Monday, July 18, 2011

Kartun Untuk Kanak-Kanak.Betul ke?

Kredit untuk http://www.cartoonloka.com

Sebelum ini aku ada menulis tentang kartun dan aku biarkan persoalan itu ditinggalkan tanpa jawapan.Perghh...Hari ini aku sambung balik tentang topik kartun.

1. Adakah kartun hanya untuk kanak-kanak?
Pada pandangan aku kartun sesuai untuk semua golongan umur dan walaupun kartun ini kebanyakannya dipersembahkan dalam bentuk humor dan unik tetapi banyak ikhtibar dan pengajaran yang sentiasa diselitkan di dalam kartun-kartun yang dihasilkan oleh genius-genius dewasa untuk kelompok kanak-kanak khususnya. Dan di dalam kartun juga kebanyakannya diselitkan asas-asas kehidupan yang mungkin orang dewasa sendiri lupa tentang asas-asas tersebut.

2.Ok,mungkin agak sukar nak dikupaskan topik ini tanpa dalil yang "umph" jadi di sini rasanya baiklah aku jadikan sebahagian kartun yang pernah aku tonton sebagai contoh.

Contoh 1: Sang Kancil dan Buaya
Menceritakan Buaya yang dihempap kayu, dan kemudian Buaya terlihat Kerbau dan meminta tolong Kerbau untuk menyelamatkannya. Sebaik diselamatkan Kerbau terus digigit oleh Buaya. Kartun ini sangat popular di zaman kanak-kanak aku dan ketika aku di usia sekarang banyak kejadian sebegini berlaku di sekeliling aku. Banyak orang yang dibantu rakannya dan bila rakannya tidak lagi mampu membantunya maka bergaduh lah mereka dengan alasan kononnya tiada semangat setiakawan dan sebagainya. Sungguh "what the.....".

Secara teorinya seolah-olah:
OB + KWM =Masalah bersama-sama

dan bila rakannya tak dapat membantu lagi.
OB - KWTM=KWTM yang bermasalah kerana tak membantu OB

Sungguh kawan makan kawan,gunting dalam lipatan,musuh dalam selimut.....tudiaaa macam-macam ada.

*(OB=Orang Bermasalah, KWM/TM=Kawan Yang Membantu/Tak Membantu)*

Contoh 2:  Komik Doraemon Siri 60 ada menceritakan tentang pakcik Nobita(adik kepada ayah Nobita) yang mewah dengan set golf baru dan kereta barunya hinggakan Nobita dan Doraemon pun "terkesima" dan mula menyimpan wang. Tetapi disebabkan "peel nya", Nobita membuat perjanjian dengan Nobita 6 bulan akan datang untuk mengambil duit tabungan dahulu dan digunakan untuk membeli mainan kegemarannya.
Di akhir cerita pakcik Nobita datang merayu-rayu untuk meminta bantuan menyelesaikan hutang kredit yang dibuat olehnya manakala Nobita pula telah merosakkan mainan yang baru dibeli dan terpaksa membayar selama 6 bulan untuk barangan yang tidak boleh digunakan lagi sebagai mengotakan janji dengan Nobita Masa Depan.

Setahu aku yang jahil ini berhutang adalah harus untuk keperluan dan menjadi haram untuk yang berlebih-lebih. Tetapi apa yang kita lihat hari ini semuanya bertentangan. Hutang digunakan untuk berjoli, bersuka-ria dan membeli barang-barang yang tidak dikategorikan sebagai keperluan dan lebih ke arah keinginan dan yang lebih parah hinggakan ada yang tak mengetahui kemampuan sebenar dan akhirnya merana lah mereka macam Nobita dan pakciknya. Ironinya kartun ini dicipta di era 70an.

Tu sebahagian dari contoh dalam kehidupan aku. Kalau nak diceritakan banyak lagi kartun-kartun yang memberi kesan mendalam dalam hidup aku baik untuk berhibur mahupun membuat keputusan.

Sayang....masa kanak-kanak dibiarkan habis begitu sahaja. Andai pengetahuan asas kita masih belum mantap mungkin kita perlu bertanya dengan adik-adik mumayiz kita. Siapa tahu??

"Janganlah seperti,anai-anai, lambat laun hancurlah hidupmu"
-Ramli Sarip, Bukan kerna nama.-

No comments:

Post a Comment