Thursday, May 1, 2014

Atrix 4g, lapdock dan Nottachtrix

Last 2 month aku ada sembang dengan member untuk build satu portable skrin untuk raspberry pi. Full set sekali mobo dia kalau beli dekat ebay dalam rm210. Dalam tempoh tu kebetulan aku terjumpa artikel tentang Lapdock bionic yang di modified untuk running raspberry pi direct dengan working keyboard dan sound.



Cari punya cari dah rezeki aku dapat fullset atrix 4g sekali dengan lapdock dan docking. Cuma phone atrix tu ada error sikit je kat bahagian hujung skrin. Aku fix problem tu dengan guna T9 keyboard. Kalau pakai qwerty nanti huruf P tak boleh tekan. Mula-mula aku guna official rom memang hampeh. Slow nak mampuih, lapdock mode macam babun. Lepas 2 minggu aku start unlock bootloader, install custom rom(Nottachtrix). Tapi yang tak best untuk webtop mode aku cuma boleh install rom yang support blur (paling latest android 2.3.6 atau dengan kata lain gingerbread ja).

Trivia lapdock bionic
1. Webtop mode mod- Boleh install linux application yang support ARM. Aku install openoffice.org, gimp, vlc(yang ni teruk), midori web browser dan banyak jugak aplikasi lain.
2.  Lapdock ni kombinasi display, sound, mouse dan keyboard. So cuma perlu cari adapter Micro HDMI to HDMI dengan Micro USB to USB dan dah boleh connect kat pc/raspberry pi atau apa-apa yang berkaitan.
3. Bateri dia boleh tahan jugak. Dekat 2-3 jam pun steady lagi. Bila kita cucuk phone atrix kat port belakang tu automatic dia akan charge phone tu sekali. So kira macam portable power bank jugak la menatang ni.
4. Saiz dan feel dia memang steady. Ada class jugak la. Menatang ni lagi nipis dari mac book air(dalam dia pun kosong je bukan ada ssd ke ram ke semua operate melalui apa yang dicucuk kat belakang docking tu).
5. Paling best bila tengah buat kerja guna webtop mode dapat call/sms boleh terus pick up call. Nanti akan jadi loudspeaker. So boleh terus buat apa yang patut sambil korang jawap call.

Banyak lagi aku kna update ni. Esok-esok aku sambung.

Selepas 9 bulan...

Banyak yang dah berubah lepas aku berenti keje. Start esok aku akan fokus untuk computer sales pulak. Satu je yang tak berubah; dunia landskap aku. Dekat 6 bulan jugak aku tak buat apa-apa dengan  ilmu landskap yang ada. Sepanjang 9 bulan ni ada la 1-2 jobs steady. Yang lain maintain sales macam biasa.

Kerja
Sebelum ni aku turun Streetmall seminggu sekali je. Sekarang dah dapat 2 hari Selasa dgn Jumaat. Produk pun dah banyak. Masa mula dulu ada 30 sekarang dah dekat 60-70 tak termasuk computer. Sebulan dua ni pun dah start buat kerja PC balik. Esok cadang nak launch pages fb lain. Nak kena asingkan dengan store sedia ada. Boleh serabut kepala woo.... Untuk computer pun aku start 30 produk terus.

Kesihatan dan kehidupan
Kalau compare dengan 6 bulan lepas kiranya dah makin steady. Berat pun makin naik. Anak pun dah besaq tak payah nak dukung boleh jalan sendiri. Lepas ni boleh la ikut aku p buat kerja. Bulan 6-7 ni nak pindah rumah cadangnya. Next month start cari rumah

Harap-harap next year boleh buka kedai. Senang sikit.

Thursday, November 7, 2013

iOS, Android dan Akhirnya Kenapa Windows Phone??

Last sekali aku guna Windows Phone 2 tahun lepas. Masa tu HTC Mozart. Windows Phone 7. Tapi sebab dapat offer untuk trade in dengan Xperia Play aku decide untuk letgo lepas 2 minggu pakai. 3 minggu lepas Xperia Play aku rosak. So aku decide nak cari phone ganti dan aku dapat Lumia 710 dengan windows phone 7.8.

