Thursday, August 16, 2012

PSxperia vs FPSE

Lepas FPSE release driver opengl untuk aplikasi diorang aku mula berhijrah balik ke FPSE dari PSxperia. Mana taknya graphic mantap kot. Fungsi driver opengl ni dia render semua objek 3d dalam game yang korang main. Hasilnya graphic berkilat-kilat.

Gambar 1 : Yang kiri tu PSxperia yang kanan tu FPSE 0.11.29 with Opengl.
Pun begitu ada beberapa kekurangan jugak FPSE(opengl driver) ni berbanding PSxperia dan begitulah sebaliknya.

Aku gunakan Play Station Phone Xperia Play dengan game Grand Turismo sebagai contoh.

1. Dengan speed processor biasa (1ghz) tanpa overclock anda cuma akan dapat FPS dalam 35.
2. Bunyi masa kat menu tu memang kucar-kacir. Masa main game cuma dengar bunyi engine. Bunyi lagu tak dengar pun.

Sollution yang ada takat sekarang.
1. Overclock processor sampai 1.4ghz dengan Setcpu atau apa-apa je la yang korang guna.
2. Install Chainfire 3D dekat Google Play. Pergi ke option "Default OpenGL Setting" dan tick kotak "Reduce Texture Quality".

Dengan cara ni korang akan dapat 60fps tanpa frame skip time race. Tapi kat game menu still akan dapat dalam 32-45 camtu. Untuk bunyi make sure korang tick setting "AUDIO-SPUSYNC" kat FPSE setting. Bunyi dia kira ok la sikit. Antara game lain yang aku test adalah:

1. Metal Gear Solid: Bugs dikesan korang tak nampak nombor codec cuma nampak 00000 je.
2. Front Mission 3. Terbaek. Kadang-kadang je FPS bawah 60. Fighting scene memang terbaik.

Gambar 2: Cuba tengok kat kiri kanan tu. Tu lah bugs dia. Screen jadi bertindih. Tapi ni cuma dekat menu utama dengan time nak start race.
Pun begitu ada jugak game yang tak function dengan FPSE openGL ni. Untuk yang tak function aku lebih selesa stick dengan PSxperia dari FPSE tanpa openGL driver sebab PSxperia tak banyak bugs baik dari segi bunyi, graphic dan juga FPS.

Orang cakap nowadays game "Good graphic bad gameplay" but for this one sure "Good graphic good gameplay". 

No comments:

Post a Comment