Friday, November 18, 2011

My 3rd Android Phone-HTC Legend

Aku memang angkat barang2 lusuh je.Nak angkat barang baru aku takdak duit. The most important for me is ram,screen size, processor dan seperti yang diceritakan tujuan utama aku beli smart phone dari zaman universiti lagi adalah semata-mata untuk modding PS game.

Masa aku pakai x8 mudah je. Nak root mudah nak install rom mudah, x10 mini pun sama. Android e-pad china tu lagi mudah. Masuk memory card je terus boleh install custom rom. Tapi tak sangka pulak benda alah LEGEND ni agak memeningkan kepala aku. 1st day aku angkat seperti biasa aku test official rom dulu. Tak sampai 3 jam guna aku update ke latest official version dari Eclair(2.1) ke Froyo(2.2) dan seperti biasa official rom sangat membosankan.

Esoknya aku start google. Mula-mula root. Semua kena guna ssh method. Aku copy paste je taip apa yang dia suruh. Setelah berpuluh-puluh kali try bermacam-macam method barulaa boleh root. Lepas tu nak buat Gold Card pulak. Pun sama tapi tak laa susah macam nak root. And the final part is installing the custom rom. aku install Cynogen 7.1. Aku guna sehari je. Rasa cam berat semacam dan lebih teruk dari official rom. Tapi kalau ikut dalam forum xda that is the most stable rom. Pastu esoknya aku try pulak devil 2.3.7(Gingerbread) rom. Thanks to Google chrome sebab menterjemahkan web bahasa cina pure tu ke dalam bahasa english. So at least aku tau laa macam mana nak download.

Lepas download aku install and WOW. Fast and lite. Tapi after a few minute of use aku realize yang rom tu ada masalah dengan signal dan GPS. Cari punya cari fix rupanya aku kena install radio version paling latest.

Untuk install radio tu pulak aku kena guna CWM 2.5 dan masalahnya CWM yang aku download kat market tu dah version 5++(Application tu ROM MANAGER). So kena downgrade pulak CWM ke 2.5. Lepas tu baru boleh fix GPS and signal. And then i start to convert PS game and test it with my LEGEND using fpsece(PS emu for android and winMo). Semuanya berjalan lancar. Aku pun main laa FF7 yang tak pernah aku habiskan tu dengan lancar. Ohh memang best.

After 4 days HP ni jatuh screen crack. Aku check kat mudah.my price untuk change the digitizer pastu last 2 days aku ke PERTAMA untuk tukar screen tu. Lepas tukar aku install pulak Nighly rom (experimental punya rom). Sekarang aku pakai yang version #251. So far so good. Aku cuma notice yang dev team dah fix camera sebab yang #249 camera takdak flash.

Aku rasa dah tamat dah pengembaraan bersama LEGEND....Ingat nak test Xperia Play pulak. Dalam banyak-banyak phone punya basic OS satu je aku tak test lagi Blackberry dan aku tak rasa nak test pun.

P/S: Sepanjang aku pakai phone iOS paling simple untuk user dan medium hard untuk pencinta Modding cam aku dan paling tak user friendly ialahhhhhh tadaaaa...WinMo. Tapi diaorang pengasas smart phone apa. Thumbs up untuk mereka.

Kenapa aku tak taksub dengan PSP dll method of PSX? The truth is a hate game but i really love integrated thing.

Petang ni maybe aku dah tak pakai legend.....

No comments:

Post a Comment