Friday, July 22, 2011

Kesilapan


"Tak aih mana ada aku buat.Takdak pun hangpa jangan tuduh aku. Tipu aihh."

Haaa...Pernah dengar orang yang buat kesilapan dan tak mengaku atau berdiam diri sahaja atas kesilapannya? Pasti kan? Kita manusia pasti ada melakukan kesilapan samada kecil ataupun besar dan memang lumrah manusia melakukan kesilapan. Kerana dengan kesilapan ia akan mengajar kita menjadi lebih matang untuk membuat keputusan dan bertindak di dalam hidup ini.

"Tidak mengaku kesilapan diri akibat ego atau sifat penakut yang akhirnya memudaratkan semua pihak pada pandangan aku inilah kesilapan sebenar."

Kenapa kita lari dari memikul tanggungjawab kita jika kesilapan itu datangnya dari kita? Sedarkah kita berapa banyak orang yang mungkin kita telah susahkan dengan kesilapan kita? Banyak orang yang lagaknya hero, cakapnya hebat, jalannya ganteng tapi apa guna jika takut mengaku tentang kesilapan diri? Tak salah untuk mengaku kebodohan diri tapi lebih salah jika kita menyembunyikan kebodohan yang akhirnya akan terbongkar jua dan menyusahkan banyak pihak. Mayat gajah masakan boleh disembunyi. Lambat laun akan berbau juga.

Mengaku salah atas kesilapan diri tidak bermakna kita "loser". Ia akan membuatkan orang sekeliling lebih hormat terhadap anda dan akan lebih bersedia memberi peluang kedua,ketiga dan mungkin keempat kepada anda. Siapa tahu? Tetapi jika kesilapan itu sentiasa cuba ditutup dan akhirnya diketahui dari orang lain pasti akan lebih parah. "Mungkin tiada siapa lagi yang akan percaya kepada anda selepas ini."

Apa kebaikan mengaku kesalahan?

Contoh 1: Anda bergaduh dengan sahabat anda.
Secara psikologinya sahabat dan anda sudah pasti akan mencari kesilapan masing-masing dan perbalahan selalunya akan terjadi bila rakan-rakan yang negatif mula menyumbat bara terhadap anda dan sahabat tadi. Akhirnya anda akan berjumpa untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jadi apa yang anda boleh lakukan?
Mengaku kesilapan anda. Dengan cara ini sahabat anda mungkin tiada apa yang perlu dicakapkan lagi dan ketika inilah anda menegur tentang kesilapan yang dilakukan olehnya. Mungkin keadaan akan lebih baik. Sebab bagi aku dan rasanya kebanyakan manusia di muka bumi ini "yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul walaupun salah dan betul itu sangat subjektif untuk dibincangkan."

Tetapi yang selalu kita lihat banyak yang cakapnya macam air terjun tapi tak berani berdepan. Belakang berlebih-lebih bunyinya, banyak kiasnya. Hari-hari anda boleh lihat, di Facebook di Blog masing-masing lagaknya hebat seperti panglima memegang panji-panji perang di garis hadapan. Masing-masing nak jadi pendekar tujuh petala langit tetapi apa yang mampu dilakukan??Naaaaa.....

Tak puas hati dengan boss?-bawa berbincang
Tak puas hati dengan sahabat?-bawa berbincang
Tak puas hati dengan cikgu?-bawa berbincang

Kalau dah tak boleh baru lah berperang. Ni banyak yang sibuk nak berperang tapi pedang pun masih belum di asah. kan akhirnya menyusahkan diri.

Lain orang lain kepalanya dan ini adalah pandangan peribadi aku.

"Aku pun bukan sempurna tapi aku tahu dosa dan pahala ku Tuhan saja,Tuhan saja yang tahu."- Butterfingers-Tentang Tentang.

No comments:

Post a Comment