Aku rasa aku tak bersikap buyers kalau aku pilih windows phone sebab aku masih ada iOS dan Android device. Cuma sebagai phone aku rasa OS WP memang sangat sesuai.

Di sini aku senaraikan pro dan kontra Windows Phone 7.8(Paling latest 8) compare tu iOS dan Android.

Pro
1. Interface yang menarik dan Zen. 
Maksud Zen sendiri adalah kesempurnaan dalam simplicity. Rasanya tu konsep yang cuba disampaikan oleh OS WP. Kalau korang notis korang lebih banyak slide dari guna click button samada fizikal button mahupun touch screen button macam iOS dan Android. Semua maklumat contact korang boleh integrate kan dengan akaun social lain seperti facebook dan twitter. So dengan sekali klik dan slide korang dapat tau update tentang korang punya contact terus tanpa buka akaun yang berbeza. Untuk Android dan iOS korang perlu install applikasi tambahan lain untuk dapatkan fungsi ini yang sudah tentu aku beri impact kepada bateri dan penggunaan ram dan data phone.

Paling menarik untuk update facebook dan twitter yang di integrate sekali dengan OS WP data yang di download adalah minimum. Sesuai untuk kawasan yang coverage kurang atau pun bandwidth bulanan yang sikit. 

2. Integration antara SMS dan Facebook Chat
Korang tak perlu download aplikasi berbeza untuk facebook disebabkan OS WP sendiri dah ada integration dengan FB Chat. Semua FB Chat dan SMS akan berada dalam Messaging. Tak perlu buka banyak aplikasi dan mudah.

3. Build In Facebook dan Twitter.
Seperti yang dijelaskan di (1) FB dan Twitter disekalikan bersama di bahagian PEOPLE. Untuk notification pula korang boleh ke bahagian ME. 

4. Battery Saving
Seperti sedia maklum OS WP memang tersangat kurang aplikasi. Namun disebabkan itu dan juga aplikasi penting seperti FB dan twitter yang dah di build ini jimat data dan kurang penggunaan processor dan ram menjadikan OS WP antara yang paling tahan baterinya. Aku compare kan dengan Xperia Play 1500mah=17 jam(Penggunaan medium FB, Twitter, Email tak termasuk game), Nokia Lumia 710=1 hari setengah (Penggunaan medium FB, Twitter, Email tak termasuk game). 

5. Nokia Drive
The best GPS ever yang saya pernah guna compare tu Papago x5, Papago x9, Sygic, Waze dan Google Map. Simple, download data yang cepat untuk online atau anda boleh download terus map Malaysia untuk offline hanya 111mb sahaja. Arahan yang jelas dan tersusun tak kalut macam Google Map. 

Kontra
1. Kurang Aplikasi Yang Tersangat Mainstream
Game memang boleh consider macam takde, aplikasi per bank kan CIMB click pun takde. Aplikasi Facebook dari official Facebook pun macam hidup segan mati tak mau dan yang paling tak best aplikasi Facebook Pages pun kena install yang unofficial dan terlalu kurang option compare to android. 

2. Kurang Support Dari Xda
Tak macam Android yang ada berpuluh-puluh rom untuk di flash dan macam-macam kernal untuk dipilih. OS WP cuma ada 2-3 rom dan tak banyak beza pun lepas root dengan tak. Ada la beza sikit-sikit macam boleh install pirate app. Tapi dengan aplikasi sedia ada yang kurang macam tak bagi impact sangat pun.

3. Guna Data Yang Banyak Untuk Aplikasi Tambahan
Berbanding Android OS WP menggunakan data yang lebih banyak untuk aplikasi yang bukan build in. Sama seperti iOS. Kena ada 3g baru ok kalau E memang menyirap la. Kalau Android G pun boleh hidup untuk Fast For Facebook.

Antara Aplikasi yang pasti akan dirindui dari Android.
1. Live View Watch
Smart Watch pertama yang aku beli dari ebay dan satu-satunya Smart Watch yang aku ada. Live view buat masa sekarang cuma integrate dengan android je. Aku harap ada developers yang sanggup reverse engineering untuk bagi jam ni working untuk WP. Buat masa sekarang memang simpan dalam kotak la. Tiada lagi jam notifikasi. Kehilangan besar ni.

