Friday, July 22, 2011

Ikhlas

"Kalau hangpa tolong aku tak ikhlaih selama ni takpa laa aku pun tak mau hangpa tolong aku".
"Bagi cek besaq2 nak dapat nama la tu nak masuk majalah gila glamour bukan ikhlaih pun dia tu".
"Sedekah kat Masjid saja tak mau lipat duit dia nak tunjuk kat orang la tu yang dia bagi banyak. Kalau tak ikhlaih bukan Allah terima pun"

Ni antara ayat-ayat yang aku kerap dengar dalam kehidupan aku. Ada ketika aku dengar dari orang golongan rendah. Ada ketika juga aku dengar dari orang dari golongan tinggi dan berpendidikan. Yaaaa Allah tidak akan MENILAI satu-satu perbuatan yang dilakukan dengan dasar untuk menunjuk-nunjuk. Yaaa Allah juga benci orang yang suka riak dan takbur dalam melakukan sesuatu kebaikan.

Bukankah kerja Allah untuk mengukur keikhlasan hamba Nya?Anda rasa jika kita beribadah 500 tahun sekali pun tanpa izin Nya adakah syurga akan menjadi destinasi kita? Kalau tak buat ibadah apatah lagi. Tapi semuanya adalah atas kehendak Nya. Pernah kita dengar anak yang menjaga ibu-bapanya yang menjadi babi kerana melarang anaknya memeluk islam? Pernah kita dengar kisah Nabi Ibrahim yang dibakar di dalam api tapi dengan "relax" boleh berjalan keluar? Kan menentang hukum manusia tu tapi semuanya pastu terjadi dengan kehendak Allah.

Tentang keikhlasan mungkin kita sendiri tak pasti. Contohnya sebulan sebelum arwah tok wan aku meninggal dia ada dengan aku ketika hendak menunaikan solat jumaat. Ketika itu diberikan 50sen kepada aku dan diarahkan aku untuk bersedekah ke tabung masjid. Masa tu aku sudah tingkatan 4 dan memang secara peribadi aku sendiri memasukkan duit(kadang-kadang) ke dalam tabung masjid. Tetapi selepas kejadian tok wan aku tadi dan selepas ketiadaannya aku merasa seolah-olah tanggungjawab aku untuk bersedekah setiap minggu mengenangkan pesanan tok wan aku tadi. Dan yang lebih menarik tiap-tiap kali lepas sedekah mesti rezeki aku murah sehinggakan ada satu ketika aku bersedekah untuk mengharap imbuhan dari Allah dan selepas peristiwa itu aku hentikan aktiviti tersebut kerana takut dengan perasaan mengharapkan balasan untuk perbuatan aku. Takut tak ikhlas. Dan selepas 3 minggu aku lakukan kembali dan aku dah tak kisah tentang apa yang dalam hati aku sebab tiap-tiap kali aku tak sedekah ada perasaan gundah gulana dalam hati aku.

"Bukankah perbuatan yang mengharapkan balasan adalah tidak ikhlas?"

"Jadi tindakan aku bersedekah di masjid itu adakah tidak ikhlas kerana aku mengikut apa yang di pesan oleh arwah tok wan?"

"Adakah tidak ikhlas aku bersedekah dengan mengharap imbuhan berlebih-lebih dari Allah walaupun itu janji Allah sedangkan definasi ikhlas adalah memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan?"

"Sedekah aku untuk mengelakkan perasaan gundah gulana. Adakah aku ikhlas??" 

Apakah itu ikhlas yang sebenar?
Mungkin kita sendiri tak mampu mengukur tahap keikhlasan kita melainkan Allah swt.

Di sini aku inginkan kongsikan cerita yang aku dengar dari kecil. Kisahnya tentang seorang pemuda yang benggang dengan penyembahan satu pokok besar di kampungnya yang dijadikan berhala. Maka suatu hari dia dengan nekad berniat untuk "MEMUSNAHKAN BERHALA YANG DISEMBAH" orang yang menyekutukan Allah.

Jadi hari pertama pergilah beliau dengan kapak dan di tengah perjalanan di halangnya beliau oleh seseorang dan orang itu berkata "relax,hang balik dulu tidoq tengok bawah bantai hang esok". Maka lelaki ini pun pulang dan tidur. Keesokannya di lihat di bawah bantalnya ada emas(duit macam tu laa aku dah lupa). Maka dengan radangnya beliau pergi lagi untuk "MEMUSNAHKAN BERHALA YANG DISEMBAH" itu tadi. Dan kejadian yang sama berulang sehingga 3 kali.

Di kali ke-4(kalau tak silap) lelaki itu bangun dan melihat bawah bantalnya tiada apa-apa yang ditinggalkan. Maka bergegaslah lelaki itu dengan perasaan marah kerana tidak mendapat imbuhan dan dia pun memusnahkan POKOK BERHALA yang disembah tadi.

Perbuatan yang sama tetapi niat telah berubah. Dari niat untuk MEMUSNAHKAN BERHALA kepada niat untuk MEMUSNAHKAN BERHALA KERANA TIDAK MENDAPAT IMBUHAN. Jadi apakah imbuhan yang akan diterimanya kelak? Allah lebih mengetahui.

Kesimpulannya mulakan apa-apa pun dengan niat. Tapi macam ikhlas tadi bolehkah kita faham niat kita?? Allah lebih mengetahui.

5 comments:

  1. biar Allah sendiri nilai keikhlasan kita takat mana...

    jangan menunjuk, takbur dan angkuh dalam sesuatu pekerjaan kita...

    InsyaAllah semoga kita tidak jadi kufur nikmat...

    Gelora Biru

    ReplyDelete
  2. selagi bawak kebaikan teruskan ja peduli apa orang cakap.tp bila mendatangkan mudarat kepada orang lain y tu kena semak balik.

    ReplyDelete
  3. http://ariefmaulana.net/2011/07/23/sedekah-tidak-harus-ikhlas/ reference

    ReplyDelete
  4. aku suka perenggan pertama tu....biarlah cek besar2 pon....atleast dia menderma drpd org lain yg duk berkata je tu tp x menderma.....ikhlas x ikhlas tu bukan kepakaran kita nak menilai......wallahualam...

    mohd ali waliyuddin b a razak.....(bangga letak nama penuh aku) hehhehe

    ReplyDelete
  5. tapi manusia suka berlagak macam Tuhan.yang lagi power tu "mereka" cuma nak dengar nasihat dari orang yang tak buat silap.kalau orang tu buat silap dia akan cakap "ko lagi teruk dari aku jadi jangan cuba nak azankan aku"...

    masa Allah turunkan Nabi tu dari manusia ada segelintir manusia berkata kenapa tak jadikan Nabi dari malaikat?Manusia kan sama macam kami makan minum mandi dll.

    Allah kata Kalau aku jadi kan Nabi dari malaikat maka susah untuk kamu berhubung dan kamu akan berkata pula kenapa tak jadikan Nabi seperti manusia maka senang untuk kami berhubung. Dan bila Allah jadikan nabi seperti manusia soalan pertama tadi akan di ulang.

    Allah pun dah jelaskan kelompok manusia macam ni dalam Al-Quran.Moga-moga kita dalam lindungan Nya.

    ReplyDelete