun juga kebanyakannya diselitkan asas-asas kehidupan yang mungkin orang dewasa sendiri lupa tentang asas-asas tersebut.

2.Ok,mungkin agak sukar nak dikupaskan topik ini tanpa dalil yang "umph" jadi di sini rasanya baiklah aku jadikan sebahagian kartun yang pernah aku tonton sebagai contoh.

Contoh 1: Sang Kancil dan Buaya
Menceritakan Buaya yang dihempap kayu, dan kemudian Buaya terlihat Kerbau dan meminta tolong Kerbau untuk menyelamatkannya. Sebaik diselamatkan Kerbau terus digigit oleh Buaya. Kartun ini sangat popular di zaman kanak-kanak aku dan ketika aku di usia sekarang banyak kejadian sebegini berlaku di sekeliling aku. Banyak orang yang dibantu rakannya dan bila rakannya tidak lagi mampu membantunya maka bergaduh lah mereka dengan alasan kononnya tiada semangat setiakawan dan sebagainya. Sungguh "what the.....".

Secara teorinya seolah-olah:
OB + KWM =Masalah bersama-sama

dan bila rakannya tak dapat membantu lagi.
OB - KWTM=KWTM yang bermasalah kerana tak membantu OB

Sungguh kawan makan kawan,gunting dalam lipatan,musuh dalam selimut.....tudiaaa macam-macam ada.

*(OB=Orang Bermasalah, KWM/TM=Kawan Yang Membantu/Tak Membantu)*

Contoh 2:  Komik Doraemon Siri 60 ada menceritakan tentang pakcik Nobita(adik kepada ayah Nobita) yang mewah dengan set golf baru dan kereta barunya hinggakan Nobita dan Doraemon pun "terkesima" dan mula menyimpan wang. Tetapi disebabkan "peel nya", Nobita membuat perjanjian dengan Nobita 6 bulan akan datang untuk mengambil duit tabungan dahulu dan digunakan untuk membeli mainan kegemarannya.
Di akhir cerita pakcik Nobita datang merayu-rayu untuk meminta bantuan menyelesaikan hutang kredit yang dibuat olehnya manakala Nobita pula telah merosakkan mainan yang baru dibeli dan terpaksa membayar selama 6 bulan untuk barangan yang tidak boleh digunakan lagi sebagai mengotakan janji dengan Nobita Masa Depan.

Setahu aku yang jahil ini berhutang adalah harus untuk keperluan dan menjadi haram untuk yang berlebih-lebih. Tetapi apa yang kita lihat hari ini semuanya bertentangan. Hutang digunakan untuk berjoli, bersuka-ria dan membeli barang-barang yang tidak dikategorikan sebagai keperluan dan lebih ke arah keinginan dan yang lebih parah hinggakan ada yang tak mengetahui kemampuan sebenar dan akhirnya merana lah mereka macam Nobita dan pakciknya. Ironinya kartun ini dicipta di era 70an.

Tu sebahagian dari contoh dalam kehidupan aku. Kalau nak diceritakan banyak lagi kartun-kartun yang memberi kesan mendalam dalam hidup aku baik untuk berhibur mahupun membuat keputusan.

Sayang....masa kanak-kanak dibiarkan habis begitu sahaja. Andai pengetahuan asas kita masih belum mantap mungkin kita perlu bertanya dengan adik-adik mumayiz kita. Siapa tahu??

"Janganlah seperti,anai-anai, lambat laun hancurlah hidupmu"
-Ramli Sarip, Bukan kerna nama.-

Bab Satu: Ujian yang Mematangkan

Poster ini pernah berada di bilik arwah adik dan aku pada tahun 2004. Kredit untuk http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/

"We don't need extra ordinary power to do an extra ordinary thing."