2. Cloud Around
Stream lagu direct dari account box. Aku ada 150gb storage kat box.com so semua koleksi musik aku letak kat situ. Maknanya aku boleh bawak semua koleksi music aku dalam phone je. Buat masa sekarang WP masih belum ada aplikasi yang seakan ni. So kena load music macam masa pakai iPhone 2g dulu. Sync, sync dan sync....

3. CIMB Click
Tiada lagi kemudah transfer dan check duit. Kehilangan besar jugak ni. Tapi masih boleh di cover dengan browser. Cumanya tak syok la dan slow.

4. FPSE
Play station emulator. Mungkin aku pun dah tua. Dah bukan masa lagi handphone ada game. Hahaha.....Final Fantasy 7 pun main tak habis-habis lagi.

Within 1 year kalau tak banyak perubahan dalam dunia Windows Phone mungkin aku akan patah balik ke Android dengan syarat aku ada controller #Phonejoy yang ntah bila nak release. Apa-apa pun yang pasti bukan dari Samsung haha...

Wednesday, October 30, 2013

Selepas 3 Bulan...

3 bulan lepas aku ada tulis tentang apa yang akan terjadi 3 bulan kemudian >>KLIK SINI UNTUK POST TERSEBUT<< selepas langkah-langkah drastik yang aku ambil. Di sini mungkin aku boleh kongsikan sedikit tentang apa yang terjadi.

MASA
Aku cuma turun untuk buka booth seminggu sekali. Selebihnya aku banyak jual online dan buat delivery sekitar kawasan perumahan berhampiran tempat tinggal aku. Secara ringkasnya aku ada 80% extra masa berbanding 4 bulan sebelum ni.

EKONOMI
Disebabkan aku tak kerja hari-hari maka banyak kos yang dapat dijimatkan seperti Tol, Petrol, belanja makan tengah hari. Untuk ini sahaja aku dapat jimat sebanyak 50% dari perbelanjaan sebelum ni. Dalam seminggu aku cuma akan turun untuk buka booth di Cyberjaya pada hari Selasa. Selebihnya banyak dari jualan online. Banyak juga pelanggan dari penduduk di Taman sekitar aku. Setiap hari aku peruntukkan 1 jam untuk delivery.

BIDANG YANG DICEBURI
Dari 3 jenis kemahiran aku cuma guna 1 je buat masa sekarang. Sepatutnya dalam plan asal aku perlu gunakan ketiga-tiga kemahiran untuk cover ekonomi aku. Tapi alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan. Tapi tak bermakna aku takkan gunakan lagi 2 kemahiran tersebut. Tapi tak dinafikan plan lari sikit disebabkan kurang disiplin.

ANAK
Pagi-pagi tengok anak, buat kerja depan anak. Aku tak tau nak cakap macam mana. Boring pun ada, best pun ada. Mau tak mau anak jadi kawan baik haha.....

Yang aku dapat simpulkan di sini nak buat apa rancang je, nanti yang Maha Merancang akan adjust yang lagi baik untuk kita. Penutup bulan ni agak baik untuk aku walaupun ada episod duka dan suspen. 3 bulan lagi kita tengok apa yang jadi.

Mattin.l.Mahmud

Wednesday, July 31, 2013

Apa Nak Buat Lepas Berhenti Kerja?

Kenapa?
Lepas orang rumah aku mengandung tahun lepas aku dah nekad nak berhenti keje. Tujuannya untuk improve ekonomi keluarga dan dalam masa yang sama ada banyak masa(kalau jadi kuli orang nak duit banyak confirm takde masa asyik OT je). Sepanjang tempoh setahun tu aku cuba plan apa aku nak buat lepas berhenti keje dan dalam masa yang sama banyak juga masalah yang tidak dijangka-jangka melanda.

Halangan
Antaranya aku kena penyakit misteri. Ia membuatkan berat aku kurang dengan mendadak dan badan aku tidak boleh berfungsi seperti normal. Sendi-sendi badan aku sakit, mudah terseliuh dan tak boleh buat kerja-kerja berat. Kononnya kena santau. Secara ringkasnya aku hilang 70% kudrat. Tapi yang bagusnya bila dengan kudrat yang sikit aku jadi makin fokus dan tak terburu-buru dalam buat keputusan sebab tak mau kudrat yang sediaada terbazir.

