Friday, August 24, 2012

Yang Salahnya Orang, Kita Tak Salah.

Dah nak pilihanraya macam-macam bunyi yang kita duk dengar. Korupsi sana korupsi sana, salah tadbir sana sini. Penyelewengan, kaki bodek, kaki ligan projek blablabla.... Baik dari pihak pemerintah mahupun pembangkang. Antara isu yang paling aku benci dengar adalah isi orang susah/miskin.

Bila bercakap, bercerita seolah macam ketua Pengurus zakat. Semua orang nak di maki hamunnya sedangkan cuma bayar zakat fitrah setahun sekali. Habis orang-orang yang mengurus di herdik di maki, dikatakan tak reti berkerja dll. Mungkin diorang memang penyiasat tersohor yang melihat segala aktiviti dari CCTV rahsia.

Bila aku lihat ke luar, sekeliling rumah pengkritik hebat sendiri rasanya masih ada yang bumbungnya berlubang tak bertutup, ada yang hidup seorang diri tanpa anak isteri di sisi menghabiskan sisa-sisa hidup, bekerja kais pagi kais petang. Kenapa perlu tunggu menteri? Tunggu pejabat zakat? Tunggu parti politik usung cek gergasi dengan media untuk masuk TV?

Awat hang tak pi tolong??

Perbanyakkan kuah dalam makanan dan agih-agihkan sesama jiran. Jangan duk politik sangat sampai jadi bodo. Duk harap semua orang buat sedangkan tanggungjawab kita dengan masyarakat pun lupa. Baik siapa pun pemerintah hangpa, depa bukan Tuhan, depa masih manusia.

Aku teringat kisah yang aku baca kat buku Salasilah 25 Nabi dan rasul.

Bila orang kafir bertanya:
"Kenapa dijadikan Nabi dari manusia yang makan, minum sama seperti kami, kenapa bukan Malaikat?"

Allah berfirman:
"Kalau Aku jadikan dari Malaikat kamu akan bertanya kenapa bukan dari manusia, senang untuk kami faham kerana gerak gerinya sama seperti kami."

Teringat kisah ni aku terbayang politik Malaysia. Sama sungguh...

Note: Aku tak ingat ayat betui tapi maksud dia lebih kurang lagu ni la..

No comments:

Post a Comment