Wednesday, August 17, 2011

10 Golongan Yang Aku Akan Cuba Elak Seumur Hidup Aku.


1.Penipu yang menipu terang-terangan.
Yaa, aku rasa hampir semua orang kat dunia pernah menipu. Tapi aku cukup benci orang yang menipu terang terangan nih. Maksudnya bila dah kantoi pun nak menipu lagi. Bagi aku orang macam ni sangat annoying kerana mereka lebih banyak menyusahkan orang dengan penipuan mereka. Selalunya mereka ni terdiri dari orang yang nak berlagak pandai dan peniaga-peniaga MLM penipu piang(yang tak menipu tak payah terasa ok).

Mereka juga selalunya bersifat muka tebal dan kurangnya rasa bersalah. Selalunya mereka akan menghentikan aktiviti menipu mereka beberapa ketika bila sudah kantoi "berkali-kali. Yaaa berkali-kali"(dialog bapa Mat dalam Kampung Boy) dan akan mula menipu kembali bila ada mangsa baru.


2.Pembawa Mulut dan Penjaja Fitnah
Yang ni cukup banyak. Penuh keliling aku. Mereka suka bercakap tentang keburukan orang dan mentertawakan kelemahan orang. Hobi mereka ialah mengorek cerita dari satu individu ke individu yang lain dengan bermodalkan cerita terdahulu. Contohnya:

Cik Mon: Hey Cik Jah, I dengar you ni suka cari pasal dengan orang betul ke? I just dengar je tapi i takde la percaya sangat pun.
Cik Jah: Hey Cik Mon, meh bagitau aku sapa yang cakap macam tu? Meh aku cili mulut dia.

Maka bermulalah penumbuhan tanduk. Tanduk setan. Dua-dua baguihhh. Satu suka bawak mulut satu lagi suka sangat percaya khabar angin. Mereka selalunya suka berlagak seperti orang yang mengambil berat terhadap sesuatu isu tapi sebenarnya mereka tengah melakukan operasi mengorek maklumat dari anda untuk disebarkan bersama jemaah mereka.Kelebihan mereka ialah mampu memecahbelahkan orang lain dan tanpa rasa bersalah buat bodo je atas satu-satu perkara. Mereka juga pakar modifikasi ayat contohnya:

Cik Mon kepada cik Kiah
Kesian cik Yam tu. Kena tipu lagi dengan agen MLM tu.Haiiii.Cik Yam tu tak berapa reti sangat bab-bab niaga nih

Cik Kiah kepada cik Yam
Cik Mon cakap ko bodoh sebab kena tipu dengan agen MLM tu.

Makna lebih kurang bahasa berlainan. Terlebih sudah.




3.Mr. Perfect
Yang ni power. Mereka selalu merasakan tindakan mereka betul dan siapa yang menegur akan ditentang habis-habisan. Mereka juga akan mencari geng untuk menyokong mereka dikala dalam perjuangan menentang orang yang menegur mereka. Selalunya geng-geng mereka terdiri daripada adik-beradik, sedara-mara, kawan-kawan baik dan mat cokia yang hidup mereka suka protes. Mereka selalunya bersorak kemenangan bersama puak mereka sahaja kerana tiada orang yang ingin menyertai mereka. Mereka juga selalu berteriak dengan berkata:

"Nanti hang tau laa langit tu tinggi ka rendah"
"Kami sentiasa dipihak yang benar sebenar-benarnya"-ni macam lagu Slam sikit-
"Nak tequq aku konon, hang cermin diri hang dulu macam baguih sangat".

Untuk puak ni mereka terdiri dari 2 kategori. Pertama ialah puak yang memang pandai dalam berhujah. Hujah mereka selalunya sangat bernas tapi mungkin akibat lupa diri mereka cepat melatah akibat ditegur seseorang(banyak terjadi golongan cerdik pandai). Yang kedua pulak yang jenis bodoh sombong. Yang ni mereka cuma tahu protes dan hujah mereka agak.....hmmmm.....hmmmm......Kentut...puff..pufff....Ni yang paling banyak. Hujah mereka sangat lawak. Contohnya:

"Sebab hang tak buat kerja aku laa aku fail".
"Sebab hang bagi aku pakai kete hang yang kuat makan minyak laa duit aku habis".
"Pasai hang laa keta aku kena tarik. Hang yang ajak aku p buka posa luaq hari-hari sampai aku takdak duit nak bayaq keta.Semua salah hang". -Haaa habih laa hangpa eden tak tau.




