Sunday, July 29, 2012

Pembeli Negatif Mungkin Stalker Anda

Puasa ni teringat cerita tahun lepas. Ada orang nak beli barang melalui ads yang aku letak kat mudah.my. Tak mahal pun RM38 je. Nak jadikan cerita dia mesej aku tanya macam mana nak beli. Aku pun bagitau la bank in ke Akaun company(bukan akaun personal) lepas duit masuk aku akan pos barang. Syarikat aku pun berdaftar, walaupun aku dah takde kedai lagi. Tiba-tiba dia reply dengan ayat

"Dari dalam perut ke menipu?"

Aku menyirap jugak. Tapi dah kenangkan nama company taknak la aku buat tahi sebab badigol yang tak reti urusan jual beli online nih. Aku offer kat dia untuk send barang direct kat rumah dia lepas tu baru dia bayar untuk prove kan yang company bukan menipu. Alih-alih dia cakap takpe, tak jadi beli. Aku offer lagi. Aku cakap angkat barang dulu bayar tahun depan pun takpe. Memang saje nak pancing pun. Setakat RM38 aku tak kesah pun kalau kena kencing dengan mamat ni. Janji aku dapat jumpa dia kasi bambu seround aku dah puas hati dah.

Sekali terus senyap. Cek punya cek rupanya dia pun buat servis yang sama kat kawasan aku. Mungkin selama ni dia sorang buat tiba-tiba ada pulak orang kacau daun. Begitulah manusia yang aku gelarkan innaley kurukek.

Selamat berbuka.

No comments:

Post a Comment