Monday, July 18, 2011

Bab Satu: Ujian yang Mematangkan

Poster ini pernah berada di bilik arwah adik dan aku pada tahun 2004. Kredit untuk http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/

"We don't need extra ordinary power to do an extra ordinary thing."

Kata-kata ini aku pinjam dari filem animasi Wild Thornberry The Movie tahun 2002. Bagi orang dewasa mungkin menonton kartun adalah satu perkara yang keanak-anakan, tak matang atau hiburan semata-mata. Tapi pernahkan anda berfikir siapa yang mencipta animasi-animasi ini? Sudah tentu orang dewasa bukan? Tetapi bagaimana mereka berjaya menarik minat kanak-kanak untuk menonton cerita ini? Mampukah anda menembusi dinding imiginasi kanak-kanak yang telah lama hilang dari hidup anda sebagai orang dewasa?

Lupakan seketika soalan di atas.
Berbalik pada topik asal iaitu matang. Aku seringkali melihat gelagat orang dewasa yang melihat kelakuan kanak-kanak atau remaja dan mereka berkata "biasalah budak-budak tak matang lagi" walaupun ada ketikanya aku lihat kelakuan kanak-kanak atau remaja ini lebih baik dari orang dewasa tersebut.

Bila bercakap soal matang dengan bertambahnya usia tidak bermakna kita bertambah matang. Lagi-lagi jika tiadanya kesedaran dengan pengalaman yang terjadi sepanjang hidup kita. Pernahkan anda mengalami masalah yang sama berulang kali dalam hidup?Pernahkah anda terfikir kenapa Tuhan memberi ujian yang sama berkali-kali untuk anda?

Tuhan Maha Mengetahui segalanya tapi bagi aku mudah. Aku anggap hidup ini suatu peperiksaan. Kalau gagal masakan kita boleh lulus subjek tersebut dan sudah tentulah kita terpaksa "repeat paper". Mungkin juga itu adalah salah satu sebab kita sentiasa mengalami ujian yang berulang-ulang. Dari mengeluh kan lebih baik kita sentiasa membaiki cara penyelesaian setiap kali mendapat ujian yang sama. Ia sudah tentu dapat menjadikan kita lebih arif tentang masalah tersebut.

Setiap ujian adalah sangat bersesuaian dengan kita namun antara soalan yang aku kerap dengar.

"KENAPA SESETENGAH ORANG DIBERI UJIAN YANG BERAT DAN SETENGAH YANG LAIN UJIAN YANG RINGAN?"

Pada pandangan aku, hidup macam peperiksaan sekolah, jika kamu darjah 1 sudah tentulah soalannya pun soalan darjah 1 dan jika kamu darjah 6 sudah tentulah soalannya ala-ala UPSR. Jadi bilamana sesuatu ujian yang diturunkan kepada kita lebih berat dari yang lain ini bermakna Tuhan meninggikan darjat kita lebih dari yang ujiannya mudah tadi. Ok mungkin agak ironi jika dibincangkan dengan cara keTuhanan tapi jika dikaji dalam konsep hukum karma juga sudah pastilah individu yang ujiannya banyak lebih matang dari yang ujiannya sediikit bergantung kepada tahap kesedaran individu tersebut.

"TUHAN TIDAK AKAN MEMBERIKAN DUGAAN YANG TAK MAMPU DITANGGUNG OLEH HAMBANYA"*

Mungkin juga ada persoalan di dalam hati kecil anda dimana Tuhan tu tidak adil kerana masalah yang diberi berbeza-beza. Pada pandangan aku Tuhan tetap Maha Adil. Adakah adil itu adalah 1 kepada 1? Contoh paling mudah jika sahabat anda mempunyai badan yang 2 kali badan anda dan anda berdua diberi makanan dengan kuantiti yang sama adakah anda rasa kawan anda tadi akan kekenyangan seperti anda? Adakah itu dinamakan adil? Ironi kan....

Kesimpulan aku untuk topik ini,kan lebih baik berfikiran positif untuk menerima,mengkaji dan membaiki kelemahan diri dari menyembunyikan kelemahan diri dan memaksa orang sekeliling untuk "TERIMA AKU SEADANYA-"

Jika kita diberi dugaan bersyukurlah kerana kita orang yang hebat di sisi Tuhan,
Jika kita diberi ujian yakinlah yang kita pasti mampu selesaikannya,*
Jika kita diberi ujian, kajilah kesilapan dan penyelesaian terbaik.

Bukan susah pun hidup.Hangpa yang bagi susah....aku pun sama :)

2 comments:

  1. Bukan hidup namanya kalau tak diberi ujian..

    ReplyDelete
  2. Allah Maha Adil..aku setuju yg Allah xkn menguji hambaNya dgn ujian yg x mampu ditanggung..sabar n redha dgn ujianNya

    ReplyDelete