4.Pembodek Tegar.
Ni kira kategori universal nih. Semua orang tak suka. Tapi yang lagi best tu ada orang yang tak sedar pun yang dia tu pembodek tegar. Mereka selalunya akan menjadi hyper active bila dihadapan majikan ataupun orang penting. Mereka juga suka menggunakan orang lain untuk menonjolkan diri mereka. Mereka selalunya suka berebut-rebut dalam melakukan sesuatu urusan agar mereka sentiasa nampak ke depan. Selalunya pombodek tegar dan pembawa mulut ini terdiri dari individu yang sama kerana mereka akan menggunakan teknik ini untuk menjatuhkan orang yang dirasakan pesaing mereka. Majikan selalunya menyedari tentang perangai mereka tapi selalunya diendahkan kerana majikan boleh menjadikan mereka sebagai Pak Yet(orang suruhan).

Selalunya mereka sangat bersifat pentingkan diri bila di hadapan orang biasa tapi tiba-tiba boleh menjadi sangat prihatin bila berdepan dengan orang penting. Senang je nak tengok orang-orang macam ni.Sifat-sifat tambahan mereka selalunya sembang tak jatuh.


5.Apa Pun Tak Boleh
Mereka selalunya mengeluh tentang hidup mereka dan cuma tahu mengatakan yang mereka serba serbi tak boleh. Mereka juga suka menyusahkan orang lain yang mungkin sedikit pandai dari mereka untuk menolong mereka dalam satu-satu masalah tanpa berusaha belajar untuk membuat sesuatu dengan sendiri. Mereka selalu berkata "Nak buat macam mana aku dah memang macam ni".Sebahagian mereka pula bila dibantu akan mengambil kesempatan tanpa disedari dan jika anda tak mengulurkan bantuan anda akan dilabel sebagai:

"tak berhati perut",
"macam ni la kawan bila senang sama-sama bila susah tak mau tolong",
"aku takkan mintak tolong hang lagi, kalau aku tau hang berkira tolong aku".

Mereka selalunya sukar ditegur kerana bagi mereka sesiapa yang tak membantu mereka adalah pengkhianat. Mereka juga selalu meletakkan kesilapan mereka terhadap orang lain.

"Saya tak tau ni,hari tu Abu yang buat. Saya mintak tolong dia. Rasanya Abu salah setting kot. Lagipun Abu bukan pakar sangat".


6.Pengamal Rasuah.
Pengalaman depan mata aku ada 3 kali. 2 kali dengan Encik Misai. Dia layor-layor buku saman sambil duk gertak-gertak "ni kalau saman ni rm300 ni". Aku pun cakap "takdak duit laa encik ada rm10 ja nak buat isi minyak, nak buat camna redha jela"......Buk terus muka masam buka saman. Sekali saman baru rm75. Cittt....

Yang 1 ni lagi jijik. Majlis Perbandaran **** **** .Kes ni masa kat tempat kerja lama aku dulu. Dia datang 3 orang. Pusing-pusing nursery celup-celup botol tabung uji pastu masuk office cakap ada jentik-jentik. Satu botol denda rm800. Pastu terus tanya boss aku nak settle ke nak bayar. Yang lagi syiok tu belakang dia ada 2 ekor mamat melayu yang berpeluk tubuh kemas seolah-olah apa yang mandor dia buat tu betul. Pergghhhh......Sepatutnya aku amik gambar dan report. Tapi masa tu fikir taknak campur. Sekarang kalau polis nak saman aku redha je. Selalu aku tanya je tak boleh maaf ke. Kalau dia cakap tak boleh aku angkat pen sign je la. Dulu tak la fikir sangat. Tapi korang cuba fikir duit yang korang bagi tulah nanti dia masukkan dalam poket/wallet dia pastu bercampur dengan duit dia pastu dia balik beli KFC kat anak bini dia pastu anak bini dia makan duit haram,last-last korang cuba fikir sapa yang bagi duit haram tu? Bukan korang ke? Banyak gila kredit korang. Huh....


7.Orang Yang Melindungi Kesalahan Orang Lain.
Yang ni mungkin aku pelik sikit tapi aku memang tak akan sokong sesiapa saja yang buat silap walaupun darah daging aku sebab bagi aku tak salah pun untuk terbuat silap dan tak salah jugak untuk kita mengaku kesilapan kita dan menegur kesilapan orang lain. Tapi kalau dah berkali-kali buat kesilapan yang sama tu agak melampau laa. Kesalahan yang timbul bagi aku ialah bilamana kita tak mampu tegur satu-satu perkara yang salah dan asyik menyembunyikan kesilapan sesuatu individu untuk menjaga hati individu yang lain.