Anak
Lepas anak pertama lahir aku decide untuk resign bulan Jun lalu. Aku harap sangat kami(isteri dan aku) boleh jaga anak sendiri taknak hantar pengasuh. Aku anggap anak tu amanah Allah untuk kami dan aku rasa macam "tak kena" pula kalau dah ada anak hantar kat orang. Tapi tak dinafikan dengan keadaan ekonomi sekarang yang memerlukan ibu bapa berkerja untuk menyara kehidupan maka anak terpaksa ditinggalkan dengan pengasuh. Namun aku harap dapat atasi "lumrah alam" terbaru ini.

Kemahiran
Diringkaskan cerita aku rasa aku ada 3 jenis kemahiran yang aku agak yakin boleh menjadi point untuk aku mencari rezeki sendiri. Aku cuba apply kan apa yang aku tau dan hasilnya aku masih belum ketahui. Mungkin amik masa 3-4 bulan untuk tengok potensi samada teori aku betul atau salah. Bagi aku sekarang yang penting aku buat apa yang aku rasa aku boleh buat.

Kenapa bukan isteri yang berhenti
Tempat aku berkerja sebelum ni semuanya ok. Gaji ok, masa kerja ok, claim ok cuma semua staff dan majikan dah berumur dan aku tau company tu dah tak lama(mungkin 5-6 tahun) lagi. Jadi aku decide untuk berhenti untuk buat bisnes full time dan orang rumah aku terus kerja kat government. Kalau apa-apa jadi kat aku terjamin sikit. Tapi kalau semuanya ok aku harap boleh lah orang rumah aku berhenti tengok anak sendiri.

Apa yang sedang terjadi?
Dah masuk sebulan aku resign. Bulan pertama banyak aku habiskan dengan anak untuk sesuaikan diri. 5-6 hari lepas aku start marketing online(jual gadget), tapi macam tak kena gaya pula orang jual barang raya aku jual gadget haha....Lepas ni kena marketing yang lain-lain juga. Aku bercadang nak cover kawasan Taman tempat aku tinggal je senang nak closed deal atau pun buat servis. Selain tu hujung-hujung minggu aku ada melawat tempat-tempat freelance lama kalau ada job.

Kita tengok apa akan jadi lepas 3 bulan....hahaha.... Kalau ada apa-apa boleh kongsi nanti aku tulis kat blog ni. Korang yang baca pun kalau rasa nak kongsi apa-apa boleh la. InsyaAllah sama-sama dapat manfaat.

Thursday, July 18, 2013

Perbalahan Takkan Selesai Jika...

Pagi tadi aku baca isu cina hina islam tu. Lepas tu macam biasa tengok komen yang panjang berjela. Ada yang macam Ustaz, Cikgu, pakar Psikologi dan mamat psycho pun ada. Semua dengan hujah masing-masing. Cuma aku yakin masalah takkan selesai jika:

1. Sering bertukar topik.
(Contoh) Tun M cadang buang kerakyatan. Orang bagi komen. Tiba-tiba ada komen menyampuk berkenaan tindakan Tun M masa tahun bila ntah tentang Nabi tak potong janggut sebab takde pisau Gillete. Topik pun bertukar tangan. Masalah tak selesai.

2. Sifat tak mahu kalah
(Contoh) Bila Mun Tatt kena pukul dan isu itu dimainkan ramai orang baik dari bangsa cina dan Melayu mula tunjuk poyo. Yang segelintir Melayu sibuk nak pukul kalau jumpa tepi jalan(ntah berani ke tak) yang cina pula sibuk duk tambah bara. Maka panas la dua-dua pihak. Masalah tak selesai.

3. Hujah Copy Paste.
Bila dah hujah pun copy paste google bulat-bulat tanpa kefahaman lepas tu ditafsir pula dengan akal logik yang tak berapa nak betul maka lagi melalut la masalah sediaada. Paling ketara isu penggunaan ayat Al-Quran. Yang diguna pakai cuma ayat yang rasa bersesuaian. Bila dibantah dah mula guna hujah melawan hukum Allah... Kesimpulannya masalah tak selesai.

