Sunday, August 14, 2011

Marketing Sanggap


Pihak A:Hello, encik ada buat servis blablabla...?Kita nak guna servis encik. Boleh datang office saya untuk bincang.
Aku : Baiklah. Kita jumpa hari Sabtu depan.

Sekali sampai je kat office diorang rupa-rupanya diorang adalah satu agen yang menjadi orang tengah untuk menghubungkan peniaga kepada peniaga lain. Ohhh.....Aku terasa sungguh tertipu. Yaaa itu adalah strategi marketing mereka. Samalah seperti agen insuran dll tapi korang rasa marketing macam tu bagus ke? Serius aku mula pelik dengan cara bangsa aku berniaga. Mereka terlalu taksub mengejar duit sampaikan tidak fokus atas kepentingan produk dan servis. Yang difikirkan cuma adalah duit,duit dan duit. Haiyoooo....

Yaa, aku pun perlukan duit. Habis je keje aku pun start work on client sendiri punya job. Tak mahal pun nilai kerja aku. RM 35 punya job pun aku sapu asal rezeki halal. Yaa memang untung tak banyak tapi aku puas. Aku tak perlu tipu client dan aku faham akan kerja yang aku lakukan. Subcon? Hoooo....kalau satu-satu kerja tu aku tak fasih aku takkan gunakan subcon sebab aku tak suka pening kepala dan aku juga tak suka amik kerja yang aku langsung tak reti buat.

Tapi diorang nih memang power. Memang peniaga sejati. Diorang dengan rasa tak bersalah memberikan maklumat yang salah kepada pelanggan yang kurang cerdik dan beria-ria mengatakan diorang terbaik dan sesuai untuk memajukan bisnes. Bila ditanyakan tentang bisnes plan yang diorang akan cover untuk ahli panel diorang cuma menunjukkan satu laman web bodoh yang dia(makcik yang handle aku tu) pun tak tau alamat laman web tu siap terpaksa tanya orang sebelah lagi.Hoooo.....Apakah..???

Aku juga ada bertanyakan apa benefit yang aku akan dapat kalau berdaftar? Sebab dah alang-alang tertipu untuk datang ke sini aku rasa aku ada hak untuk bertanyakan lebih walaupun aku tak rasa berminat langsung nak join. Dan dia cuma jawab yang aku akan dapat call 15sen/min dan jugak telefon cokia-bukan nokia sebagai hadiah percuma lepas bayar yuran pendaftara rm300. Pakej yang ditawarkana sama sekali seperti pakej yang kita mampu dapat percuma dengan mendaftar di Groupon dll website yang berkonsepkan idea sebegini dengan nila PERCUMA. Sentap mak nok.....

Untuk marketing bisnes?Memang out laa...Korang still kena keep on doing your own marketing sebab diorang cuma akan put your name on their list yang tak fofular tu. Cuma mungkin ahli-ahli boleh cari korang dalam reference. Sama je konsep cam Yellow Pages. So better i'll use mudah.my or lelong.com.my as my online marketing strategy along with FB and Twitter. Free lagi.

Yaa masing-masing bisnes masing-masing cara. So korang nak cari makan camtu ikut suka korang laa kan apa hak aku untuk protes. Tapi aku cuma ingin mengingatkan tentang marketing strategi sanggap korang tu yang langsung tak sesuai. Bila korang ajak orang macam aku ni ke office korang dengan panggilan telefon dan sms yang tidak dijelaskan niat sebenar. Korang dah merugikan masa, tenaga, duit untuk orang-orang macam aku dan korang boleh membuatkan orang benci dengan aktivis korang walaupun pada hakikatnya user boleh dapat benefit telefon dengan kadar yang agak ok(ok je sama macam plan telefon lain cuma plan ni dia bukan bagi Blackberry, dia bagi BlackCurry kot).

Yang paling best bila aku bagitau yang diorang dah rugikan masa aku dia boleh pulak cakap yang diorang pun rugi masa datang sini hari sabtu untuk kerja. Hadoiii.....This is your bussiness. Doesnt matter laa kalau korang rugi masa pun. Tapi apa hak korang untuk rugikan masa orang lain. Serius aku nak bagitau yang marketing strategy korang memang sanggap.

So untuk kawan-kawan. Beringat lah. Sekarang ni orang sanggup buat apa saja untuk duit. Tapi satu je diorang tak sanggup. Tak sanggup belajar.Belajar bagi pandai. Bagi boleh bersaing dengan orang kulit lain. Belajar menipu nak pulak. Taksub kaya cepat tapi bodoh.

Apa guna kaya tapi bodoh?
Sebab bila korang kaya orang akan tipu korang balik sebab korang bodoh. Haaiiiii......

Ni antara tips-tips yang korang boleh gunapakai bila dapat panggilan dari pelanggan yang mencurigakan.

1-Tanya syarikat individu orang yang call korang tuh.
2-Google nombor telefon orang tersebut untuk menyemak aktiviti online di internet.
3-Semak masa panggilan/sms yang dibuat. Kalau satu-satu panggilan diterima selepas waktu berkerja itu menukjukkan yang pelanggan korang bukan dari golongan profesional. Selalunya golongan profesional takkan melakukan urusniaga selepas office hour.
4- Test tanya detail tentang kerja yang dia nak suruh korang buat. Contoh kalau dia nak suruh buat pelan arkitek at least dia tau scale atau material. Kalau tak tau langsung ni mesti ada yang tak kena.

Kesimpulannya hari sabtu aku hari tu memang tak best. Hahaha....Syukur alhamdulillah untuk pengalaman yang best.

1 comment:

  1. back in 2005, aku pernah ditawarkan untuk bekerja dalam company macam ni jugak sebagai marketer. masa tu, aku memang jenis gila kerja. 7 hari seminggu aku bekerja. free ja, buat part-time dekat hotel sebagai banquet.

    yang menjadikan aku drop keje tu, suffice to say, pandangan aku sebagai orang technical :

    1. url tu memang sah2 sehari pun takdak sapa masuk.

    that's it. small point, tp kalau marketing dkt website yang visitors less dari 10 orang sejam, aku bypass. selain buang duit, aku pun buang masa. but obvious, its marketing. tapi revolution, marketing hari ni yang free pun lagi better yang berbayar.

    nice article, as usual.

    ReplyDelete