Tuesday, March 12, 2013

5 Perkara Yang Hampir Pupus

Aku tak la tua sangat tapi dah suku abad. Dalam tempoh 15 tahun banyak benda yang berubah. Dunia sendiri, teknologi, cara makan, cara hidup dan lain-lain. Banyak perubahan ini membawa kebaikan kepada kita tapi dalam masa yang sama banyak benda yang aku rasa tak sepatutnya berubah antaranya adalah adat dan budaya yang aku rasa cukup indah untuk diteruskan sampai kiamat. Tapi mungkin disebabkan ia tak memberikan sebarang kepentingan material maka kita mula meninggalkan perkara-perkara ini.

1. Makan bersama sekeluarga
Selalunya dilakukan pada waktu malam lepas Maghrib bersama-sama anak dan isteri. Semua akan berkumpul satu meja, yang perempuan sibuk hidangkan lauk, yang lelaki akan akan berborak seketika sementara atau kadang-kadang tolong perempuan di dapur mengangkat air basuhan tangan, lauk dll. Anak perempuan atau isteri menjengah kira dan kanan untuk melihat keadaan meja, mungkin ada yang perlu ditambah nasinya. Sekarang ibu bapa pulang pukul 9-10 malam. Ada juga yang pulang awal tapi lebih selesa makan berasingan. Makan bertenggek depan TV ataupun yang paling mudah makan diluar. Tak perlu cuci pinggan, kemas dapur, kemas meja.

2. Solat bersama dan baca Yassin pada malam Jumaat
Sepanjang pengamatan aku ini bukan melibatkan orang yang digelar alim atau sebagainya tapi kebanyakan jiran dipersekitaran aku melakukan perkara yang sama setiap malam Jumaat sekurang-kurangnya. Malam jumaat ibarat malam berkumpul satu keluarga, malam keberkatan. Sekarang malam Jumaat lebih banyak dihabiskan dengan Midnight movie kat GSC atau keluar makan bersama keluarga.

3. Adab Melayan Tetamu
Bila datangnya tetamu dulu penghuni rumah lazimnya tak diberi keluar kecuali atas urusan penting. Kalau setakat nak jumpa kawan, lepak-lepak kedai kopi dan semua aktiviti berkaitan selalunya dibatalkan ketika tetamu datang. Tetamu akan dibahagikan mengikut group masing-masing. Anak-anak, ibu bapa dan yang berkaitan. Selalunya kaum wanita akan ke dapur menyediakan juadah untuk tetamu dan dituruti oleh tetamu wanita untuk membantu apa yang patut. Sekarang kita lebih terbuka. Lelaki dan perempuan berbincang tanpa ada sempadan, tak perlu lagi hidangkan juadah untuk tetamu. Kalau ada urusan kecil seperti untuk berjumpa kawan dan sebagainya penghuni rumah dengan senang hati meninggalkan tetamu.

4. Adab Bercakap dengan Ibu Bapa dan orang Dewasa.
Selalunya untuk perbualan biasa seseorang yang lebih muda usianya akan bercakap berhadapan dengan orang yang lebih tua. Jika mereka berada di jarak yang berbeza yang muda selalunya akan berjalan mendekati yang tua sebelum bertanyakan soalan dan bukannya menjerit atau bercakap tanpa berdepan. Seorang anak juga lazimnya menggunakan bahasa yang lembut untuk meminta tolong ibu bapanya membuat sesuatu untuknya dan bukannya nada arahan dan jeritan yang kita selalu dengar di zaman sekarang. Seorang anak juga selalunya akan memastikan arahan yang diberikan kepada ibu bapa adalah seminimum mungkin dan tidak berulang-ulang. Ia sangat berbeza dengan keadaan sekarang dimana anak-anak lebih selesa menjerit kepada ibu bapanya dari jauh untuk meminta tolong sesuatu dan tanpa segan silu mengarahkan ibu bapa mereka membuat sesuatu perkara berulang kali. Pada pandangan saya ia bukanlah sifat semulajadi tapi lebih kepada kurangnya sifat saling menghormati sesama yang lain.

5. Ucapan bila berjumpa dan berpisah.
Ucapan salam sering kedengaran bila seseorang berjumpa dengan yang lain. Namun ucapan itu digantikan dengan "eh, ko sihat" dan ucapan untuk berpisah lebih kepada "bye". Amalan bersalaman juga mula ditinggalkan dan digantikan dengan lambaian tangan ala Bill Clinton dan isteri.

Sebenarnya banyak lagi tapi cukuplah yang ni. Tulis banyak-banyak kena batang hidung sendiri juga tapi itu lah hakikatnya. Tak guna cara hidup yang kononnya moden tapi fikiran kolot. Berjemurlah tengah panas hari-hari pun takdenya nak jadi Negro.

No comments:

Post a Comment