Sedarkah kita dengan melindungi satu-satu kesalahan kita akan membuatkan pesalah merasakan dirinya tidak bersalah dan akan terus mengulangi kesalahan yang sama malah mungkin lebih lagi disebabkan kesalahannya sering di cover. Sedarkah kita yang hidup mereka mungkin akan berakhir tanpa menjadi manusia. Lumrah manusia, kesilapan pasti terjadi samada sengaja atau tak tapi walau apa pun yang pasti kita kenalah belajar tanggung risiko atas kesilapan kita. Yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah dari kita sendiri.

Namun teguran pun ada cara. Jangan melampaui batas. Jangan sampai memalukan individu tertentu dan seboleh-bolehnya dilakukan secara berdua sahaja untuk mengelakkan aib. Tapi kalau dengan "Mr. Perfect" memang susah sikit lah.


8.Suka Mengeluh
Mereka mengganggap hidup merekalah yang paling malang, paling tak bertuah dan paling sukar. Mereka lupa yang Allah itu Maha Adil dan ujian yang kita terima bersesuaian dengan level kita. Keluhan mereka berbagai-bagai. Bukan setakat ahh...ahh..ahmad. Tapi mereka juga persoalkan kenapa si A hidup senang, si B senang dapat cuti, si C senang tukar kereta baru tiap-tiap tahun. Mereka lupa yang banyak lagi orang yang lebih tak bernasib baik dari mereka. Mereka lupa ada yang tak makan tak minum berhari-hari. Mereka lupa ada yang berusaha tapi sampai mati tak berjaya. Selalunya mereka akan mengeluh sampai tension. Lepas tension mereka tido. Bangun tido sambung mengeluh lagi. Boleh sakit mental wooo...Ini baru semak.



9.Cakap Kencang
Puak ni aku ada mention dalam post terdahulu. Memang buang masa layan diorang. Bila bercakap semua kepak dibuka, jaga-jaga jangan merenung mata. Dunia ini kita yang punyaaaa Samseng-samseng-samsung-samseng.Haa Ahli Fiqir satu kali. Kalau cakap tentang diri sendiri berpandukan pengalaman diri sendiri aku consider laa jugak. Tapi kalau nak cerita korang tu power sebab Pak Long korang Master Chef ,Abang Long korang Ip Man, Pakcik korang Bruce Lee, Tok Long korang Parameswara sudah-sudah laaa....Buat malu je. Serius. Nak contoh, baca entri lama aku. >>>Cakap Kencang Senjata Loser


10.Orang MLM-Kalut Punya
Samada yang sah atau tak. Yang berdaftar atau tak. Yang haram atau tak. Serius aku takut jumpa diorang nih(yang taksub laa). Asal kenduri nak cerita tentang produk, asal jumpa kat supermarket, kat toilet, kat kedai makan, kat kenduri arwah.....Dah laa ala-ala paksa. Mereka adalah satu-satunya golongan yang mampu membuatkan aku kata "saya tak berminat langsung, minta maaf ye, kalau boleh kaya macam ni pun saya takmau".


Tapi kalau yang santai relak-relak bagi brief pun dengan ilmiah aku ok je. Aku cuma anti yang kalut-kalut nih. Memang ke laut .

"Bang bang 2 minit je bang...."

Hakikatnya memang aku tak mampu elak lah golongan macam ni. Memang mereka ditakdirkan ada je bersama kita untuk menjadi ujian kepada kita. Kita pun bukan sempurna sangat nak kata orang semua tak kena. Mungkin orang pun merasakan benda yang sama jugak dengan kita. So aku tak suka golongan-golongan ni dan aku akan cuba pastikan aku tak berkelakuan seperti mereka. Tapi aku pun cuma manusia kadang-kadang pun alpa. Kalau satu hari aku lupa diri dipersilakan kawan-kawanku semua untuk betulkan aku. Kalau tersedar time kena soal dengan Munkar dan Nakir dah tak guna dah.


Munkar Nakeer: “Apa agama kamu?”
Jiwa Islam: “Islam.”
Munkar Nakeer: “Siapa Tuhan kamu?”
Jiwa Islam: “Allah.”
Munkar Nakeer: “Siapa nabi kamu?"
Jiwa Islam: “Muhammad.”
Munkar Nakeer: “Bagaimana kamu mengetahui semua ini?”
Believing soul: “Aku membaca kitab Allah (i.e. the Quran) dan aku percaya.”

P/S: Aku p NSK pakai kain pelekat dengan pagoda takde satu agen pun datang promote barang kat aku. Bahagianya dunia.



No comments:

Post a Comment