Thursday, November 3, 2011

FPSECE ku berjaya!!!Operasi Tamat

Back in 13 years ago....

Dulu aku seorang kaki game tegar. Masa form one aku beli game TV 16-bit (untuk kali ke berapa ntah) bangun malam-malam main kat asrama. Masa tu ada 2 orang senior yang terlibat. Muzan dan Kerjack(bukan nama sebenar). Masa hujung form 2 pulak aku beli PS 2nd hand dari member. Pun mengulangi aktiviti sama. Malam-malam bangun main kat bilik TV asrama cuma teman je bertukar. Dalam tempoh tu jugak PS aku rosak, repair, beli lain. Aku rasa dekat 3 bijik jugak play station yang aku beli tapi semua 2nd hand.

Lepas form 5 fenomena game online melanda so zaman PS terhenti macam tu je. Masa tu zaman Ragnarox. Lepas tu aku terus minat benda berkaitan gadget dan pc. Dunia game aku tinggal terus. Tapi......

Masa aku tinggalkan play station tu sebenarnya ada 3-4 game yang aku nak sangat habiskan tapi tak sempat. Final Fantasy 8, Front Mission, Grand Turismo 2. Pernah jugak emulate PC jadi PS(sampai sekarang pun aku main lagi emulator tu). Back in 2008. Aku beli smart phone pertama dengan gaji bulan ke berapa ntah. Dopod 838. Dari version 5.1 windows mobile phone aku update ke 6.1(shtruck punya rom kalau tak silap). Pastu aku jumpa FPSECE(Free PS Emulator untuk WM phone). Aku pun test kat dopod. Tak sempat habis test dah kena curi. Tertinggal kat Post Office masa nak bayar saman.

After a year aku beli another smart phone.Xperia x1. Sambung balik FPSECE tu. Tapi disebabkan hardware limitation dan line x1 yang sangat teruk aku jual. Aku guna iPhone 2g. Lama aku pakai iPhone nih. Ada la dekat setahun lebih. Memang best, tak pernah bosan tapi kurang 1 je. iPhone takde PS emulator(yang working).

Lepas tu aku kawin. Aku realise yang aku perlukan GPS more than gaming sebab aku susah nak ingat jalan. Aku swap iphone aku dengan x8. Dia top up aku RM70. Tu pun lama jugak aku pakai. Almost a year. Sampai lah semalam aku swap dengan HTC legend. The best thing is with multitouch 3.2 inch screen, and more ram looks like i can finish my game. ("This is my game"-macam iklan citer tamil kat Astro tu). Xperia xplay??Naaa...no need kot. Lagi pun aku bukan banyak duit.Nampaknya keterujaan PS aku mungkin akan tamat di sini......PS2, PS3, Xbox, Xbox360?? Hahaha....Tak minat. Aku minat Wii je. Im not a gamer anymore. That just an old me. Yeaahhh!!!!



FPSECE link

Swap, swap, swap....Dah lama aku tak beli hp rupanya.

1 comment: