Thursday, July 18, 2013

Perbalahan Takkan Selesai Jika...

Pagi tadi aku baca isu cina hina islam tu. Lepas tu macam biasa tengok komen yang panjang berjela. Ada yang macam Ustaz, Cikgu, pakar Psikologi dan mamat psycho pun ada. Semua dengan hujah masing-masing. Cuma aku yakin masalah takkan selesai jika:

1. Sering bertukar topik.
(Contoh) Tun M cadang buang kerakyatan. Orang bagi komen. Tiba-tiba ada komen menyampuk berkenaan tindakan Tun M masa tahun bila ntah tentang Nabi tak potong janggut sebab takde pisau Gillete. Topik pun bertukar tangan. Masalah tak selesai.

2. Sifat tak mahu kalah
(Contoh) Bila Mun Tatt kena pukul dan isu itu dimainkan ramai orang baik dari bangsa cina dan Melayu mula tunjuk poyo. Yang segelintir Melayu sibuk nak pukul kalau jumpa tepi jalan(ntah berani ke tak) yang cina pula sibuk duk tambah bara. Maka panas la dua-dua pihak. Masalah tak selesai.

3. Hujah Copy Paste.
Bila dah hujah pun copy paste google bulat-bulat tanpa kefahaman lepas tu ditafsir pula dengan akal logik yang tak berapa nak betul maka lagi melalut la masalah sediaada. Paling ketara isu penggunaan ayat Al-Quran. Yang diguna pakai cuma ayat yang rasa bersesuaian. Bila dibantah dah mula guna hujah melawan hukum Allah... Kesimpulannya masalah tak selesai.

Pendapat aku, kalau jumpa orang yang jenis macam ni tak kisah la dia pendidikan tinggi ke so called Alim Ulamak ke lebih baik jauhkan diri. Kalau dekat jugak maka pasti....

MASALAH TAKKAN SELESAI.....

No comments:

Post a Comment