Thursday, July 26, 2012

Alasan dan Paksaan

Kita manusia. Tiada mukjizat. Nak dapat karomah (orang kita panggil keramat) pun belum tentu kalau solat 5 waktu pun tak cukup. Masakan boleh lakukan segala. Maka banyaklah perkara yang di luar kekuasaan kita. Mungkin tu salah satu sebab cabang ilmu tu terbahagi dua. Akli dan nakli. Akli sebagai ilmu yang berpandukan pengetahuan kita dan nakli ilmu yang telah di ajar oleh Tuhan dan Nabi untuk kita turuti walaupun mungkin kita kurang fahami. Bukan bererti mengikut membuta tuli tapi mungkin tahap ilmu masih belum mencapai tahap ilmu kita ketika ini. Macam larangan makan babi la, masa tahun 1997 camtu baru aku dengar yang babi ni kuman dia takkan mati walaupun atas suhu 1000 darjah celsius. Masa dulu mana orang tau lagi.

Tapi aku suka peribahasa orang putih "Sky is the limit". Dalam lagi Malique ft Lah- Cuba lagi pun ada diterjemahkan lirik ni dengan ayat "Mereka tanya sampai mana, Nampak langit ahh, Sampai sana". Kekadang kita usaha. Fikirkan boleh memanjang dan matikan alasan-alasan negatif selagi mampu. Tapi kalau dah memang tiada anasir positif langsung dari apa yang kita nak lakukan tak boleh jugak. Contoh kalau nak berhenti keje ,nak meniaga tapi tak tau apa yang nak diniagakan, golongan sasaran, sasaran pendapatan, pun tak boleh jugak. Tapi selalunya kita cuma tau limit kita melalu paksaan. Cuba kena kejar anjing tengok sampai bila tahap kita nak give up dan bagi anjing gigit peha kita. Selalunya mental give up dulu sebelum fizikal tapi disebabkan semunya dibawah kawalan mental makan fizikal pun turut terhenti.

Masa kecik aku banyak belajar dari kawan-kawan yang dari keluarga susah tentang hidup. Keluarga aku pun tak senang sangat, sederhana ja tapi yang ni pure punya susah. Mereka tiada pilihan untuk buat alasan. Pilihan yang ada cuma harungi segala dugaan dengan redha ataupun secara paksaan.

Ahmad(bukan nama betui) pukul 6.30am pagi dah bertolah dari rumah. Aku tau ramai budak sekarang pun yang siap tunggu bas untuk ke sekolah time ni. Tapi Ahmad jalan kaki 2km. Kalau hujan lebat bapak dia tak hantar memang tak p sekolah la. Kasut sekolah dia tapak belakang haus, dia lapik dengan cebisan kotak tu, y koyak tak payah cerita la. Lagi-lagi time tu tengah trend main Ais krim soda buatan malaysia yang pijak2 kaki tu. Terkoyak, dia relax je jahit, siap bawak benang dengan jarum p sekolah. Bila jahit pun asyik tus dia taruk gam gajah yang lebih kelas punya. Dah macam kasut saintis dah penuh dengan eksperimen.

Baju sekolah kuning. Nipis dan besar sikit. Katanya abang dia punya. Aku pun pakai abang aku punya baju sekolah jugak tapi yang ni rasanya mau dah berapa generasi. Tapi dia smart. P sekolah pakai bedak kat muka. Dia sapu sendiri. Dia tengok mak dia buat kat abang dia masa kecik sebelum mak dia meninggal. Bag sekolah jenis sandang tepi. Zip dah rosak, dia guna pin untuk tutup bag bagi buku tak terkeluar. Tu pun beg kakak dia punya. Dia selalu tukar bag. Tapi semua yang jenis camni la. Bekas-bekas abang@kakak dia yang dah rosak, dia modified asal boleh. Masa tu zaman bag swan semua ada roda, bag boleh jadi besar. Tapi Ahmad relax je.

Time rehat kami makan tepi longkang. Ahmad bawak bekal. Aku bawak nasi lemak 30sen. Air beli kat kantin 10sen. Kadang-kadang aku belanja Ahmad kadang dia belanja aku, tu pun kalau dia jumpa duit terjatuh kat padang atau tepi-tepi longkang.

Bila besarm teringat balik cerita Ahmad baru aku perasan.

1. Ahmad tak pernah sedih dengan kesusahan hidup dia, tapi sentiasa berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan

2. Ahmad tak pernah pau aku atau kawan-kawan lain. Dia hidup dengan apa yang dia ada sahaja. Malah kami yang selalu mintak tolong dia untuk ajar trick jahit kasut terkoyak :).

3. Ahmad tak pernah sedih atas kesusahan keluarga dia. Malah dia bangga dapat guna bag recycle yang dah kira tahap tak boleh pakai dah dari kakak-kakak dan abang-abang dia.

Dah lebih 15 tahun aku tak dengar cerita tentang ahmad. Tapi aku tak perlu tau pun sebab sekarang mungkin dia dah pakai Merc, ada rumah banglo dan anak-anak yang cerdik.

Ahmad tiada pilihan, jadi dia tak perlu banyak alasan.....



1 comment:

  1. budak dulu thrill akal panjang....zmn bapak kita lg thrill. skrg asal mintak dpt. main angry bird da kira genius....sebab tu alasan pn byk.

    ReplyDelete