Thursday, May 1, 2014

Selepas 9 bulan...

Banyak yang dah berubah lepas aku berenti keje. Start esok aku akan fokus untuk computer sales pulak. Satu je yang tak berubah; dunia landskap aku. Dekat 6 bulan jugak aku tak buat apa-apa dengan  ilmu landskap yang ada. Sepanjang 9 bulan ni ada la 1-2 jobs steady. Yang lain maintain sales macam biasa.

Kerja
Sebelum ni aku turun Streetmall seminggu sekali je. Sekarang dah dapat 2 hari Selasa dgn Jumaat. Produk pun dah banyak. Masa mula dulu ada 30 sekarang dah dekat 60-70 tak termasuk computer. Sebulan dua ni pun dah start buat kerja PC balik. Esok cadang nak launch pages fb lain. Nak kena asingkan dengan store sedia ada. Boleh serabut kepala woo.... Untuk computer pun aku start 30 produk terus.

Kesihatan dan kehidupan
Kalau compare dengan 6 bulan lepas kiranya dah makin steady. Berat pun makin naik. Anak pun dah besaq tak payah nak dukung boleh jalan sendiri. Lepas ni boleh la ikut aku p buat kerja. Bulan 6-7 ni nak pindah rumah cadangnya. Next month start cari rumah

Harap-harap next year boleh buka kedai. Senang sikit.

No comments:

Post a Comment