Tuesday, July 19, 2011

Terima Seadanya

Kredit untuk alaf 21.

Haaa....ayat paling popular kat muka bumi Malaysia ini baik dari kaum apa sekalipun. Adakah "statement" ini boleh diguna pakai?

Pada pandangan aku tidak sepenuhnya. Memang manusia ada kelebihan dan kekurangan tetapi adakah betul tindakan kita untuk mengajak orang untuk menerima kekurangan kita dengan konsep "terima seadanya"? Sebagai manusia ada kekurangan yang kita boleh atasi dan ada yang kekal bersama-sama kita sehingga ke akhir hayat seperti cacat anggota badan dan sebagainya. Namun begitu adakah ini alasan kita supaya orang menerima kita seadanya tanpa kita sendiri berusaha untuk menambah baik diri sendiri. Hari Ahad lepas aku menonton Wallace and Grommit dimana mereka menceritakan tentang seorang jurutera yang kehilangan tangannya mula membuat tangan palsu yang menggunakan mesin(ala-ala cerita I-Robot) dan walaupun keputusannya kurang memuaskan dan kajian masih diteruskan namun ia satu bukti dimana kita tidak patut menyerah semuanya kepada takdir dan mengajak orang untuk "terima seadanya".

Antara contoh lain. Jika pasangan anda kuat mencarut adakah anda akan menerima dia seadanya ataupun anda cuba mengubah keburukan tersebut? Mana satu lebih baik? Sekarang mungkin semua orang akan berkata "aku mestilah terima dia dan akan cuba mengubah segala keburukannya" tetapi sedarkah kita yang selalunya orang sekeliling kita cuma menerima tetapi tidak sama sekali cuba mengubah mahupun mendidik orang yang mereka "terima seadanya" ini ke arah yang lebih baik dan antara ayat-ayat dalam dunia realiti yang anda akan dengar ialah;

"Biasalah, dia memang macam tu bro, aku terima je dia seadanya".

Kita manusia dan kita pasti silap dan tugas manusia itu sendiri adalah menegur manusia yang lain. Dalam islam tegur sendiri ada 3 cara.Pertama dengan hati, kedua dengan kata-kata dan ketiga dengan perbuatan. Jadi jika kita tidak menjalankan tanggungjawab dan sekadar "terima seadanya" apa guna kita hidup sebagai manusia??


Kesimpulannya bagi aku "terima seadanya" dan pikullah tanggungjawab untuk mengubah keburukan kita dan manusia di sekeliling kita setakat yang termampu. Bukan sekadar "terima seadanya" sahaja.

4 comments:

  1. jd..mungkinkah aku yg salah dlm perhubungan aku dgn si dia dulu kerana meminta dia menerima diri aku seadanya? padahal aku mungkin boleh kurus tetapi aku berkeras meminta dia menerima diri aku seadanya kerana aku selesa begitu.
    Apa pendapat kau?

    ReplyDelete
  2. pengorbanan.ni laa kot jawapan dia.

    ko perlu korbankan keselesaan ko dan dia plk perlu korbankan kehendak dia maka baru ada toleransi.masing2 cuba berubah ke arah kebaikan disebabkan pasangan masing2.bukankah itu lebih baik?

    tp kalau masing2 berkeras menggunakan konsep "terima seadanya" dgn kaw2 tanpa bersedia untuk menerima kritikan negatif dari pasangan/rakan-rakan ini memang masalah.

    lain orang lain peelnya tapi kalau benda tu boleh memberikan kebaikan kepada kita rasanya tak salah utk kita berubah mengikut kehendak.lama2 mungkin kita akan selesa dan membuat perkara tersebut dgn kerelaan hati.

    Contoh masa kecik tiap2 kali solat maghrib bapak aku mesti bising.time laen dia tak strict sgt so leh cilok2 lg.akibatnya smpai dah tua pn aku kalau tak buat maghrib ni rasa smcm.mau tak mau buat jgk.lama2 lekat laa.klu nk cerita bab ikhlas plak jwpn dia ada kt topik #9 ko leh bc.

    tp kalau cerita tntg nk berubah ni bukan semudah y disangka tp tak laa susah mana.even aku sndiri pn ada perangai@tabiat buruk y aku ssh nk ubah.tp akibat dia aku tanggung la.aku takkan marah kalau orang tak terima tabiat buruk aku sbb dah mmg buruk.dan aku sedia dikritik kaw2 oleh "pengkritik y berbakat"(bukan loser y kritik tanpa dalil)dgn harapan mungkin suatu hari aku akan berubah lebih baik dari hari ini.

    bg aku selagi ia memberikan kebaikan kepada kita dan orang lain tak salah untuk kita berubah walaupun tanpa kerelaan hati.tapi kalau untuk keburukan dan memudaratkan keadaan sekeliling tak perlulah nak berubah.tak berbaloi.

    dengan apa y ko ceritakan kt atas tu seolah2 korang berdua masih tak bersedia untuk berkorban dan tolerate.

    Berkorban tak bermaksud ko mati untuk dia tapi lebih kepada ko akan sentiasa di sisi dia seumur hidup ko mengajar dia erti hidup hingga akhir hayat ko.kawan baik y akan sentiasa menjadi orang pertama y menegur tentang keburukan dan mungkin orang terakhir y mengucapkan tahniah atas kejayaan.sebab bila kita berjaya ramai sahabat disekeliling kita tp bila kita susah ramai y hilang.

    kawan baik tak semestinya bersama kita ketika hari bersejarah kita tapi mereka pasti dengan kita di hari penuh tragis kita.so let be the buddy for everyone.yeahh...agak-agak betul tak?

    ReplyDelete
  3. Yeahh!!! Aku rs pendapat ko yg cakap kami masih tak bersedia utk berkorban dan tolerate tu betul... sebab tu akhirnya dia memilih perg drpd aku..

    tapi tak apa...mgkin itu lbh baik kot. Tapi lps aku bc pendapat ko ni, aku dh ada jwpn utk diri aku sendiri...

    thanks bro..nescafe 3 layer...Awesome!

    ReplyDelete
  4. tudiaaa...nescafe 3 layer dah ada ka?kat kedai mamak bawah office ni br ada 3 layer tea.hahaha

    ReplyDelete