Monday, March 11, 2013

Sony Ericson Live View- Jam Android

Jam ni akan sync data dengan Android phone korang dengan bluetooth.
Sample jam ni sampai 2 minggu lepas. Aku 1st jumpa jam ni kat review Sony Ericson, Youtube masa 2010. Sekarang Sony dah release SmartWatch aka Liveview 2. Jam ni boleh sync hampir semua notification yang korang dapat kat Android phone korang macam FB, Twitter, SMS, Call record, MMS, waktu azan, email dll. Korang juga boleh control music, snap gambar dan lain-lain funtion yang korang boleh install plugin dia dari Google Play.

Untuk memastikan jam ni terus sync dengan Android phone korang pastikan jarak phone dengan korang tak lebih 3 meter. Walaupun diorang claim boleh sampai 10 meter tapi sepanjang aku test asal lebih 3 meter je disconnection akan berlaku.

Masalah dan Penyelesaian:

Masalah utama jam ni adalah connection selalu terputus. Ia membuatkan jam ni sangat tak praktikal sampailah team Xda cuba cari penyelesaian dengan beberapa step yang korang boleh refer dekat SINI. Lepas apply semua step ni at least Liveview korang akan working 5 kali ganda lebih baik.

Selain tu ada developer yang dah reverse engineering Liveview app dan namakan sebagai Open Liveview(OLV). Ni pun korang boleh try. Sepanjang aku guna OLV aku rasa masalah disconnection kurang terjadi dari original Liveview application.

Untuk tambahan korang boleh install Minfree Manager application kat Google Play lepas tu set secondary server tu jadi "6".

Kelebihan:
Aku rasa yang paling bagus adalah masa driving atau tengah makan. Bila ada notification korang just tengok jam korang and decide samada nak terus respond atau pun hold dahulu tanpa perlu keluarkan phone korang dari poket ataupun matikan GPS korang.

Pro dan Kontra Official Liveview application(1.0.A.0.2.1) dan OLV(1.0.3.1beta) :
Pro
1- Official Liveview punya graphic lagi cun dari OLV yang black and white sahaja
2- Offficial Liveview ada RSS feed so boleh baca RSS direct dari jam Liveview korang. OLV takde.
3- Official Liveview punya music remote ada tulis nama artis dan tajuk lagu OLV belum ada lagi.
4- Official Liveview ada plugin OLV belum ada lagi(bakal ada katanya).

Kontra
1- Tiap kali ada notification OLV skrin akan blinking dan vibrate, official Liveview cuma vibrate je.
2- OLV lebih stable dari Official liveview. Mungkin sebab graphic kurang so tak banyak hantar data. Ntah la aku bukan programmer. 


Review Official Liveview dari Youtube:


Harga Liveview lebih kurang rm180-rm250. Ni takde clone, semua original.

No comments:

Post a Comment