Friday, July 29, 2011

Malaysia Ohh Malaysia. Syabas!!

Semalam fenomena baru rakyat Malaysia. Stadium Bukit Jalil dan kedai-kedai makan seluruh Malaysia dipenuhi rakyat berbilang kaum berkumpul untuk bersorak kepada Malaysia sempena Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura. Aku tak begitu meminati bola sepak. Aku sendiri kaki bangku footsal pun aku tak main. Jadi rasanya tak layak untuk aku bercakap tentang bolasepak. Di sini aku ingin menceritakan tentang revolusi pemikaran peminat bola sepak dan rakyat Malaysia.

Kalau sebelum ini asal kalah je memang habis laa kena bambusa pemain Malaysia dan kalau menang dapat pangkat darjat habislah pemain-pemain kita tapi kali ini nampaknya kita dah makin terbuka. Banyak yang mengucapkan tahniah kepada Malaysia dan memberi kata semangat walaupun selepas tertewasnya harimau di tangan singa. Banyak juga ucapan tahniah yang diberikan kepada Singapura oleh rakyat kita sendiri. Sudah menjadi adat yang kalah dihina yang menang dijulang tetapi sifat keterbukaan kita membuatkan orang makin menghormati kita. 

Dengan tertewasnya pasukan Malaysia dan dalam masa yang sama melihat bertapa bersatunya rakyat Malaysia semalam untuk menyokong Malaysia dan dengan sifat keterbukaan kita ini baru boleh panggil 1 Malaysia. Syabas kepada skuad Harimau untuk aksi permainan yang bagus dan syabas kepada Singapura untuk kemenangan anda. Jangan risau harimau pasti bangkit kembali.

Kesimpulan aku untuk entri ini dalam satu pertandingan adatlah untuk kita menyokong kelompok kita tapi jika kekalahan yang menimpa perlulah kita terima dengan hati yang terbuka dan berusaha membaiki kelemahan tersebut. Tetapi jika kita berkeras untuk menang sedangkan sudah terang-terang dikalahkan pihak lawan akhirnya kita akan dipandang hina oleh semua orang. Kekalahan bukan sesuatu yang teruk. Tapi kehilangan maruah memang sangat teruk. Bila kita gagal mengawal emosi, musuh dengan mudah mampu menembusi benteng pertahanan kehidupan kita. Mungkin secara tak sedar kita memberi kunci Solex kepada mereka untuk menonjolkan kebodohan kita bila emosi menguasai...."Eleh cakap senang laa ingat senang nak kawai emosi?"....hehehe.....Senang ke susah ke memang kena belajar kawal kalau tak anda tanggunglah akibatnya(nanti aku kongsi entri kegagalan mengawal emosi).

"Biar kalah dengan bermaruh dari menang dengan musibah."

PS: Aku tetap benci pengamal rasuah dan pencacai politik.

No comments:

Post a Comment