Wednesday, July 20, 2011

Keturunan Hebat!!

Makam Hang Jebat

"Hang jangan main-main dengan aku. Aku keturunan bangsawan/panglima/wali-wali mulut aku masin. Sekali aku sebut satgi teruih sia-sia hidup hang"

Tudiaaaaa......aku seringkali mendengar dialog-dialog seperti ini di dalam drama melayu mahupun masyarakat sekeliling aku. Betul ke seperti yang di dakwa mereka??Naaa.....Ya mungkin aku masih belum cukup matang untuk bercakap tentang warisan jadi di sini aku cuma menulis berpandukan pendapat aku dan sebab-sebab aku berpendapat begini.

Masa aku 8 tahun mak aku beli kaset Raihan vs Hijjaz kat Pekan Rabu. Salah satu lagu dalam album itu ialah Iman Adalah Mutiara. Dan salah satu bait lirik dalam lagu ini ialah;

"Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa, ia tak dapat dijual beli ia tiada di tepian pantai"

Aku juga ingat kisah Nabi Noh dengan anaknya dimana anak Nabi Noh tidak mahu mengikut Baginda meski pun air telah naik sehingga ke parah bukit. Malah anak baginda sempat berkata "tidak mengapa aku boleh bergantung pada puncak bukit aku tidak mahu mengikut kau".(lebih kurang begini lah).

Kita juga pasti ingat kisah Anak Adam Qabil dan Habil di mana Qabil telah membunuh Habil disebabkan iri hati dan dengki kerana tidak dapat berkahwin dengan gadis idaman kerana korbannya tidak diterima Allah.

Mereka adalah anak-anak Nabi tetapi kenapa mereka boleh tersesat? Betulkah semuanya boleh diwarisi melalui keturunan? Begitu juga dengan harta. Walau segunung mana pun harta yang ditinggal pasti habis juga jika diwariskan pada yang tak pandai menjaga. Bak kata pepatah "bukit pun bila ditarah habis juga". Tapi pernah kah anda dengar pepatah ini;

"Belakang parang kalau di asah pasti tajam".

Aku percaya kekayaan yang "hakiki" adalah ilmu dan iman. Dengan adanya ilmu sudah pastu semuanya di tangan anda. Dengan adanya iman pastu Allah sentiasa memelihara anda. Bukan begitu? Maaflah kalau tersalah kata cuma sekadar pandangan peribadi sahaja.

Apa guna kalau kau keturunan Jebat tapi tak pandai berkeris dan bersilat,
Apa guna keturunan kau para wali sedangkan kau tak mampu buat yang wajib,
Apa guna kalau keturunan kau cerdik pandai kalau kau cuma balaci,
Apa guna?....mai cakap kat aku tengok apa guna?

No comments:

Post a Comment