Friday, August 5, 2011

Pencipta Television: Terima Kasih

Hari-hari aku tengok tv (lagi-lagi lepas ada UNIFI). Kalau tak tengok channel TV pun aku tengok movie kat XBMC aku. Agak-agak siapa yang aku kena berterima kasih untuk teknologi yang sangat evergreen nih. Jadi aku start meng GOOGLE untuk mencari siapa pereka television.

Katanya idea ini bermula pada 1880an dimana terdapat beberapa tokoh yang terlibat di dalam sejarah. Aku google punya google antara tokoh yang timbul di awal pembikinan TV ialah Uncle Ferdinand Braun. Beliau merupakan orang yang mencipta tiub sinar katod(cathode ray oscilloscope) di mana fungsinya adalah sebagai alat untuk menerima dan menghantar signal dan merupakan komponen asas kepada semua penerima signal.

Pada 1902 hingga 1907 juga Aurthor Korn(Bukan Jonathan Davis,Korn) telah berjaya mencipta litar isyarat untuk pemancaran imej dimana litar ini membolehkan beliau menghantar imej pegun merentas sempadan melalui telefon (ala-ala sistem braille).Kejayaan Korn ini memberikan satu sinar baru kepada perkembangan teknologi TV.

1.0 Tiub sinar katod
Pada tahun 1907, Boris Rosing mencadangkan menggunakan tiub sinar katod(yang Braun buat tadi) untuk menerima imej, dan pada tahun berikutnya Alan Campbell-Swinton juga mencadangkan penggunaan tiub sinar katod, bagi penghantaran dan menerima signal.

Vladimir K. Zworykin (1889-1982). Seorang bekas murid Rosing, dia telah menghasilkan satu kaedah yang amat praktikal iaitu memperluaskan alur elektron supaya corak cahaya / gelap akan menghasilkan imej yang baik. Pada tahun 1923, beliau telah paten kan iconoscope (yang akan menjadi kamera televisyen), dan pada tahun 1924, beliau
paten kan pula (tiub televisyen). Kedua-dua ciptaan bergantung kepada aliran elektron bagi kedua-dua imbasan dan mewujudkan imej pada skrin pendarfluor(ala-ala macam projektor la). Menjelang tahun 1938, selepas menambah sel-sel foto yang baru dan lebih sensitif, Zworykin menunjukkan model praktikal pertama.(model ini yang mengantikan teknologi asal yang dibuat oleh Baird dengan sistem elektronik sepenuhnya. Cerita Baird ada kat bawah nanti).

Satu lagi 'bapa' televisyen dari Amerika ialah Philo T. Farnsworth (1906-1971). Beliau adalah orang pertama yang mencadangkan bahawa gambar boleh dihantar melalui elektronik. Dia datang dengan reka bentuk asas pada tahun 1922 dan membincangkan idea-idea dengan guru sekolah tinggi. 


Dan yang paling berjaya adalah John Logie Baird (1888-1946). Beliau merupakan orang pertama yang berjaya menghasilkan tv yang berfungsi dan juga siaran tv berwarna pertama sepenuhnya. Pada 1927, Baird pun dengan machonya memancarkan isyarat TV jarak jauh pertama antara London dan Central Hotel,Glasgow(705 km=Lebih kurang dari Johor ke Kedah). Dengan cubaan ini Baird telah berjaya memecahkan rekod stesyen AT&T  Bell Labs di New York yang berlangsung sebulan sebelum demonstrasi Braid nih dan selepas itu bermulalah dunia TV secara meluas. Seperti siaran lumba kuda,tinju, Charlie Chaplin yang legend habis dll.


Sebenarnya banyak lagi tokoh yang terlibat dalam memberi sumbangan sebelum terciptanya tv seperti yang kita lihat hari ini dan idea asalnya bukanlah untuk menjadikan ia sebagai sebuah tv tapi semuanya bermula dengan idea penghantaran signal. Dari menggunakan cara manual kepada cara elektron dan kemudian bermulalah revolusi untuk menghantar imej pegun pula melalui talian telefon yang pada ketika itu dikatakan menjadi satu fenomena tergempar dunia. Dan dengan idea tulah baru bermulanya idea yang lagi best untuk menghantar video bergerak menggunakan pemancar dan untuk dilihat diseluruh dunia seperti yang kita dapat lihat pada hari ini. Tanpa mereka mungkin Astro takkan pernah wujud.
Mereka berkerja sama dan mewariskan kajian mereka untuk disambung oleh generasi akan datang. Siapa mereka dan siapa kita? Aku tayar pancit pun p kedai tayar apa cerita :).

No comments:

Post a Comment