Pendapat aku, kalau jumpa orang yang jenis macam ni tak kisah la dia pendidikan tinggi ke so called Alim Ulamak ke lebih baik jauhkan diri. Kalau dekat jugak maka pasti....

MASALAH TAKKAN SELESAI.....

Wednesday, May 29, 2013

Must Have Add On for XBMC: Update 11th June 2013

SuperRepo
Got all the Add on and plug in that you need.

Get it from here SUPERREPO

1channel
Stream your favorite Movies and Tv Shows directly from internet. You also can add the Movies and TV Shows to your XBMC library.



Icefilms
Alternative for 1channel. Everything work like 1channel except you cannot import the Movies and Tv Shows to the library.



Chrunchyroll Takeout
For anime lover. A lot of anime collection is in here. Working quit good but got a lil bit of lag for an older videos(not all).

If you cannot get it from SuperRepo please get it from HERE

Navi-X
Im not really sure about what it is but its work great. Searching Movies from piratebay and a lot of other source and directly play from XBMC without fancy appearance that mean fast response. One of the best thing that i found is i can directly download any video files from Navi-X directly from my XBMC. For more info you can go to Navi-X website.



XBMC Hub
A lot of tweaks, fixes and tutorial is in this Add On. For me this one is really important for maintenance of my XBMC.

If you cannot get it from SuperRepo please get it from HERE



XBMC Back Up
Im using Raspberry Pi and its always corrupted(every 3 weeks +-). So im using this method to back up all my data once a week. So if anything happen i just reflash my memory card from .img that i already create or just make a frest install and restore the setting. Its take 40 minutes to do this. 

XBMC Subtitles
Yes im not subtittles so i need this add on. Press menu button while watching your show, choose subtittles and directly download it. Teach you monkey to do that.

Youtube
This add on is come along with XBMC. I love the playlist, subscribe and watch later option. Anyway this is Youtube so no need to tell a lot. Everybody need that.

Facebook Media
Browsing picture of your Facebook account. You can read the status with the photo but cannot see or put any comment on it.

Note: Dont put a lot of Add On because it will make your head crack!!!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Update 11th June 2013:
I notice that all Movies and Tv Shows that i take from 1channel and put to my library is still working when 1channel domain is downs(letmewatchthis.ch@1channel.ch). So i decide to put all my library to my removable disc to make a back up if my Raspbmc is corrupted (panic, panic panic) .

Friday, May 10, 2013

Kelebihan Cloud Storage

Kebanyakan dari kita mula menyimpan data-data dalam bentuk digital seperti pen drive, external hard disk dll. Antara data yang kita simpan adalah bil-bil, dokumen kerja, fail video dan musik, gambar percutian dll.

Berdasarkan pengalaman, saya cuma menggunakan 10% dari external hard disk untuk menyimpan hasil-hasil kerja saya manakala ruang selebihnya saya gunakan untuk simpanan fail video, musik, gambar dan aplikasi komputer dan game.

Dapat saya ringkaskan di sini dari jumlah keseluruhan:

Video dan musik = 70%
Gambar = 10%
Aplikasi komputer dll = 10%
Kerja dan dokumen penting 10%

Seperti yang sedia maklum kita mempunyai banyak perkhidmatan cloud storage berbayar yang memberikan storage yang besar kepada kita tetapi ramai dari kita termasuk saya tak begitu berminat untuk membayar servis yang ditawarkan kecuali jika ianya PERCUMA. Seperti yang kita sedia maklum untuk perkhidmatan percuma selalunya akan ditetapkan limit seperti 5gb-10gb dan ini kelihatan seperti langsung tidak bersesuaian dengan kadar yang kita perlukan.

Setelah mengalami masalah kehilangan sumber back up berkali-kali di atas sebab hard disk gagal berfungsi (rosak). Saya mula asingkan data-data mengikut kepentingan ke cloud storage. Antara yang saya lakukan ialah:

1. Box.com
Pertengahan 2010 sesiapa yang mengaktifkan aplikasi Box di Android phone Sony Ericson akan menerima 50gb free storage. Saya aktifkan 3 phone jadi saya mempunyai 150gb storage dengan akaun yang berbeza. Untuk makluman kita boleh link kan folder dari satu akaun ke akaun yang lain jadi saya boleh manfaatkan ruang 150gb storage itu sepenuhnya.

