Wednesday, August 10, 2011

Bonus Raya. Kenapa Marah?


Yaaa.....lagi 20 hari nak raya. Yaa orang gomen kita dah dapat bonus setengah bulan gaji. Orang yang tak gomen apa mau buat?? Hahaha...poning kan??

"Haram eh bos aku tak bagi bonus pun. Company lain semua dapat bonus".
"Aku dah keja lama kot awat aku dapat bonus sama macam budak praktikal ja. Tension aku. Dia menganak tiri kan aku. Vodus, vodus, vodus".
"Hang tak bagi bonus raya kat aku jadi aku rembat projek hang bagi member aku padan muka hang"

Tak laa selalu tapi ada jugak orang yang cakap macamni....Masing-masing punya pendapat la kan. Tapi bagi aku kalau kita tak dapat bonus bagai kenapa nak salahkan majikan? Ok cuba korang ingat balik masa mula-mula minta kerja apa korang cakap dengan bos?

Orang Kerajaan:
"Saya akan memberikan yang terbaik jika saya dilantik berkerja di sini."-Ni untuk yang tak pakai kabel.
"Saya akan memberikan khidmat yang terbaik dan sentiasa belajar dari senior dan sanggup melakukan apa sahaja yang bersesuaian jika diterima berkerja di sini(bersama Pak Long, Pakcik dan Paksu)". Ni kabel kuat punya.

Orang Swasta:
"Jika diterima berkerja saya sanggup berkerja lebih masa dan sanggup belajar untuk berjaya".
"Saya akan membantu syarikat untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja jika diterima".

Tapi ada tak hangpa cakap macam ni?
"Tiap-tiap tahun ada bonus ka?"
"Kalau saya tak mau kerja lebih masa boleh, sebab bini saya mengandung".
"Raya haji, raya cina, raya india semua ada dapat bonus tak? Saya nak balik kampung. Kalau ada bonus saya mau laa kerja dekat sini".

Haaa....memang gila la kan awal-awal dah demand kan? Tapi sebenarnya bagi aku bila kita memohon satu-satu kerja sebenarnya kita memperdagangkan kelebihan kita dan kita ada hak untuk demand sesetengah part dan majikan juga ada hak untuk memilih kita atau tidak. Tapi selalunya yang terjadi disebabkan desakan untuk mendapat kerja kita ketepikan hak kita dan lebih mengutamakan untuk "asai dapat sudah la".

Yaa aku suka konsep ni. Dengan ekonomi sekarang janganlah memilih sangat untuk kerja. Yang mana ada sapu je dulu dan dalam masa yang sama mula cari kerja yang lebih sesuai tapi apa yang aku rasa tak sesuai tu bilamana orang-orang macam ni dah dapat kerja. Bila dah diterima tiba-tiba je banyak bunyi. Minta itu ini dan isu yang aku nak highlight kan kat sini adalah bonus.

Bila tak dapat bonus je mula maki hamun bos. Cakap bos korang takde hati perut, tak berperi-kemanusiaan, kejam, firaun. Hadoiii.....Selalunya sebelum diterima berkerja kita akan diberi offer letter dan juga satu perjanjian antara pekerja dan syarikat yang selalunya akan menerangkan tentang cuti, cuti sakit, bonus, epf, pencen dll jadi bagi aku sebelum kita menandatangani kita perlulah melihat kepada perjanjian yang telah tertulis tersebut dahulu. Macam tempat kerja aku bonus tak dijelaskan so maknanya aku tak boleh lah marah majikan kalau tak diberi bonus. Macam juga bonus raya memang tak tertulis pun tapi bila raya majikan bagi je. Kalau tak bagi takkan aku nak marah dia kot sebab bukan salah dia.

Kadang-kadang betullah kata bidalan tu "dah bagi betis nak peha". Lepas tu lebih suka menyalahkan orang lain bila sesuatu kekurangan dari diri kita. Apa ni? Kalau tak suka kerja tu kenapa tak berhenti je? Pergi la cari kerja lain jangan banyak bunyi. Oooo....susah nak dapat kerja? Kalau macamtu ada satu option lagi. Ni terbaik punya. Pergi la slow talk dengan bos korang. Mungkin korang dah 4 tahun kerja tak naik gaji ke dan korang rasa perlu untuk mintak extra atas kerja korang. Lagi baik dari duk menceceh kat FB, Twitter dan Blog pastu dapat respond pun sama juga dari orang yang sama spesis macam korang buat apa?

Kentut.
Ni gelaran yang aku bagi untuk orang yang cakap lebih. Panas di dalam busuk diluar. Orang macam ni bagi aku tak membantu apa-apa pun kat masyarakat. Mereka cuma memberi semangat kepada orang yang suka cabaran dan menjadi racun kepada orang yang lemah semangat. Komplain, komplain, komplain tapi habuk pun tarak.

Yaa kita semua sedar yang ekonomi makin merosot kos sara hidup makin tinggi dan pendapatan kita mungkin tak cukup untuk menampung sekeluarga(untuk orang yang dah ada cahaya mata khasnya). Jika majikan tak mampu berikan apa yang kita inginkan just go ahead find a new employee jangan duk komplain je beb. Kalau tak pun pergi keluar perah otak sikit doing some extra work out there. Buat bisnes kecik-kecik ke or maybe boleh buat part time kat mana-mana.

"Hang tak lalu apa yang kami lalu, hang mana tau apa kami rasa"
"Hang cakap pandai laa, hang buat tengok".

Mungkin lah kot. Korang je yang paling susah dalam dunia ni orang lain tak. Korang je yang dapat ujian tahap wali-wali yang berat tak sama macam kami manusia biasa yang diuji sedikit-sedikit je. Korang tau tak orang paling kaya dalam dunia pun ada masalah jugak. Yaa masalah dia tak sama macam korang kan??Korang punya lagi teruk kan?  Hmm....Kalau korang rasa macam tu aku tinggalkan entri kat bawah ni untuk korang baca.

Untuk majikan juga bertimbangrasalah sikit. Mungkin ada benarnya apa yang di ketengahkan oleh pekerja anda. Dengan sedikit imbuhan dan ganjaran mungkin dapat membuatkan pekerja anda lebih produktif dan bersemangat untuk memberi khidmat kepada syarikat. Bila kerja semua orang happy baru syiok baru takde pressure.

"Hang nak apa?"
Aku nak 240hour/month aku balik. One day i will take it back. For sure.

"Awat hang tak amik la ni?"
Belum masa sesuai (sebab aku penakut).

Salam.


http://sayaorangnatoi.blogspot.com/2011/07/1-bab-satu-ujian-yang-mematangkan.html

2 comments:

  1. Org kerajaan beruntung dapat bonus every year. Tapi aku selalu sakit hati dengan kualiti dan cara kerja dorang kalau ada apa-apa urusan kt jabatan dia orang. Ada pekerja yang malas nak berkerja tapi harapkan imbuhan je..

    ReplyDelete
  2. mungkin la.tapi bagi aku semua orang untung.orang gomen dia untung sbb terjamin n slalu ada duit2 tambahan ni. tp y swasta pun untung sebab diorang tak berapa terjamin.bila tak berapa terjamin diorang akan cuba prepare themselves untuk lebih bersedia menghadapi kemungkinan. so orang swasta selalunya tahap survival diorang lebih tinggi. bila tahap survival tinggi diorang boleh buat macam2(terutamanya bisnes).so bila dah boleh buat macam2 for sure kualiti hidup akan meningkat.Bila kita terlalu selesa sebenarnya susah juga nak tingkatkan kualiti hidup.Jadi kat mana pun kita berada yang penting think possitive.

    Orang gomen malas?hehehe....tak semua tapi sepanjang berurusan dengan jabatan kerajaan nih jawapan aku "agak" laaa....

    1 gelas ada separuh air
    Orang selalunya akan tengok air yang ada dalam gelas,apa kata ko tengok ruang kosong yang ada dalam gelas(ayat favourate bapak aku hahaa)

    ReplyDelete