Kata-kata ini aku pinjam dari filem animasi Wild Thornberry The Movie tahun 2002. Bagi orang dewasa mungkin menonton kartun adalah satu perkara yang keanak-anakan, tak matang atau hiburan semata-mata. Tapi pernahkan anda berfikir siapa yang mencipta animasi-animasi ini? Sudah tentu orang dewasa bukan? Tetapi bagaimana mereka berjaya menarik minat kanak-kanak untuk menonton cerita ini? Mampukah anda menembusi dinding imiginasi kanak-kanak yang telah lama hilang dari hidup anda sebagai orang dewasa?

Lupakan seketika soalan di atas.
Berbalik pada topik asal iaitu matang. Aku seringkali melihat gelagat orang dewasa yang melihat kelakuan kanak-kanak atau remaja dan mereka berkata "biasalah budak-budak tak matang lagi" walaupun ada ketikanya aku lihat kelakuan kanak-kanak atau remaja ini lebih baik dari orang dewasa tersebut.

Bila bercakap soal matang dengan bertambahnya usia tidak bermakna kita bertambah matang. Lagi-lagi jika tiadanya kesedaran dengan pengalaman yang terjadi sepanjang hidup kita. Pernahkan anda mengalami masalah yang sama berulang kali dalam hidup?Pernahkah anda terfikir kenapa Tuhan memberi ujian yang sama berkali-kali untuk anda?

Tuhan Maha Mengetahui segalanya tapi bagi aku mudah. Aku anggap hidup ini suatu peperiksaan. Kalau gagal masakan kita boleh lulus subjek tersebut dan sudah tentulah kita terpaksa "repeat paper". Mungkin juga itu adalah salah satu sebab kita sentiasa mengalami ujian yang berulang-ulang. Dari mengeluh kan lebih baik kita sentiasa membaiki cara penyelesaian setiap kali mendapat ujian yang sama. Ia sudah tentu dapat menjadikan kita lebih arif tentang masalah tersebut.

Setiap ujian adalah sangat bersesuaian dengan kita namun antara soalan yang aku kerap dengar.

"KENAPA SESETENGAH ORANG DIBERI UJIAN YANG BERAT DAN SETENGAH YANG LAIN UJIAN YANG RINGAN?"

Pada pandangan aku, hidup macam peperiksaan sekolah, jika kamu darjah 1 sudah tentulah soalannya pun soalan darjah 1 dan jika kamu darjah 6 sudah tentulah soalannya ala-ala UPSR. Jadi bilamana sesuatu ujian yang diturunkan kepada kita lebih berat dari yang lain ini bermakna Tuhan meninggikan darjat kita lebih dari yang ujiannya mudah tadi. Ok mungkin agak ironi jika dibincangkan dengan cara keTuhanan tapi jika dikaji dalam konsep hukum karma juga sudah pastilah individu yang ujiannya banyak lebih matang dari yang ujiannya sediikit bergantung kepada tahap kesedaran individu tersebut.

"TUHAN TIDAK AKAN MEMBERIKAN DUGAAN YANG TAK MAMPU DITANGGUNG OLEH HAMBANYA"*

Mungkin juga ada persoalan di dalam hati kecil anda dimana Tuhan tu tidak adil kerana masalah yang diberi berbeza-beza. Pada pandangan aku Tuhan tetap Maha Adil. Adakah adil itu adalah 1 kepada 1? Contoh paling mudah jika sahabat anda mempunyai badan yang 2 kali badan anda dan anda berdua diberi makanan dengan kuantiti yang sama adakah anda rasa kawan anda tadi akan kekenyangan seperti anda? Adakah itu dinamakan adil? Ironi kan....

Kesimpulan aku untuk topik ini,kan lebih baik berfikiran positif untuk menerima,mengkaji dan membaiki kelemahan diri dari menyembunyikan kelemahan diri dan memaksa orang sekeliling untuk "TERIMA AKU SEADANYA-"

Jika kita diberi dugaan bersyukurlah kerana kita orang yang hebat di sisi Tuhan,
Jika kita diberi ujian yakinlah yang kita pasti mampu selesaikannya,*
Jika kita diberi ujian, kajilah kesilapan dan penyelesaian terbaik.

Bukan susah pun hidup.Hangpa yang bagi susah....aku pun sama :)