Untuk Box.com saya gunakan untuk sync data kerja semasa saya, ebook, fail musik dan gambar. Bagi saya 150gb sudah memadai untuk 5 tahun lagi. (Fail kerja semua adalah di compile menjadi pdf atau format dokumen, tiada sebarang fail .dwg, pdf, ai skp dll kecuali fail kerja semasa). Untuk akaun Box tidak berbayar pengguna hanya dibenarkan meng upload 200mb untuk satu fail. Jika terdapat fail yang lebih dari saiz tersebut anda boleh split kan file ke beberapa bahagian menggunakan Winrar atau lain-lain aplikasi.

Untuk sync fail dari Box.com ke komputer anda boleh meng install aplikasi Box for windows dan memilih folder yang anda ingin untuk sync dari Box dan PC anda. Antara alternative lain ialah Gladinet.

Gladinet boleh digunakan untuk meng akses semua fail dari Box(dll akaun) terus ke PC anda melalui cloud drive. Tidak seperti Box for Windows yang akan meng sync apa jua folder yang anda telah tetapkan Gladinet membolehkan anda memilih fail yang anda ingini dan upload /download secara manual(untuk free akaun).

Jika anda pengguna Android phone anda boleh meng install Cloud Around dari Google Play Market dan log in ke akaun Box anda. Cloud Around akan melakukan scan ke atas folder musik yang anda ingini dan anda boleh terus stream lagu di akaun Box anda (buat playlist, pilih penyanyi, album dll).

Jika anda pengguna PC anda juga boleh stream lagu dari akaun BOX anda terus menggunakan Gladinet (Gladinet bertindak seperti local disk dalam PC anda) tapi sila gunakan player yang simple seperti Billy. Jika menggunakan player biasa(winamp dan windows media player, iTunes) disebabkan player cuba mendownload data dari fail musik(durasi lagu, penyanyi dll) membuatkan player akan stuck seketika sehinggalah data diperolehi sepenuhnya.

2. XBMC untuk PC, iOS, Android dan Raspberry Pi - International Movie, Tv Show dan Musik

XBMC adalah aplikasi Media Centre yang mempunyai banyak add on menarik yang membolehkan pengguna men stream hampir semua International Movie, Tv Shows, Anime dan Musik melalui add on seperti 1channel, Chruncyroll, Icefilm, Youtube, National Geographic dan banyak lagi. Dengan ini pengguna tidak lagi perlu men download Movie dan Tv Shows kegemaran mereka lagi kerana semuanya ada di library yang boleh di akses terus dari XBMC melaui add on yang disediakan KECUALI untuk rancangan-rancangan dan filem tempatan. Yang ni kena buat macam biasa :).

Saya gunakan Raspberry Pi untuk XBMC disebabkan saiznya yang kecil dan mudah untuk disembunyikan dibelakang TV(Bersaiz kotak business card sahaja).

3. Dropbox
Untuk back up fail-fail lain yang boleh dikategorikan sebagai TEMP anda boleh menggunakan akaun Dropbox. Walaupun Dropbox lebih praktikal dari Box tapi disebabkan saiz simpanan Dropbox cuma memberi 2.2gb kepada free user dan tambahan 0.5gb untuk setiap recommend friend yang berjaya. Untuk sync kerja dengan teammate saya syorkan anda gunakan Dropbox. Antara kelebihana utama Dropbox ialah tiada limit saiz untuk satu-satu fail.

4. Offline Back Up Masih Perlu
Untuk lebih berjaga-jaga offline Back Up masih perlu. Tapi cukuplah sekadar fail-fail yang benar-benar penting. Dalam kes saya, saya cuma perlukan sekitar 200gb untuk back up data. Movie, Tv Show saya stream untuk Musik, Gambar, Komik semuanya saya simpan di cloud storage.

Yang pasti internet kena laju. Sekurang-kurangnya 2Mbps.

Cuma berkongsi pendapat.